Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

Memaparkan catatan dengan label FADHILAT AIR ZAM-ZAM DAN RAHSIANYAmenyembuhkan pelbagai penyakit mata air syurganikmat yang besar dan manfaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FADHILAT AIR ZAM-ZAM DAN RAHSIANYAmenyembuhkan pelbagai penyakit mata air syurganikmat yang besar dan manfaat. Papar semua catatan

10 Jul 2008

Puasa Rejab Sunnah?

Adalah masyhur di sisi masyarkat kita bahawa disunatkan untuk berpuasa pada 1hb Rejab, hari Khamis minggu pertama pada bulan Rejab, Nisfu Rejab (15hb Rejab) dan 27hb Rejab sempena Israk Mikraj. Untuk menguatkan hujah puasa-puasa sunat ini maka dibawa beberapa riwayat-riwayat palsu serta lemah bersertakan ganjaran pahala yang besar. Menurut Ibnu Rajab di dalam al-Mughni:

Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rejab, tidak ada satupun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. mahupun para sahabat.

Sungguhpun begitu apa yang ditemui adalah riwayat daripada para sahabat Nabi yang melarang puasa pada bulan Rejab.
Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada Kharsyah bin Hurr yang berkata: “Saya melihat ‘Umar r.a membuat makanan untuk manusia pada bulan Rejab hingga mereka meletakkanya di dalam mangkuk besar. ‘Umar berkata: “Makanlah, kerana ini adalah bulan yang diagungkan oleh orang-orang jahiliyah. – Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannif

Malah Saidina ‘Umar juga dikatakan telah memukul tangan mereka yang berpuasa pada bulan Rejab

Daripada Atha’, dia berkata: “Ibnu ‘Abbas melarang puasa pada bulan Rejab seluruhnya, agar tidak dijadikannya sebagai hari besar (hari raya). – Hadis riwayat Abdurrazaq dalam Mushannif, no: 7854.

Selain dari itu terdapat juga di kalangan masrakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadan. Amalan ini juga sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah. Imam Ibnul Qayyim r.h berkata:

Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152.

Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak.

16 Mei 2008

FADHILAT AIR ZAM-ZAM DAN RAHSIANYA

1. Air zam-zam merupakan air yang terbaik diatas muka bumi dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit (dengan izin Allah s.w.t)

2. Air zam-zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya.

3. Air zam-zam menyempurnakan hajat peminumnya (dengan izin Allah s.w.t).

4. Allah s.w.t telah menjadikan air zam-zam yang berkat ini sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi tersebut.

5. Air zam-zam merupakan salah satu daripada mata air syurga.

6. Air zam-zam merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t di bumi Makkah.

7. Air zam-zam merupakan salah satu daripada nikmat yang besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.

8. Air zam-zam keluar dari kawasan yang paling mulia di muka bumi ini.

9. Air zam-zam merupakan air yang dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah s.a.w beberapa kali.

10. Air zam-zam boleh menyembuhkan demam panas.

11. Banyak meminum air zam-zam merupakan sebahagiaan dari tanda keimanan dan kebebasan dari sifat munafiq (hal ini kerana orang munafiq tidak mempercayai kelebihannya, wallahu a'alam).

12. Air zam-zam merupakan minuman orang-orang mulia (al-abrar).

13. Air zam-zam boleh menambahkan kekuatan tenaga tubuh badan kita.