Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

12 Feb 2012

CATATAN : Antara Pampers, Playstation Dan Maggi


 

Antara Pampers, Playstation Dan Maggi.

"Up to 12 Hrs Protection", tersentak saya bila membacanya pada bungkusan pampers yg dibeli oleh seorang VIP, ketika itu saya sedang memerhatikan proses memasukkan bagasi2 VIP kedalam ruang cargo pesawat, pampers tersebut adalah sebahagian dari barang2 yg dibeli oleh VIP untuk dibawa pulang. Yg membuat saya tersentak adalah masa yg begitu lama hingga 12 jam pampers tersebut boleh dipakai selagi bayi yg memakainya tidak merengek minta ditukarkan atau pun najis nya tembus dari pampers tersebut.

Saya membesar dizaman pampers belum ada lagi dikamus hidup mak dan ayah, masih ingat lagi bagaimana mak melipat kain lampin untuk adik2, bermakna saya juga membesar dgn kain lampin dan bukan pampers. Saya pasti generasi yg sezaman atau awal dari saya membesar dgn keadaan yg sama iaitu lampin, tetapi apa yg nak dibincangkan mengenai lampin dan pampers ini?

Setiap pengalaman atau peristiwa yg dialami, akan memberi kesan pada diri kita dari dalam. Dari segi jaringan2 neuron diotak yg byk terbina untuk menyimpan pengalaman tersebut begitu juga sel2 badan kita yg di beritahu bagaimana perasaan kita terhadap situasi tersebut. Ketika memakai lampin, bayi tidak dapat nikmat keselesaan yg lama kerana dapat merasakan ketidak selesaan jadi jaringan neuron diotak terbina untuk lebih cepat mengesan dirinya yg sudah bergelumang dengan najis. Bagaimana pula dgn pampers?, bayi akan tetap selesa walaupun bergelumang dgn najis pada jangka masa yg agak lama, malah mereka sudah lali dgn bau najis tersebut hinggakan hanya bila ibu atau bapanya tercium bau yg kurang enak, barulah akan ditukarkan, itu pun jika ibu atau ayahnya tidak sibuk, kalau tak alamatnya makin lamalah anak tersebut bergelumang dgn najis. Keupayaan untuk mengesan keadaan diri yg sudah kotor dgn kadar segera tidak terbina didlm otak.

Apa yg saya cuba kaitkan adalah dgn keadaan situasi dizaman moden ini yg kebanyakan manusia dibesarkan dgn pampers, mungkinkah disebabkan tidak biasa mengesan keadaan diri, ada manusia yg bila dewasa hidup bergelumang dgn "najis" tetapi masih tidak sedar akan situasi tersebut, baik dadah mahupun rasuah. Berapa ramai manusia2 disekeliling kita hidup dgn rasuah? Bergelumang dgn "najis" dan masih tidak menyedarinya. Bagaimana pula dgn bergelumang dgn dosa dan membuat maksiat? Bagaimana pula mereka yg sudah jauh dari islam hanya kerana mereka tidak sedar akan faedah2 dan nikmat2 yg dijanjikan oleh islam, saya tidak bermaksud jaminan syurga dan bidadari tetapi jaminan hidup yg harmoni, aman sentosa, bertamadun gilang gemilang seperti zaman2 kegemilangan Islam dahulu jika Islam diikut sepenuhnya dan bukan hanya ambil sejemput dan tinggalkan yg lain2nya. Selalunya dizaman sekarang hanya apabila sudah ditimpa bala baru tindakan mahu diambil, sudah terantuk baru tergadah? Najis sudah tembus dari pampers baru nak tukar.

Tiada jaringan2 neuron yg terbina didlm otak untuk mengesan keburukan2 yg mem"baluti" diri dgn pemakaian pampers, mungkinkah ini salah satu sebab masyarakat kita berkeadaan teruk begini? Saya tidak bermaksud tinggalkan pampers dan kembali kepada lampin, anak2 saya pun membesar dgn pampers, tetapi pada pendapat saya, kita ibubapa perlu memberikan lebih perhatian untuk memberi kesedaran kepada anak2 akan keadaan2 yg baik dan tidak agar akan wujud kesedaran diminda mereka. Dgn lebih tumpuan kepada didikan agama, mengenai maksiat, hukum halal haram hubungan lelaki & wanita, keburukan rasuah yg mana ia menindas masyarakat. Ini akan membina jaringan2 neuron didlm otak mereka jadi akan ada rujukan apabila mereka memerlukannya baik dikala membesar mahupun apabila dewasa.

Apa yg terjadi selalunya dizaman ini ibubapa terlalu sibuk mengejar dunia hingga membiarkan anak hidup tanpa panduan, ada yg menghantar anak ke sekolah agama tetapi anak juga belajar dari ibubapa, jika contoh yg baik tidak ditunjukkan oleh ibu dan bapa, itu juga akan menjadi ikutan anak2, kemana kuah kalau tidak ke nasi bukannya setakat bakat berlakon dan menyanyi, bakat memaki hamun dan lain2 lagi yg negatif juga akan menjadi ikutan. Jika ibu dan bapa tidak solat, masakan anak akan mengikut apa yg di ajar oleh ustaz & ustazah? Begitu juga dgn "didikan2" dari TV, bagaimana anak tahu menjaga tatasusila hubungan lelaki perempuan dan menutup aurat jika artis2 pujaan bergaul bebas lelaki dan perempuan dgn pakaian yg tidak mencerminkan islam, anak2 akan menjadi keliru. Biasanya ajaran2 artis akan lebih mendapat perhatian oleh anak2.

Masih ingat lagi penat meredah hutan untuk mencari pelepah kabung membuat jebak (perangkap burung), mencari buluh cina membuat bedil, mencantas batang bemban membuat senapang. Semua ini mainan terhasil dari pemikiran kreatif, dari kecil jaringan2 neuron kreativiti sudah terbina didlm otak. Kepuasan dan keseronokan dari kejayaan membuat mainan sendiri dan bermain merembes kan kimia emosi (dopamine*), ini berkait rapat dgn usaha sendiri dan juga hubungan dgn alam semulajadi. Bagaimana pula dgn anak2 dizaman sekarang ini yg mendapat mainan yg sudah tersiap sedia didlm kotak, contohnya Playstation? Kreativiti agak janggal dari kamus hidup mereka dan apabila mereka dewasa dan mengalami masaalah, kebuntuan amt mudah melanda. Setiap kali anak2 melepasi satu peringkat permainan tersebut, sejumlah dopamine dirembeskan oleh otak, semakin susah/tinggi peringkat yg dilepasi semakin byk lagi kadar dopamine yg dirembeskan oleh otak.

Dgn keadaan diri yg sudah biasa merasai nikmat seronok dari bermain mainan dari kotak ini, bagaimana untuk merasa nikmat melihat matahari terbenam, berjalan di tepi pantai, menikmati suasana damai dikampung, berborak2 dgn datuk dan nenek, bergurau senda dgn ibu bapa dan adik beradik. Semua aksi2 ini tidak memberikan kepuasan yg sama dgn bermain permainan video yg penuh dgn aksi audio dan visual. Generasi akan datang akan lebih jauh menjurangkan diri dgn alam semulajadi dan semangat muhibbah sesama manusia. Fikir2kan mengapa anak2 anda tidak berminat pergi menziarahi rakan2 anda mahupun sanak saudara?

Sungguh mudah dan cepat menyedia/mendapatkan makanan segera, baik maggi mahupun KFC. Semua makanan ini disediakan untuk membantu manusia menikmati makanan dgn kadar segera. Apabila sudah terbiasa dgn kesan, nikmat dan keputusan yg segera, fikirkan bagaimana untuk menaikkan semangat anak2 untuk belajar agar mendapat ganjaran dikemudian hari? Apabila mengaap buku terus merasa jemu kerana ganjarannya lambat. jadi apabila golongan ini menjadi pemimpin, jika aku jujur dan ikhlas menjalankan tugas dan amanah, agak lambat mendapat ganjarannya, jadi apabila ada kuasa untuk meluluskan projek, terngiang2 dikepala bagaimana untuk mendapatkan ganjaran segera? Maka muncullah dari mulut, berapa komisyen saya?

Mungkin kah juga kerana sudah terbiasa dgn benda2 segera ini membuatkan manusia semakin jauh dari Allah? Sekali dua berdoa tetapi tidak makbul2 jugak, tetapi tanpa solat pun gaji bulan2 masuk gak jadi apa perlu nak solat? Jika dikaitkan dgn bab pampers pula, bagaimana jika generasi ini menjadi pemimpin? Bagaimana untuk perasan rakyat yg hidup dalam kesempitan apabila diri sendiri selesa dgn pejabat, rumah, makanan, kereta dan kroni2 yg menjaga dan memberi gambaran yg apa yg dilakukannya itu bagus? Agak berani saya katakan kebanyakan mereka yg menyokong pemimpin yg korup ini adalah mereka yg sama2 mendapat tempias habuan "kekorupan" pemimpin2 tadi. Pemimpin sebenar tidak akan hidup selesa selagi ada rakyat2nya yg hidup susah. Lihat keadaan masyarakat kita sekarang ini, layakkah kita menjadi pemimpin jika ada rakyat yg hidup kais pagi makan pagi?

Antara pampers, playstation dan maggi.. apa yg saya cuba ketengahkan ini mungkin dianggap remeh ataupun mungkin tidak berasas, tetapi dari pemahaman tentang bagaimana otak berfungsi, dari pemerhatian masyarakat sekeliling dan dari minda yg selalu memikirkan kenapa dan mengapa, maka terhasillah nukilan ini. Apa yg saya cuba kaitkan ini hanyalah hipotesis saya dan saya akui tidak berlandaskan ujikaji sains. Akan tetapi tiada bukti sains tidak bermakna apa yg saya cuba ketengahkan ini tidak berasas, melihat dari suasana masyarakat kita sekarang ini mungkin ini penyebabnya? Kemajuan harus seimbang dgn kerohanian, apa yg kita lihat sekarang adalah masyarakat kita menumpukan kemodenan dan mengambil remeh akan keagamaan. Hanya Islam sahajalah penyelamat manusia dari dahulu hingga ke hari kiamat. Sama2 lah berfikir kearah umat yg lebih cemerlang dan mulia disisi Allah dgn menghampirkan diri kepadaNya, dgn melaksanakan perintahnya, bersolat dan hidup berasaskan Al Quran dan sunnah Nabi. Insyaallah.




RENUNGAN : Gurauan Rasulullah SAW



Assalamualaikum warahmatullah,

Laman-Seri masih dalam mood Awal Muharam dan kali ini dikongsikan gurauan cara Rasulullah SAW. Rasulullah merupakan contoh teladan terbaik untuk dicontohi, bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Ðan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia." (Surah al-Qalam 68:4)

Penggunaan partikel 'ala dalam ayat tersebut merujuk kepada kesempurnaan, yakni perkataan itu merujuk kepada sesuatu yang terletak di atas kemuncaknya. Ðemikian menurut kesimpulan pentafsir terkemuka Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalliy al-Sya'rawiy.

Satu aspek yang amat jarang dibincangkan berhubung dengan akhlak Rasulullah ialah, adakah Nabi SAW juga pernah bergurau? Jika ya, bagaimanakah gaya gurauan Baginda? Adakah membawa ke peringkat para sahabat ketawa?

Ðewasa ini kita banyak melihat lawak jenaka di kaca televisyen yang banyak mempersendakan, memperolok-olok, memperbodoh-bodohkan orang lain dan tidak kurang juga lawak jenaka yang memperlihatkan kejelekan diri pelawak itu sendiri dengan meniru gaya orang lain mahupun 'menjadikan' diri jantina yang berlawanan.

Ini jelas berlawanan dengan gurauan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW tidak ada dusta, tipu muslihat dan cercaan kepada orang lain. Banyak gurau dan berlebih-lebihan terhadapnya, itu boleh mengundang banyak tertawa, yang akhirnya berakibat kepada matinya hati, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, "Janganlah kamu memperbanyak tertawa, kerana banyak tertawa boleh mematikan hati." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Menerusi kajian terhadap hadis dan sirah, kita pasti bahawa sebagai manusia biasa, Nabi SAW memang seorang yang suka bergurau senda, sama ada dengan para isteri dan sahabat, bagi menarik perhatian mereka selain berasa senang hati untuk mendengar nasihat. Namun gurauan Baginda tidak pernah terkeluar daripada rangka kebenaran.

Berikut merupakan sebahagian bukti yang menunjukkan gurauan Nabi SAW tidak menjatuhkan Baginda dari daerah kemuliaan.

❀ Menaiki anak unta

Anas bin Malik r.a. menukil, seorang telah datang kepada Nabi SAW meminta Baginda SAW untuk membantunya menaiki atas seekor unta. Rasulullah lantas berkata kepadanya, "Baiklah, aku akan membantumu menaiki anak unta ini!" Beliau berasa hairan lantas bertanya, "Ya Rasulullah! Mana mungkin untukku menaiki anak unta?" Baginda SAW bersabda kepada Anas yang terpinga-pinga itu, "Apakah mungkin bagi unta ini dilahirkan dalam keadaan ia sudah pun dewasa?" (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Ðaud dan yang lainnya)

Peristiwa ini sekaligus menjadi teka-teki agar sahabat ini berfikir bahawa setiap makhluk merupakan 'anak' kepada ibu yang melahirkannya. Namun maksud sebenarnya ialah Baginda tidak mampu menunaikan permintaan itu.

❀ Anak burung pipit

Ðari Anas r.a., yang lainnya, dia berkata, "Tidaklah Rasulullah SAW membaur kepada kami hingga baginda berkata kepada adikku, "Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan Nughair (burung pipit)?"" (Hadis riwayat Muslim)

Abu Yahya berkata, "Pemahaman hadis ini adalah bahwasanya Nabi SAW pernah bergurau. Ðalam hadis ini, baginda SAW memberi julukan (kuniyah) kepada anak kecil, dan berkata kepadanya, "Wahai Abu Umair." Di dalamnya Baginda juga tidak mempersoalkan untuk memberi anak kecil burung agar dia bermain dengannya. Sesungguhnya Nabi SAW berkata kepadanya, "Wahai Abu Umair! Apa yang telah dilakukan burung pipit?" Kerana anak itu punya burung pipit yang diajaknya bermain, lalu ternyata burung itu mati, sehingga dia pun bersedih. Lalu Nabi bergurau dengannya dan berkata, "Wahai Abu Umair, apa yang telah dilakukan burung pipit?""

❀ Siapa lebih kuat makan?

Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji-bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma.

Biji-biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

Kemudian Ali r.a. dengan tersipu-sipu mengatakan, "Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu."

Nabi pun tersenyum dan menjawab, "Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya." (Hadis riwayat Bukhari)

❀ "Wahai yang memiliki dua telinga"

Anas r.a. yang pernah berkhidmat dengan Nabi SAW selama lebih 10 tahun, meriwayatkan bahawa Nabi sesekali memanggilnya dengan gelaran "Wahai yang memiliki dua telinga". Panggilan yang berupa gurauan ini nyata merupakan satu fakta yang benar. Jelas, gelaran itu adalah satu panggilan yang disenangi oleh Anas kerana memang setiap manusia memiliki sepasang cuping telinga. Tetapi kenyataan itu sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Anas amat peka dengan apa yang disabdakan Nabi.

❀ Si Penyelamat

Suatu hari Abu Bakar al-Siddiq r.a. berasa marah kepada puterinya Aisyah r.ha. dan peristiwa itu menyebabkan beliau hampir menamparnya.

Namun Rasulullah telah menjadi penyelamat, dengan memasukkan Aisyah r.ha. ke dalam kamarnya. Setelah Abu Bakar pergi, Nabi SAW lantas berkata kepada isterinya, Aisyah r.ha. dengan nada bisikan : "Bagaimana? Hebat bukan caraku menyelamatkanmu daripada orang itu (Abu Bakar)?"

❀ Lelaki Badwi bernama Zahir

Ðalam sebuah riwayat yang lain, seorang lelaki Badwi bernama Zahir r.a. sering memberikan Nabi SAW hadiah dari kampungnya. Akhlaknya yang istiqamah dalam memberikan hadiah ini menyebabkan Nabi SAW amat menyayanginya.

Suatu hari ketika berada di pasar Madinah, Rasulullah SAW memeluk Zahir r.a. dari arah belakang menyebabkannya terkejut lantas menjerit, "Lepaskan saya, lepaskan saya!"

Lalu Rasulullah SAW bergurau dengan para sahabat yang berada di pasar ketika itu dengan sabdanya yang bermaksud, "Siapa yang ingin membeli hamba?"

Apabila menyedari bahawa Nabi SAW yang memeluknya, dia lantas bertanya, "Wahai Nabi, adakah engkau ingin menjualku? Saya bukanlah seorang yang kacak juga bukanlah seorang yang kaya."

Mendengar jawapan yang amat merendah diri ini, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Tetapi engkau di sisi Allah SWT bukanlah suatu yang tidak laku! Ði sisi-Nya, engkau teramat mahal!" (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

❀ Khurafat

Suatu malam Rasulullah SAW berbual dengan para isterinya. Mereka asyik berbincang hingga salah seorang daripada mereka berkata, "Itu adalah cerita khurafat."

Rasulullah SAW memotong dengan bertanya, "Tahukah kamu apakah itu khurafat? Khurafat adalah seorang lelaki yang berasal dari Bani 'Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliah. Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan. Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anehnya sepanjang kehidupannya di alam jin. Walhasil, orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat."

Ðemikianlah seperti yang dijelaskan oleh Imam at-Tirmidzi dalam kitabnya al-Syamail al-Muhammadiyyah.

❀ Ði matanya terdapat warna putih...?

Ðalam sebuah hadis yang dikemukakan oleh al-Nawawi dalam al-Azkar, seorang wanita sedang mencari suaminya. Nabi yang melihatnya lantas bertanya, "Apakah kamu sedang mencari lelaki yang di matanya terdapat warna putih?"

Wanita itu terkejut lantas menangis dengan sangkaan suaminya sudah menjadi buta.

Rasulullah SAW akhirnya menjelaskan bahawa setiap mata pasti mempunyai bahagian yang berwarna putih. Gurauan Baginda itu adalah menunjukkan suaminya itu masih hidup.

❀ Orang tua tidak masuk syurga

Turut tersenarai dalam anekdot gurau tawa Nabi SAW dengan para sahabat adalah kisah wanita tua yang datang menemui Nabi SAW untuk memohon doa Baginda supaya boleh memasuki syurga. Jawapan Baginda SAW, "Wahai nenek! Syurga tidak akan dimasuki wanita sepertimu!"

Jawapan Nabi itu telah mengakibatkan wanita lanjut usia menangis tersedu-sedu. Setelah itu barulah Nabi SAW menjelaskan kepada para sahabatnya, bahawa dia tidak akan memasuki syurga dalam keadaan tua seperti itu. Kemudian Nabi SAW bersabda, "Khabarkan kepadanya bahwasanya dia takkan masuk surga, dalam keadaan lanjut usia. Sesungguhnya Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al-Waqi'ah: 35-37).

Ucapan Nabi SAW itu memberi maksud bahawa setiap manusia yang memasuki syurga berada pada peringkat usia mudanya sebaya, dalam keadaan kemuncak kesihatan dan keupayaan diri.

❀ Ðilarang gurauan yang menzalimi

Berlainan daripada teladan gurau senda Nabi SAW, seperti yang diriwayatkan dalam kitab Majma' al-Zawa'id daripada 'Amir bin Rabi'ah bahawa pernah terjadi seorang sahabat mengambil kasut milik seseorang lalu menyembunyikannya. Apabila perkara itu dikhabarkan kepada Nabi SAW, Baginda telah bersabda yang bermaksud, "Janganlah menakut-nakutkan seseorang Muslim, kerana perbuatan itu adalah satu kezaliman."

Apabila dibandingkan antara teknik gurauan Nabi dengan kisah yang terakhir ini, jelaslah pendekatan baginda dalam senda gurau sentiasa berpaksikan kepada kebenaran serta jauh daripada pembohongan. Tindakan sahabat yang menyembunyikan kasut temannya dengan niat untuk bergurau itu boleh mengkibatkan rasa panik dan cemas dalam diri 'si mangsa'. Inilah yang dilarang.

Yang lebih mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah SAW bersabda bermaksud; "Malu adalah cabang daripada iman."

Ðalam sabda lain, Rasulullah SAW menyatakan; "Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya." Ðapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Memperbanyak dan menyibukkan diri dengan gurauan boleh membuatkan diri menjadi lalai dari ketaatan dan memikirkan keadaan umat serta kesusahan-kesusahan yang menimpanya. Ketahuilah, bahwasanya Rasulullah sebagaimana disebutkan Jabir r.a., adalah "figura yang banyak diam dan sedikit tertawa."

Renung-renungkanlah....

Sumber : Ustaz Zahazan Mohamed di Solusi Isu # 19 dengan sedikit tambahan.

INFO : Pengorbanan Rasulullah s.a.w


Pengorbanan Junjungan Besar Nabi sallallahu `alaihi wassalam

Sayugia kita menghayati kisah kehidupan Nabi sallallahu `alaihi wassalam untuk menyuburkan cinta kepada Muhammad sallallahu `alaihi wassalam.

Baginda sallallahu `alaihi wassalam melalui fasa kehidupan yang berbeza antara sebelum dilantik menjadi nabi dan selepas mengajak kaumnya kepada Islam. Jika sebelum dilantik menjadi utusan Allah, kaumnya memujinya, menyanjungnya, mempercayainya, menyayanginya, semuanya berubah 180 darjah ketika mana nabi sallallahu `alaihi wassalam memulakan dakwah kepada kaumnya.


Selepas turunnya wahyu yang pertama, Khadijah binti Khuwailid radiallahu `anha membawa suaminya yang tercinta, Muhammad sallallahu `alaihi wassalam untuk bertemu bapa saudaranya, Waraqah bin Naufal.

Waraqah menyebutkan satu pernyataan yang jelas kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam:

"Alangkah baiknya kalau aku masih muda, alangkah baiknya aku masih hidup ketika kaummu mengusirmu.."
Nabi sallallahu `alaihi wassalam terkejut. Masakan tidak, kaumnya selama ini menyanjungi baginda sallallahu `alaihi wassalam, tiba-tiba hari ini Waraqah menyatakan bahawa nabi sallallahu `alaihi wassalam akan diusir oleh kaumnya sendiri.

Waraqah mengulas lagi: Tidak seorang pun lelaki yang membawa seperti yang engkau bawa melainkan dia akan dimusuhi. Kalaulah aku masih ada pada hari engkau mengalaminya, pasti aku akan menolong engkau dengan bersungguh-sungguh. Itulah isyarat Waraqah kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam untuk bersedia dengan situasi yang buruk akan menimpa baginda sallallahu `alaihi wassalam.

Wahyu kedua turun, mengarahkan nabi sallallahu `alaihi wassalam bangkita melakukan dakwah. Surah al-Muddatsir: 1-7
*       [1] Wahai orang yang berselimut!
*       [2] Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
*       [3] Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
*       [4] Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
*       [5] Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
*       [6] Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
*       [7] Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Allah s.w.t mengeluarkan arahan supaya nabi sallallahu `alaihi wassalam menyeru kaumnya secara terbuka. Allah mengakhiri arahan tersebut dengan amaran dan peringatan kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam supaya tidak mengharapkan balasan dan kenikmatan mahupun kesenangan untuk dakwah yang dilakukan. Allah mengarahkan nabi sallallahu `alaihi wassalam untuk bersabar, sabar dan sabar. Ujian yang getir sedang menunggu nabi sallallahu `alaihi wassalam.

Dakwah Secara Terbuka Kepada Kaum Kerabat

Siri dakwah secara tertutup berjalan tanpa gangguan daripada musyrikin Mekah. Tahun ke empat kenabian, Allah s.w.t menurunkan arahan agar dakwah dilakukan secara terbuka:

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. [Asy-Syuara: 214]

Nabi sallallahu `alaihi wassalam mengumpulkan keluarganya daripada Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib. Baginda sallallahu `alaihi wassalam memulakan dakwahnya:

"Segala puji bagi Allah, aku memuji Nya, dan meminta pertolongan Nya, aku beriman dengan Nya dan aku berserah kepada Nya. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan tiada sekutu bagi Nya.

Sesungguhnya orang yang merintis jalan ini tidak pernah dituduh berbohong oleh keluarganya. Demi Allah yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu khususnya dan kepada semua manusia umumnya.

Demi Allah, kamu pasti akan mati sebagaimana kamu pastinya akan tidur, kamu pasti akan dibangkitkan sebagaimana kamu jaga daripada tidur, dan kamu pastinya akan dihisab terhadap apa yang kamu kerjakan. Balasannya hanyalah syurga selama-lamanya atau neraka selama-lamanya�"

Abu Talib mendengar seruan anak buahnya sallallahu `alaihi wassalam, terus beliau menjawab:

"Sungguh kami suka untuk membantumu dan menerima nasihatmu serta sangat mempercayai berita yang engkau sampaikan. Mereka ini ialah adik beradikmu yang sedang berkumpul, sementara aku hanyalah salah seorang daripada mereka. Akan tetapi, akulah yang paling segera menyahut apa yang engkau suka. Maka lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Demi Allah, aku akan sentiasa menjaga dan mempertahankan diri mu. Akan tetapi diriku sendiri masih belum terasa untuk meninggalkan agama Abdul Muttalib."

Tetapi Abu Lahab, bapa saudara nabi sallallahu `alaihi wassalam memberikan reaksi negatif yang sangat keras.

"Demi Allah! Ini adalah keburukan. Halanglah dia sebelum dia mempengaruhi orang lain daripada kamu".

Mendengar kata-kata Abu Lahab, Abu Talib menjawab:

"Demi Allah! Aku akan mempertahankannya selagi hayat masih ada".

Seruan Bukit Safa

Di atas Bukit Safa nabi sallallahu `alaihi wassalam menyeru umatnya, baginda sallallahu `alaihi wassalam berkata:

"Sesungguhnya aku ini adalah seorang pemberi peringatan tentang azab yang dahsyat di hadapan kamu�."

Baginda sallallahu `alaihi wassalam berkata lagi:

"Hai semua kaum Quraisy, selamatkan dirimu daripada api neraka! Hai sekalian Bani Ka'ab, selamatkan dirimu daripada api neraka! Hai Fatimah Bte Muhammad! Selamatkan dirimu daripada api neraka! Demi Allah, aku tidak memiliki sebarang kuasa untuk membelamu daripada hukuman Allah, melainkan kamu mempunyai tali persaudaraan (Islam) yang akan aku kuatkan hubungan itu".

Mendengar perkataan nabi sallallahu `alaihi wassalam, geram dan meledaklah hati Abu Lahab. Lalu diambilnya batu, dan dilemparkannya kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam. Lalu dengan api amarah yang menjulang, Abu Lahab berkata:

"Celaka engkau pada hari ini! Adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?". Maka Allah s.w.t menurunkan surah al-Masad, melaknat Abu Lahab dan isterinya. "Celakalah kedua tangan Abu Lahab, binasalah ia!".

Penentangan Bermula�.

Kaum Musyrikin berkumpul, memikirkan bagaimana mahu menghasut orang ramai agar tidak mendengar dakwah nabi sallallahu `alaihi wassalam.  Ada yang mencadangkan agar nabi sallallahu `alaihi wassalam difitnah sebagai seorang bomoh, ada yang mencadangkan difitnah sebagai seorang gila, ada yang mencadangkan agar difitnah sebagai penyair, ada yang mencadangkan agar difitnah sebagai seorang ahli sihir. Akhirnya mereka memilih untuk memfitnah nabi sallallahu `alaihi wassalam sebagai seorang ahli sihir.

Fitnah dimulakan, mereka duduk dipinggir-pinggir jalan. Mereka memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan Muhammad sallallahu `alaihi wassalam kerana beliau seorang ahli sihir.

Abu Lahab lah yang menjadi kepalanya, dia mengekori ke mana nabi sallallahu `alaihi wassalam pergi, lalu melemparkan fitnah kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam ketika nabi sallallahu `alaihi wassalam sedang menyampaikan Islam kepada manusia.

Mereka melancarkan perang saraf. Mereka mengejek dan memfitnah nabi sallallahu `alaihi wassalam. Mereka menimbulkan syubhat dan keraguan ke atas apa yang dibawa nabi sallallahu `alaihi wassalam.

Setelah semuanya tidak berhasil, mereka menawarkan pula tawaran `toleransi beragama' kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam. Mereka berkata: "Kalau kamu sanggup menerima tuhan-tuhan kami, maka kami akan menyembah Tuhan kamu".

Kata mereka lagi: "Wahai Muhammad, marilah, biar kami sembah apa yang engkau sembah, dan engkau sembah apa yang kami sembah. Kami dan kamu sama-sama berkongsi dalam urusan ini. Kalau apa yang kamu sembah itu lebih baik daripada apa yang kami sembah, itu bererti kami telah mengambil habuan kami daripadanya, dan kalau apa yang kami sembah lebih baik daripada apa yang kamu sembah, bererti kamu telah mendapat habuan kamu daripadanya".

Allah s.w.t pun menurunkan surah al-Kafirun. Nabi sallallahu `alaihi wassalam menolak tawaran diplomasi itu, tiada ruang tolak ansur antara tauhid dan syirik, iman dan kufur.

Penyeksaan Mental dan Fizikal Ke Atas Nabi

Nabi sallallahu `alaihi wassalam juga adalah besan kepada Abu Lahab. Anak perempuan nabi sallallahu `alaihi wassalam iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum berkahwin dengan anak lelaki Abu Lahab. Selepas dakwah bermula, Abu Lahab memaksa anak lelaki menceraikan puteri-puteri Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam.

Isteri Abu Lahab, Ummu Jamil, jahatnya seperti suaminya. Sungguh mereka pasangan yang secocok. Dia membawa duri dan meletakkannya di laluan yang sering dilalui Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam.  Dia meletakkan duri di hadapan pintu rumah nabi sallallahu `alaihi wassalam di waktu malam.

Nabi sallallahu `alaihi wassalam dihina oleh jirannya-jirannya. Tiada seorang pun jirannya menerima dakwah kecuali Hakam bin Abi al-`As. Jiran-jiran yang lain sangat memusuhi nabi sallallahu `alaihi wassalam kerana dakwah yang dibawa. Mereka pernah mencampakkan perut kambing ke atas baginda sallallahu `alaihi wassalam semasa baginda sallallahu `alaihi wassalam sedang mendirikan solat, bahkan mereka pernah mencampakkan perut kambing dengan periuk-periuk sekali ketika nabi sallallahu `alaihi wassalam sedang mendirikan solat hinggakan nabi sallallahu `alaihi wassalam terpaksa membuat hadangan ketika solat untuk mengelakkan gangguan mereka. Sehingga nabi sallallahu `alaihi wassalam terpaksa bersuara:

"Hai Bani Abd Manaf, jiran jenis apakah kamu ini?"

Uqbah bin Abi Mu'ayyat pula sangat keji tindakannya. Golongan musyriki Mekah saling mencabar antara satu sama lain:

"Siapakah yang berani membawa uri unta keluarga si polan dan meletakkannya di belakang Muhammad ketika dia sedang sujud?". Lalu bangkitlah Uqbah menyahut cabaran itu. Diletaknya uri unta di belakang nabi sallallahu `alaihi wassalam ketika baginda sallallahu `alaihi wassalam sedang sujud.

Abdullah bin Mas'ud radiallahu `anhu yang ada ketika itu hanya mampu memerhatikan, dan tidak mampu melakukan apa-apa untuk membantu nabi sallallahu `alaihi wassalam. Kata beliau radiallahu `anhu:

"Aku memerhatikan apa yang dilakukan, tetapi aku tidak dapat berbuat apa-apa, alangkah baiknya kalau aku ada kekuatan untuk menghalang".

Ketika si musyrikin ketawa gembira melihat nabi sallallahu `alaihi wassalam dihina, datanglah Fatimah radiallahu `anha membersihkan belakang ayahnya yang tercinta.

Nabi sallallahu `alaihi wassalam hanya membalas perbuatan mereka dengan doa kepada Allah:

"Ya Allah, ke atas Mu untuk menghukum orang Quraisy ini".

Uqbah juga pernah memijak leher nabi sallallahu `alaihi wassalam ketika nabi sallallahu `alaihi wassalam sedang sujud sehingga hamper tersembur kedua biji matanya.

Abu Jahal pernah berkata kepada konco-konco musyriknya:

"Adakah Muhammad menyembamkan mukanya ke tanah (sujud) di hadapan kamu� Demi al-Lata dan al-Uzza, kalau aku lihatnya, aku akan pijak tengkoknya dan aku sodokkan mukanya ke tanah�"

Utaybah bin Abu Lahab pernah menarik baju nabi sallallahu `alaihi wassalam dan meludah wajah nabi sallallahu `alaihi wassalam.

Abu Jahal pernah cuba membunuh nabi sallallahu `alaihi wassalam dengan menggunakan batu yang besar. Tindakan nekad beliau tanpa mempedulikan perang kabilah yang mungkin berlaku, tetapi Allah s.w.t menyelamatkan nabi sallallahu `alaihi wassalam.

Uqbah pernah meletakkan kainnya pada leher nabi sallallahu `alaihi wassalam sambil mencekiknya dengan sekuat hati, kemudian Abu Bakar radiallahu `anhu datang menyelamatkan nabi sallallahu `alaihi wassalam sambil berkata:
"Apakah kamu ingin membunuh seorang lelaki yang mengatakan Tuhanku hanya Allah?"

Nabi sallallahu `alaihi wassalam pernah pergi ke Thaif, untuk menyeru masyarakat Bani Thaqif menyembah Allah. Tetapi dakwah baginda sallallahu `alaihi wassalam ditolak, bahkan dibalas dengan lemparan batu di sepanjang jalan yang dilakukan oleh kanak-kanak, hamba dan kaum wanita. Baginda sallallahu `alaihi wassalam tercedera, Zaid bin Harithah radiallahu `anhu cedera ketika melindungi baginda sallallahu `alaihi wassalam.

Baginda sallallahu `alaihi wassalam berdoa:
" اللهم إني أشكو إليك ضعف قوتي ، وهواني على الناس ، أرحم الراحمين أنت ، أرحم الراحمين إلى من تكلني إلى عدو يتجهمني ؟ أم إلى قريب ملكته أمري ؟ إن لم تكن غضبان علي فلا أبالي ، غير أن عافيتك أوسع لي ، أعوذ بوجهك الذي أشرقت له الظلمات ، وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة ، أن ينزل بي غضبك أو يحل بي سخطك ، لك العتبى حتى ترضى ، ولا حول ولا قوة إلا بالله

Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepadaMu, betapa lemahnya kekuatanku, betapa hinanya aku di mata manusia. Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. Yang Maha Pengasih dan Penyayang,kepada siapapun Engkau serahkan diriku ini, sama ada kepada musuh yang akan mengancam diriku, atau kepada sahabat yang akan menjaga urusanku? Selagi mana Engkau tidak Marah kepada ku. Aku tak kisah. Akan tetapi, kesejahteraan yang Engkau kurniakan melegakan aku.

Aku berlindung dengan WajahMu, yang menyinari kegelapan, yang memperbaiki urusan dunia dan akhirat, daripada turunnya murkaMu ke atas diriku, atau kebencianMu menimpaku. Hanya milikMu keredhaan sehingga Engkau meredhai. Tiada usaha dan kekuatan kecuali denganMu.

Malaikat Mahu Membalas Dendam

Jibril berkata kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam:

"Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaummu kepada mu serta tindakan mereka kepadamu. Allah mengutuskan kepadamu malaikat bukit supaya engkau arahkan dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka".

Malaikat bukit berkata kepada nabi sallallahu `alaihi wassalam:

"Hai Muhammad, apa yang kamu mahu? Kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka bukit al-Akhsyabayn (dua buah bukit di Mekah), nescaya akan aku lakukan!"

Jawab nabi sallallahu `alaihi wassalam: "Malah aku mengharapkan agar Allah s.w.t mengeluarkan daripada sulbi mereka keturunan orang-orang yang akan menyembah Allah semata-mata dan tidak mensyirikkannya".
----------------------
Mulia sungguh akhlakmu ya Rasulullah. Engkau membalas tuba yang mereka sirami, dengan susu yang manis lagi menyegarkan. Engkau membalas cercaan mereka dengan doa yang melembutkan.

Maafkan kami Rasulullah sallallahu `alaihi wassalam, kami sering melupakan pengorbananmu, cinta kami kadang-kala mekar, dan kadang-kala kuncup entah ke mana. Maafkan kami wahai Allah.

[sumber rujukan: ar-Raheeq al-Makhtum oleh Shaikh Safiurrahman al-Mubarakfuri, edisi terjemahan bertajuk: Sirah Nabawiah, terbitan YADIM]

20 Nov 2011

ARTIKEL : Wali fasik merosakkan perkahwinan anak sendiri


Wali fasik merosakkan perkahwinan anak sendiri

Ahmad Baei Jaafar
Akhir-akhir ini kita dipaparkan isu perceraian yang amat menakutkan. Lalu ramai yang memberi ulasan bahawa semuanya berpunca daripada kursus pra perkahwinan yang tidak mencapai sasaran. Kononnya, modul yang disediakan tidak memberi fokus kepada bagaimana membentuk keluarga islami. Dalam kursus itu juga tidak memberi penekanan kepada kaedah mengatasi krisis rumah tangga.
Menurut dakwaan mereka, kesan daripada kekurangan itu, apabila sesuatu pasangan mendirikan rumah tangga, mereka cipta formula sendiri. Ada yang ikut cara Barat, ada juga ikut cara tradisonal dan tidak kurang yang masih mencuba kaedah sendiri. Dalam keadaan itu, apabila berlaku krisis, mereka gagal mengawalnya dan akhirnya berlaku perceraian.
Sebab itu kita sering dapati terdapat keluarga yang hanya bahagia pada tiga bulan pertama perkahwinan. Malah ada yang mentamsilkan ketika itu, kalau kentut pun wangi. Tetapi setelah berlalu tiga bulan, minyak wangi pun dihidu sebagai busuk.
Kita tidak nafikan sebahagian perceraian kerana punca di atas, tetapi ramai lagi yang mendirikan rumah tangga tidak pula mengalami kes seperti itu. Jadi, alasan di atas bukanlah seratus peratus tepat.
Wali fasik punca segalanya
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang, bahawa wali amat besar peranan dalam mengharmonikan rumah tangga anak-anak mereka. Semuanya bermula daripada watak wali dalam membesarkan anak, semasa menikahkan anak dan selepas mengahwinkan anak mereka.
Perlu ditegaskan di sini, wali dalam apa jua jenis perkahwinan pun perlu memilik watak orang yang beriman dan bertakwa. Tetapi untuk memiliki watak ini tidak cukup dengan sehari dua sebelum mengahwinkan anaknya. Watak ini perlu dilazimkan lebih lama malah sudah menjadi budaya. Hal ini kerana watak baik ini tidak boleh menjadi realiti dengan hanya sekadar lakonan.
Wali untuk sesuatu perkahwinan disyaratkan adil bukan fasiq. Jadi wali sendiri perlu mempersediakan dirinya sebagai orang yang adil. Apakah kaitan adil dalam perkahwinan anaknya? Dan apakah maksud adil dalam konteks ini?
Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks ini, seseorang wali itu hendaklah bertindak mengikut kehendak syariat. Kalau dia berkata pula, perkataannya mestilah benar, tidak berbohong. Ertinya seseorang wali itu tidak akan melakukan dosa apatah lagi dosa besar.
Wali yang tidak adil dalam syariat disebut fasik. Maka wali fasik adalah ditolok kewaliannya. Jadi, dia tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan anak perempuannya. Jika dia menjadi wali juga dalam keadaan dia sedar kefasikannya, maka perkahwinan anaknya akan berakhir dengan masalah.
Di sini ramai yang tidak faham bagaimana seseorang itu boleh dikategorikan sebagai fasik. Sebenarnya fasik di segi bahasa ialah rosak dan di segi syarak ialah mereka yang mengekalkan dosa kecil. Maknanya orang fasik walaupun pada dasarnya tidak melakukan dosa besar tetapi dia sukar menghindari daripada melakukan dosa kecil.
Walau bagaimanapun jika orang yang sesekali terjebak dalam dosa kecil dan setelah tersedar segera bertaubat, tidaklah dikategorikan sebagai fasik. Inilah sifat orang mukmin yang dikasihi Allah. Oleh sebab itu, mereka yang boleh bertaubat setiap masa apatah lagi setiap kali melakukan dosa kecil, bukan saja terhapus dosa tetapi terus dikasihi Allah.
Dosa kecil yang sering dilakukan umat Islam adalah yang melibatkan sesama manusia. Namun dosa tersebut sukar ditinggalkan oleh mereka kerana sudah menjadi kebiasaan. Antara dosa tersebut ialah, mengumpat, hasad dengki, menipu, hisap rokok, mencari salah orang, mendedahkan kepada ketika keluar rumah dan melihat aurat wanita.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, dalam satu hari sekurang-kurangnya satu dosa akan dilakukan seseorang. Tetapi tidak dipastikan berapa ramai pula yang secara sedar bertaubat daripada dosa tersebut?
Fasik tidak boleh elak
Berdasarkan pengalaman itu, tidak ada seorang pun di dunia ini yang terselamat daripada fasik. Jadi, bagaimana agaknya sesuatu pasangan itu boleh diakadnikahkan sedangkan wali masih fasik. Kalau diikutkan syarat wali yang adil sudah tentu tidak seorangpun anak gadis pada hari ini boleh berkahwin.
Menyedari keadaan itu, ulama memutuskan satu kaedah penyelesaian sebelum majlis akad nikah diadakan. Caranya, para hadirin terutama wali, saksi dan pengantin perlu diajak beristighfar, syahadah dan berselawat ke atas nabi. Acara ini sebaiknya dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Nikah di tempat masing-masing.
Amalan ini termasuk dalam usaha bertaubat daripada dosa. Sekurang-kurangnya waktu majlis itu berjalan tidak ada orang yang berdosa di dalamnya. Semoga taubat mereka diterima oleh Allah. Maka atas kepercayaan semua orang sudah bertaubat dan diterima taubat, angkat nikah segera dijalankan.
Walau bagaimanapun taubat yang sekadar tiga kali istighfar, tidaklah sama dengan orang yang benar-benar bertaubat terlebih dahulu. Wali yang sudah sedia berada dalam keadaan taubat sebelumnya tentu lebih baik daripada taubat segera. Setidak-tidaknya anak yang hendak dikahwinkan itu sudah terbiasa dengan sikap ayahnya sudah bertaubat.

Wali fasik anak juga fasik
Wali yang tidak dibiasakan dengan amalan baik lazimnya akan dicontohi oleh anak-anak. Oleh sebab itu, mana-mana ibu bapa yang ada anak perempuan eloklah membuat persiapan awal dengan bertaubat. Bukan tunggu hari hendak diakadnikahkan anaknya. Pada masa yang sama didiklah anak agar menjadi anak solehah dan isteri solehah.
Semua ini penting sebelum terjadikan ikatan perkahwinan kerana biasanya orang fasik akan lupa banyak perkara, antaranya:
1. Lupa agama; mereka cuai dalam soal solat lima waktu, apabila malas dan sebuk, solat boleh ditinggalkan begitu sahaja. Malah dalam soal tauhid sesekali akan berlaku pula syirik setidak-tidaknya syirik khafi.
2. Lupa adab; mereka ini sudah tidak ambil kisah soal adab sopan. Tidak tahu bagaimana menghormati orang lain termasuk ibu bapa. Pergaulan dengan manusia banyak mengikut budaya Barat.
3. Banyak dosa; mereka ini memandang dosa seperti lalat singgah di atas hidung sahaja. Mereka tidak rasa serius untuk menolaknya.
Jika dalam keadaan ini mereka berkahwin juga, walaupun beristighfar banyak kali dilakukan belum tentu amalan buruk itu boleh dibuang daripada dirinya. Mungkin ketika itu semua dosa sudah diampunkan tetapi kesan dosa lama sukar dibuang daripada hati. Jadi, usaha di atas perlu dilakukan bagi menyelamatan perkahwinan anak-anak mereka.
Baiki kesilapan
Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga dalam kedudukan di atas eloklah melakukan sedikit muhasabah. Bertaubatlah mengikut cara yang disyariatkan iaitu empat perkara:
1.            Sesali kesilapan lalu
2.            Tidak berniat untuk mengulanginya lagi
3.            Tidak mengulangi kejahatan itu lagi.
4.            Minta maaf daripada manusia yang pernah dia berdosa.

Setelah bertaubat binalah semula hubungan suami isteri dengan sebaik-baiknya. Untuk mencapai kebahagian rumah tangga, adalah dicadangkan kedua-dua belah pihak supaya menyenaraikan sebanyak mungkin apa yang anda suka dan juga apa yang dibenci. Setelah itu, senarai suami hendaklah diberi kepada isteri dan sebaliknya senarai isteri diserahkan kepada suami.
Berdasarkan senarai itu, bandingkan mana yang sama dan mana yang tidak sama. Mungkin daripada senarai yang sama, sudah ada kesefahaman. Tetapi pada senarai yang tidak sama, perlu dibincang bagi mencari titik persamaan. Dan kalau boleh, biarlah masing-masing boleh berkompromi agar dengan itu tidak akan mengecilkan hati mana-mana pihak.
Percayalah dengan cara itu krisis rumah tangga yang sering dialami oleh orang Islam ekoran saksi fasik akhir-akhir ini dapat dibanteras. Jadi, pepatah nasi sudah menjadi bubur tidak boleh diamalkan dalam konteks ini. Hal ini kerana setiap perkara yang berlaku ada jalan penyelesaiannya. Yang penting suami tahu peranan dan tanggungjawabnya, dan isteri pula tahu peranannya dan kewajipannya.

RENUNGAN : Sedikit Yang Halal Lebih Baik Daripada Banyak Yang Haram

Sedikit Yang Halal Lebih Baik Daripada Banyak Yang Haram

Al-Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
Bahkan disebut dalam hadith,
"Sesiapa yang dagingnya tumbuh daripada sesuatu yang haram maka nerakalah yang layak baginya" (Riwayat Hakim dan Ath-Thabrani)
Allah itu bersih dan suci, Allah tidak menerima sesuatu yang tidak bersih dan tidak boleh mendampingi Allah melalui harta yang haram.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:"Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …
Jagalah makan dan minum kerana ia adalah syarat Allah menerima sesuatu doa. Jauhi daripada memakan makanan bukan islam atau makanan yang 'syak' atau diragui status halalnya.:
Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?"(Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga halnya dengan harta yang dimiliki, Allah hanya ingin melihat daripada mana kita mendapatkan harta itu (samada daripada sumber yang halal atau haram) dan ke mana ia dibelanjakan. Ada orang yang mendapat rezeki yang daripada sumber yang haram dan mengatakan "nak buat macam mana dah memang rezeki saya". Sememangnya Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat semua rezeki samada halal atau haram adalah daripada Allah, namun rezeki yang haram akan diambilkira dalam perhitungan Allah nanti.
Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya:"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
__._,_.___

14 Nov 2011

RENUNGAN : Kambing dan perigi buta


Ada sesekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana hendak mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.

Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.

Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Ðia melompat keluar dengan girangnya.

Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah 94:5-6)

Sumber : Solusi Isu#32

RENUNGAN : Manusia dipantau di dunia, balasan setimpal menanti di akhirat



Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Ramai terdorong melakukan perkara mendatangkan dosa ketika muda disebabkan mengikut nafsu. Masa muda sepatutnya digunakan untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin memandangkan tenaga masih kuat serta memiliki kelebihan lain.

Rasa takwa akan mengingatkan kita kepada dua malaikat yang mencatatkan apa dilakukan manusia. Menyedari perkara itu tentu kita berfikir banyak kali untuk melakukan perbuatan ditegah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya." (Surah Qaf ayat 17)

Jelas pentingnya rasa kesedaran terhadap pengawasan Allah dan dua malaikat dalam setiap detik kehidupan. Kesedaran itu menghalang kita melakukan kesalahan secara sengaja biarpun berada di tempat sembunyi.

Jika melakukan kebaikan, tidak pula mengharapkan diketahui atau mendapat pujian daripada orang lain kerana pujian akan menyebabkan timbul perasaan riak dan sombong. Apa dilakukan semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyatakan, menyedari kewujudan dua buku catatan itu dapat mengingatkan manusia supaya mempunyai kecenderungan untuk tidak melupakan segala dosanya. Tentu akal waras tidak akan melakukan dosa dan mencampakkan diri ke dalam neraka di akhirat kelak.

Buku catatan itu akan dibawa ke hadapan Allah SWT ketika pengadilan di Padang Mahsyar yang mana tidak ada satu pun salah catatan, melainkan semuanya benar belaka. Manusia dijatuhkan hukuman dengan adil seperti mana dilakukan di dunia ini.

Firman Allah SWT bermaksud: "Pada hari ini, setiap diri dibalas dengan apa yang diusahakannya, tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya." (Surah al-Mukmin ayat 17)

Untuk menjadi Muslim sejati perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan menjana keimanan, memantapkan ketakwaan, beristiqamah melaksanakan perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya. Perkara ini antara rahsia kemuliaan seseorang Muslim dan ketinggian darjatnya pada sisi Allah SWT.

Sesungguhnya, belum layak seseorang mengaku dirinya beriman jika banyak melakukan dosa berbanding pahala.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita, tetapi iman itu keyakinan yang tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Tanpa syarat itu, sudah pasti seseorang manusia tergamak atau tanpa segan silu melanggar batasan digariskan Allah. Tidak hairanlah ada mengaku beriman, malah mendabik dada mengatakan dialah paling beriman atau mulia pekertinya, tetapi pada masa sama melakukan larangan Allah.

Jangan mencari kesalahan orang lain sebelum melihat diri sendiri. Cara itu lebih baik kerana kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri, bukannya mencari kesalahan orang lain.

Saidina Umar al-Khattab pernah menyatakan satu ungkapan masyhur yang bermaksud: "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab pada hari akhirat kelak, timbanglah segala amalan kamu sebelum kamu ditimbang dalam sidang pengadilan Ilahi nanti."

Ungkapan itu menginsafkan kita betapa amalan bermuhasabah dan mencermin diri yang dilakukan akan menentukan kesudahan nasib pada hari kiamat nanti.

Manusia unggul sentiasa melakukan kebaikan dan tidak melakukan perkara ditegah agama. Perjalanan hidup sentiasa dipandu oleh acuan al-Quran dan sunnah yang membawa kepada destinasi diredai Allah.

Kata-kata mutiara pilihan untuk hari ini : Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Renung-renungkan...

4 Nov 2011

ARTIKEL : Solat mengajar umat Islam jaga disiplin

Ahmad Baei Jaafar
Kita biasa dengar orang berkata, sesiapa yang tidur selepas subuh tertutup pintu rezekinya. Kenapa subuh dan apa rasionalnya pintu rezeki tertutup untuk mereka? Saya percaya bagi mereka yang makan gaji, isu ini tidak timbul kerana pada hujung minggu mereka boleh tidur semahunya. Walaupun mereka tidak bekerja gaji tetap dibayar.
Yalah, sama ada mereka tidur selepas subuh atau tidak, rezeki tetap ada. Malah sesetengahnya tidak bangun untuk solat Subuh, tetapi terus tidur sehingga tengah hari. Gaji bulanannya tetap sama. Jadi, berdasarkan itu, kurang tepatlah kenyataan di atas bagi mereka. Namun kalau dinilai di sudut kesihatan, ada juga kebenarannya.
Apa tidaknya, kalau tidur dalam tempoh yang lebih lama, akan mengakibatkan mereka ditimpa penyakit. Bagaimana? Ya, kalau tidur selepas Subuh tubuhnya akan lemah. Bayangkan kalau mereka bersikap begitu, boleh jadi umurnya akan pendek. Dengan itu sumber pendapatannya akan terhenti.
Sebenarnya Rasulullah telah mengingatkan umat Islam dalam sabdanya yang bermaksud: "Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan." (Riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath)
Rasulullah mahu umat Islam bangun awal untuk mencari rezeki kerana Allah menurunkan rezeki dan keberkatan pada waktu pagi. Maknanya kalau mereka bangun lambat, keberkatan sudah tiada. Maka rezeki juga akan menjadi kurang. Sebab itu Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) ketika melihat anaknya tidur di waktu pagi. Baginda berkata kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur di waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

Kemunduran umat mana puncanya
Realiti yang dapat dilihat di negara ini, orang Cina yang beragama Bhuda akan bangun awal pagi apatah lagi kalau mereka golongan peniaga atau petani. Mereka bangun sebelum orang Islam bangun untuk solat Subuh. Lihatlah, kalau mereka membuka kedai, perkara pertama yang dilakukan ialah sembahyang dengan menyalakan colok di hadapan gerai atau kedai mereka.
Keadaan yang sama berlaku kepada orang India yang beragama Hindu, mereka bangun awal pagi sebelum matahari terbit. Apabila terbit matahari mereka akan menyembah tuhan mereka dengan menghadap kepada matahari. Istiqamah mereka dalam hal ini menjadikan mereka berjaya dalam mencari rezeki.
Jelas di sini mereka yang hendak berjaya perlu membiasakan disiplin diri iaitu bangun awal sebelum Subuh. Tetapi persoalannya berapa ramai umat Islam ikut disiplin di atas? Walaupun banyak hadis Rasulullah yang mengajar kita ke arah itu. Sudah banyak panduan dan disiplin yang disediakan untuk kita ikut. Tetapi bagaimana dengan kehidupan umat Islam kini, bolehkah mereka bangun awal pagi untuk solat Subuh dan keluar kerja awal pagi?
Ya, kalau kita ke masjid waktu Subuh, jemaahnya hanya satu saf berbanding dengan waktu Maghrib dan Isyak. Ertinya masih ramai yang bangun lambat lalu melakukan solat Subuh di rumah bersendirian. Malah ada juga yang tidak melakukan solat Subuh lalu terus keluar ke tempat kerja. Demikian sIkap mereka yang bekerja, tetapi bagi yang menganggur mereka akan terus sambung tidur.
Kalau begitulah keadaan orang Islam pada zaman ini, apakah mereka beroleh kejayaan seperti yang dimiliki oleh Cina dan India di atas? Inilah realiti orang Islam pada hari ini, malah inilah jawapan kenapa umat Islam mundur dalam segala lapangan. Kalau adapun yang berjaya, keberkatannya tidak ada.
Rasulullah ketika melewati anaknya, Fatimah r.ha didapati dia sedang berbaring pada waktu pagi, maka Baginda bersabda: "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Riwayat al-Baihaqi)
Anak Rasulullah juga perlu bangun awal dan tidak boleh tidur waktu pagi sebaliknya terus bekerja mencari rezeki. Di dunia ini kita tidak boleh rasa senang hati tidur dan mengharapkan rezeki datang melayang.
Bangunlah segera wahai umat Islam
Umat Islam diperintahkan bangun awal sebelum terbit fajar lagi. Allah perintah umat Islam bangun untuk solat tahajud dan solat witir sebelum masuk waktu Subuh. Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, mereka diminta pula melakukan solat sunat fajar. Walaupun solat ini termasuk dalam kategori sunat, tetapi percayalah, solat itu yang menjadikan solat Subuh senjata yang digeruni musuh.
Bayangkan kalau semua umat Islam boleh melakukan solat Subuh sama seperti solat Jumaat, dan solat itu dilakukan setiap pagi, tidakkah keadaan itu boleh menjadi senjata kekuatan umat Islam. Kalau setakat seminggu sekali umat Islam berkumpul, apalah ertinya kepada Islam. Hal ini kerana solat Jumaat hanya berjaya menonjolkan syiar Islam tetapi belum boleh digeruni musuh.
Barangkali sebahagian anda pernah mendengar kenyataan tokoh Yahudi mengenai sikap umat Islam. Di sini saya paparkan sebahagian yang ditulis: "Pernah, salah seorang Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal iaitu apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.¨
Kebanyakan kita tidak sedar, betapa sudah banyak peluru kita hilang entah ke mana. Oleh sebab itu musuh kita Yahudi sudah tidak takut dengan kita. Malah mereka kini boleh menghancurkan kita kalau mereka mahu. Di segi agama mereka telah berjaya merosakkan akidah umat Islam. Pada masa yang sama mereka berjaya melalaikan kita agar tidak berminat untuk melakukan solat subuh.
Menyedari keadaan itu, umat Islam perlu kembali menghayati ajaran Islam dengan memenuhkan masjid pada waktu solat Subuh. Mungkin untuk memulakannya agak sukar kerana sudah terbiasa dengan bangun lambat. Inilah cabaran yang perlu diikuti oleh umat Islam. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu saja, katakan: 'Kami telah berfirman?' Sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya, Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah al-Ankabut: 1-3)
Munafik musuh dalam selimut
Perlu dijelaskan di sini, golongan yang banyak menggagalkan kemajuan Islam dan kecemerlangan umatnya ialah golongan munafik. Mereka ini bukan sahaja tidak serius untuk melaksanakan perintah Allah, malah cuba menghasut orang Islam yang lain agar bersikap sepertinya.
Rasulullah menjelaskan sifat orang munafik dalam sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik ialah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat itu, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh melaksanakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan orang lain untuk solat bersama dengan orang ramai. Kemudian beberapa lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat, dan segera mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW, "sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak nescaya maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Riwayah Ahmad dan An-Nasa'i)
Sebenarnya ganjaran pahala untuk solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Riwayat Muslim).
Apabila golongan munafik telah memenuhi sesuatu kariah atau negeri, maka masjid tidak akan dipenuhi oleh umat Islam lagi, lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. Apabila keadaan ini terjadi, musuh Islam akan memandang umat Islam golongan yang lemah. Dengan itu mereka boleh mempermainkan malah memperbodohkan umat islam.
Atas kesedaran itu, selamatkan diri kita daripada sifat munafik. Untuk itu, umat Islam perlu penuhkan masjid pada waktu subuh seperti solat Jumaat. Dengan ini sahaja yang boleh mengembalikan kekuatan Islam termasuk dalam soal ekonomi.
Solat dhuha
Bagi merealisasikan kemenangan Islam dalam semua bidang, Islam menganjurkan umat Islam melakukan solat sunat Dhuha. Waktu dhuha yang bermula dari 28 minit selepas terbit matahari sehingga tergelincir matahari. Percayalah mereka yang istiqamah melakukan solat dhuha ini akan diberi ganjaran termasuk dibukakan pintu rezeki.
Alangkah cantiknya, kalau semua umat Islam boleh melakukan solat Dhuha selepas sama-sama menunaikan solat Subuh. Selain mereka terhindar daripada golongan munafik, mereka juga akan diberi rezeki yang tidak disangkakan.
Jadi, apa yang menghalang kita daripada menunaikan solat Subuh dan solat-solat sunat yang mengiringinya? Bukankah solat ini suatu bahagian yang begitu besar berbanding dunia dan seisinya? Sudah sampai masanya umat Islam keluar dari zon selesa lalu mengharapkan kejayaan tanpa usaha.
Sesungguhnya kejayaan yang dimaksudkan itu sangat bergantung kepada diri kita sendiri bukan orang lain. Kalau kita boleh mendisiplinkan diri dalam perkara di atas, umat Islam mampu menguasai ekonomi dunia.