Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Sakit mental tanpa sedar

Berita mengenai lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya sedikit sebanyak mengejutkan kebanyakan kita. Malah mungkin ada yang tertanya-tanya kini sama adakah kita sendiri sebahagian dari pengidap penyakit ini.

Ramai yang beranggapan penyakit mental akan mengakibatkan seseorang dilihat berperangai aneh dan bertindak di luar batasan.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.

Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga…

Bantah guna perkataan ‘Allah’

Oleh RADZI MD. ZIN, HASNURUL MOHAMED dan ZUHAYATI YAZID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkejut dengan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian.

Tokoh Maal Hijrah itu menegaskan Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza dengan agama lain.

“Mengapa hendak bertolak-ansur sangat dalam hal ini? Kalau ikut enakmen jabatan agama islam negeri pun memang tidak dibenarkan,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah berta…

Individu-indivdu Terkaya di Malaysia

Imej
Syed Mokhtar

Robert Kwok

Ananda Krishnan
Malaysian Business mendapati jumlah kekayaan dimiliki 40 individu terkaya Malaysia telah susut RM75.6 bilion(43%) kepada RM96.30 bilion setakat 16 Januari 2009.


Malaysian bussiness juga mendedahkan bahawa separuh dari mereka merekodkan penurunan 50% kekayaan dengan hanya 14 orang bergelar bilionair, berbanding 19 orang billionair pada tahun lepas.



Muka baru dalam senarai 40 individu terkaya Malaysia adik beradik dari kumpulan YTL, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng juga balu pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Sri Lee Kim Hua.


Senarai 10 teratas dan nilai kekayaan :


1.Tan Sri Robert Kuok (Raja gula-Kuok Brothers Sdn Bhd) - RM26.6 bilion


2.T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM20.1 bilion


3.Tan Sri Teh Hong Piow (Public bank) - RM8.15 bilion


4.Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation) - RM7.4 bilion


5.Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM4.5 bilion


6. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM3.5 bilion


7.Tan Sri Syed Mokhta…

Jeli babi

Imej

625,987 guna bahasa Melayu

Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) mendedahkan 625,987 murid tidak menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Ahmad (gambar) berkata, keputusan UPSR tahun lalu menunjukkan hanya 159,234 murid daripada 511,875 murid tahun enam menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris manakala 352,641 murid menjawab dalam bahasa Melayu sejak pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

‘‘Bagi Matematik pula, 238,153 murid daripada 511,499 yang menduduki peperiksaan itu menjawab dalam bahasa Inggeris manakala 273,346 menjawab dalam bahasa Melayu.

‘‘Ia menunjukkan seramai 625,987 murid tidak memahami untuk menjawab Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,’’ katanya kepada pemberita di Rumah Persatuan Penulis Nasional (Pena) di sini semalam.

Selain itu, beliau berka…

Serangan virus CurseSMS ke telefon bimbit

Imej
Awas! penghantaran SMS dan MMS mungkin mengundang risiko.

AWAS pemilik telefon bimbit kerana terdapat virus yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) berleluasa sekarang dikenali sebagai Curse of Silence atau CurseSMS.

Virus ini akan membawa kepada serangan penafian servis dan ia ditemui baru-baru ini oleh Tobias Engel dan didedahkan pada Chaos Communication Congress ke-25.

Serangan ini melibatkan SMS yang dicipta dengan niat untuk dihantar kepada sasaran berpotensi.

Penerimaan SMS tersebut menyebabkan peranti yang menjadi sasaran tidak lagi dapat menerima mesej SMS atau MMS.

Bergantung kepada versi sistem operasi telefon mudah alih yang menjadi sasaran, peranti tersebut mungkin memerlukan pelarasan semula di kilang untuk berfungsi seperti sedia kala.

Bagaimanapun, Fortinet baru-baru ini mengumumkan bahawa Pasukan Penyelidikan Keselamatan Sedunia FortiGuard telah mengeluarkan versi baru peralatan FortiCleanUp untuk membantu para pengguna puli…

Awasi pembunuh senyap

Oleh HENG KIANG SOON

Sejak kebelakangan ini, senario politik negara dihangatkan dengan pilihan raya kecil yang diadakan berturut-turut, dengan yang terbaru kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai yang bakal ditentukan tarikh pengundiannya.

Selain kerusi Bukit Selambau yang dikosongkan atas peletakan jawatan ahli DUN kawasan itu, kawasan Kuala Terengganu dan Bukit Gantang pula didatangi pilihan raya kecil setelah ahli Parlimen kawasan itu meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung. Pilihan raya kecil Batang Ai pula terpaksa diadakan oleh sebab ahli DUN di kawasan itu meninggal dunia diserang strok.

Akhir-akhir ini, kes serangan penyakit jantung dan angin ahmar (strok) di kalangan orang politik mahupun sanak-saudara di sekeliling kian kerap didengari, seakan-akan kini musim penyakit itu.

Walaupun tiada statistik rasmi berkenaan dengan isu ini, namun hakikatnya angka kematian akibat penyakit jantung, strok dan komplikasi diabetes di negara ini melonjak naik setiap tahun…

Contohi kegemilangan Islam Andalusia

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

PEMBINAAN negara maju hendaklah berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunah serta nilai-nilai asas universal yang baik yang tidak bertentang dengan kedua-duanya agar sesuai dengan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur (negara yang baik dan mendapat berkah dari Allah).

Demikianlah salah satu daripada resolusi 'Seminar Baldatun Tayyibah: Model Andalusia' anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Selangor di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Negeri itu diisi dengan pembentangan lima kertas kerja ditutup dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir.

Menurut Pengarah seminar, Rumaizi Ahmad, seminar tersebut cuba mengupas tentang tamadun Islam Andalusia dan kaitannya dengan pembinaan sebuah negara maju zaman moden berdasarkan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur sebagaimana yang digariskan oleh al-Qura…

Hebat sangatkah 'Slumdog Millionaire'?

Imej
APAKAH kehebatan 'Slumdog Millionaire'(SM) sehingga diangkat sebegitu rupa di majlis anugerah dan Oscar? Banyak persoalan akan terjawab seandainya kita mengambil masa menonton filem ini yang semakin banyak diperkatakan dan diistilahkan sebagai kontroversi di kampung halamannya sendiri.
Meskipun membolot lapan Oscar di majlis berprestij Anugerah Akademi ke-81 semalam, penduduk setinggan Mumbai di mana filem ini diinspirasikan masih tersinggung dengan perkataan 'dog' yang digunakan dalam tajuk filem ini.
Sebilangan mereka merasakan amat pedih gelaran 'Anjing setinggan jadi Jutawan' itu digunapakai sebagai tajuk filem. Mungkin pengarah Danny Boyle ingin menyedapkan tajuk cerita dan secara sinis menamakan golongan tidak bernasib baik itu sebagai 'anjing setinggan.'
Jujurnya, memang patut pun penduduk setinggan di Mumbai merajuk, sensitif dan mengheret filem ini, aktor Anil Kapoor, komposer terkenal A.R Rahman dan semua pekerja filem ini ke mahkamah kerana tela…

Yahudi pendatang di Tanah Arab

Imej
Susunan SITI AINIZA KAMSARI

DI Zaman Pra Islam iaitu di Semenanjung Arab dikatakan terdapat lebih 20 kabilah yang terdiri daripada puak-puak Yahudi. Ini menjadikan terdapat sejumlah besar penduduk di semenanjung itu terdiri daripada kaum Yahudi selain daripada bangsa-bangsa Arab yang lain.

Tetapi adakah puak-puak Yahudi ini merupakan penduduk asal Tanah Arab dan membentuk negara bangsa Yahudi mereka di situ? Pastinya mereka sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, Yahudi merupakan kaum yang terpaksa migrasi dari satu tempat ke suatu tempat yang lain, mencari bumi mana yang sudi menerima mereka.

Jika kita menyingkap sejarah asal usul kaum ini, mereka juga dikenali juga sebagai Bani Israel bermaksud bangsa yang berketurunan Israel.

Fakta mengenai Israel yang mesti kita ketahui bahawa Israel berasal dari perkataan Ibrani yang bermaksud 'orang yang berjalan di malam hari'.

Iaitu satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakob a.s, iaitu nabi kesepuluh lahir selepas Nabi Adam a.s. Nab…

Hikmah memberi hadiah

Imej
Hadiah diambil dari kata bahasa Arab, dan definisinya, pemberian seseorang yang sah memberi pada masa hidupnya, secara kontan tanpa ada syarat dan balasan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)

Amalan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana-mana sejak zaman dahulu hingga sekarang. Kita maksudkan hadiah di sini termasuklah sedekah, pemberian 'athiyyah dan seumpamanya. Tapi suami zaman sekarang tak macam Nabi. Ada yang kedekut pulus, tak pandai nak ambil hati isteri tapi mengharapkan servis dari isteri nak yang top-ngetop meletop. Kalau tidak diminta hantaran masa kahwin dulu, agaknya tak merasalah si isteri mendapat hadiah... Sedih betul...

Sebenarnya, amalan memberi hadiah memberi sumbangan yang positif dalam hubungan di antara individu dan individu seterusnya antara masyarakat di mana ia merupakan salah satu cara untuk mengeratkan silaturahim, b…

Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?

Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (a) untuk jawapan ‘ya’ atau (x) untuk ‘tidak’.

Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?

1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?

2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?

3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?

4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?

5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?

6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?

7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?

8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?

9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?

10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda ti…

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda men…

Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati

Imej
Tajdid Iman:
Oleh Dr Juanda Jaya
Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia
DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.

Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.

Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.
Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana sudah kembali kepada Allah …

Ros Itu Merah, Seri Pagi itu biru, Maaf Hari Valentine Itu Bukanlah Untuk Mu.

Boleh dikatakan dikebanyakan tempat, kalau tidak seantero dunia, slogan “mari kita mulakan musim percitaan” mula berkumandang. Ia adalah musim dimana jambangan ros dan kad ucapan bertukar tangan, dan ucapan cinta dan janji-setia (waluapun selalunya dimungkiri) dilafaskan. 14 Febuari juga dikenali sebagai “Hari Valentine”.

Jadi apa yang memudhoratkan terhadap semuanya itu? Kemukinan orang akan bertanya. Bukankah ia adalah hari untuk kita meningati pasangan kita dan meluahkan perasaan cinta yang membara kepada pasangan kita, atau memberi sedikit kebebasan kepada para remaja untuk memadu cinta dan asmara? Hari Valentine bukan hanya untuk mencurahkan perasaan cinta kepada pasangan seseorang sahaja, tetapi lebih jauh dari itu, adalah untuk menghapuskan halangan yang menghalang pernyataan perasaan cinta kepada orang-orang yang pada hari-hari biasa sukar untuk didekati.

Kisah St. Valentine.

Di kurun yang ke 5 masihi, pihak gereja katholik berhasrat untuk menghapuskan perayaan kesuburan musyr…

MPV Proton

Imej

Adab bersin

Imej
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah" . Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak." (Sahih Muslim)

Huraian:
Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-…

10 Perangkap Syaitan

Imej
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan …