TINGG!Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya.TINGG!Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.-semoga menjadi iktibar-
Menjana Generasi al-Quran Terbilang Di Dunia dan Akhirat
Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022
Contoh Soalan KKQ Ting 1-5
MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5
MAKDIS
Fail Panitia Dan Buku KKQ
Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab
Kajian Tindakan PAI
12 Ogo 2012
9 Ogo 2012
Lailatul Qadar
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".Sebab turun surah al-QadrLailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebutMaksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."Kelebihan Menghayati Malam LailatulqadarKerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.Doa khusus di Malam LailatulqadarDoa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doaOrang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.Tanda Malam LailatulqadarPara alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. - Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
3 Ogo 2012
30 Jul 2012
4 Jul 2012
Suami romantik menurut Islam
SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai
Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah
Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada! Pasti boleh!
10 Jun 2012
RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:
Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
3 Jun 2012
25 Mei 2012
ARTIKEL : Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] ARTIKEL : Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To:
CC:
Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati
Keadaan pada zahir cermin keadaan hati
Oleh: Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Petua orang tua-tua ada menyatakan: "Berhati-hatilah terhadap lelaki kerana matanya dan perempuan dengan gerak tubuhnya." Percaya atau tidak terpulang kepada pengalaman yang pernah dilalui setiap orang. Bolehkah kita menilai hati seseorang dengan tanda-tanda zahir yang terdedah? Tentunya mustahil menyelami hati budi manusia dengan cara itu. Persoalannya ialah Allah saja yang Maha Mengetahui setiap gerak hati manusia dan tajuk diatas bukan bertujuan untuk menilai orang lain tetapi mengajak kita untuk menilai diri sendiri. Menyelami rasa hati sendiri dan menerokai rahasia peribadi lewat tingkah laku.
Manusia mempunyai dua kategori yang layak menjadi sebutan bagi dirinya. Adakah ciri-ciri ini melekat pada diri kita, hanya kita sendiri yang boleh menjawapnya. Dan orang lain tidak berhak untuk menilai diri kita secara melulu. Kecuali demi kebaikan dan sekadar nasihat pencetus ide yang membina.
Seseorang yang menyimpan dendam terhadap orang lain akan tetapi manis mulutnya dan baik layanannya terhadap orang yang didendamnya, tentunya perbuatannya itu tidak menunjukkan keadaan sebenar hatinya. Orang seperti ini masuk dalam kategori munafik. Tidak ikhlas dan tidak jujur dengan hatinya sendiri. Tetapi sampai bila kebusukan hatinya itu dapat disimpan. Pasti akan terhidu juga segala yang ditutupi.
Kategori yang kedua adalah mereka yang suka berterus terang, benci katakan benci sayang katakan sayang. Antara hati dan perbuatan seiring sejalan. Kejujuran menjadi amalan yang meninggikan maruah diri, mengajar erti berani bertanggung jawap atas semua resiko yang akan dihadapi.
Tetapi benarkah ada kategori ketiga yang berpendapat bahawa ada orang yang hatinya baik walaupun perangai macam hantu. Contohnya orang yang beranggapan bahawa tak mengapa tinggal sembahyang asalkan hati kita baik dan tak berdendam dengan orang. Aurat tak ditutup tak apa asalkan jaga hati, untuk apa tutup aurat tapi hati berbisik-bisik mengata orang. Anggapan-anggapan seperti diatas tentu saja bertentangan dengan ajaran Islam. Kerana Allah SWT akan menilai seseorang berdasarkan amal perbuatan dan gerak hatinya. Kedua elemen ini penting untuk memastikan penghisaban di akhirat nanti akan berjaya. Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadisnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa parasmu tetapi hatimu dan amal perbuatanmu."
Jika hati saja yang menjadi penilaian sungguh amat berbahaya kerana manusia akan mengambil kesempatan untuk menghalalkan segala perbuatan kejinya asal hati baik. Bahkan agama kita mengajarkan bahawa segala perbuatan yang dizahirkan adalah cermin hati seseorang. Belum cukupkah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang keadaan hati apabila ia baik maka baiklah seluruh badan (amal perbuatan) dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.
Bagi kita yang sentiasa melakukan muhasabah diri eloklah teliti apa yang tersimpan di lubuk hati dan senaraikan amal perbuatan yang dilakukan setiap hari. Jika kurang beramal itu tandanya hati tak sihat. Jika tak beradab, tak bersopan santun tandanya hati berpenyakit. Begitu juga sebaliknya, jika banyak sembahyang dan beribadat tapi masih menyimpan bara api dendam pun tak sempurna diri. Kerana Allah menilai hati juga perbuatan. Inilah yang menjana konsep keikhlasan pada diri hamba-Nya.
Kisah seorang ulama besar Fudhail bin Iyadh yang pernah bertaubat dari segala kejahatannya dahulu (beliau diceritakan pernah menjadi perompak sebelum bertaubat), ketika mendengar ayat-ayat Allah dibaca memberi iktibar pada kita bahawa hati yang bertaubat perlu dibuktikan dengan amal perbuatan. Ayat tersebut berbunyi: "Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan tunduk kepada kebenaran yang telah diturunkan (kepada mereka) dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang terdahulu yang telah diturunkan al-Kitab kemudian berlalu masa yang panjang (sedangkan mereka masih belum insaf) lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (al-Hadiid: 16)
Menurut Imam al-Tirmizi, hati terbahagi kepada enam kategori.
1. Hati yang hidup iaitu yang penuh dengan iman.
2. Hati yang mati iaitu yang kufur kepada Allah dan segala nikmat-Nya.
3. Hati yang sihat sentiasa taat kepada Allah.
4. Hati yang sakit ialah yang melekat padanya maksiat.
5. Hati yang bangun (terjaga) yang selalu mengingati Allah.
6. Hati yang tidur selalu lalai kepada Allah.
Diantara hamba-hamba Allah ada yang memiliki ketiga-tiga kategori yang paling sempurna iaitu hati yang hidup, sihat dan bangun. Ada pula yang bercampur-campur antara keenam-enamnya mungkin semua ada dalam diri. Mungkin kita yang lemah ini seharusnya sentiasa menilai keadaan zahir melalui cermin hati. Kerana disitulah tempat yang paling jujur dan setia untuk mengetahui siapa sebenarnya kita.
14 Mei 2012
[Shared Post] Hukum Merayakan Hari Ibu
|
25 Apr 2012
Fwd: [sim] RENUNGAN : Perjalanan terakhir...
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Perjalanan terakhir...
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:
Perjalanan terakhir...

Assalamualaikum warahmatullah,
Sudah agak lama Laman-Seri tidak berkongsi tazkirah yang begitu terkesan di hati. Ðalam entry kali ini disediakan tazkirah dari favourite Laman-Seri, Ðr Azhar Hj Sarip. Mudah-mudahan mendapat walau sekelumit manfaat daripada entry kali ini.
Setiap daripada kita akan merasai apa yang sering mahu dihindarkan oleh manusia iaitu kematian. Biar di ceruk mana kita berada, biar di dasar laut mana kita sembunyi, kematian adalah satu hal yang pasti.
Segala perkara yang kita lakukan di dunia ini belum pasti jadinya, kecuali satu hal yakni kematian. Bezanya antara setiap manusia itu adalah waktunya. Adakah ia datang sebentar sahaja lagi atau mungkin setahun lagi atau boleh jadi lama lagi. Kita tidak tahu waktu yang pasti saatnya akan tiba.
Kita tidak perlu mengucapkan yang kita tidak mahu meninggal di awal usia kerana masih belum bersedia, kerana hakikatnya kita sering tidak bersedia. Mereka yang bersedia adalah mereka yang sering mengingati akan datangnya kematian.
Hidup ini penuh dengan ketidakpastian namun mati itu adalah sesuatu yang sudah pasti terjadi. Ðisebabkan terleka dengan kesibukan dunia, maka kita sering terlupa untuk menyediakan bekal kehidupan yang tidak berteman, tanpa saudara dan jauh pula dari harta.
Apa yang ada di samping kita, ketika itu hanyalah bekal yang kita siapkan, sama ada cukup atau tidak, itu bukan persoalan kerana kita juga tidak tahu apa yang dikatakan cukup itu. Apa yang pasti adalah, adanya bekalan. Bekalan yang perlu kita sediakan bukan hanya setiap hari, bahkan setiap saat. Saat datangnya kematian maka terbukalah segala hijab.
Jika kita sombong mengatakan yang kita bersedia, pada saat itu terjawablah segalanya. Kita mungkin memilih jalan yang salah. Kita mungkin terpesona dengan apa yang ada di sisi. Pesan seorang guru, sehebat mana kita di dunia, sedalam mana ilmu yang kita pelajari, ketahuilah bahawa di saat kematian menjelma, banyak perkara tidak terjangka boleh berlaku. Maka katanya lagi, jauhilah kesombongan dengan mengingati saat yang bakal datang itu.
Tersalah langkah ketika 'pulang'
Terdapat dua perkara yang membuatkan kita tersalah langkah dalam kembali pulang kepada-Nya. Pertama, sebab musabab yang datangnya daripada kita sendiri. Kita tidak menitikberatkan kedatangan malaikat maut.
Bagi kita, dalam usia yang muda, kebarangkalian untuk pergi dahulu itu lebih kecil. Tetapi kita mungkin terlupa yang malaikat maut tidak mengira tahap umur. Ðia akan datang mengikut jadual yang ditetapkan, tidak kurang walau sesaat dan tidak pula lebih walau sesaat.
Mungkin benar dikatakan bahawa umur adalah kadar nafas. Angka hanyalah satu simbol kematangan fikiran tetapi umur nyawa terletak pada rangkaian nafas. Apabila nafas terhenti, maka di situ titik nyawa.
Apabila kita dapat bernafas, maka panjanglah umur nyawa sedetik lagi. Memahami hakikat itu, maka kita perlu mensyukuri nikmat setiap saat, bukan hanya pada ketika kita gembira mendapatkan sesuatu.
Kedua, adalah sebab musabab dari mereka yang berada di sisi. Bagaimana yang dikatakan orang-orang di sekeliling kita menyebabkan kita tersalah jalan 'pulang'? Tahukah kita, secara tidak sedar, kita yang menghantar mereka dalam perjalanan terakhir ini sering merosakkan perjalanan mereka.
Mereka yang sudah berada dalam lorong perjalanan terakhir seakan tahu waktunya semakin hampir. Tetapi mereka mungkin juga tidak memikirkan akan hal perjalanan mereka kerana memikirkan mereka yang bakal ditinggalkan pergi.
Mereka mungkin memikirkan bagaimana kehidupan seseorang yang dikasihi itu apabila mereka tidak lagi berada di sisi. Fikiran mereka berada di lorong perjalanan terakhir tentang kehidupan mereka yang dikasihi ini menjadikan satu hijab tebal antara mereka dan Allah SWT.
Menyesali tingkah laku
Ketahuilah, mereka sudah nampak jalan untuk kembali tetapi dek sikap kita yang hidup ini menyebabkan mereka alpa untuk 'pulang'. Mereka risau tentang kehidupan orang yang dikasihi nanti, sedangkan orang yang dikasihi tidak pula memikirkan kelangsungan perjalanan terakhir ini dengan lancar.
Lancar bermaksud mereka pulang dalam husnul khatimah. Mereka pulang dalam keredhaan Allah SWT. Pernahkah kita terfikir yang kita juga bertanggungjawab dalam membantu perjalanan terakhir orang yang kita kasihi? Jika benarlah kita ingin mereka pulang dengan sempurna, maka janganlah kita jadikan diri kita ini hijab antara dia dan Tuhannya.
Jangan biarkan mereka risau tentang kehidupan yang mereka tinggalkan. Jangan biarkan mereka sedih dengan perlakuan kita hingga jalan yang tadinya terang kini kelam. Akhirnya mereka pulang dalam kecelaruan.
Adakah itu tanda kasih sayang kita yang hidup terhadap mereka yang pergi? Adakah setelah perjalanan terakhir sampai ke destinasi baru kini menyesali setiap tingkah laku yang menyebalkan mereka yang pergi hingga perginya tidak seindah yang diminta?
Bagi kita yang masih hidup, kita masih boleh memperbaiki diri tetapi bagi mereka yang sudah bertukar alam, apa sahaja bekalan itu sahajalah yang ada. Justeru, kita perlu menginsafi diri agar perjalanan terakhir kita berlaku dengan lancar dan kita tidak pula membuatkan perjalanan terakhir orang yang kita kasihi, kucar kacir.
Jika kita menjadi penyebabnya, maka mahukah kita apabila saat kita tiba nanti, orang lain menjadi penyebabnya hijab kita pula. Hidup ini cukup mudah tetapi kita yang menyukarkannya. Kita hanya perlu menjadi hamba Allah SWT yang taat dan kerja sebenar kita hanyalah beribadah kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita menyusahkannya apabila kita mengecilkan skop ibadah itu hanya pada ibadah khusus serta ritual tertentu, sedangkan ibadah dan kehidupan itu seiring.
Semoga kita melengkapi perjalanan terakhir dengan sempurna dan kembali kepada-Nya dengan penuh kecintaan.
Sumber : Ðr Azhar Hj Sarip
23 Apr 2012
RENUNGAN : Umpama pohon yang tidak gugur daunnya
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Umpama pohon yang tidak gugur daunnya
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:
Umpama pohon yang tidak gugur daunnya

Bismillah,
Ðaripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ada satu pokok yang tidak gugur daunnya dan ia adalah perumpamaan bagi seorang Mukmin." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Ðalam hadis yang dipetik di atas, Rasulullah SAW telah membawakan suatu kiasan dengan mengumpamakan orang Mukmin dengan pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon yang dimaksudkan itu ialah pohon kurma. Menurut al-Mubarakfuri dalamTuhfat al-Ahwazi, sebagaimana tidak gugur daun daripada pohon kurma, begitulah kekuatan dan ketahanan yang tidak luntur daripada orang Mukmin.
Selain itu, seorang Mukmin dapat memberikan manfaat yang berterusan sama ada untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Begitulah juga pohon kurma yang dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya sama ada pohon, buah, pelepah dan sebagainya. Kiasan yang diutarakan oleh Rasulullah SAW ini telah menggambarkan dengan lebih jelas lagi kedudukan orang Mukmin. Apatah lagi apabila diumpamakan orang Mukmin itu seperti pohon kurma, maka dengan mudah sekali dapat difahami kerana orang Arab sememangnya sudah mengetahui faedah-faedah yang terdapat pada pohon kurma tersebut.
Menurut maklumat daripada Wikipedia, pokok kurma atau tamar (dikenali dalam bahasa saintifik sebagai Phoenix dactylifera) merupakan sejenis pokok palma dalam genus Phoenix, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Oleh kerana sejarah penanamannya yang lama, taburan asalnya tidak diketahui, tetapi mungkin berasal dari suatu tempat di gurun Afrika Utara dan mungkin juga Asia Barat Ðaya. Kurma telah menjadi makanan harian bagi masyarakat Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun yang lampau.
Kebanyakan pokok kurma boleh didapati di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Makkah dan Madinah yang dikatakan terdiri daripada berpuluh-puluh jenis. Ðalam kalangan penduduk di negara-negara Arab sendiri, kurma adalah makanan utama mereka. Kini kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari di seluruh pelusuk dunia termasuk di negara kita, terutamanya menjelang bulan Ramadan.
Ðaya tahan Mukmin
Apabila Rasulullah SAW mengumpamakan orang Mukmin seperti pohon kurna, maka sewajarnya dilihat keadaan pohon kurma itu sendiri agar hadis di atas dapat difahami dengan lebih jelas. Selain itu, hadis ini juga memuji golongan Mukmin yang mempunyai 'daya tahan' yang tinggi umpama daun-daun kruma yang tahan lasak dan tidak mudah gugur.
Ðaya tahan golongan Mukmin dapat disaksikan melalui mafhum hadis berikut: "Sungguh hebat seseorang Mukmin itu. Seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapa pun, kecuali orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya." (Hadis riwayat Muslim)
Ðaripada hadis di atas, jelas menunjukkan daya tahan seseorang yang beriman kepada Allah. Ðalam apa jua situasi, imannya sentiasa teguh dan mantap. Ketika mendapat nikmat, dia tidak mudah bongkak dan lupa diri, sebaliknya kembali kepada Allah SWT dengan bersyukur kepada-Nya. Manakala apabila ditimpa musibah pula, mereka tetap bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi serta sentiasa berusaha memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Teladan resmi pohon kurma
Manusia yang beriman kepada Allah SWT dapat diumpamakan dengan pohon kurma dalam beberapa sudut iaitu :
1 – Akar kurma yang teguh = Iman yang mantap
Akar pohon kurma tegak berdiri dengan teguh dan mantap walaupun ditiup angin. Keadaan ini berbeza degan pohon-pohon lain yang mudah tercabut akarnya jika digoyang oleh rebut atau angin yang kuat. Hal ini dapat disamakan dengan iman yang wujud dalam hati seseorang yang beriman itu. Iman yang bertapak kukuh dalam hati tidak akan mudah goyah walaupun pelbagai ujian datang menimpa. Seorang Mukmin memiliki tiga jenis kesabaran yang terkumpul pada dirinya, iaitu sabar dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, sabar dalam meninggalkan kemaksiatan dan sabar menghadapi takdir yang menyedihkan.
Allah berfirman yang bermaksud, "Ðan sungguh akan Kami berikan cubaan (ujian) kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Ðan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.'" (Surah al-Baqarah 2 : 155-156)
Keteguhan dan kemantapan iman dapat disaksikan dengan begitu jelas dalam peristiwa Perang Mu'tah. Tentera Islam pada mulanya dipimpin oleh Zaid bin Harithah. Apabila Zaid terkorban dan syahid, kepimpinan tentera diambil alih pula oleh Ja'far bin Abi Talib. Setelah Ja'far pula terkorban, maka Abdullah bin Rawahah pula mengambil alih kepimpinan tentera sehinggalah beliau sendiri turut terkorban dan syahid.
Selepas itu, tentera-tentera Islam berbincang sesama sendiri untuk melantik ketua perang yang baru. Mereka bersetuju untuk melantik Khalid al-Walid. Lalu, Khalid merancang strategi yang berkesan sehingga berjaya mengkucar-kacirkan tentera musuh. Akhirnya, tentera musuh yang ramai itu bertempiaran melarikan diri.
Sesuatu yang hebat dalam peperangan ini ialah tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang berjaya mengalahkan musuh yang berjumlah 200,000 orang. Inilah kehebatan dan keteguhan iman yang dimiliki oleh para sahabat, membuatkan mereka tidak goyah dan gentar dalam menghadapi apa juga situasi demi menegakkan kalimah Allah SWT.
2 – Khasiat kurma = akhlak yang manis
Buah kurma mempunyai khasiat yang banyak di samping rasanya yang manis dan lazat. Kajian saintifik mendapati kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran, supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Ini sebagaimana yang disebutkan dalamsurah Maryam ayat 25 yang bermaksud, "Ðan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan ke atasmu kurma yang masak."
Ði samping itu, kajian juga mendapati bahawa kurma dapat mengubati penyakit sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, membantu merangsang selera makan, menguatkan ingatan, melawaskan serta menambahkan tenaga seksual. Jadi, jelas sekali buah kurma mempunyai manfaat yang banyak.
Hal yang demikian adalah sama seperti orang yang beriman kepada Allah SWT. Akhlak yang dipamerkan oleh orang yang beriman merupakan akhlak terpuji. Perkataan yang diucapkan tidak menyakiti orang lain malahan menyenangkan. Orang beriman akan sentiasa memastikan dia dapat memberikan manfaat kepada orang lain ketika hidup di dunia seperti menolong orang yang berada dalam kesusahan, menziarahi orang sakit, menghubungkan silaturahim sesama manusia dan sebagainya.
Buah kurma mempunyai rasa yang manis. Hal ini sama juga dengan keimanan yang mempunyai rasa yang manis dan lazat. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud, "Tiga perkara, jika seseorang memilikinya nescaya merasai manisnya iman; iaitu menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lainnya dan mencintai seseorang hanya kerana Allah serta benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci dilemparkan ke dalam api neraka." (Mutafaq 'alaih)
3 – Memberi manfaat
Seluruh bahagian pohon kurma itu dapat dimanfaatkan. Buahnya manis dan berkhasiat, batangnya dapat dijadikan sebagai tiang dan pelepahnya dapat dijadikan sebagai atap rumah. Ðaunnya pula dapat dijadikan bakul dan pelbagai macam alat kelengkapan rumah seperti tikar dan lain-lain. Justeru, kita dapati bahawa masjid yang dibina oleh Rasulullah SAW semasa Baginda berhijrah ke Madinah telah menggunakan sepenuhnya pohon kurma sebagai tiang yang kukuh serta atap yang dapat melindungi daripada panas dan hujan.
Hal yang demikian samalah seperti seorang Mukmin yang dapat memberi manfaat dalam segala hal. Seseorang Mukmin itu apabila bergaul dengan rakan dan teman hanya akan menzahirkan akhlak yang mulia, adab budi pekerti yang luhur, muamalah yang baik, memberikan kebaikan dan tidak mengganggu serta menyakiti mereka dengan umpatan, cacian, fitnah dan sebagainya. Seseorang Mukmin itu memiliki sifat sopan dan lembut seperti manis dan lembutnya buah kurma yang masih segar.
4 – Makin panjang usia makin berkat
Semakin panjang umur pohon kurma, semakin banyak gunanya dan semakin baik buahnya. Ðemikian halnya dengan orang Mukmin. Semakin panjang umurnya, sebamin baik dan soleh pula amalannya. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik?" Rasulullah menjawab, "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya."
Seseorang Mukmin itu merupakan manusia hebat yang akan mendapat kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Manfaat yang boleh didapati daripada orang Mukmin adalah seumpama manfaat yang boleh diambil daripada keseluruhan pohon kurma, sama ada pokoknya, buahnya, pelepahnya, daunnya dan apa juga yang ada pada pohon kurma tersebut.
__,_._,___
RENUNGAN : Jangan remehkan dosa kecil
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Jangan remehkan dosa kecil
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:
Jangan remehkan dosa kecil
Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri setelah diputar belit oleh pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Taala Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Setelah kamu melakukan dosa-dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan-ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi."
Tidaklah semudah itu menanggalkan daki-daki maksiat dalam jiwa raga kita. Kalau dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda takkan bertahan lama. Pasti koyak rabak pada akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa-dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.
Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?
1. Merangsang untuk melakukan dosa besar.
Amat jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan-rangsangan yang dilihat oleh matanya, penciuman atau sentuhan-sentuhan dalam pergaulannya.
Ibarat titisan air yang terus-menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras. Maksiat yang dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji yang menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat; "Tidak ada dosa-dosa kecil jika terus menerus dilakukan." Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar.
Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, namun bagi Allah Taala ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah Taala murka hingga hari kiamat. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah Taala dalam keadaan diredai. Demikian pula adakalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah Taala dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)
2. Merasa aman daripada azab Allah Taala.
Orang yang sentiasa melakukan dosa-dosa kecil beranggapan bahawa dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah telah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput dari pemerhatian dua malaikat pencatat amal.
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan diletakkanlah Kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (Surah al-Kahfi ayat: 49)
Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah Taala? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda-benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya. Setelah puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah Taala kepada makhluknya.
Namun demikian masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: "Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan siksa yang menimpa diriku. Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah Taala hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan tebasan pedang maksiat.
Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman dari perbuatan maksiat dalam surah Al-Mujadilah ayat 8 yang bermaksud: "Mengapa Allah tidak menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka Jahannam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
3. Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.
Dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa sepertimana tersebut di dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadhan hingga Ramadhan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar,"
Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh yang buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu?
Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan-kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu merbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah Taala, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati.
Selagimana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah.
Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadah zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain? Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti.
Semua ini adalah akhir dari rentetan panjang sejarah dosa-dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut . Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya.