Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

25 Okt 2012

Amalan aidiladha

Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban. ..

 A.  Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha

1.  Niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka'at (imam / makmum) kerana Allah Ta'ala.

.

.

2.  Pada rakaat pertama:

   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah(اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong..b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A'laa atau Al-Khafiruun..c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa...3.  Rakaat ke-dua:a.     Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong..b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas..c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua. ..

KHUTBAH AIDILADHA

Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ )  manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian...

TAKBIR

Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan 'Allahuakbar'. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar..Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga 'Allahuakbar'.Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah..

Takbir Raya

اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ  -  × 5/3

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ   

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh...Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya. ..

Adab Solat Sunat Hari Raya

1.  Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir  sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).3.  Makmum yang 'masbuq' harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudiantambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.4.  Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai.  Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.6.  Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.7.   Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.8.  Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.

.

.

HIKMAH AIDILADHA

Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.

22 Okt 2012

Hukum Wanita Menari

Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:

جاء حبشة يزفنون في يوم عيد في المسجد فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبه فجعلت أنظر إلي لعبهم حتى كنت أنا التي أنصرف عن النظر إليهم
"Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka." (Hr Muslim – sahih)

Ulama Syafie mensyaratka pengharusan menari bagi lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada pergerakan lemah gemalai. Kalau ada pergerakan sedemikian , maka hukumnya haram kepada lelaki kerana seperti perbuatan khunsa dan perempuan dikhalayak lelaki kerana boleh membawa fitnah.

Adapun bagi mazhab hanafi, maliki, hambali dan al-Qaffal, mereka mengatakan asal hukum menari adalah makruh. Ini kerana menari adalah perkara yang hina dan menjatuhkan maruah. Mereka menyatakan hadis tarian orang habsyah itu adalah maksudnya bermain senjata. Ini berdasarkan hadis berikut:

ويلعبون عند رسول الله بحرابهم
"Mereka bermain tombak di hadapan Rasulullah saw." (Hr Muslim – sahih)

Hukum makruh adalah sekiranya tidak disertai perkara yang haram seperti minum arak, buka aurat dan sebagainya. Jika ada maka semuanya mengatakan haram.

Bila kita melihat kembali kepada soalan dan kejadian yang berlaku, bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai.

Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung.

Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki . Kita melihat dari beberapa sudut:

1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:

وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها
"Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)

Dan juga hadis Nabi saw:

مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها
"Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya." (Hr Ahmad)

# Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki?

2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:

فلا تخضعن بالقول
"Janganlah wanita itu melunakkan suaranya." (32 : al-Ahzab)

Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?

3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelaki

Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن
Imam Qurtubi mentafsir ayat ini "Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi."

Imam az-Zujaj berkata "Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan"

# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki?

Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:

قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم
"Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka." (30 : an-Nur)

Nabi saw bersabda:

والعينان زناهما النظر
"Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan."
(Hr Bukhari dan muslim)

Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu'ah Kuwaitiah berkata:

"Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram."

Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:

"Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran."
Anda mungkin juga meminati:
Tanaman Syurga
Ujub
Cerita Abu Qudamah (Kisah teladan)
Ibadat solat didik budaya hidup berdisiplin, hargai masa
10 GOLONGAN YG DILAKNAT KERANA ARAK
LinkWithin
Posted by Shibli at 5:16 PM
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels: Wanita
1 comment:

AnonymousDecember 2, 2011 12:35 PM
pada zaman sekarang bukan sahaja tarian yang lemah gemalai dipersembahkan tetapi tarian lain seperti hip hop. pergerakan tarian hip hop adalah sangat rancak dan ada sebahagian tidak melenggokkan badan. adakah ini haram ?

Reply

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Click Here to Subscribe

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
BLOGROLL / LINKS EXCHANGE

Shibli Vision
I Luv Islam
--------------------------------------------------
1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

--------------------------------------------------
LABELS
Al-Quran (8)
Alam Barzakh (13)
Dajjal (2)
Doa (3)
Emak (2)
Haji (1)
Hati (6)
Hukum (37)
Jumaat (2)
Kafir (3)
Kebesaran Allah (5)
Lelaki (4)
Malapetaka (3)
Masjid (1)
Muzik (1)
Perkahwinan (16)
Puasa (12)
Rasulullah (12)
Sembahyang (19)
Suami Isteri (10)
Sunnah (11)
Syahid (2)
Syaitan (7)
Tokoh (6)
Ujian Allah (7)
Uncategorized (7)
Video (1)
Wanita (18)
Zikir (1)
ARCHIVES
►  2012 (53)
►  2011 (138)
▼  2010 (320)
►  December (23)
►  November (33)
►  October (61)
►  September (55)
▼  August (70)
Perempuan yang Dicerai dan Tidak Perlu Ber'iddah
MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT
ISBAL (MENURUNKAN / MEMANJANGKAN PAKAIAN HINGGA DI...
BERBISIK EMPAT MATA DAN MEMBIARKAN KAWAN KETIGA
LAKI-LAKI MEMAKAI PERHIASAN EMAS
RAMADHAN ADALAH SUATU PERSIMPANGAN
30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
Mengadu Domba
Tuduhan zina terhadap perempuan yang suci
Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan...
Kesaksian Palsu (Dusta)
Surah Yang Elok Diamalkan Setiap Hari
Puasa Tetapi Tidak Solat
Merasa Arak Walau Setitis
Belanja
Zakat Fitrah
Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan
Merampas Tanah Milik Orang Lain
Dosa yang dianggap biasa : Menerima hadiah setelah...
Lelaki Kacak Peneman si Mati. Siapakah dia?
10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah
Mencuri
Berjualan setelah Azan kedua pada hari Jumaat
Perempuan Muslimah Menikah Dengan Lelaki Kafir (No...
DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENYEMBUNYIKAN AIB...
Pesan Seorang Ibu
Dosa Yang Dianggap Biasa : Makan Wang Riba
Ramadhan Bulan Taubat
Dosa yang dianggap biasa : Memandang Wanita dengan...
Beberapa Kesilapan Orang Yang Berpuasa
Dosa Yang Dianggap Biasa - Berjabat Tangan Dengan ...
Menonton Wayang yang Halal
Catatan Kuliah Subuh : Kematian
Berduaan Dengan Wanita Bukan Mahram
Ketika Dua Orang Muslim Saling Memancung
Kelebihan Berlapar~
Hukum wanita menari di khalayak ramai
ANTARA AMALAN SOLEH YANG DITUNTUT DI DALAM BULAN R...
DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENDAHULUI IMAM SE...
Makanan Ringan
DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : BANYAK MELAKUKAN G...
Perihal Zikir
Penggunaan alkohol dalam makanan, ubat-ubatan dan ...
Tidur-Tidur Yang Sunat Dikejutkan
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Hukum Melawak
Hukum orang kafir membaca Al-Quran
Panduan Singkat Berpuasa Ramadhan
Puasa Yang Makruh
Mencukur Bulu
Hukum menanam rambut (hair Transplant)
Solat sunat afdal dilakukan di rumah kecuali :
Hukum berkait dengan hubungan susuan
Sahkan Imam dan makmum sebegini?
Hukum wanita memakai purdah
Cara mandi dan berwuduk ketika ada pembalut luka p...
Posisi tidur menurut Islam dan Sains
Hukum Wanita Mewarna Rambut, Kening dan Tangan
Membela Anjing
Tunjuk perasaan atau demonstrasi menurut perpsekti...
Berkahwin Dengan Pelacur
Perihal Kedekut
Was-Was Dalam Akidah
Kasih Sayang
Feqhul Hadis: Dilarang menginginkan atau bercita-c...
Ketakutan Orang2 Soleh Tidak Diterima Amalan Merek...
Memakai Wangian
Hukum Hakam Masjid
Kedudukan Imam dan Makmum
Melakon dan melukis watak Nabi dan Sahabat
►  July (53)
►  June (25)
SINCE 11 JUNE 2010

-----------------------------------

Ketika ini ada  sedang khusyuk membaca bersama anda.

-----------------------------------
UNIQUE VISITOR

Fusion theme by digitalnature | Modified By Shibli Under Shibli Vision

ULAMA & PENJENAYAH : DIDIKAN BERMULA DI RUMAH

http://www.youtube.com/watch?v=VEZT62h3k4U&feature=youtube_gdata_player

21 Okt 2012

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Sabtu ini.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan antara fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

Sabda Rasullullah S.A.W lagi:"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

15 Okt 2012

Ahli Politik Pembenci Masjid Yang Akhirnya Bersujud

Ahli Politik Pembenci Masjid Yang Akhirnya Bersujud

Daniel Streich, ahli Parti Rakyat Swiss (SVP) menjadi seorang terkenal. Bukan saja awalnya dia sangat menentang keras pembinaan masjid di negaranya, melainkan dirinya secara mengejutkan berpindah haluan menjadi seorang Muslim.Laman islamicbulettin.com melaporkan Streich penganut kristen taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristian dan semasa kecil pernah bercita-cita menjadi paderi. Namun ketika remaja niatnya berubah. Ia mula gemar berpolitik dan tanpa ragu terjun langsung menjadi ahli parti ternama di Switzerland.     SVP bukan parti sembarangan. Di dalamnya terdiri dari cendekia, saintis, pelajar, dan pegiat bukan dari kalangan Muslim. Parti ini menjadi penentang nombor wahid penyebaran Islam di Switzerland. Dan Streich adalah sosok yang paling vokal menyeru penutupan masjid di seluruh Negeri Cokelat ini.Streich mempropagandakan anti-Islam ke seluruh negara. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Switzerland. Ia merasa mimbar dan kubah masjid tidak sesuai dengan budaya negara itu. Ia juga menuding Islam sebagai agama pengganas, pembuat onar, dan kekerasan.Dalam usahanya menyingkirkan Islam dari Switzerland, lelaki ini malah mempelajari Al-Quran dan Islam. Ia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslimin. Yang berlaku, ia malah terpesona dengan ajaran rahmatan lil 'alamin ini.Semakin jauh Streich belajar Islam, semakin tenggelam dia dalam keindahan ad-Din samawi itu. "Banyak perbezaan saya dapatkan ketika mempelajari Islam. Ajaran Islam memberikan saya jawapan logik atas soalan hidup penting, dan tidak saya temui di agama saya, "katanya.Presiden Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Abdul Majid Aldai mengatakan, orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan besar mengetahui Islam dan hubungan antara Islam dengan keganasan, sama halnya dengan Streich.Dulu, Streich sering meluangkan masa membaca Alkitab dan pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia keluar dari SVP dan mengumumkan status Muslimnya. Streich bilang, dia telah menemui kebenaran hidup dalam Islam yang tidak dapat ia dapati dalam ajaran / keyakinan sebelumnya.

Jawapan kenapa manusia menyembah kaabah

Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat Islam..    Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna                   hitam?   Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ? Missionary : Awak tak ada jawapan ? Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman... Missionary : Mengapa awak caka begitu ? Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap "I love you mom"...Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi... Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak… Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?... Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut...Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii....Merah padam muka Missionary menahan marah.... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum... Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone... Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...

Hati buta