Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

23 Ogo 2011

ARTIKEL : Hartamu jangan dimusnahkan, agamamu jangan dihapuskan

Hartamu jangan dimusnahkan, agamamu jangan dihapuskan




"Beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup kekal abadi dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." 

Kata-kata ini biasa kita ucapkan dan biasa juga didengari. Maksudnya, kita hendaklah berusaha mencari harta di dunia ini sedaya upaya kita di samping kita juga bersungguh-sungguh mencari akhirat seolah-olah kita akan meninggal dunia esok hari. 

Jadi, tidak salah untuk kita mencari harta atau 'gila harta', bahkan salah kalau kita tidak mencari harta sehingga jatuh miskin dan meminta-minta daripada manusia. Salah satu maqasid atau daruriyyat al-khams yang disepakati para ulama ialah maqasid memelihara harta. Hifz al-mal atau memelihara harta menjadi satu matlamat syariat yang ingin direalisasikan melalui hukum-hukum yang ada dalam Islam. 

Kedudukan dan nilai harta dalam Islam 

Harta mempunyai kedudukan yang penting dalam kehidupan manusia. Harta menjadi wasilah dalam Islam untuk mencapai matlamat syariat sama ada matlamat di dunia mahupun di akhirat. Seseorang manusia tidak mungkin hidup kecuali dengan harta kerana melalui harta, ia dapat makan dan minum, memakai pakaian, membina rumah dan memenuhi keperluan-keperluan hidup yang lain. (al-Qaradawi, Maqasid al-Shari'ah al-Muta'alliqah bi al-Mal, hlm 5) 

Tanpa harta, seseorang tidak mampu mengeluarkan zakat, membebaskan hamba dan memberikan sumbangan khairat. Sebab itulah al-Quran menganggap harta sebagai qiyama (asas pembangunan) bagi kehidupan manusia. 

Allah berfirman yang bermaksud, "Ðan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu sebagai asas pembangunan kehidupan kamu." (Surah an-Nisa' 4:5) 

Al-Quran menjelaskan bahawa harta bukan menjadi bala atau bencana kepada manusia, sebaliknya harta disifatkan sebagai satu kebaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Ðan sesungguhnya ia melampau sangat sayang kebaikan (harta sehingga menjadi tamak haloba)." (Surah al-'Adiyyat 100:8) 

Ayat ini menyifatkan harta sebagai khayr yakni kebaikan. Cuma kita dilarang mencintai harta secara melampaui batas sehingga melupakan akhirat. Sama jugalah seperti firman Allah SWT mafhumnya, "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara makruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah 2:180) 

Jadi, harta adalah satu kebaikan dan kebaikan perlu dijaga serta dipelihara dalam Islam. 

__,_._,___

Tiada ulasan: