Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

9 Sep 2009

TAZKIRAH RAMADAN

Ya Allah ampuni daku… rintih Alif pada Sang Pencipta. Terasa berdosa kerana, tidak seperti Ramadhan sebelumnya, masuk 10 Ramadhan sahaja sudah hampir khatam dan kadang-kadang sudah masuk ’sesi’ kedua bacaan Al-Qurannya. Ramadhan kali ini terasa kosong bagi Alif, sehinggalah beliau terbaca artikel ini.


Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?


Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu. Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?” Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya. “Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal. “Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal. “Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”. “Tak ada gunaya” bentak si cucu. Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”. Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih. Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah” Subhanallah. Tersentak Alif bila membaca artikel berkenaan yang sebelum ini sering memberi alasan nak tunggu faham Al-Quran baru hendak membacanya selalu.


“Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.”

2 Sep 2009

SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?


SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?
pada anda, manakah antara dua ini yang adil, dan mana yang zalim??


SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?

Apabila seseorang disabitkan kesalahan bahawa dia memang minum arak, maka hukuman yang dikenakan kepadanya adalah sebat.

Dalam hadis, didapati sebat terhadap pesalah minum arak ada dua keadaan, iaitu 40 kali sebatan dan 80 kali sebatan.

Memandangkan dalam dua keadaan ini, menyebabkan lahirnya tiga pendapat ulama tentang sebat terhadap pesalah arak.

Pertama :

hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 40 kali sebatan. Dibenarkan menaikkan bilangan sebatang sebanyak 80 kali sebagai ta’zir.

Golongan ini didokong oleh As-Syafie,, Imam Ahmad dan Abu Sur.

Kedua:

Hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 80 kali sebatan.

Golongan ini didokong oleh Abu Hanifah dan Imam Malik.

Ketiga:

Hukuman pesalah arak adalah ta’zir. Terpulang kepada kebijaksaan pihak kerajaan Islam menentukan hukuman pesalah arak.

Golongan ini didokong oleh satu riwayat dari Hanabilah dan satu pendapat dari mazhab As-Syafie.

DALIL

PERTAMA;

Dalil-dalil golongan yang mengatakan hukuman pesalah arak adalah hudud dengan 40 kali sebat adalah seperti berikut;

1- hadis;

Abu Said Al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengenakan hudud kepada pesalah arak dengan memukul sebanyak 40 kali dengan kasutnya.

2- hadis;

Anas bin malik meriwayatkan bahawa rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Lalu, baginda SAW memukulnya dengan 40 kali sebat dengan pelepah tamar. Anas bin Malik menyatakan, tindakan ini dilakukan juga oleh Abu Bakar.

ISTIDLAL

Dari kedua-dua hadis yang dikemukakan, terbukti bahawa hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ia merupakan hukum hudud. Hal ini merujuk kepada tindakan Nabi SAW dan Abu Bakar.

Adapun penambahan sebanyak 40 kali sebat sehingga menjadi 80 kali sebat seperti yang berlaku pada zaman Omar, itu merupakan ta’zir.

Justeru, kepada pemerintah Islam, hukuman yang hendaklah dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ini adalah bilangan yang minimum. Pun begitu, jika mahu menambah 40 kali sebat lagi sehingga menjadi 80 kali sebat, maka itu dibenarkan kepada pihak kerajaan Islam, kerana ia merupakan ta’zir, sepertimana yang berlaku pada zaman Omar.

KEDUA;

Golongan kedua adalah golongan menyatakan hukuman pesalah arak adalah 80 kali sebat. Ia merupakan hudud.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- hadis;

Sur bin Zaid Ad-Daili meriwayatkan bahawa Omar didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Ali bin talib menyatakan, “aku berpandangan, orang yang minum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Ini kerana, orang yang minum arak, adalah mabuk. Apabila dia mabuk, maka dia meracau. Apabila dia meracau, maka dia akan mengarut” makanya, Omar pun menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kepada peminum arak.

2- Hadis;

Dalam riwayat Abu Daud, dinyatakan bahawa Omar bertanya pandangan Abdur Rahman bin Auf tentang hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak. Abdur Rahman bin Auf berkata, ”aku berpandangan bahawa dijadikan kepada pesalah arak seringan-ringannya sebanyak 80 kali sebat”

ISTIDLAL

Keputusan Omar itu dihadiri oleh sebilangan sahabat yang besar. Tindakan itu tidak ditentang oleh sahabat nabi yang lain. Justeru, ia merupakan ijmak.

KETIGA;

Golongan ketiga berpendapat, hukuman terhadap pesalah arak bukanlah hudud; iaitu tidak ditetapkan secara khusus hukuman yang dikenakan kepadanya. Malah, ia merupakan hukuman ta’zir; dibenarkan kepada pihak pemerintah islam untuk menentukan hukumannya.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

1- Hadis;

Abdur Rahman bin Azhar R.A meriwatkan bahawa Rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang melakukan kesalahan arak. Ketika itu, mereka berada di Hunain. Nabi SAW mengambil tanah dan melemparkan kepada wajah pesalah arak itu. Lalu Nabi SAW menyuruh para sahabat melakukan hukuman terhadapnya.

Ada dari kalangan sahabat yang memukulnya dengan kasut. Dan ada yang memukulnya dengan tongkat dan sebagainya.

ISTIDLAL

Dari hadis yang dikemukan ini, didapati bahawa Nabi SAW tidak menentukan bilangan khusus terhadap pesalah arak. Ada ketika, nabi SAW menyuruh sahabat memukul tanpa menentukan bilangan khusus.

Dalam hadis yang lain pula, didapati Nabi SAW dan Abu Bakar mengenakan hukuman terhadap pesalah arak sebanyak 40 kali. Dalam hadis lain pula, didapati Omar bin Al-Khattab menentukan bilangan sebat kepada pesalah arak sebanyak 80 kali.

Justeru, dapat difahami bahawa hukuman ini tidak ditetapkan bilangan khusus, menandakan ia merupakan ta’zir, bukan hudud. Ini kerana, hudud adalah satu ketetapan dari Allah dan rasul, tanpa ada pertikaian pun