Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

ARTIKEL : Wali fasik merosakkan perkahwinan anak sendiri

Imej
PETIKAN : http://baei.blogspot.com/

Wali fasik merosakkan perkahwinan anak sendiri Ahmad Baei Jaafar Akhir-akhir ini kita dipaparkan isu perceraian yang amat menakutkan. Lalu ramai yang memberi ulasan bahawa semuanya berpunca daripada kursus pra perkahwinan yang tidak mencapai sasaran. Kononnya, modul yang disediakan tidak memberi fokus kepada bagaimana membentuk keluarga islami. Dalam kursus itu juga tidak memberi penekanan kepada kaedah mengatasi krisis rumah tangga. Menurut dakwaan mereka, kesan daripada kekurangan itu, apabila sesuatu pasangan mendirikan rumah tangga, mereka cipta formula sendiri. Ada yang ikut cara Barat, ada juga ikut cara tradisonal dan tidak kurang yang masih mencuba kaedah sendiri. Dalam keadaan itu, apabila berlaku krisis, mereka gagal mengawalnya dan akhirnya berlaku perceraian. Sebab itu kita sering dapati terdapat keluarga yang hanya bahagia pada tiga bulan pertama perkahwinan. Malah ada yang mentamsilkan ketika itu, kalau kentut pun wangi. Tetapi setelah berl…

RENUNGAN : Sedikit Yang Halal Lebih Baik Daripada Banyak Yang Haram

Sedikit Yang Halal Lebih Baik Daripada Banyak Yang Haram

Al-Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. Bahkan disebut dalam hadith, "Sesiapa yang dagingnya tumbuh daripada sesuatu yang haram maka nerakalah yang layak baginya" (Riwayat Hakim dan Ath-Thabrani) Allah itu bersih dan suci, Allah tidak menerima sesuatu yang tidak bersih dan tidak boleh mendampingi Allah melalui harta yang haram. Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:"Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. … Jagalah makan dan minum kerana ia adalah syarat Allah menerima sesuatu doa. Jauhi daripada memakan makanan bukan islam atau makanan yang 'syak' atau diragui status halalnya.: Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh…

RENUNGAN : Kambing dan perigi buta

Imej
Ada sesekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana hendak mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.

Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.

Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Pen…

RENUNGAN : Manusia dipantau di dunia, balasan setimpal menanti di akhirat

Imej
Manusia dipantau di dunia, balasan setimpal menanti di akhirat


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Ramai terdorong melakukan perkara mendatangkan dosa ketika muda disebabkan mengikut nafsu. Masa muda sepatutnya digunakan untuk melakukan kebaikan sebanyak mungkin memandangkan tenaga masih kuat serta memiliki kelebihan lain.

Rasa takwa akan mengingatkan kita kepada dua malaikat yang mencatatkan apa dilakukan manusia. Menyedari perkara itu tentu kita berfikir banyak kali untuk melakukan perbuatan ditegah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Ketika dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya." (Surah Qaf ayat 17)

Jelas pentingnya rasa kesedaran terhadap pengawasan Allah dan dua malaikat dalam setiap detik kehidupan. Kesedaran itu menghalang kita melakukan kesalahan secara sengaja biarpun berada di tempat sembunyi.
Jika melakukan kebaikan, tidak pul…

ARTIKEL : Solat mengajar umat Islam jaga disiplin

Imej
Solat mengajar umat Islam jaga disiplin
Ahmad Baei Jaafar Kita biasa dengar orang berkata, sesiapa yang tidur selepas subuh tertutup pintu rezekinya. Kenapa subuh dan apa rasionalnya pintu rezeki tertutup untuk mereka? Saya percaya bagi mereka yang makan gaji, isu ini tidak timbul kerana pada hujung minggu mereka boleh tidur semahunya. Walaupun mereka tidak bekerja gaji tetap dibayar. Yalah, sama ada mereka tidur selepas subuh atau tidak, rezeki tetap ada. Malah sesetengahnya tidak bangun untuk solat Subuh, tetapi terus tidur sehingga tengah hari. Gaji bulanannya tetap sama. Jadi, berdasarkan itu, kurang tepatlah kenyataan di atas bagi mereka. Namun kalau dinilai di sudut kesihatan, ada juga kebenarannya. Apa tidaknya, kalau tidur dalam tempoh yang lebih lama, akan mengakibatkan mereka ditimpa penyakit. Bagaimana? Ya, kalau tidur selepas Subuh tubuhnya akan lemah. Bayangkan kalau mereka bersikap begitu, boleh jadi umurnya akan pendek. Dengan itu sumber pendapatannya akan terhenti. Sebenarn…