Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Berilmu Sebelum Berkata dan Beramal

Imej
Berilmu Sebelum Berkata dan Beramal
Abu Numair Nawawi B. Subandi http://an-nawawi.blogspot.com

Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) membuat bab dalam kitab Shahihnya, "Bab al-'Ilmu Qablal Qaul wal 'Amal." Iaitu bab: berilmu sebelum berkata dan beramal.
Maksudnya, "Ilmu adalah syarat sahnya suatu ucapan dan perbuatan. Ucapan dan perbuatan tidak akan bermakna melainkan dengan ilmu. Ilmu lebih didahulukan dari keduanya (ucapan dan amal). Kerana ilmu akan meluruskan niat dan membenarkan amal." (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 1/160)
Untuk melakukan sesuatu kebaikan, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat dunia, kita perlukan ilmu. Untuk mendapatkan akhirat, tidak dapat tidak mestilah dengan ilmu.
Ilmu yang wajib dan fardhu bagi kita semua adalah ilmu tentang agama ini. Iaitu ilmu tentang iman kita, tentang tauhid, dan yang dapat membuahkan jalan petunjuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan ilmu jugalah kita dapat mengenali Rabb kita.
Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wa…

RENUNGAN : Penebang pokok dan kapak tumpul

Imej
Penebang pokok dan kapak tumpul


AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.

"Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu," kata majikan itu.

Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi …

Fw: [sim] INFO : Apakah itu syaitan?

Imej
Apakah itu syaitan?


Assalamualaikum warahmatullah,

Ðalam al-Quran, Allah SWT banyak menyebut kalimat syaitan. Adakah syaitan itu iblis sahaja? Firman Allah SWT yang bermaksud, "Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."" (Surah al-Baqarah 2:36)

Sedangkan pada ayat sebelumnya, Allah SWT menyebutnya sebagai iblis sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, "Ðan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir." (Surah al-Baqarah 2:34)

Ibn Jarir al-Tabari berkata, "Sebenarnya kaliamt syaitan lazim digunakan oleh orang Arab dalam percakapan yang merujuk kepada setiap pembangkang daripada…

RENUNGAN : Kehilangan Adalah Sumber Penderitaan

Kehilangan Adalah Sumber Penderitaan

Setiap orang selalu berharap kebahagiaan di dalam kehidupan keluarganya langgeng, abadi, sehingga terkadang lupa hidup berkeluarga pada suatu hari nanti akan meninggalkan atau ditinggalkan oleh pasangan hidupnya karena kematian ataupun perpisahan yang kita mengenal dengan istilah 'perceraian.'  Kehilangan teman hidup karena kematian ataupun perpisahan  merupakan pengalaman yang menimbulkan luka perih dihati yang cukup dalam sekaligus menghancurkan kondisi kejiwaan. Kehilangan dalam suatu perkawinan menimbulkan rasa sakit & kesedihan pada saat menyertai kepergian sosok orang kita cintai. Berbagai perubahan secara fisik, kejiwaan, ekonomi, harga diri, kesehatan, kerabat & keluarga bahkan status di FB merupakan beban tersendiri bagi mereka yang mengalaminya. Beban itu menjadi terasa lebih berat karena adanya perasaan bersalah, kegagalan, hilangnnya harapan di masa depan.

Proses pemulihan diri tidaklah mudah, seringkali adanya hambatan …

Fw: [sim] ARTIKEL : Zuhud Bukan Bermaksud Membenci Dunia

Imej
Zuhud Bukan Bermaksud Membenci Dunia
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) Suatu hari Abdullah bin Abbas RA memakai pakaian yang paling indah dan mahal berharga 10.000 dirham. Beliau bermaksud mengadakan dialog dengan kaum Khawarij yang memberontak. Orang-orang Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengenepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, Fiqh dan Hadis. Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak dan membenci sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka. Abdullah bin Abbas RA mandi dan memakai wangian yang paling harum, menyikat rambutnya dan mengenakan pakaian yang paling indah dan bersih. Beliau akan berhadapan dengan orang-orang degil yang memakai baju bertampal-tampal, muka yang berdebu dan kusut masai. Mereka berkata: "Kamu adalah anak bapa saudara Rasulullah SAW. Mengapa kamu memakai pakaian seperti ini? Abdullah bin Abbas RA menjawab: "Apakah kalian lebih tahu tentang Rasulullah SAW berbanding saya?" Mereka berkata: "Ten…

ARTIKEL : Seorang suami bernama Muhamad S.A.W

Imej
SEORANG SUAMI BERNAMA MUHAMMAD S.A.W
Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.


Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksu, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!

Setiap lelaki pasti ditanya tentang kepimpinanya. Dan kepimpinan yang pertama akan dipersoalkan di Hari Akhirat nanti,…

CATATAN : Antara Pampers, Playstation Dan Maggi

Imej
Antara Pampers, Playstation Dan Maggi. "Up to 12 Hrs Protection", tersentak saya bila membacanya pada bungkusan pampers yg dibeli oleh seorang VIP, ketika itu saya sedang memerhatikan proses memasukkan bagasi2 VIP kedalam ruang cargo pesawat, pampers tersebut adalah sebahagian dari barang2 yg dibeli oleh VIP untuk dibawa pulang. Yg membuat saya tersentak adalah masa yg begitu lama hingga 12 jam pampers tersebut boleh dipakai selagi bayi yg memakainya tidak merengek minta ditukarkan atau pun najis nya tembus dari pampers tersebut.

Saya membesar dizaman pampers belum ada lagi dikamus hidup mak dan ayah, masih ingat lagi bagaimana mak melipat kain lampin untuk adik2, bermakna saya juga membesar dgn kain lampin dan bukan pampers. Saya pasti generasi yg sezaman atau awal dari saya membesar dgn keadaan yg sama iaitu lampin, tetapi apa yg nak dibincangkan mengenai lampin dan pampers ini?

Setiap pengalaman atau peristiwa yg dialami, akan memberi kesan pada diri kita dari dalam. Dari s…

RENUNGAN : Gurauan Rasulullah SAW

Imej
Gurauan Rasulullah SAW


Assalamualaikum warahmatullah,

Laman-Seri masih dalam mood Awal Muharam dan kali ini dikongsikan gurauan cara Rasulullah SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah al-Qalam 68:4)

Penggunaan partikel 'ala dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan, yakni perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang terletak di atas kemuncaknya. Ðemikian menurut kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al-Sya'rawiy.

Satu aspek yang amat jarang dibincangkan berhubung dengan akhlak Rasulullah ialah, adakah Nabi SAW juga pernah bergurau? Jika ya, bagaimanakah gaya gurauan Baginda? Adakah membawa ke peringkat para sahabat ketawa?

Ðewasa ini kita banyak melihat lawak jenaka di kaca televisyen yang banyak mempersendakan, memperolok-olok, memperbodoh-bodohkan orang lain dan tidak kurang juga lawak jenaka…

INFO : Pengorbanan Rasulullah s.a.w

Imej
Pengorbanan Rasulullah s.a.whttp://lobaitampin.blogspot.com

Pengorbanan Junjungan Besar Nabi sallallahu `alaihi wassalam
Sayugia kita menghayati kisah kehidupan Nabi sallallahu `alaihi wassalam untuk menyuburkan cinta kepada Muhammad sallallahu `alaihi wassalam.
Baginda sallallahu `alaihi wassalam melalui fasa kehidupan yang berbeza antara sebelum dilantik menjadi nabi dan selepas mengajak kaumnya kepada Islam. Jika sebelum dilantik menjadi utusan Allah, kaumnya memujinya, menyanjungnya, mempercayainya, menyayanginya, semuanya berubah 180 darjah ketika mana nabi sallallahu `alaihi wassalam memulakan dakwah kepada kaumnya.

Selepas turunnya wahyu yang pertama, Khadijah binti Khuwailid radiallahu `anha membawa suaminya yang tercinta, Muhammad sallallahu `alaihi wassalam untuk bertemu bapa saudaranya, Waraqah bin Naufal.
Waraqah menyebutkan satu pernyataan yang jelas kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam:
"Alangkah baiknya kalau aku masih muda, alangkah baiknya aku masih hidup ketika ka…