Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Amalan aidiladha

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban. .. A.  Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha1.  Niat:اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَىDaku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka'at (imam / makmum) kerana Allah Ta'ala...2.  Pada rakaat pertama:   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah(اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِMaha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah …

Hukum Wanita Menari

Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:جاء حبشة يزفنون في يوم عيد في المسجد فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبه فجعلت أنظر إلي لعبهم حتى كنت أنا التي أنصرف عن النظر إليهم
"Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka." (Hr Muslim – sahih)Ulama Syafie mensyaratka pengharusan menari bagi lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada pergerakan lemah gemalai. Kalau ada pergerakan sedemikian , maka hukumnya haram kepada lelaki kerana seperti perbuatan khunsa dan perempuan dikhalayak lelaki kerana boleh membawa fitnah.Adapun bagi mazhab hanafi, maliki, hambali dan al-Qaffal, mereka mengatakan asal hukum menari adalah makruh. Ini kerana menari adalah perkara yang hina dan menjatuhkan maruah. Mereka menyatakan ha…

ULAMA & PENJENAYAH : DIDIKAN BERMULA DI RUMAH

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Sabtu ini. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan antara fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah.Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)Sabda Rasullullah S.A.W lagi:"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Ahli Politik Pembenci Masjid Yang Akhirnya Bersujud

Ahli Politik Pembenci Masjid Yang Akhirnya Bersujud

Daniel Streich, ahli Parti Rakyat Swiss (SVP) menjadi seorang terkenal. Bukan saja awalnya dia sangat menentang keras pembinaan masjid di negaranya, melainkan dirinya secara mengejutkan berpindah haluan menjadi seorang Muslim.Laman islamicbulettin.com melaporkan Streich penganut kristen taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristian dan semasa kecil pernah bercita-cita menjadi paderi. Namun ketika remaja niatnya berubah. Ia mula gemar berpolitik dan tanpa ragu terjun langsung menjadi ahli parti ternama di Switzerland.     SVP bukan parti sembarangan. Di dalamnya terdiri dari cendekia, saintis, pelajar, dan pegiat bukan dari kalangan Muslim. Parti ini menjadi penentang nombor wahid penyebaran Islam di Switzerland. Dan Streich adalah sosok yang paling vokal menyeru penutupan masjid di seluruh Negeri Cokelat ini.Streich mempropagandakan anti-Islam ke seluruh negara. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Switzerl…

Jawapan kenapa manusia menyembah kaabah

Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat Islam..    Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna                   hitam?   Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ? Missionary : Awak tak ada jawapan ? Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Ta…

Hati buta

Imej

GURU-GURU SMK TUN PERAK 2012

Imej

Jenis syaitan penghasut

Imej