Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

7 Ogo 2008

Tuntutan Sunnah Ketika Makan dan Minum

Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' "(HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)


Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (HR Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (HR Muslim)




Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (HR Bukhari dan Muslim)


Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)


Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)


Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)


Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)


Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)


Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)


Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (HR Bukhari)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Tirmidzi)

(Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan)

Teori Darwin bercanggah dengan Islam



TEORI Evolusi diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin 1809-1882 M.)

Beliau mengutarakan pendapatnya melalui bukunya bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.

Darwin menegaskan semua makhluk yang hidup sama ada manusia ataupun haiwan berasal daripada keturunan yang sama.

Keturunan awal ini kemudiannya berubah daripada satu tahap ke tahap lain bagi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang sentiasa berubah.

Hasil daripada perubahan-perubahan yang memakan masa jutaan tahun, akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks bernama manusia.

Jika teori ini benar, kita pasti akan bertemu dengan makhluk-makhluk pertengahan yang separuh binatang dan separuh manusia, separuh binatang laut dan separuh darat, separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi menuntut wujudnya makhluk seumpama itu sebagai bukti kebenarannya.

Namun, sehingga hari ini makhluk seumpama itu tidak tidak ditemui sehingga pada suatu masa Darwin sendiri meragui teorinya.

Di dalam bukunya tersebut beliau berkata, ``Jika makhluk-makhluk berubah daripada satu spesies ke spesies yang lain, mengapa tidak ditemui spesies pertengahan itu (transitional forms). Mengapa kehidupan wujud di dalam keadaan teratur dan tidak kelam-kabut? Mengapa makhluk penghubung di antara satu spesies dengan spesies yang lain tidak wujud? Perkara inilah yang telah memeningkan kepalaku selama ini?''

Bagi membuktikan kewujudan spesies pertengahan ini, penipuan dilakukan oleh ahli-ahli sains tertentu.

Sebagai contoh, 50 tahun dulu pakar-pakar dalam bidang evolusi menggemparkan dunia dengan penemuan sejenis ikan Coelacanth yang dikatakan hidup 410 juta tahun dulu dan tidak wujud lagi pada hari ini.

Bagi mereka ikan ini adalah bukti spesies pertengahan berbentuk separuh ikan dan separuh haiwan darat kerana mempunyai paru-paru, otak, sistem penghadaman dan sistem yang membolehkannya berjalan di darat.




Namun pada 22 Disember 1938, ikan jenis yang sama ditemui di Laut India, diikuti dengan 200 penemuan lain dalam jangka masa beberapa tahun sahaja.

Hari ini pakar-pakar sains mengesahkan bahawa ikan Coelacanth adalah ikan asli yang tidak ada kaitan sama sekali dengan spesies pertengahan yang disebutkan oleh pakar-pakar evolusi.

Majalah Bilim ve Teknik mendedahkan bahawa apa yang didakwa berhubung dengan ikan Coelacanth yang mempunyai otak, paru-paru dan sebagainya adalah pembohongan semata-mata.

Secara dasarnya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan. Kuasa penentu dalam proses evolusi adalah natural selection atau `kuasa semula jadi'.

Justeru, pengasas teori komunikasi, Karl Max, mengagumi Charles Darwin sehingga dalam bukunya, Das Kapital beliau menganggap dirinya sebagai pengikut setia Charles Darwin.

Islam menentang teori Darwin sebagaimana Islam menentang semua teori yang mengingkari kewujudan kuasa Tuhan.

Tambahan daripada itu, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud, nabi s.a.w. bersabda, Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.

Teori-teori Darwin dan Machiavelli yang disebutkan ini adalah sebahagian daripada jahiliah atau kesesatan yang mempengaruhi pemikiran manusia pada hari ini.



Umat Islam perlu mempunyai kefahaman yang betul berkenaan Islam supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan isme-isme ini.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Thabrani, Nabi s.a.w. bersabda, Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut landasan jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa hak.

6 Ogo 2008

Remaja Masa kini


Double Clik pada imej untuk membaca artikel

AKHLAK REMAJA ISLAM


Remaja Islam Penjana Negara Gemilang

Akhlak yang mulia adalah idaman setiap remaja. Dengan berakhlak mulia, seseorang remaja akan jelas hala tuju hidupnya, mampu menjadi pendakwah yang matang dan cemerlang, berupaya mencetuskan dimensi baru dalam memberi makna khalifah dan menjadi harapan negara.

Namun begitu, bagaimanakah pula keadaan remaja pada zaman Rasulullah saw ? Apakah yang mereka lakukan ketika mereka seusia dengan zaman remaja hari ini ? Apakah kegemaran mereka ? Apakah mereka juga sukakan hiburan, keseronokan atau mentelaah pelajaran ? Apakah bezanya mereka dengan kita ? Bagaimanakah hasil didikan Rasulullah saw terhadap generasi remaja ketika itu ? Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri bagaimanakah hasil didikan Rasulullah saw terhadap generasi remaja ketika itu yang sentiasa disirami dengan kata-kata semangat, pengalaman yang praktikal dan dibimbing oleh wahyu Allah swt ?

Apabila kita memerhati perkembangan generasi remaja pada ini, kita akan dapati suatu rakaman kisah hidup remaja pada zaman yang penuh mencabar tetapi sangat mengagumkan. Terlalu ramai contoh yang boleh diambil dan dijadikan teladan. Salah seorang daripada mereka ialah S.Ali. Beliau adalah kanak-kanak yang paling awal memeluk Islam. Wajahnya tidak pernah sujud kepada berhala dan sangat berani melakukan tugasan yang diamanahkan oleh Rasulullah saw. Ketika usia remaja, S. Ali pernah ditugaskan untuk tidur di katil baginda saw pada malam hijrah. Tugas ini merupakan satu amanah yang sangat besar dan akan menentukan jatuh dan bangunnya dakwah Islam ketika itu. Dengan berani dan tidak banyak soal, beliau menerima tugas tersebut. Akhirnya beliau ditangkap, diseksa dan diminta untuk membocorkan rahsia ke arah mana Rasulullah saw bergerak. Watak beliau yang tegas, memegang amanah dan teguh pendirian, beliau tetap tidak mebocorkan rahsia walaupun diancam untuk dipukul. Inilah contoh jati diri remaja yang kental dan penuh dengan disiplin diri terhadap perjuangan Islam.

Ketika peperangan Badar, sekali lagi beliau memperlihatkan keberaniannya untuk berperang apabila mewakili tentera Islam berlawan satu lawan satu. Di pihak tentera Islam, tiga orang wakil telah dipilih dan salah seorang daripadanya ialah S. Ali. Tentera kafir Quraisy turut menghantar tiga orang panglima perang handalan mereka. Keberanian remaja bernama S. Ali ini sangat hebat sehingga mampu menumpaskan lawan-lawannya satu demi satu.

Beliau yang juga merupakan sepupu Rasulullah saw turut terkenal sebagai seorang remaja yang alim dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sentiasa melazimi diri dengan baginda saw sejak kecil, banyak ilmu dunia dan akhirat yang telah diperolehinya dan mematangkan kehidupan remaja beliau. Rasulullah saw pernah menghantarnya ke Yaman sebagai wakil kerajaan di sana serta menyampaikan ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada masayarakat Yaman ketika itu.

Setelah meningkat dewasa, beliau menjadi menantu Rasulullah saw dengan mengahwini S. Fatimah. Beliau turut menjadi khalifah Islam ke empat dengan mewarisi bakat, ketokohan dan ilmuan yang melayakkannya menjadi pemimpin umat islam.

S. Ali adalah satu contoh seorang remaja yang lahir daripada didikan Rasulullah sejak awal dakwah Islam lagi. Beliau telah menggunakan usia remajanya bagi mendalami ilmu-ilmu Islam dan bersama-sama dengan Rasulullah saw dalam banyak peperangan. Remaja Islam pada hari ini boleh merenung dan menggali pengalaman tokoh-tokoh remaja masa silam yang begitu ramai dan terkenal di kemudian hari. Mencontohi pengalaman mereka dari aspek kegigihan, disiplin diri, keberanian dan memberi sumbangan terhadap perkembangan dakwah Islam dan pertumbuhan generasi dan tamadun dunia yang lebih cemerlang. Melalui pengalaman-pengalaman berguna yang dapat dimanfaatkan untuk masa depan, remaja Islam hari ini akan terhindar daripada terus hanyut dalam lautan nafsu yang sentiasa mendorong kepada keseronokan yang bersifat sementara.

Api olimpik, obor olimpik, dan cahaya olimpik



Api olimpik, obor olimpik, dan cahaya olimpik semuanya merupakan nama-nama bagi satu lambang promosi olimpik.

Asal-usulnya berasal dari Yunani Kuno di mana sebuah api dibiarkan menyala sepanjang sambutan olimpik kuno, serta memperingati dicurinya api ini dari dewa Zeus oleh Prometheus. Api ini diperkenalkan pada awalnya pada olimpik 1928 di Amsterdam, dan sejak itu menjadi upucara tetap pada setiap tamasya olimpik.

Larian obor dari Yunani ke tempat penyelenggaraan olimpik moden tidak ada dalam olimpik kuno, sebaliknya hal itu diperkenalkan oleh Carl Diem, dengan asas Joseph Goebbels daripada olimpik Berlin 1936 yang sempat diselubungi kontroversi dianggap sebagai cara menanamkan pemahaman Nazi.[The New York Times 14.08.2004]


Obor Olimpik 2008 ketika dalam pameran di Vilnius

Bagi masyarakat Yunani kuno, api membawa erti agama suci. Api suci ini dikisahkan pernah dicuri dari dewa-dewi oleh Prometheus. Maka, api dapat dijumpai di berbagai tempat di Olympia, Yunani. Sebuah api yang menyala secara berpanjangan disimpan di atas Hestia di Olympia. Ketika berlangsungnya olimpik yang memberi penghormatan kepada Zeus, api tambahan di kuilnya dan juga kuil ratu Hera. Api olimpik moden dinyalakan di tempat-tempat di mana pernah didirikan kuil Hera.[www.wikipedia.org]

Setelah kita melihat dengan jelas bahwa larian obor dan nyalaan obor ini ternyata berasal dari akidah khurafat masyarakat Rom dan juga merupakan peradaban (hadharah) kufur. Sedangkan Rasulullah melarang umat Islam mengikuti jejak langkah dan apa yang dilakukan oleh orang kafir, maka apakah layak umat Islam merayakan khurafat dan tahayul olimpik ini? Dari Umar Radiyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam, "Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka". (HR. Ahmad, Abu Daud, Thabrani)

Melayu Ku

Untuk Besarkan Imej double cliks pada Imej


Sumber Persatuan Pengguna Islam Malaysia http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php

Hadith Sahih tentang Kelebihan Berzikir



Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkan subhanallahi wabihamdihi dalam satu hari seratus kali,nescaya dihapuskan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih laut.”

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]


Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsipa yang mengucapkan ‘laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodiir’ seratus kali dalam sehari, maka baginya sama dengan memerdekakan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus kesalahan serta dia mendapat penjagaan dari gangguan syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tidak ada seorang yang lebih utama darinya kecuali orang yang mengerjakan lebih banyak dari itu.*

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

*Membaca lebih daripada 100X tidak pula dituntut menghitungnya.


Dari Saad bin Abi Waqqas,katanya:

“Kami pernah duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: “Lemahkah salah seorang kamu untuk mengerjakan setiap hari seribu kebaikan?” Maka bertanya seorang yang ada dalam majlis itu kepada baginda: “Bagaimanakah salah seorang dari kami mengerjakan seribu kebaikan?” Baginda bersabda: “Iaitu dia bertasbih (subhanallah) seratus kali tasbih nescaya akan ditulis baginya seribu kebaikan dan dihapuskan darinya seribu kesalahan.”

[H.R. Muslim]


Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”

[H.R. Muslim]


Ada zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w tetapi kita tidak dituntut menghitungnya.Jadi,cukup membaca sekadar kemampuan.


Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dua kalimat yang ringan diucapkan akan tetapi berat pada timbangan, iaitu: subhanallahi wa bihamdih,subhanallahil ‘adziim.”

[H.R. Bukhari dan Muslim]

4 Ogo 2008

Ber"couple" Dalam Islam



Budaya "couple" sememangnya merupakan antara corak hidup kebanyakkan remaja masa kini. Ianya menjadi identiti alaf kemodenan acuan Barat yang dicemari oleh nilai-nilai Sekularisme dan Hedonisme.

Terlebih dahulu, hendaklah diketahui bahawa, cinta sememangnya naluri setiap insan. Cinta lawan jenis (antara lelaki dan perempuan) sememangnya merupakan suatu fitrah manusia. Maka, dapatlah difahami bahawa, budaya "couple" ini sememangnya natijah daripada sahutan terhadap naluri fitrah manusia yang bersifat saling cinta-mencintai. Oleh yang demikian, Islam meletakkan landasan-landasan murni dalam memelihara fitrah tersebut dengan institusi perkahwinan.

Oleh yang demikian, "couple" itu sebenarnya, jika merujuk kepada cinta antara seseorang lelaki dengan seseorang perempuan, maka ianya bersifat fitrah. Cuma, ianya perlu diikat dengan perkahwinan.

Namun, fenomena "couple" dalam istilah khususnya, iaitu percintaan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan syar'ie (seperti perkahwinan atau pertunangan) perlulah sewajarnya dinilai dari sudut faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudannya terlebih dahulu, sebelum menilainya dari neraca Islam kerana memahami realiti adalah satu juzuk dari keseibangan simpulan hukum menurut ulama' usul fiqh.

Antara faktor-faktor wujudnya fenomena "couple" adalah:
1) Fitrah Insani
2) Pengaruh Media yang Membawa Nilai Hidup Barat
3) Peningkatan dan Perkembangan Sistem Pendidikan dan Kemasyarakatan





Para remaja, disamping sibuk dalam bidang pendidikan, turut disibukkan dengan hiburan melalui media. Antara bentuk hiburan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan yang membawa mesej percintaan, sesuai dengan fitrah mereka. Oleh yang demikian, media-media hiburan sebenarnyalah antara yang paling bertanggungjawab dalam merangsangkan lagi keinginan untuk bercinta di dalam diri para remaja. Setelah berlakunya gelora yang kuat untuk mencintai dan dicintai, mereka mendapati Islam memberi jalan penyelesaiannya iaitu, dengan perkahwinan. Namun, kebanyakkan remaja yang berkeinginan kuat dalam mencari tempat mencurah dan mengemis kasih, tidak mampu untuk berkahwin kerana halangan-halangan tertentu, seperti masih lagi di bangku pengajian, tidak mempunyai kewangan yang cukup dan sebagainya yang merupakan natijah dari perkembangan bidang pendidikan dan kemasyarakatan di era moden ini.

Kalau di zaman umat Islam terdahulu, di samping tiada rangsangan dari media hiburan yang menjurus ke arah tersebut, tiada juga suatu bentuk sistem pendidikan dan kemasyarakatan yang begitu kompleks dan "protokolis" seperti zaman ini. Dahulu, anak muda mudi Islam berkahwin dalam usia yang muda apabila mereka (pada ketika itu) sudah mempunyai keinginan untuk "mencintai dan dicintai", di samping perbelanjaan untuk perkahwinan tidaklah terlalu tinggi.



Di zaman moden ini, anak-anak muda seolah-olah seperti terikat dengan suatu mentaliti dualisme antara "cinta" atau "cita-cita". Budaya perkahwinan di alam pengajian tinggi juga tidak diberi galakan sewajarnya oleh masyarakat Islam moden, memaksa para muda-mudi yang terbelenggu dengan rangsangan mencari cinta yang semakin meningkat saban hari (hasil dari rangsangan media hiburan dan media massa yang menggalakkan budaya bercinta) dan halangan perkahwinan kerana masih belajar dan tidak berkewangan yang cukup untuk berkahwin kerana kos perkahwinan yang tinggi, mencari alternatif lain dalam memenuhi fitrah cinta mereka, dengan bentuk yang berbeza.

Alternatif tersebut itulah yang dikenali dengan "couple", natijah dari tiga faktor utama tersebut. Kabanyakkan para ulama' muta'akhirin (terkini) seperti Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (Mufti Qatar), Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti (ulama' besar Syria) dan sebagainya yang memahami realiti tersebut memberi pandangan yang amat sederhana dalam masalah "couple" ini.

Menurut mereka, "bercinta" itu sendiri tidak salah. Cuma, perlulah dibatasi dengan syariat Islam, dan seboleh-bolehnya berkahwinlah jika sudah ada yang dicintai dan mencintai, kerana itu yang lebih baik.



Para ulama' tersebut amat memberi galakan kepada muda-mudi untuk berkahwin di alam pengajian tinggi, sebagai penyelesaian utama bagi masalah "couple" ini, dan menyarankan agar masyarakat Islam memberi galakan dan bantuan kepada para penuntut Islam berkahwin sewaktu muda, jika sekiranya mampu membahagikan masa.

Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti sendiri berkahwin pada umur 18 tahun, namun mampu mencapai kecemerlangan yang amat memberangsangkan dalam bidang akedemik dan pembelajaran. Begitu juga dengan Dr. Al-Qaradhawi yang berkahwin sewaktu berada di tahun 2 peringkat Ijazah Sarjana Muda sewaktu di Al-Azhar, bahkan menjadi mahasiswa Al-Azhar paling cemerlang di masa beliau. Beliau bahkan berkata: "kalaulah sebelum ini, saya mengetahui kebaikan dalam perkahwinan seperti yang saya ketahui kini (setelah berkahwin), nescaya saya akan berkahwin sejak dari tahun 1 lagi".





Jadi, bagi mereka, penyelesaian utama untuk menjaga anak-anak muda dari terjebak ke kencah maksiat adalah dengan perkahwinan di usia yang awal.

Jika terdapat halangan-halangan lain, yang menghalang anak-anak muda berkahwin awal, seperti tiada kewangan, tidak mampu membahagikan masa dalam pengajian dan sebagainya, maka langkah yang kedua ialah dengan pertungangan (Al-Khitbah).

Pertunangan dalam Islam sebenarnya amat mudah, iaitu, cukup dengan pengetahuan ahli keluarga kedua-dua pihak samada lelaki atau perempuan, dan persetujuan kedua-duanya yang sudah saling mengenali antara ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan tersebut. Sudah cukup dengan persetujuan antara kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) dan pengetahuan dan persetujuan antara ahli keluarga kedua-dua pihak untuk dianggap sebagai pertunangan dalam Islam.

Pertunangan, walaupun belum lagi suatu landasan sempurna dalam memelihara hubungan cinta sesama lelaki dan perempuan, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan timbulnya fitnah dari kalangan masyarakat, risikan pihak ketiga terhadap perempuan tersebut dan sebagainya.

Dalam tempoh tersebut juga, perlulah menjaga batas-batas syariat antara seseorang dengan bukan mahramnya. Jika pertunangan juga belum lagi mampu dilakukan, namun tetap timbulnya percintaan sesama lelaki dan perempuan, maka ianya juga perlulah dibatasi dengan batas-batas syariat, seperti tidak boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi, seperti di kawasan-kawasan terpencil, di dalam kereta dan sebagainya, bagi mengelakkan timbulnya fitnah.

Dr. Al-Qaradhawi dan Sheikh Atiyyah As-Saqqar lebih cenderung untuk tidak menggalakkan percintaan sebelum ada ikatan tidak syar'ie (seperti perkahwinan dan pertunangan), kerana ianya membawa kepada banyak perkara negatif berbanding perkara positif.

Bahkan, Dr. Al-Qaradhawi menegaskan juga bahawa, percintaan sebelum perkahwinan tidak selalunya berakhir dengan kesudahan yang mengambirakan (perkahwinan), bahkan selalunya berakhir dengan penyesalan dan perpisahan.

Kesimpulannya, "couple" itu sendiri tidak ada hukum yang khusus, kerana ianya merupakan suatu yang abstrak. Kalaulah ianya merujuk kepada cinta, maka ianya mubah (dibolehkan) kerana sememangnya fitrah manusia, tetapi perlulah diikat dengan ikatan murni syariat Islam iaitu perkahwinan atau pertunangan.

Dalam tempoh pertunangan juga, pasangan perlulah menjaga hubungan mereka dengan batasan-batasan syari'at seperti, tidak berkhalwat (bersunyi-sunyian atau berdua-duaan di tempat sunyi), tidak bercakap dengan perkara-perkara yang tidak syar'ie dan membawa kepada syahwat, tidak melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar dan sebagainya.

Adapun budaya "couple", percintaan tanpa ikatan syar'ie, walaupun ianya tidak digalakkan, namun jika sememangnya sudah terjebak dengan amalan tersebut, dari dorongan fitrah yang murni, maka jagalah batas-batas syari'at yang disebutkan sebelum ini, di samping bersegeralah dalam mengikatnya dengan ikatan-ikatan syar'ie supaya dapat mengelakkan banyak masalah lain dan menghindarkan dari terjerumus dalam lembah maksiat.

Jika seseorang masih belum lagi terjebak dengan amalan "couple" ini, maka cubalah sedaya-upaya untuk tidak terjebak di dalamnya. Apabila sudah bertemu dengan idaman hati, maka bersegeralah dalam membina ikatan syariat (perkahwinan). Jika masih belum berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, maka hindarilah dari memikirkan persoalan-persoalan tentang cinta tersebut, dengan menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran, sosial dan sebagainya.

Alfaqir sekadar menaqalkan sahaja perbahasan-perbahasan ini dari para ulama' untuk kemanfaatan umum mengenai permasalahan ini.

Semoga Allah s.w.t. menerima kita sebagai kekasih-Nya seterusnya mencampakkan nur kasih-Nya di dalam hati kita dan seterusnya menjadikan hanya cinta-Nyalah harapan kita

Hukum Mencabut/Mencukur/Menggunting Bulu

Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :

a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. contoh: bulu mata, janggut bagi lelaki.
b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. contoh: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

Ulama’ berbeza pendapat didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak. Yang mengharamkannya berdalilkan firman Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-

“….aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”[al-Nisa’ 4:119]

Sementara yang membenarkannya berhujah bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w (tidak disebutkan samada dilarang atau dibenarkan) maka hukumnya harus. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w:


الحلال ما أحل الله في كتابه ، والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفا عنه


Sesuatu yang halal adalah apa yang Allah halalkan dalam Kitab-Nya, sedangkan yang haram adalah apa yang Allah haramkan dalam Kitab-Nya. Adapun yang tidak disebutkan merupakan sebuah kelapangan.
[Dikeluarkan at-Tirmizi - no: 1726 dan dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi]

Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulamak. Ulamak al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syaikh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori ‘c’ tadi.



لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه


“Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” [Fatawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/194, 195].



وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس


"Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala" [Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].


يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة للأدب.


"Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha', dan berkata beberapa ulama' bahawa ini bertentangan dengan adab" [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. URL : http://www.islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=1927#4180 ]

Kesimpulannya, bulu dada, kaki dan sebagainya tidak termasuk dari kalangan bulu/rambut yang dilarang membuangnya.

2 Ogo 2008

Khasiat Tamar

Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sesaiapa yang memakan tujuh biji buah tamar Ajwah setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu.” (Bukhari-Muslim)

Buah tamar mengandungi 60-70% gula asli di dalam bentuk glukosa danfraktosa di dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan. Di samping karbohidrat, setiap 100 gram buah tamar mengandungi lebih kurang 15.3% air,2.5% protein, 0.4% lemak, 2.1% zat-zat logam dan 3.9% serat.

Di antara zat-zat logam yang terdapat di dalam buah tamar ialah kalsium, fosforus,zat besi dan vitamin B. Jika diamati pecahan khasiatnya (nutrients), ia mengandungi kandungan air, karbohidrat dan serat yang tinggi dan kadar lemak yang rendah. Serat yang terdapat di dalam tamar amat baik untuk perut dan usus terutama bagi mereka yang mengidap penyakit sembelit.

Mengikut Metchnikoff, seorang saintis yang terkenal di Rusia, banyak memakan tamar akan menghalang pembiakan kuman-kuman berbahaya dan sebaliknya akan melahirkan koloni kuman yang bermanfaat bagi usus (friendly bacteria).Malah bagi tamar di sesetengah negara, contohnya California, kadar lemakyang terdapat di dalamnya ialah 0% dan kadar serat bagi setiap 5-6 bijibuah tamar ialah 3 gram. Seseorang yang memperolehi 3 gram serat telah memperolehi 14% daripada keperluan hariannya.

Justeru, sesetengah pengkaji di Amerika menganggap buah tamar sebagai makanan harian yang ideal kerana pakar-pakar pemakanan telah merumuskan, diantara formula pemakanan yang terbaik pada hari ini ialah yang tinggi kadar karbohidrat dan serat serta rendah kadar lemaknya. Formula ini dapat mencegah kegemukan dan mengurangkan risiko menghidap sakit jantung dan barah. Khasiat yang terdapat pada buah tamar memang selari dengan formula pemakanan ini.

Oleh : Mohd Sufian Jaafar

Kelebihan Bulan Syaban

Bulan Syaban adalah bulan yang dimuliakan di dalam Islam. Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita cara-cara yang sewajarnya dilakukan bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT di dalam bulan Syaban ini. Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada ‘A-isyah R’Anha katanya:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami menyangka baginda tidak berpuasa, dan tidaklah aku pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan dalam bulam Ramadhan, dan tidaklah pernah aku melihat baginda paling banyak berpuasa berbanding bulan Syaban.”


Di dalam riwayat Imam Muslim ada disebut:

كان يصوم شعبان كله ، كان يصوم شعبان إلا قليلا
Maksudnya: “Adalah (Baginda SAW) berpuasa dalam bulan Syaban keseluruhannya, baginda berpuasa dalam bulan Syaban melainkan sedikit sahaja (yang baginda tidak berpuasa).”


Berdasarkan hadith ini dan hadith-hadith yang lain, segolongan ulama seperti Ibn al-Mubarak (ابن المبارك) dan selainnya berpendapat bahawasanya Nabi SAW tidak menyempurnakan puasa sebulan penuh di dalam Syaban, sebaliknya baginda hanya berpuasa kebanyakan hari dalam bulan tersebut. Pendapat Ibn al-Mubarak ini dikuatkan dengan beberapa bukti antaranya:


1. Hadith di dalam Sahih Muslim daripada ‘A-isyah R’anha:

ما علمته صام شهرا كله إلا رمضان

Maksudnya: “Tidak aku ketahui baginda (SAW) pernah berpuasa sebulan sepenuhnya melainkan dalam bulan Ramadhan.”


2. Hadith daripada ‘A-isyah juga katanya:

ما رأيته صام شهرا كاملا منذ قدم المدينة إلا أن يكون رمضان
Maksudnya: “Tidak pernah aku melihat Baginda (SAW) berpuasa sebulan penuh semenjak sampai di Madinah melainkan dalam bulan Ramadhan.”


3. Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn ‘Abbas katanya:

ما صام رسول الله صلى الله عليه وسلم شهرا كاملا غير رمضان
Maksudnya: “Tidaklah Rasulullah SAW pernah berpuasa sebulan penuh selain Ramadhan.”


Kerana itu Ibn ‘Abbas RA memakruhkan puasa penuh sebulan melainkan Ramadhan. Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata di dalam Fathul Bari:

كان صيامه في شعبان تطوعا أكثر من صيامه فيما سواه وكان يصوم معظم شعبان
Maksudnya: “Adalah puasa sunat baginda (SAW) dalam bulan Syaban lebih banyak berbanding puasa sunat baginda dalam bulan selain Syaban, dan baginda berpuasa dalam kebanyakan hari dalam bulan Syaban.”

Bulan Syaban adalah bulan yang diangkat amalan kepada Allah SWT
Daripada Usamah bin Zaid RA katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam mana-mana bulan seperti engkau berpuasa dalam bulan Syaban.” Jawab Baginda: “Bulan Syaban itu, bulan yang manusia lalai daripadanya, dia diantara bulan Rejab dan Ramadhan, ianya satu bulan yang diangkat di dalamnya amalan-amalan kepada tuhan sekelian alam, dan aku suka amalan aku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.” (HR al-Nasaie, lihat Sahih al-Targhib wa al-Tarhib)


Ibn Rajab RH berkata:

صيام شعبان أفضل من صيام الأشهر الحرم ، وأفضل التطوع ما كان قريب من رمضان قبله وبعده ، وتكون منزلته من الصيام بمنزلة السنن الرواتب مع الفرائض قبلها وبعدها وهي تكملة لنقص الفرائض ، وكذلك صيام ما قبل رمضان وبعده ، فكما أن السنن الرواتب أفضل من التطوع المطلق بالصلاة فكذلك يكون صيام ما قبل رمضان وبعده أفضل من صيام ما بَعُد عنه
Maksudnya: “Puasa dalam bulan Syaban, lebih utama daripada puasa dalam buln-bulan haram yang lain, kerana seutama-utama puasa sunat ialah yang hampir dengan Ramadhan, sebelum atau selepas Ramadhan. Jadilah kedudukan puasa itu seperti kedudukan sunat rawatib solat fardhu sebelum dan selepas solat fardhu, ianya menampung apa-apa kekurangan dalam solat fardhu. Demikian juga puasa sebelum dan selepas Ramadhan, sepertimana sunat rawatib lebih utama daripada solat sunat mutlak yang lain, kerana itu jadilah puasa sebelum Ramadhan dan selepasnya lebih utama daripada puasa yang lebih jauh dari Ramadhan

Written by kadir

HUKUM BENANG HITAM DI TANGAN BAYI

Amalan dan kelaziman menggunakan tangkal sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.'"


Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.


Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."


"Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).
Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.


"Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).


Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.


Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.


Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."


Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.


Waalahu a'lam

Takuti perkara membatalkan Islam

Perkara-perkara yang membatalkan Islam

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.

. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, menyangsikan kekafiran mereka malah membenarkan keyakinan mereka.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syari?at atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syari?at Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14.? Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15.? Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16.Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29.Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32.Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

Dan banyak lagi yang perlu diketahui secara mendalam dan terperinci yang mesti digarap oleh setiap Muslim menerusi kuliah-kuliah akidah yang tidak boleh dipelajari secara santai, kerana ia merupakan asas dan benteng yang kuat daripada terjebak pada penentangan terhadap Allah sekali gus layak mendapat kutukan-Nya. - lanh _