Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

15 Mei 2011

ARTIKEL : Menangani karenah anak


Menangani karenah anak
IBU BAPA perlu konsisten dalam membentuk tabiat dan tingkah laku anak-anak.

Anak-anak adalah anugerah Allah SWT yang sangat bernilai. Mereka adalah pewaris kita di dunia ini. Doa mereka sangat diperlukan ketika kita berada di alam barzakh. Kiriman doa setulus hati daripada anak-anak yang soleh adalah penawar di alam kubur.

Kehadiran mereka ke dunia ini di sambut dengan tangisan riang gembira oleh si ayah, si ibu hilang perit sakit melahirkannya hanya dengan menatap wajah si kecil yang masih kemerahan. Di benak ayah macam-macam yang terlintas daripada mula memberi nama hinggalah berkahwin dan mendapat cucu.

Beberapa minit itu ayah dapat membayangkan apa yang terbaik untuk warisnya itu. Nah, semua ini adalah gambaran kemeriahan awal dalam menyambut ahli baru dalam keluarga mereka.

Saya percaya, setiap kita akan berhadapan dengan situasi mencabar dalam membesarkan anak-anak. Bukan senang untuk membesarkan anak-anak, apatah lagi di zaman yang serba moden hari ini. Terdapat ibu bapa yang menghadapi karenah anak yang pelbagai sehingga memeningkan kepala ibu bapa.

Namun begitu, sebelum menyalahkan anak-anak, eloklah kita lihat kelemahan kita terlebih dahulu. Kita yakin tidak ada seorang pun di antara kita yang mahu anaknya menjadi kurang ajar, tidak menghormati ibu bapa, adik-beradik, sahabat handai dan selainnya. Pun begitu, ada yang sudah mengajar anaknya tapi tetap menjadi anak yang nakal kenapa? Persoalannya mungkin ada kesilapan dalam mendidik anak. Mungkin juga sumber rezeki ada unsur syubhat dan sebagainya.

Sesungguhnya setiap anak itu lahir ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Fitrahnya belum dicemari. Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Siapa yang benar-benar menjaga kesucian fitrah anak kita yang lahir bersama dengannya sebagai satu anugerah? Bukankah kita yang tanpa sedari telah mencemarkannya? Anak-anak kita degil mesti ada sebab, mesti ada punca, cubalah cari apakah yang menjadi puncanya. Gunakan mata hati untuk mengenal mana kelemahan kita terhadap mereka. Insya Allah, kita akan menemui jalan untuk membantu anak-anak.

Inilah yang disebut fitnah awlad ujian anak-anak. Manusia boleh sabar bila diuji dengan harta benda, kedudukan dan kemewahan. Tetapi belum tentu boleh sabar dan tabah menghadapi ujian anak-anak.

Dalam al-Quran, Allah SWT memberitahu manusia bahawa anak-anak itu adalah ujian, firman-Nya yang bermaksud, "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." (Surah al-Anfal: 28)

Firman-Nya lagi yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun: 9)

Bila anak memberontak

Kita sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini. Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah 2~4% di kalangan kanak-kanak manakala 10% di kalangan remaja dan 15~20% di kalangan dewasa.

Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5% daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.

Menurut Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera. Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.

Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atau rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan. Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak. Tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa. Namun sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.

Didik akidah anak

Ramai ibu bapa lupa kepentingan mendidik akidah kepada anak-anak. Kadang-kadang sengaja tidak diendahkan kerana sudah sekolah agama mengajar anak kita, atau beranggapan bahawa cukup dengan apa diajar di sekolah.

Sebenarnya mengikut Islam, ayah bertanggungjawab sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak. Kemudian barulah difikirkan bersama isteri untuk mendidik anak-anak. Tugas isteri lebih kepada mengasuh anak. Mendidik dan mengasuh adalah perkara yang berbeza. Hari ini, bukan sedikit ibu bapa yang tidak menjalankan kewajipan terhadap anak-anak mereka. Ayah tidak mahu mendidik anak-anak kerana merasakan itu adalah tugas si ibu, si ibu yang bekerja pula tidak lagi mengasuh anak-anak dan menyerahkan tugas kepada pembantu rumah atau pusat jagaan anak-anak.

Apabila anak tidak mengenal Allah SWT selaku pencipta sekelian alam, ayahlah orang yang pertama yang seharusnya dipersalahkan. Ini kerana tanggungjawab ahli keluarga secara mutlak di atas bahu si ayah. Tanggungjawab ini Allah SWT perintahkan di dalam al-Quran, firman-Nya yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)...." (Surah al-Tahrim: 6)

Kebanyakan ahli tafsir berpendapat konsep menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka bermula di dunia lagi dengan mengajar mereka perintah-perintah Allah SWT. Sebab itu tanggungjawab ayah adalah ajar anak-anak dan isteri mengenal Allah. Ajar mereka ibadat, ajar mereka membaca al-Quran serta ajar mereka halal dan haram dalam Islam.

Anak-anak yang bermasalah adalah anak-anak yang kosong jiwanya. Jiwa mereka tidak diisi dengan iman dan takwa. Didik akhlaknya, didik ibadatnya, didik jiwanya, didik kemasyarakatannya, didik ilmunya, didik perkembangan jati dirinya.

Di bawah ini ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan untuk kita sama-sama bertindak sebagai ibu ayah yang prihatin. Antaranya :

# Ibu bapa semestinya bersangka baik dengan Allah SWT dalam menjalankan usaha tarbiyah anak-anak mereka.

# Bersikap lemah lembut dan prihatin terhadap anak-anak yang bermasalah.

# Sabar dalam menghadapi kerenah mereka.

# Konsisten dan berterusan dalam mengasuh mereka.

# Peruntukkan masa untuk bermain dengan mereka.

# Banyakkan bercerita kisah-kisah teladan anak-anak soleh atau kisah-kisah Nabi a.s.

# Berbicara dengan mereka mengenai kenikmatan syurga, seksa azab neraka, malaikat dan syaitan.

# Sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

# Sentiasa bersangka baik dengan mereka.

# Banyakkan berdoa kepada Allah SWT

__,_._,___

11 Mei 2011

ARTIKEL : Ego – musuh dalam rumahtangga


Ego – musuh dalam rumahtangga




Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rumusan itu diperolehi daripada kajian Jakim yang dijalankan pada 2005. Bahagian Penyelidikan Jakim mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004.

Di pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian iaitu 43.33%; tidak bertanggungjawab (32.93%); masalah akhlak dan sosial (12.03%); masalah pihak ketiga (5.54%) dan masalah ekonomi (2.62%). Bagi pihak isteri pula, punca perceraian kerana tiada persefahaman 69.44%; tidak bertanggungjawab (17.68%); masalah akhlak dan sosial (5.84%); masalah pihak ketiga (4.42%) dan masalah seksual (1.38%). Rekod menunjukkan 135,136 umat Islam berkahwin pada 2009 sementara bilangan yang bercerai pula 27,116 orang. (Utusan 9/12/2010)

Dalam kehidupan berumahtangga, kita takkan dapat lepas daripada berhadapan dengan konflik mahupun pertelingkahan. Sering kali juga keadaan menjadi makin panas bila antara mereka berdua tidak mahu mengakui kesalahan lantaran keegoan diri. Selain apa yang digariskan oleh Jakim itu, saya ingin menambah satu lagi iaitu ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan olok-olok untuk dipandang remeh begitu sahaja.

Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi. Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya.

Kalau sayangkan rumah tangga kurang-kurangkanlah rasa ego. Bertukarlah sewaktu berada di rumah, sebagaimana iguana menukar warnanya mengikut warna di mana ia berada. Untuk selamat banyak haiwan kecil menukar warna masing-masing; ada yang berupa daun, berupa ranting, kulit kayu dan sebagainya, lalu selamat.

Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar letakkan kembali diri anda pada heiriki rumah tangga sebenar. Jika suami, jadilah suami bukan bos besar lagi; jika isteri, jadilah isteri penyayang bukan pengarah yang hanya tahu mengarah.

Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan:

  • Kecurangan atau wujudnya 'kekasih gelap'.
  • Jahil dalam agama.
  • Terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain banyak harta.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa dan kawan karib.
Malah, situasi ego ini jugalah yang menyebabkan banyak hubungan suami isteri berantakan hingga akhirnya mereka memilih perpisahan. Sekiranya ada kalangan suami isteri yang bersikap keras kepala, maka sewajarnya ia dikikis. Tiada salahnya untuk tunduk dan mengakui kesalahan diri demi keharmonian dan kelangsungan rumahtangga.

Namun begitu, ramai juga antara pasangan yang lembut hati dan takkan senang bila melalui konflik rumahtangga apatah lagi kesalahan itu terang-terangan adalah berpunca dari diri mereka. Lalu apa yang mesti dilakukan? Jangan terus keras kepala atau keras hati mengakuinya, kali ini kita  sama berkongsi beberapa tips di bawah :

1 – Jujur menghadapi

Jangan bertangguh atau lari dari masalah meskipun mengetahui ia berpunca dari kesilapan sendiri. Sikap tersebut hanya akan membuatkan masalah bertambah serius. Ungkapkan dengan jujur tanpa berselindung dengan pasangan. Cara ini mempamerkan anda jujur dan membantu pasangan memahami isutasi yang anda hadapi.

2 – Berani akui kesalahan

Kalau sudah silap, jangan pula takut untuk mengakuinya. Walau apa jua masalah yang anda timbulkan, jangan takut atau malu mengakui kesalahan tersebut. Sebagai contoh, sikap anda yang cuai iaitu lupa menutup pintu rumah telah menyebabkan kediaman dimasuki pencuri dan anda mengalami kerugian yang besar. Berani mengakui kekurangan dan kesalahan adalah ciri-ciri orang berjiwa besar.

3 – Memperlihatkan penyesalan

Selepas mengakui kesalahan diri, maka perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memperlihatkan penyesalan. Tapi jangan pula ia hanya sekadar lakonan bagi menyedapkan hati pasangan anda. Katakan betapa anda sangat menyesali tindakan menyakiti hati suami atau isteri. Rasa penyesalan yang mendalam dan tulus akan dapat dibaca dari sikap yang anda tampilkan.

4 – Mahu berubah

Jiwa besar untuk mengakui dan menampakkan penyesalan wajib diikuti perubahan sikap dan perilaku. Jika setelah meminta maaf anda tetap melakukan tindakan yang sama dan menyakitkan hati pasangan, permohonan maaf anda ibarat tidak akan memberi apa-apa makna.

Sekiranya kesalahan yang anda lakukan berkaitan dengan kekurangan perhatian terhadap keluarga kerana memberi lebih tumpuan pada pekerjaan, maka usahakan agar ia tidak berlaku lagi. Caranya sama ada anda mengurangkan kerja lebih masa atau pun peruntukanlah masa sepenuhnya pada pasangan dan anak-anak di hujung minggu.

5 – Menyenangkan hatinya

Selepas meminta maaf, bukan bermakna selesailah segala-galanya. Bagi menunjukkan bahawa anda benar-benar menghargai tindakan pasangan memaafkan kesalahan anda, maka lakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya. Tidak salah jika anda memberikan lebih perhatian dan layanan kepada pasangan, menghadiahkan sejambak bunga atau menunjukkan kecintaan anda yang mendalam terhadap dirinya.

6 – Tidak mengulangi kesilapan yang sama

Berusahalah untuk berpegang pada janji yang telah anda lafazkan pada pasangan untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesalahan. Tekad yang sebegitu sebenarnya akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam melangkah.

Terutama sekali jika kesalahan yang anda lakukan itu melibatkan kecurangan. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda kembali bermain kayu tiga selepas beriya-iya memohon maaf. Tentunya selepas ini kata-kata anda tidak akan dipercayai lagi.

7 – Sedia menerima kritikan

Kalau sudah berada di pihak yang salah, maka bersedialah untuk menerima kritikan. Inilah lumrah kehidupan, oleh itu jangan erasa marah atau pun sakit hati. Sebaliknya anda harus berlapang dada dan berfikiran terbuka unutk menerima kritikan tersebut kerana tentunya terdapat kebenaran di situ.

Reaksi pasangan

Meskipun hati berasa kecewa malah juga sakit hati kerana kesalahan yang dilakukan pasangan, tapi berfikirlah secara matang. Jangan terus menyerang atau berdendam dengan pasangan sesudah ia mengakui kesalahannya. Carilah kekuatan dan lakukan tiga langkah berikut :-

1 – Menerima permohonan maaf

Sedangkan Nabi maafkan umatnya, apalah kita sebagai manusia. Lagi pun yang membuat kesalahan itu adalah pasangan sendiri, justeru berilah kemaafan. Katakan dengan terang bahawa anda memaafkan dirinya supaya tidak timbul pula keraguan tentang keikhlasan anda oleh pasangan.

2 – Berikan peluang

Beri peluang untuk pasangan memperbaiki diri terutama jika kesalahan itu pertama kali dilakukannya. Jangan terus memandang negatif dan tidak meyakini dirinya. Sebaliknya sebagai pasangan, anda hendaklah memberikan semangat untuk dirinya berubah jika dia bersungguh-sungguh melafazkan janji.

3 – Jangan keterlaluan

Ada suami atau isteri yang sengaja 'mendera' pasangan setelah kesalahan diakui dan permohonan maaf dibuat. Mereka sengaja jual mahal atau tarik tali, dalam memberi respons. Alasannya supaya pasangan dapat pengajaran atas perbuatannya.

Memang benar pasangan melakukan kesalahan, namun anda tidak seharusnya berbuat demikian hingga menyebabkan pasangan berasa jauh hati. Bimbang pasangan membuat tindakan yang kemudian anda sesali.

Buang ego, bangkitkan intim


Dari Aisyah r.a. katanya, "Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi saw, baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada Nabi saw lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku."(Hadis riwayat Muslim)

Jadi, apa pendapat anda sekarang? Sekarang buanglah ego, bangkitkan intim! Yang untung anda juga. Renung-renungkan, semoga bermanfaat....

Rujukan : MW#1408, HMTuah di MW#1420 dan Utusan 09/12/2010



Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Usahawan SIM http://www.simbaza.com
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== CARA MEMBUAT IKLAN BERBAYAR DI SIM ==================

Bayaran RM10.00 untuk sekali siaran. Bayaran hendaklah dimasukkan kedalam akaun MAYBANK SIM INTERAKTIF 564306011929 Sila letakkan tajuk IKLAN BERBAYAR diruang SUBJECT email anda. Iklan-iklan yang berunsur perjudian, lucah, hasutan dan skim cepat kaya tidak akan diluluskan.Pihak moderator juga berhak untuk tidak menyiarkan iklan yang anda hantar dan wang tidak akan dikembalikan.

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___

INFO : Jin terpesona dengar bacaan al-Quran daripada Rasulullah

Jin terpesona dengar bacaan al-Quran daripada Rasulullah



Firman Allah SWT bermaksud: "Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Begitu penegasan Allah dalam al-Quran mengenai tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan jin dan manusia terbahagi kepada dua, iaitu Islam dan kafir.

Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah Jin bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami." (Surah Jin, ayat 1-2)


Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu Baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermaksud: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?"

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami."

Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka."

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum Muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran.

Ada mengatakan, di masjid itu Nabi SAW mengislamkan jin kafir. Ada juga menceritakan, dekat Masjidil Haram ada sebatang tiang dinamakan tiang jin. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tidak cukup sebatang tiang, kemudian jin mendatangkan sebatang tiang dari alam mereka. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Ada yang khurafat memeluk tiang jin ini ketika orang lain wukuf di Arafah kononnya untuk menjadi tuan jin.

Masjid Jin menjadi monumen terpenting antara Rasulullah dan jin. Diterangkan, jin ketika itu bercadang menuju Tihamah. Namun, mereka mendengar bacaan al-Quran. Mereka sangat takjub mendengarnya dan kemudian berdialog dengan Rasulullah, lalu menyatakan keimanan mereka. Kemudian mereka menyampaikan hal itu kepada jin lain.

Ketika Rasulullah sedang membaca ayat al-Quran, terdapat beberapa jin. Ssebahagian riwayat menyatakan jumlahnya ada sembilan jin dan sebahagian lain menyebutkan tujuh jin yang turut mendengarkan bacaan al-Quran daripada Rasulullah. Kemudian salah satu daripada jin itu mengingatkan temannya dan berkata: "Diamlah, perhatikan bacaannya." Setelah itu mereka kembali kepada kaum mereka untuk mengingatkan pada jalan yang benar. Salah satu daripada jin itu bernama Zauba'ah. Demikian menurut Ibnu Masud.

Dalam kitab Fathul Bari, disebutkan, jin itu berasal dai Nasibain, iaitu sebuah daerah yang terletak di perbatasan antara Iraq dan Syria, iaitu dekat Mosul.

Jin terbahagi dua iaitu jin kafir dan jin Islam (mukmin). Jin yang beriman ditempatkan di syurga, manakala jin kafir ditempatkan di neraka. Rasulullah menggambarkan jin itu terbahagi tiga golongan iaitu yang boleh terbang di udara, golongan ular dan anjing serta golongan bermukim dan hidup berpindah-pindah. (Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Dunya, dalam Maqasid as-Syaitan)

Seperti manusia dan haiwan, jin juga makan dan minum, berkahwin, beranak serta mati.

Menurut Syeikh Abdul Mun'im, jin penghuni dunia yang hidup di tempat sepi daripada manusia dan di padang pasir. Ada jin yang hidup di pulau di tengah laut, di tempat sampah dan bersama manusia. Jin memiliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia, seperti terbang, naik ke langit, mendengar apa yang tidak boleh didengar manusia dan mereka juga melihat apa yang tidak dapat dilihat manusia.

Wallahualam.

Sumber : Ibrahim Abdullah di BHarian 23/03/2011


__,_._,___

18 Apr 2011

INFO : Jenis-jenis cinta


JENIS-JENIS CINTA



Begitu banyak peluang yang ALLAH SWT berikan, yang Rasulullah SAW tunjukkan, untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terpuruk, kerananya. Semoga hadis-hadis cinta ini bisa mengantarkan kita untuk sedikit demi sedikit memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya, insyaALLAH.

CINTA YANG MEMBERIKAN CAHAYA
Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba ALLAH itu ada satu golongan, mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada', tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka, tempat mereka di sisi ALLAH SWT. Kata para sahabat: "Khabarkan kepada kami siapa mereka?"  Rasulullah SAW bersabda: "Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana ALLAH, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi ALLAH, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata, sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak takut dan tidak sedih." - HR Abu Daud.

CINTA YANG MENGGUGURKAN DOSA
Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.- HR Tabrani.

CINTA YANG MEMBERIKAN KETEDUHAN
Sesungguhnya ALLAH SWT pada hari kiamat berfirman: Di manakah orang yang cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.- HR Muslim.

CINTA YANG BERBALAS CINTA
ALLAH SWT berfirman: Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku. - Hadis Qudsi.

KERANA CINTA, DICINTAINYA
Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu ALLAH SWT mengutus malaikat untuk mengekorinya. Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata: "Kamu mahu ke mana?"
Ia menjawab: "Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini. "
Malaikat terus bertanya: " Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu? "
Ia menjawab: "Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana ALLAH SWT. "
Malaikat berkata: " Sesungguhnya aku diutus ALLAH kepadamu, bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya." - HR Muslim.

TIGA CINTA YANG MANIS
Tiga perkara, yang barangsiapa memilikinya, ia dapat merasai manisnya iman, iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul melebihi cintanya kepada selain kedua-duanya, cinta kepada seseorang kerana ALLAH dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakan ke dalam api neraka. - HR Bukhari dan Muslim.

Dipetik daripada: La Tahzan.

__,_._,___

INFO : Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam


Amalan Berkabung 40 Hari Bukan Ajaran Islam

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

 

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang 'berlebihan'dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

 

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

"Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..".

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

berkabung2.jpg

- Gambar Hiasan

2. Hadis Nabi s.a.w:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

"Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: "Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari".

3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, 'Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal 'Umar bin 'Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi'in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!

__._,_.___
__,_._,___

17 Apr 2011

INFO : Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?


*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan

manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro
ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari
satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke
arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu
bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah
atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan
anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah ini..

Cas Rohani
*

__,_._,___

INFO : Superfoods dalam Al-Quran [1 Attachment]


BAB 1: KURMA

Pengenalan

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara
kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib
ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifi knya, phoenix
dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu
banyak kepada umat manusia.

Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma
sebanyak 21 kali dalam al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat
25-26 yang maksudnya:

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah
tamar yang masak. Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati
daripada segala yang merunsingkan.
(Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan
Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin
dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada
buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya
Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata
tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan
proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat
digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa'ad r.a.
yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma
antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi,
maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang." (Sahih Muslim:
no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah,
manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil
tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma
ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan
vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah
kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain
itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid
amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan
penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan
pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1 Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah
merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma
juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi.
Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah
penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan
lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah
Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada
segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis
kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi
yang boleh menyihatkan sel darah merah."

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang
menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam
usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran
sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan
untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai
diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius. Jus kurma juga merupakan penawar
mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana
kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam
kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium
dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur
ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu. Kalsium dan kalium
yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan
darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung
Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong
mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan
memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma
juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok. Hal
ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar
denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam
memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa
dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak
bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong,
saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah
dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan
sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam
badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu
memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu
daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab 'al-Maktuubaat' hasil
tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta
oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s. Oleh hal yang
demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan
rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5 Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina
Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk
menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji
mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid
amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan
merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme
badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid
amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat
diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang
boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Tanpa triptofan, manusia akan
rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai
agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur
aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha
suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna,
bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan
manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6 Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan
kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali
Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus
kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah
kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali
sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad
SAW. Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan
tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada
sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan
penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)



__,_._,___

13 Apr 2011

CATATAN : Cinta tak semesti bersatu




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan warga SIM. Selamat berhari selasa, moga hari ini lebih baik daripada semalam.dan syukur kerana kita masih diberikan anugerah paling baik utk kita iaitu nafas utk meneruskan hidup.

 

Pagi ini saya teringat , saya belum membalas email daripada seorang sahabat SIM yg meminta pendapat tentang hubungan kasih yg terputus ditengah jalan. saya menjawab email tersebut di SIM kerana saya tidak mampu membalas setiap email peribadi. Jadi saya harapkan jawapan saya ini bukan saya dapat memberikan jawapan kepada pengirim email, tapi juga utk mereka yg mengalami nasib yang sama.

 

Bila seorang wanita mencintai seorang lelaki, kalau boleh semua yang ada padanya ingin diserahkan kepada lelaki tersebut. Rasanya kalau boleh dipetik bintang di langit pun, seorang wanita sanggup melakukannya demi kekasih yg dicintai. (Maaf, saya bukan berat sebelah, tetapi saya seorang wanita, saya lebih faham hati wanita.) Seorang wanita selalunya memberikan sesuatu kepada kekasihnya kerana dia menyayangi lelaki tersebut.bukan kerana dia ingin disayangi.

 

Setiap wanita pasti berharap agar dapat hidup bersama dengan lelaki yg dicintainya dari dunia hingga ke syurga. Walaupun syurga dan neraka itu bukan hak kita utk menentukannya. Kita cuma boleh berusaha utk ke syurga, tetapi yg akan menentukannya adalah Allah s.w.t.  Tetapi andaikata, cinta kita putus di tengah jalan kerana tentangan org tua atau masalah2 lain....redhalah dengan keputusan Allah. redhalah dengan takhdir Allah.

Kenapa perlu redha. kita kan dah berjanji dgn ALLAH ' Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala."

 

Kita mencintai lelaki itu separuh mati pun...tapi kalau Allah tak izinkan kita menjadi hak dia, tak menjadi isteri dia, terimalah takhdir itu kerana setiap takhdir pasti ada hikmahNya. Cepat atau lambat kita akan dapat melihat apakah hikmah tersebut. Yakinlah, apa yang ALLAH berikan kepada kita itu adalah yg terbaik utk kita. Allah tidak akan memberikan apa yg kita mahu, tetapi Allah akan berikan apa yg kita perlukan.

 

Saya tak puas hati kalau menulis tanpa cerita sebenar. Jadi biar saya kongsi pengalaman saya sendiri..sebab saya lebih tahu perjalanan hidup sendiri bukan pengalaman hiduo org lain. Org yang mula2 saya suka dalam hidup saya ialah anak kepada sahabat ayah saya. waktu itu saya berumur 15 tahun. Dia banyk menolong saya ketika saya ingin mengambil SPM dan masa tu dia  di MCKK tingkatan 6. Dia banyak memberikan nota2 utk saya tapi tidak ada ayat-ayat cinta apa pun selama berkawan dgn dia. Bila saya masuk ke Nilam Puri, Kelantan dia di UPM, Serdang. Masa itulah baru ada rasa cinta seorang remaja berusia 18 tahun dan 20 tahun. Tapi kami tak pernah berjumpa, kalau berjumpa pun hanya sewaktu menziarahi keluarga masing2. 

 

1987 saya memasuki UM...dan di tahun akhir pengajian. Alhamdulillah masa tu memang dah dekat.sorang di lembah pantai dan sorang di Serdang. Tapi kami tetap tak pernah berjumpa. Hanya surat menjadi penghubung..(Bayangkanlah, masa tu tak ada handfon dan tak ada email, tak ada facebook, YM dan lain2). Waktu di UM, bukan tak ada yg ingin masuk meminang, tapi saya terus beritahu saya ada calon di UPM. Hujung tahun 88, kami merancang nak bertunang dan keluarga dia pun memang bersetuju sangat. Tapi di mana silapnya, ada ahli keluarganya yg memberitahu ayah saya bahawa dia adalah playboy di UPM. 

 

Playboy macamana? Dia selalu bawa pelajar2 perempuan ke Port Dickson dgn motor besar dia. Dan ada sepupu perempuan di UPM juga turut menceritakan perkara yang sama kepada saya. Tapi saya tidak ada rasa nak marah pun, sebab saya tahu perkara itu mungkin boleh berlaku. Tapi arwah nenek sebelah saya betul2 marah bila dapat tahu dn katanya, "pilih antara tok atau dia." Ayah saya cuma menyampaikan kata dua dari nenek manakala arwah ibu tidak berkata apa-apa. Akhirnya saya memilih nenek saya, kerana sudah terlalu banyak kasih sayang nenek kepada saya, walaupun yg membesarkan saya adalah datuk dan nenek sebelah arwah ibu. Kenapa?

 

Sebab, ustaz2 saya di Nilam Puri selalu mengajar saya, "Keredhaan Allah hanya ada bersama keredhaan ibubapa." Bagi saya, datuk dan nenek adalah seperti ibubapa saya juga. Takkan tak sedih bila semua yg dirancang tiba2 terputus di tengah jalan dan alasan yg diberikan cuma "Kita tak ada jodoh."  Hidup mesti diteruskan. (Saya paling menentang kawin lari)

 

dua tahun selepas itu saya bertemu dengan suami saya. kenal seminggu bertunang, bertunang sebulan terus nikah ketika saya berusia 23 thn dn dia 30 thn. 

Suami saya mungkin tidak terlalu memenuhi ciri-ciri suami yg saya inginkan, romantik, caring... Tapi suami saya adalah lelaki yang telah banyak berkorban utk kejayaan saya. Berpisah selama setahun ketika saya di univ.of London utk kursus sarjana undang2. dan berkorban cuti tanpa gaji selama 3 tahun ketika saya melanjutkan pelajaran ke peringkat phd di university of Birmingham.

 

Allah tidak memberikan apa yang saya inginkan, tetapi Allah memberikan apa yg saya perlukan. Tanpa pengorbanan suami saya, saya tidak akan sampai ke mana. Allah memberikan apa yg terbaik utk kita dengan syarat bila kita memilih bakal suami atau isteri, letakkan agama sebagai faktor nombr satu. bukan kecantikan atau kekayaan atau pangkatnya.

suami saya berhak mengatakan tak boleh ke luar negara utk belajar. tapi dia berkorban kerana itu janji dia kepada saya ketika saya memilih dia sebagai suami. mungkin sebab kami sama-sama dari keluarga yg susah, maka dia tahu betapa pentingnya pelajaran dan ilmu utk masa depan.

 

maafkan saya kalau ada yg rasa, dr fauziah tak malu ke cerita pengalaman macam ni? Saya jenis manusia yg tidak suka hanya pandai berkata-kata tetapi tidak buat apa yg saya cakapkan atau nasihatkan. dan dari cerita ini saya dah buktikan saya telah lalui ujian cinta yg tidak kesampaian. saya telah teruskan hidup dan yakin bahawa segala ujian ALLAH adalah rahmat utk kita. dan saya cukup yakin bahawa redha Allah itu ada bersama redha ibubapa. jadi jikalau teman lelaki atau teman wanita anda terpaksa memtuskan hubungan sebab tentangan ibubapa, terima lah dengan redha.

 

Semoga sahabat SIM yg mengirimkan email peribadi kepada saya faham apa makna cerita saya ini. Belajarlah redha dengan takdir Allah, jgn berputus asa dengan rahmat ALLAH dan yakinlah apa yg Allah berikan kepada kita adalah yg terbaik utk kita.

 

Maafkan saya kalau ada kata2 yg menyakiti hati sesiapa.

 

"CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU"

 

wassalam

Dr Fauziah


__,_._,___