Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

17 Mei 2010

Sebut iblis dalam solat

 
 

PETIKAN : Belog saya

Q&A : Sebut iblis dalam solat

gambar hiasan

SOALAN:


Dalam satu tazkirah selepas sembahyang maghrib, yang diberi oleh seorang ustaz, seorang makmum menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak membaca al-Fatihah dengan betul, sama ada kerana tidak ada sabdu atau kerana tidak sempurna panjang mad yang ada dalam satu-satu kalimah juga kerana sebutannya tidak betul, maka selain sembahyangnya tidak sah, kita juga menyebut nama-nama syaitan ketika sembahyang.

Contohnya kalimah "du li lah," iaitu membaca "alhamdu li'Llah" tanpa sabdu. Kalimah "hir rab," iaitu membaca al-hamdu li Llahi rabbi 'l-alamin," iaitu membaca kalimah berkenaan dengan sabdu. "kiyaau," iaitu membaca dengan sabdu, yang sepatutnya dibaca "ki yau," pada "maliki yaumi 'd-din." Begitu juga pada bacaan "iyyaka na'budu wa iyyakana 's-tain."

Apakah benar apa yang dijelaskan itu. Selama ini saya tidak pernah mendapat maklumat dari mana-mana sumber yang sah.

- Sutinah, KK


JAWAPAN:


Persoalan seperti ini pernah saya jelaskan dalam ruangan ini satu ketika dahulu. Walaupun demikian saya rasa ia perlu dijelaskan untuk mengatasi keraguan.

Menyebut tentang syaitan, perlu rasanya dirujuk tulisan Raji al-Asmar dalam bukunya: Asy-Syayatin: Haqiqatuha, yang menyebut bahawa perkataan "iblis" disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali, manakala kalimah 'syaitan' itu disebut sebanyak 88 kali. Dalam buku ini diperturunkan ayat-ayat berkaitan yang menyebut nama-nama tersebut.

Keterangan ini membuktikan, mempercayai tentang kewujudan syaitan juga iblis itu adalah suatu yang termaktub dalam kalamullah. Ia bukan dongeng atau rekaan.

Walaupun demikian terlalu banyak telah direka oleh manusia mengenainya, termasuk namanya seperti toyol, hantu raya, langsuir, bajang dan lain-lain yang melahirkan pelbagai amalan bidaah dan khurafat. Dalam keadaan tertentu nama-nama elok disebut, seperti nama-nama wali, syeikh, embah, nenek, panglima hitam dan sebagainya, padahal apa yang disebut itu lebih merujuk kepada jin-jin.

Di dalam hadis-hadis juga tersebut perkataan "syaitan." Dalam sebuah hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah dijelaskan tentang syaitan yang mengganggu nabi ketika sedang sembahyang.

Dalam hadis lain dijelaskan tentang syaitan yang menyerupai seorang syeikh dari Najd yang masuk bersama himpunan orang-orang Quraisy yang diadakan di Darunnadwah, iaitu satu mesyuarat untuk membunuh nabi. Syaitan telah memberi nasihat bagaimana hendak membunuh baginda. Peristiwa itu berlaku sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.

Dalam peperangan Badar pun iblis telah datang mengetuai pasukan yang terdiri daripada syaitan, yang ada bersamanya bendera. Iblis menjelma menyerupai seorang lelaki daripada Bani Mudallij, manakala syaitan menyerupai rupa Suraqah bin Malik bin Ja'syam.

Dalam sebuah hadis yang ditakhrij oleh at-Tirmidzi dan an-Nasaiy daripada Aisyah, beliau berkata telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya aku melihat syaitan-syaitan daripada golongan jin dan manusia telah lari daripada Omar.

Dalam hadis daripada Hamnah Jahsy, beliau berkata, dia mengalami masalah darah haid yang keluar begitu banyak. Beliau memberitahu hal ini kepada Rasulullah. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia adalah satu sepakan daripada sepakan syaitan.

Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik pula menyatakan bahawa beliau telah mendengar baginda bersabda yang bermaksud: Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.

Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar, ia berkata bahawa beliau pada satu ketika duduk di sisi nabi. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang paling buruk mukanya, juga pakaiannya, manakala bajunya terlalu busuk. Dia datang melangkahi orang ramai sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah. Lelaki itu berkata: Siapa yang menjadikan langit. Baginda menjawab: Allah. Siapa yang menjadi Allah. Tanyanya lagi. Subahanallah, jawab nabi. Lelaki tadi memegang dahinya lalu mengangguk-anggukka n kepalanya. Ia berdiri lalu pergi. Baginda mengangkat kepalanya lalu bersabda: Ini adalah iblis, datang kepada kamu untuk menimbulkan syak terhadap agama kamu.

Hadis-hadis yang tersebut di atas hanya menyebut kalimah "iblis" ataupun "syaitan" tanpa menyebut siapakah nama syaitan ataupun iblis yang terlibat dengan peristiwa-peristiwa tersebut.

Raji al-Asmar dalam bukunya Al-Jinn ada menyebut nama "Marid", iaitu syaitan daripada golongan jin. Jin apabila ia kufur, zalim dan melampau dan melakukan kejahatan dinamakan "syaitan".

Apabila makhluk ini berupaya menggangkat sesuatu yang berat dan mencuri pendengaran dinamakan "Marid". Andainya makhluk ini mempunyai keupayaan lebih daripada itu dinamakan "Ifrit".

Dalam buku yang sama muka surat 51-53, Raji al-Asmar ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis, iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia. Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Al-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa was was, juga yang membisikkan telinga menyebabkan timbul was was.

Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi' ataupun QARiN, yang hidup bersama dengan manusia, terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.

Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah. Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.

Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali. Manakala "Khanzab" ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.

Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A'war, Masuth, Dasim dan Zalambur.
  1. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah,
  2. A'war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina,
  3. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampur-adukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah,
  4. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri dan
  5. Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar.

Nama-nama iblis dan syaitan yang termaktub dalam al-Quran juga daripada hadis-hadis serta fungsi masing-masing telah dijelaskan.

Banyak lagi nama iblis dan syaitan yang terdiri daripada golongan jin, namun nama-nama seperti tertera dalam e-mel yang saudari terima, iaitu du li lah, hir rob, kiyyau, kannak dan kannas tidak termasuk dalam nama-nama diperturunkan. Biarpun tidak mustahil andainya nama-nama yang terdapat dalam bacaan al-Fatihah yang cacat bacaan seperti tersebut dalam e-mel saudari, namun setelah meneliti nama-nama yang dikatakan wujud dalam al-Fatihah yang salah bacaannya dirasakan hanya rekaan belaka, tanpa sumber yang utuh atau boleh dipertanggungjawabk an.

Hanya satu nama iaitu Kannas atau tersebut dalam al-Munjid, yang bermaksud sesuatu yang disapu oleh penyapu. Walaupun demikian kalau ia dieja sebagai "khannas", ia adalah merujuk kepada nama syaitan yang menahan dan melambat-lambatkan seseorang untuk zikrullah.

Dalam kitab-kitab fikah, yang membicarakan tentang bacaan al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun sembahyang, nama-nama syaitan seperti didakwa saudari langsung tidak disentuh.

Disebut bahawa orang yang bersembahyang mesti memelihara semua huruf al-Fatihah juga segala tasydidnya. Andainya tergugur satu huruf atau satu tasydid atau. ditukar satu huruf al-Fatihah dengan huruf lain, ataupun rosak baris yang mengubahkan maknanya, maka tidak sahlah sembahyang yang dilakukan, andainya ia melakukan dengan sengaja dan ia ketahui mengubah maknanya.

Andainya keadaan ini berlaku dengan tidak sengaja, jahil dan tidak mengubah maknanya, maka tidak batallah sembahyang, tetapi hendaklah membacanya semula.

Implikasi daripada kandungan e-mel yang saudari terima boleh menyebabkan timbulnya kesan buruk. Orang yang tinggi pengaruh gangguan sembahyangnya, yang mengambil wuduk melebihi kebiasaan, berulang kali mengangkat takbir ketika niat, mengulangi huruf-huruf kesamaran ketika membaca al-Fatihah dan sering lupakan rakaat sembahyang akan berasakan sembahyang itu satu penyeksaan.

Lebih teruk ialah orang yang lupakan bacaan sembahyang dan berasa terganggu sebaik masuk waktu sembahyang. Bagi orang seperti ini sembahyang merupakan sesuatu yang meragut kebahagiaan daripada ketenangan hidupnya. Sebaliknya, jika ia tidak sembahyang, keadaan seperti ini tidak timbul. Kerana itu berkemungkinan seseorang itu akan terus meninggalkan sembahyang.

Keadaan akan menjadi lebih parah apabila orang yang terganggu sembahyangnya menyedari adanya sebutan nama-nama iblis atau syaitan dalam bacaan al-Fatihah. Orang yang bermasalah membaca al-Fatihah memang selalu silap ketika membacanya terutama pada huruf kesamaran, pada tasydid dan sebagainya. Kerana itu akal fikirannya akan tertumpu bahawa apa yang disebut dalam al-Fatihah melibatkan sebutan nama-nama iblis dan syaitan. Kerana itu besar kemungkinan bahawa mereka tidak akan sembahyang langsung, kerana ia hanya akan menyebut nama-nama iblis dan syaitan dalam sembahyang yang didirikan.

Nama-nama yang saudari sebutkan di atas tidak ada punca sandarannya. Sebenarnya kalau hendak dikeluarkan nama-nama dalam al-Fatihah, lalu didakwa sebagai nama syaitan, setiap kalimah itu boleh didakwa sebagai nama syaitan, kerana ia tidak ada punca sandarannya.

Persoalan remeh-temeh seperti ini hakikatnya tidak perlu ditonjolkan. Bagi pembaca pula, selain perlu merujuk kepada hukum, akal sendiri boleh memikiri tentang lojiknya. Terlalu banyak masalah di kalangan orang Islam yang masih belum selesai dan perlu diselesaikan. Jangan buang tenaga memikiri sesuatu yang tidak bermanfaat.

Dalam mempelajari ilmu fikah, termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain, kita banyak didedahkan dengan tafsiran yang berlainan daripada pendapat ulama yang muktabar, tentang hukum halal dan haram, najis atau suci.

Sayangnya, dalam keadaan tertentu, pembaca seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja tanpa dapat memahami pendapat yang mana sewajarnya diikuti.

Dan apabila timbul persoalan-persoalan yang membicarakan sah atau tidaknya sesuatu sembahyang yang dilakukan, termasuklah sebutan nama-nama jin dan syaitan seperti saudari kemukakan, kecelaruan akan lebih ketara yang ada kalanya seumpama tidak ada jawapan. Sewajarnya persoalan-persoalan seperti ini bukan menjadi persoalan pokok yang perlu dihuraikan.

 Dr. Amran Kasimin
.


13 Apr 2010

Jannah di sebalik musibah

 
 

Jannah di sebalik musibah


Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, "kami taat dan kami patuh" walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, "telah berlakulah janji Allah." Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
"Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat."
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
"Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan."

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
"Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga."
(HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang "dihadiahkan" oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua'lam.




__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com

Doa memohon diberi kemudahan dalam segala urusan dan hajat

 

Doa memohon diberi kemudahan dalam segala urusan dan hajat


Assalamualaikum warahmatullah,

Ada yang bertanya, "ada sesiapa yg boleh bagi DOA UNTUK MEMULAKAN KERJA?" Saya menganggap doa yang diminta itu satu doa yang patut dibaca ketika hendak memulakan kerja. Alaaah... bacalah 'Bismillah...' yang bermaksud, "Dengan nama Allah" iaitu kalimah yang paling mudah, semoga apa yang hendak dikerjakan itu diberkati-Nya kerana kita berbuat sesuatu atas nama Allah.

Dalam setiap apa saja yang kita lakukan, eloklah kita mulakanlah dengan bacaan 'Bismillah'. Perlu diingatkan, baca 'Bismillah' bila hendak melakukan pekerjaan yang baik-baik saja. Jika kita hendak merompak atau menyamun mencuri, tak payahlah baca 'Bismillah' sebab apa yang hendak dibuat itu memang tidak boleh kita lakukan...

Menurut satu sumber [kelebihan-baca- bismillah], Ustaz Dato' Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan 'Bismillahi Rahmanir Rahim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. Insya Allah. [NB : Saya tak dapat pastikan kesahihan sumber ini, tiada nas/dalil yang menyokong bilangan sebutan 'Bismillah', jika sesiapa ada maklumat, sila-sila kongsikan bersama]

Rasa-rasanyanya, semua orang Muslim maklum akan kalimah 'Bismillah' ini. Lalu terfikir pula saya, mungkin si penanya maksudkan doa supaya dipermudahkan kerja, ya, mungkin inilah maksud soalan. Saya suka kongsikan di sini, satu doa memohon diberi kemudahan dalam apa saja urusan yang sering saya baca bila hendak berurusan dengan orang dan hampir tidak pernah saya lupa membacanya ketika hendak keluar shopping [NB : Bukan senang nak cari parking lot, nak-nak pulak hujung/awal bulan time dapat gaji atau weekends]. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menghadapi masalah mencari tempat letak kereta. Yang penting, kita mesti istiqamah dan tawakkal, insya Allah, dipermudahkan.

Bacaan doa seperti berikut : "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan". Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin." Doa ini dititipkan oleh pakcik saya, ex-Prof UTM, Tn Hj Md Noor.

 

__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com

8 Apr 2010

Otak Kiri dan Otak Kanan



Perbedaan teori fungsi otak kanan dan otak kiri telah populer sejak tahun 1960. Seorang peneliti bernama Roger Sperry menemukan bahwa otak manusia terdiri dari 2 hemisfer (bagian), yaitu otak kanan dan otak kiri yang mempunyai fungsi yang berbeda. Atas jasanya ini beliau mendapat hadiahNobel pada tahun 1981. Selain itu dia juga menemukan bahwa pada saat otak kanan sedang bekerja maka otak kiri cenderung lebih tenang, demikian pula sebaliknya.

Otak kanan berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativitas, bentuk atau ruang, emosi, musik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat panjang (long term memory). Bila terjadi kerusakan otak kanan misalnya pada penyakit stroke atau tumor otak, maka fungsi otak yang terganggu adalah kemampuan visual dan emosi misalnya.

Otak kiri berfungsi dalam hal perbedaan, angka, urutan, tulisan, bahasa, hitungan dan logika. Daya ingat otak kiri bersifat jangka pendek (short term memory). Bila terjadi kerusakan pada otak kiri maka akan terjadi gangguan dalam hal fungsi berbicara, berbahasa dan matematika.

Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeda, tetapi setiap individu mempunyai kecenderungan untuk mengunakan salah satu belahan yang dominan dalam menyelesaikan masalah hidup dan pekerjaan. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktivitas namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran.
__._,_.___
 


Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now!

Miskin atau kaya ujian Allah



Miskin atau kaya ujian Allah




Assalamualaikum warahmatullah,

Firman Allah SWT, "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: "Tuhanku Telah memuliakanku." Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku."" (Surah Al-Fajr, ayat 15-16)

Meneliti kandungan ayat di atas Allah SWT telah memandu kita dalam memahami situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini kerana sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di sekelilingnya. Antara perkara yang disalah tafsirkan ialah soal kaya dan miskin, senang dan susah.

Dua ayat dari surah Al-Fajr di atas secara jelas telah mendedahkan tentang dua kumpulan manusia yang selalunya wujud dalam masyarakat. Golongan itu ialah:

Golongan Pertama

Golongan yang dikurniakan kekayaan. Golongan ini adalah lapisan masyarakat yang hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki wang yang serba cukup untuk membeli apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Mereka mendakwa bahawa nikmat kekayaan yang dimiliki adalah merupakan tanda kemuliaan dan rahmat Tuhan kepada mereka.

Oleh itu biasanya golongan ini sentiasa mempamerkan kelebihan mereka dari aspek material sama ada kenderaan, pakaian, makanan dan tempat kediaman mereka. Mereka juga hidup di kawasan yang setaraf dengan mereka dan jauh dari golongan miskin.

Termasuk di dalam golongan ini ialah mereka yang dikurniakan kedudukan dan kemenangan dalam merebut jawatan pemimpin sesebuah organisasi mahupun negara. Mereka mendakwa kedudukan tinggi ini adalah hasil kebenaran yang dibawa. Pihak yang kalah pula didakwa sebagai tanda kesalahan dan tiadanya perkenan dari Tuhan.

Daripada aspek sebuah masyarakat dan negara, kekayaan dan sumber alam yang melimpah ruah juga didakwa sebagai lambang rahmat dan punca kemajuan negara. Justeru para pemimpin seringkali mengaitkan kekayaan tersebut sebagai bukti kebaikan dan kebijaksanaan memerintah negara.

Namun demikian Allah SWT telah membetulkan persepsi di atas dengan firman-Nya yang bermaksud, "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberikan kesenangan, Maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku."" (Surah Al-Fajr, ayat 15)

Ayat ini menjelaskan tabiat majoriti manusia yang menilai kekayaan dan kesenangan yang dimiliki sama ada dari aspek material mahupun pangkat. Ia menjadi satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, sedangkan semuanya adalah merupakan satu ujian kepada mereka.

Apakah kekayaan itu diurus berpandukan syariat Allah atau sebaliknya? Seperti yang dihuraikan oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsirnya Al-Munir. Allah SWT menempelak mereka yang membuat dakwaan seperti di atas. Kerana pada hakikatnya kemuliaan di sisi Allah bukanlah diukur dari sudut kekayaan tetapi diukur menurut ketakwaan dan keimanan seseorang seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya. Jika kaya sepatutnya seseorang itu bersyukur dengan menambahkan amal kebajikan dan ibadah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya. Ini kerana kekayaan dan kesenangan biasanya akan menghanyutkan manusia dan membawa mereka kepada kekufuran.

Aniaya

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Qarun. Akibat dari kekayaan melimpah ruah yang dikurniakan kepadanya telah menjerumuskannya ke lembah kekufuran kepada Allah.

Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Nabi Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga! Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."" (Surah Al-Qasas, ayat 76)

Juga apa yang berlaku kepada Firaun! Hasil segala kesenangan, kekayaan dan kedudukan yang dimiliki menyebabkan ia kufur kepada Allah. Malah dengan angkuh mengaku diri sebagai Tuhan yang amat berkuasa.

Sebagai muslim sewajarnya kita menyedari bahawa nikmat kekayaan dan kesenangan adalah ujian yang amat sukar untuk dihadapi oleh manusia. Ini kerana biasanya golongan kayalah yang selalunya hanyut dengan kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin keselamatan harta benda mereka.

Dalam sejarah kebangkitan Islam kita dapati golongan yang paling kuat menentang dakwah Nabi Muhammad SAW adalah datang dari kalangan bangsawan dan mereka yang berkedudukan di dalam masyarakat. Ini kerana kekayaan menyebabkan mereka sombong dan bongkak lantas tidak mahu menerima kebenaran.

Golongan Kedua

Golongan kedua pula ialah golongan miskin. Biasanya golongan ini mempunyai tanggapan bahawa kesempitan hidup dan kesusahan yang menimpa mereka adalah merupakan satu bentuk penghinaan yang telah ditakdirkan ke atas mereka. Selalunya mereka akan merasa rendah diri, tidak mahu berusaha dan sering meminta-minta. Akibat dari tanggapan sedemikian menyebabkan adanya kalangan golongan miskin yang tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah kerana mereka buruk sangka kepada-Nya.

Justeru Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Hampir-hampir kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran."

Allah telah menyatakan bahawa kemiskinan bukanlah tanda kebencian Tuhan atau penghinaan tetapi ia merupakan satu bentuk ujian kepada manusia. Sama ada ia dapat bersabar atau sebaliknya di dalam berhadapan dengan ujian ini. Firman Allah SWT, "Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku."" (Surah Al-Fajr, ayat 16)

Ujian berbentuk kemiskinan juga amat sukar dihadapi oleh manusia kerana dengannya menyebabkan manusia terlalu bergantung kepada manusia yang lain dan hilang pergantungan dengan Yang Maha Pencipta.

Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan apa sahaja demi mendapat sesuap nasi. Meskipun apa yang dilakukan adalah haram. Kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang menurut apa sahaja kehendak orang yang berkuasa ke atasnya meskipun jelas ia adalah bertentangan dengan syariat Allah. Di dalam sejarah tamadun manusia pemerintah yang kejam dan zalim menjadikan kemiskinan sebagai senjata untuk mengongkong dan memeras ugut rakyat agar terus memberikan sokongan kepadanya.

Kesimpulannya, kekayaan dan kemiskinan kedua-duanya adalah merupakan ujian kepada manusia di dunia ini. Bagi yang kaya, kekayaan boleh menghanyutkan mereka dalam arus kemurkaan Allah. Namun sebaliknya, jika kekayaan digunakan sebaik-baiknya, ia boleh menjadi pendorong kepada ketakwaan kepada Allah SWT.

Sebabnya, dengan kekayaan akan memberikan seseorang ruang seluas-luasnya untuk bersedekah dan mendermakan harta ke jalan meningkatkan syiar Islam. Kemiskinan pula boleh menjadikan seseorang terdorong melanggar larangan Allah semata-mata untuk memperolehi harta kekayaan.

Namun kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang sentiasa insaf, ingat kepada Allah dan bergantung dengan-Nya sepanjang masa. Malah Rasulullah SAW amat suka berdampingan dengan golongan miskin kerana ia boleh melembutkan hati dan menyuburkan sifat tawaduk dan rendah diri.

* ZURIDAN MOHD. DAUD ialah Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang.


__________________________________________________
Anda Ber-Yahoo!?
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! mempunyai perlindungan spam yang paling baik
http://my.mail.yahoo.com

1 Apr 2010

Hati-hati dengan handphone



jangan menggunakan HP bila masih tersambung ke kabel letrik(tengah cas)!!

HARAP DIBACA, MUDAH2AN ANDA TIDAK MELAKUKAN HAL YANG SERUPA!!


1.. "Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat anda ketika mencharge."
 

  Don't charge your cellular the whole night and put it close to your ear when you are charging it...


2. "Jangan pernah menjawab panggilan masuk ke HP saat sedang di charge!!"
 
  Never answer the phone when it is charged...


Beberapa hari yang lalu, seorang laki2 sedang mencharge HP di rumahnya.
 
Few days ago, there was a guy who is charging his cellular at his house.

Disaat yang sama, ada pangilan masuk dan dia menjawabnya saat HP tersebut masih tersambung di kabel letrik
.  
At the same time, there is a phone call and he answered the phone without unplug the electricity,

Setelah beberapa saat, arus letrik masuk ke HP tanpa dijangka dan laki2 muda tersebut terlempar ke lantai dengan kerasnya.
 
A few second later the electricity shocked him unexpectedly and that young guy was thrown to the floor hardly.

Orangtuanya bergegas datang ke kamarnya dan menemukan dirinya pengsan, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.
 
The parents came to the room and found out that he was collapse. His heart beat was so weak and his fingers were burned.

Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi "nyawanya sudah tak dapat diselamatkan" ketika sampai ke hospital.

They took him to the close hospital, unfortunately he passed away as soon as he arrived at the hospital.
 

01
02

03
04


HP adalah penemuan modern yang sangat berguna.
 
Handphone is a functional new technology that can help people for faster communication. ...

Tapi, kita harus berhati2 karena HP bisa menjadi penyebab kematian.

But, we have to be careful because HP can cause death.

Jangan menggunakan HP bila masih tersambung
di suis!

FORWARD EMAIL INI KEPADA ORANG2 YANG BERARTI DALAM HIDUP ANDA!!



__._,_.___
 


Searching for all friends on Yahoo! Messenger?
You can easily invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!

30 Mac 2010

Apakah Kita Telah Menutup Pintu Zina?



Zina Tidak Berlaku Secara Tiba-Tiba

Terasa sebak di hati tatkala menatap gambar-gambar bayi yang dibuang di pusat pembuangan sampah, dibakar, ada yag dimakan haiwan dan seribu satu gambaran lagi yang amat memilukan.

Di manakah hilang nilai kemanusiaan? Munculnya pelbagai saranan untuk menyelesaikan masalah ini. Malangnya kebanyakan saranan adalah berkaitan selepas sesuatu berlaku, dan bukan menjurus kepada pokok masalah.

Lazimnya, bayi-bayi yang dibuang lahir daripada perhubungan seksual di luar nikah. Ada kalanya dia dibuang kerana perasaan malu, dan kadang-kala kerana tidak mampu menyara kehidupan anak tersebut. Punca kepada masalah ini ialah zina.

Di dalam al-Quran, Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk  [Al Isra' 17: 32].

Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:

Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya  berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

Pertama: Menundukkan pandangan. Allah berfirman:  Katakanlah (ya Muhammad) kepada lelaki yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakkan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman; Hendaklah mereka menahan pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka [an-Nur: 30-31].

Menjaga pandangan termasuklah mengelakkan diri daripada menonton video dan gambar-gambar yang membuka aurat, aksi-aksi memberahikan. Ini kerana ia boleh menggalakkan manusia melakukan apa yang ditonton. Ibu bapa hendaklah memantau bahan bacaan, drama dan filem, serta laman web yang dilayari anak-anak mereka.

Kedua: Menjaga tutur kata dan pendengaran. Ini termasuklah menjauhi berbicara dengan bukan mahram tanpa sebab yang munasabah. Apatah lagi untuk bergurau sendai hingga membuat lawak-lawak lucah.

Selain daripada itu, ia juga mengajar kita bahawa budaya bergayut telefon, sms, chatting dan sebagainya untuk melepaskan rindu kepada bukan mahram adalah sesuatu yang terlarang. Sangat dikesalkan bagaimana sebahagian ibu bapa tidak kisah apabila anak mereka bergayut telefon setiap hari dengan teman istimewa masing-masing. Alasannya anak-anak sudah dewasa sedangkan itu adalah antara mukadimah ke arah zina.

Ketiga: Menjauhi bersentuhan dengan bukan mahram. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : Ditusuk kepala seorang lelaki dengan jarum besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya [Sahih al-Jami, Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih].

Bersentuhan ini boleh berlaku ketika bertepuk tampar dalam gurauan, bersalaman, berpegangan tangan, membonceng motosikal dan lain. Lebih parah lagi, apabila tanpa segan silu berpelukan di khalayak ramai.

Keempat: Tidak keluar dengan bukan mahram. Umat Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam sangat menjaga hal ini hatta ketika di jalanan.

Abu Said Al-Anshari radiallahu anhu pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda kepada para wanita ketika baginda keluar dari masjid dan mendapati para lelaki bercampur baur dengan mereka di jalan: Berjalanlah kalian di belakang (jangan mendahului lelaki). Ini  kerana sungguh tidak ada bagi kalian hak untuk lalu di tengah-tengah jalan, tetapi bagi kalian hanyalah tepi-tepi jalan. [Sunan Abi Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan].

Jika pulang dari masjid pun dilarang untuk bercampur di jalanan, apatah lagi untuk keluar bersama-sama pergi membeli belah, bersiar-siar dan lain-lain. Sangat dikesali ramai ibu bapa tidak kisah anak perempuan mereka keluar dengan bukan mahram. Sebahagian lagi memberikan keizinan dengan alasan mereka hanya keluar sahaja dan bukan berzina. Realitinya, dengan keluar bersamalah berlakunya kes-kes rogol dan zina.

Kelima: Tidak berdua-duaan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam: Tidaklah berdua-duaan lelaki bersama perempuan kecuali yang ketiganya adalah syaitan [Sunan at-Tirmizi, hadis hasan sahih gharib].

Dalam hadis yang lain: Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya [al-Bukhari dan Muslim].

Dalil di atas melarang berdua-duaan dengan bukan mahram. Lazimnya zina berlaku di tempat tersembunyi. Budaya dating jelas terlarang berdasarkan dalil-dalil di atas.

Pintu-pintu kepada zina hendaklah ditutup untuk menangani kes pembuangan bayi. Drama-drama, novel-novel, majalah dan sebagainya hendaklah dikawal agar tidak menyebarkan budaya yang menggalakkan budaya coupling, dating dan lain-lain.

Ibu bapa hendaklah bersifat tegas. Usah takut dilabel sebagai jumud. Fikirlah hikmah di sebalik garis panduan batas pergaulan yang Allah Tabaraka Wa Taala gariskan. Janganlah nanti kita kecewa si anak menconteng arang ke wajah keluarga, sedangkan tanpa kita sedari kita yang sebenarnya memberikan dan membenarkan mereka menconteng arang ke wajah kita.

Idea bank bayi, dan pusat kebajikan perlu disokong, tetapi ia mesti serentak dengan usaha pencegahan. Kita tidak mahu bank bayi menjadi penggalak kepada seks di luar nikah.

 

 


Surf faster and smarter with Firefox 3!

28 Mac 2010

Jangan bohong!



 

Jangan bohong!

Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, "Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di akhirat kelak." (Hadis riwayat Bukhari)

Berbohong ialah menyampaikan sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan sebenarnya. Gejala pembohongan adalah amat keji dan sangat dibenci apalagi yang dibohongi itu adalah orang ramai, maka sudah tentu bahaya dan dosanya lebih berat. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya, apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila dia berjanji, dia mungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya, "Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan berbohong!)"

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah SAW lelaki itu berkata di dalam hatinya, "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya?" bisik hati kecil.

Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah SAW dan setiap kali pulalah hatinya berkata, "Bagaimana kalau saya ditanya Rasulullah? Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku wajib dihukum. Oh Tuhan....sesungguhn ya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Rasulullah itu.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah SAW. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Berbohong Satu Pengkhianatan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya, "Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar." (Hadis riwayat Abu Daud)

Selaku ibu bapa adalah tidak wajar untuk membohongi anak-anak dengan alasan untuk memujuk mereka atau menahan mereka daripada sesuatu kemarahan. Hal ini kerana ia akan menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa menjadikan segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan tidak berkesan.

Renung-renungkan!


Surf faster.
Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your favorite pages everytime you open your browser.Get IE8 here! (It's free)

25 Mac 2010

Fw: [sim] ARTIKEL : Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai isteri



Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai isteri


Assalamualaikum warahmatullah,

Benarkah lelaki curang sebab isteri malas membelai? Lelaki selalunya akan memberikan alasan isteri tidak lagi memberikan perhatian atau isteri tidak lagi mengancam atau isteri itu ini begitu begini, untuk menghalalkan tindakan mengapa mereka curang. Zalim sungguh kaum Adam, ya. Biar seribu alasan yang boleh mereka beri, saya ingin mengajak kaum Hawa dan kaum Adam meluangkan sedikit masa membaca entry kali ini.

Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya, kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.

Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.

Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.

Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal fikiran.

Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah 'sentuhan' ke jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela tidak dibelai dan membelai.

Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawapnya kepada pasangan.

Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang sibuk?

Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah 'aku janji' dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar, begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup, susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami. Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.

Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri, sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks, sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.

Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.

Jangan habiskan malam di bawah kawalan internet dan membiarkan isteri putus asa di dalam bilik tidurnya. Agihkan masa dengan bertanggungjawap, jika mahu melakukan sesuatu, ajaklah isteri bersama-sama.

Libatkan isteri walaupun anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya minta dia duduk menemani anda sambil bersentuhan kulit. Isteri pula jangan leka dengan anak-anak sehingga melalaikan suami. Setiap malam tidur bersama anak dan suami pula tidak berpeluang merasai hangatnya degupan jantung isteri.

Masa bersama pasangan menjanjikan syurga

Sekali lagi anda mesti mengejar masa. Masa bersama suami adalah ibadah yang akan mendatangkan ganjaran besar. Dari mula memandangnya, bercakap manis dan menyentuhnya, mempamerkan senyuman ikhlas, ketawa bahagia dan lupakan sengketa adalah pahala.

Menyediakan segala keperluan, mengenyangkan perut dan menghapuskan dahaga akan mengalirkan pahala ke dalam catatan amal seorang isteri. Suami pula membalas kebaikan isteri dengan layanan yang lebih baik lagi seolah-olah sedang membina mahligai cinta mereka di syurga.

Pasangan anda adalah sumber pahala dan kebaikan, Namun mereka boleh berubah menjadi mimpi ngeri dan neraka hidup jika anda tidak melayan pasangan dengan niat ibadah kerana Allah.

Belaian iman jangan dilupakan

Kadang-kadang semua telah pun dilakukan untuk membuat pasangan anda bahagia, dengan pengorbanan mental, fizikal dan wang ringgit yang tidak terkira. Namun tidak jua datang harapan indah hidup bersamanya. Mengapa? Kerana anda dan suami melupakan belaian iman di jiwa.

Kembalilah kepada agama, tuntunlah pasangan anda mendekatkan diri kepada Allah. Hubungan yang rapat dengan Tuhan akan membersihkan hati, menguatkan keyakinan dan mendatangkan cinta yang tulus. Iman pasti mampu menjaga setiap pasangan dari penyelewengan nafsu yang memburu.

Sumber : Dr Juanda Jaya


__,_._,___


Yahoo! Toolbar is now powered with Search Assist. Download it now!

23 Mac 2010

Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut sosial


Pendidikan seks ikut Islam tangani kemelut sosial


Ibu bapa perlu didik anak mengenai aurat, hubungan berlainan jantina elak terjebak maksiat

ISLAM agama yang indah, lengkap dan memenuhi aspek kehidupan sejagat. Tiada satu persoalan pun dalam kehidupan di dunia ini melainkan Islam menyediakan garis panduan, peraturan dan penyelesaiannya supaya manusia menjalani kehidupan dengan sejahtera.

Antaranya ialah persoalan seks. Apabila berbicara mengenai seks, Islam menganjurkan umatnya bertanya segala masalah itu kepada orang yang lebih alim. Saidatina Aisyah memuji sifat wanita Ansar yang berani bertanya Rasulullah dalam masalah agama yang mereka tidak ketahui. Tambahan pula persoalan seks amat berkait rapat dengan soal maruah yang menjadi satu daripada enam perkara asasi dan tonggak kesejahteraan serta keamanan sejagat selain agama, harta, nyawa, akal dan keturunan. Pengabaian persoalan seks dikatakan antara faktor menyumbang kepada kemelut sosial yang semakin meruncing di kalangan masyarakat kini. Justeru, pendidikan seks perlu diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa secara khususnya ketika mendidik anak supaya mereka menjadi insan yang bertakwa kepada Allah.

Seks memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut kamus, seks ialah keinginan nafsu syahwat yang disalurkan pada tempat sebenarnya. Dengan nafsu syahwat inilah keturunan manusia dilanjutkan. Sehubungan itu, Islam tidak ketinggalan menyediakan garis panduan kepada manusia supaya mendidik nafsu syahwat selaras nilai Islam sehingga berubah menjadi nafsu yang dirahmati dan diredai Allah. Dari sini, baru terbina sebuah mahligai rumah tangga yang bahagia dihiasi haruman sakinah , mawaddah dan rahmah. Dari institusi kekeluargaan inilah, lahir generasi manusia yang akan menyambung keturunan untuk terus mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Menurut perspektif Islam, pendidikan seks sebahagian daripada pendidikan akhlak yang didasari asas iman. Contoh, seorang Muslim yang beriman tidak akan menyalurkan naluri keinginan seks untuk berzina atau melakukan seks bebas, berkhalwat dan sebagainya. Pendek kata, iman bertindak sebagai perisai utuh menghalang seorang Muslim melakukan larangan Allah. Sebaliknya iman tohor menyebabkan mereka bertuhankan hawa nafsunya dan sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memuaskan kehendak hawa nafsunya.

Konsep awal pendidikan seks dalam Islam dimulai dengan pengertian aurat iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutup, tidak boleh diperlihatkan dan kita pun tidak boleh melihat aurat orang lain. Bagi lelaki, auratnya antara pusat hingga ke paras lutut. Aurat wanita pula seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan. Dalam hal ini, tiada kelonggaran atau keuzuran bagi seseorang mendedahkan aurat kepada orang lain kecuali untuk tujuan perubatan dan sebab yang dibenarkan syarak.

Malah aurat adalah bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat. Sebab itu, Islam memerintahkan umatnya menutup aurat supaya tidak terdedah kepada gejala terlarang.

Seterusnya, Islam memerintahkan ibu bapa memisahkan tempat tidur anak mereka apabila sampai masa dengan menyediakan bilik khusus untuk anak lelaki dan anak perempuan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud: "Suruhlah anak kamu menunaikan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukul mereka apabila berusia sepuluh tahun (jika masih belum menunaikan solat) serta asingkan tempat tidur mereka." (HR Tirmizi dan Abu Daud).

Selain itu, anak sewajarnya dijelaskan adab sopan dalam rumah dan luar rumah. Ibu bapa perlu mendidik mereka sejak kecil mengenai adab meminta izin dalam rumah tangga iaitu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapanya. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umurnya) yang tersebut dahulu meminta izin." (Surah al-Nur: 59)

Pendidikan seks juga bererti mendidik diri anak dan orang dewasa sentiasa menjaga pandangan mata. Ini bermakna seorang Muslim dilarang memandang benda haram seperti menonton filem lucah, membaca bahan lucah, melihat gambar seks dan sebagainya. Malah, lelaki wajib menundukkan pandangannya apabila melihat perempuan seperti dinyatakan Allah dalam (Surah al-Nur: 30) yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan- Nya tentang apa yang mereka kerjakan."

Perintah menundukkan pandangan mata bukan hanya kepada lelaki malah perempuan yang turut dituntut memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dalam hal ini, Allah berfirman maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)

Anak juga hendaklah diajar jangan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan dan tidak berdua-duaan dengan yang bukan mahram. Bergaul bebas antara mukadimah zina yang dilarang Islam selain perangkap yang dipasang syaitan untuk menjeremuskan umat manusia ke lembah perzinaan.

Huraian Al-Quran dan juga penjelasan hadis Rasulullah berkaitan dengan proses kejadian manusia bermula dari setitik air mani hingga kepada proses kelahiran bayi, hendaklah disampaikan dan dijelaskan kepada anak dengan sebaik-baiknya untuk maksud membuktikan kekuasaan Allah.

Akhirnya, apabila anak mencapai umur kematangan yang melayakkan mereka membawa haluan hidup masing-masing maka ibu bapa perlu menerangkan etika hidup bersuami isteri dan berkeluarga mengikut cara Islam. Mudah-mudahan mereka dapat membina sebuah mahligai rumah tangga bahagia yang berada di bawah keredaan Ilahi.

Sejarah membuktikan, pengetahuan manusia semata-mata tidak mampu membendung dan mendidik seks tanpa petunjuk Allah.

Sumber : Prof Madya Dr Ungku Ahmad Zaki Engku Alwi di BHarian 19/03/2010



Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.

6 Mac 2010

Strategi syaitan profesional



 
Syaitan suka keluar waktu senja (maghrib)


SYAITAN ialah musuh sejati, bukannya teman sejati. Ia tidak boleh dibuat kawan, sebaliknya kena dibuat lawan. Jika hendak bermusuh dengan syaitan, kita mesti mengetahui teknik serta sepak terajang syaitan dan konconya yang begitu taktikal, sebab tugas mereka sangat profesional menggoda dan menyesatkan manusia.

Pertemuan kali ini kita ingin melihat strategi syaitan dengan pelbagai cara supaya dengan mengetahuinya kita boleh menghindari diri dan terhindar daripada godaan mereka.

Antara strategi syaitan ialah:

1. Suka orang berada dalam keraguan. Ketika anda menghadapi masalah dan ragu-ragu untuk membuat keputusan, pada saat kebimbangan itulah syaitan mengganggu dan menggoda, mengarah anda untuk memilih itu dan membuat ini.

Sudah tentu pilihan syaitan itu ke arah keburukan, jauh dari kebaikan. Malah, jika pilihan baik sekalipun, mereka akan mengalih orientasi dan matlamat supaya berakhir dengan keburukan. Antaranya, melakukan sesuatu bukan kerana Allah, sebaliknya untuk mengejar glamor dan pangkat. Oleh kerana bimbang gangguan syaitan ini, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tinggalkan yang meragukan, ambillah yang menyakinkan."

Ini dikatakan 'believe system' (sistem keyakinan diri). Apabila ada keyakinan, hilang keraguan dan apabila hilang keraguan tertutup peluang syaitan untuk menggoda manusia. Sebab itu prinsip Islam bermula dengan keyakinan, yang bernama iman iaitu beriman kepada perkara ghaib, dosa pahala, hari akhirat dan sebagainya. Tetapi apabila rosak iman, rosaklah segala-galanya.

2. Syaitan suka orang kuat ibadat tetapi tidak ada ilmu. Beribadat dan beramal mesti berasaskan ilmu sebagai imam, manakala amal sebagai makmum untuk menewaskan syaitan.

Keinginan untuk belajar tidak boleh berhenti. Sesiapa yang berasa cukup dengan ilmu yang sudah ada atau sudah rasa pandai sebenarnya dia sedang memberikan peluang dan ruang kepada syaitan menguasai dirinya.

Islam bermusuh dengan kebodohan. Sebab itu ayat pertama diturunkan pada Nabi SAW dalam surah al-'Alaq ialah menyuruh nabi membaca, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."

Suruhan itu bukan sekadar membaca buku dan kitab tetapi membaca fakta, data dan tanda kebesaran Allah di dalam al-Quran. Dengan membaca bererti semakin banyak kita membuka jendela ilmu serta semakin sempitlah peluang syaitan untuk melakukan tipu daya dan mengelecek manusia.

3. Syaitan menyesatkan orang yang tidak ikhlas. Sebab itulah ibadat mesti dengan ikhlas, cari ilmu dengan ikhlas, menolong orang dengan ikhlas, malah berjuang dengan ikhlas. Ikhlas bermakna melakukan sesuatu kerana Allah dan berasa bersama dengan Allah.

4. Syaitan sangat suka orang sombong diri. Sebaliknya syaitan akan menjauhkan diri daripada orang merendah diri.

Islam menggesa umatnya menjadi orang terunggul dan terhebat, tetapi jangan sampai menjadi seperti Firaun dan Namrud yang sanggup melawan 'Taukeh' (Tuhan).

5. Syaitan 'auta'nya sangat hebat. Bagi yang solat jemaah di masjid, syaitan tidak berkata, "tak payah solat." Dia bisik, "masbukpun tak apa, dapat juga jemaah." Kalau dah masbuk nanti, "boleh tepuk bahu orang lain, dapat juga jemaah." Nanti dah tak dapat tepuk bahu orang, "dapat juga solat di masjid, lagi baik dari rumah. Orang lain solat di rumah." Nanti "kalau solat seorang di masjid baik buat di rumah saja, maghrib dan isyak barulah masjid." atau "waktu kerja ni, maghrib dan isyak di rumah pun boleh, nanti dah pencen barulah full di masjid" …. dan seumpamanya. Kalau kita solat di masjid jemaah (lelaki) dengan solat nafilahnya banyaklah buffer dan benteng pertahanan. Tembus satu benteng ada benteng lain, cepat sedar dan perbaiki diri. Syaitan tembak dari jauh!

6. Lihat sejarah silam permulaan manusia, pada asalnya menyembah patung. Anak Nabi Adam, pada zaman mereka, masih belum sembah patung. Mereka percaya sangat Allah beri rezeki. Iblis tak hasut anak Nabi Adam sembah patung. Malangnya, generasi selepas mereka, syaitan mula menghasut dengan usul membuat patung, untuk memperingati nenek moyang yang soleh atau dijadikan sebagai teladan. Di zaman Nabi Nuh a.s., patung telah disembah sebagai Tuhan. Lihatlah bagaimana iblis/syaitan memainkan fikirkan manusia. Iblis dan tenteranya sabar, berstrategi demi sumpah mereka, iaitu menyesatkan manusia. Iblis sanggup merayu, "Ya Tuhanku" agar diberi umur panjang demi melihat anak-anak Adam tersungkur.

Dalam surah Yaasiiiin ayat 60, yang bermaksud, "…Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu……" Dalam ayat ini, memang jelas Allah memperingatkan kita, jangan tunduk kepada syaitan kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata. Kita berhadapan dengan syaitan yang ghaib (tak nampak) dan syaitan yang nyata (nampak). Justeru itu hanya ilmu, iman dan taqwa dapat menghindarkan kita dari pujukan / tarikan syaitan.

Kesimpulannya kata kunci untuk melawan syaitan dengan empat huruf, iaitu 'BEST'.

B merujuk kepada 'believe in Allah' (beriman kepada Allah),
E ialah 'Eager to learn' (gigih untuk belajar sampai mati),
S ialah 'sincerity' (melakukan kerja dengan ikhlas) dan
T ialah 'towards excellence' (menggapai keunggulan).

Cuma satu hal, apabila sudah berjaya jangan sombong diri, nanti makan diri!

Renung-renungkan, dan selamat beramal!





Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software. Download Yahoo! Toolbar now!

4 Mac 2010

Beda Madu Asli dan Madu Palsu



Bagaimana cara membedakan mana madu asli dan mana madu palsu? bagi yang belum tahu membedakan mana madu asli dan mana madu palsu, silahkan simak tips di bawah.

Madu Asli vs Madu Palsu:


madu asli




madu palsu


INILAH letak Beda Madu Asli dan Madu Palsu

beda madu asli dan palsu secara fisika:



[1] Tuang disudu lalu dipanaskan bawahnya pakai lilin, jika madu itu mendidih dan meluap lalu jatuh/netes berarti tuh madu campuran/palsu.

[2] Sekedar menambahkan, pakai lidi mancis juga boleh.Mancis dibasahi dengan madu,terus dinyalakan.Kalau apinya nyala berarti madunya asli

  1. Cara pertama, meneteskan madu pada selembar kertas. Madu palsu akan mudah terserap kertas karena kandungan airnya tinggi.
  2. Cara kedua, dengan mengocoknya. Madu asli akan membentuk gas atau uap air jika dikocok.
  3. Cara ketiga, mencampurnya dengan telur ayam/itik. Madu asli yang diaduk bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.
  4. Cara keempat, dituang ke wadah berisi air. Madu asli akan langsung jatuh ke dasar wadah, sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.
__._,_.___


Open emails faster.
Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo!.Get it here! (It's free)