Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

14 Nov 2013

Hukum Mengenai Janggut


Beberapa Hukum Mengenai Janggut
Soalan:Adakah memanjangkan janggut dan mencukur misai itu sunnah? Apakah hukumnya jika mencukur habis janggut apabila menerima arahan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab peraturan? Adakah had atau sukatan bagi memotong janggut tersebut? Apakah hukum bagi seseorang yang tidak mahu mencabut atau memotong misai, janggut dan bulu ketiak malah in gin pula menyimpan dan menjaganya dengan bersih? Jawapan:الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان 'لى يوم الدين ، وبعدBerjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam, amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam. Di antara nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh aI-Qur'an ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa 'Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa. Firman Allah Ta'ala:قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى(سورة طه : 94)Tafsirnya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. " (Surah Thaha: 94)Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi. Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:أعفوا اللحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى(رواه أحمد)Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani. (Hadits riwayat Ahmad)روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه ، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ، ما هذا ؟ قال : هذا ديننا ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية(رواه ابن ابي شيبة)Maksudnya: Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. " (Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah) Menurut kata al-Imam al-bukhari:كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض الجلدMaksudnya: Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. (Fath al-Bari: 11/524) Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Hukum Berjanggut Dan Mencukur MisaiAdapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadits-hadits Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, antaranya: عن ابن عمر رضي الله عنهما ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ، أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى(رواه البخاري ومسلم)Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhialla 'anhuma katanya:"Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam:"Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu." (Hadits riwayat al-Bukhariعن ابن عمر رضى الله عنهما ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ، خافوا المشركين وفروا اللحى وأحفوا الشوارب(رواه البخاري ومسلم)Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallah 'anhuma, katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaih wasallam: "Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu, kamu peliharalah janggut dan cukurlah misai. " (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim) Pendapat Mazhab Syafi'e Tentang Janggut Menurut Imam an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahawa janggut itu tidak dicukur, katanya: والمختار ترك اللحية على حالها وأن لا يتعرض لها بتقصير شيء أصلا ، والمختار في الشارب ترك الاستئصال والاقتصار على ما يبدو به طرف الشفه.Ertinya: Bahawa pendapat yang terpilih, ialah membiarkan janggut mengikut keadaan semula jadinya, tanpa memendekkannya sedikitpun pada hukum asalnya, dan pendapat yang terpilih pada misai pula ialah tidak mencabut atau mencukurnya habis, memadai (memendekkannya) setakat kelihatan tepi bibir. Menurut kitab al-Majmu' karangan aI-Imam an-Nawawi, kata al-Khithabi dan ulama-ulama selainnya: "Janggut itu disimpan, dibiarkan dengan tidak digunting. Mengguntingnya adalah makruh seperti perbuatan orang-orang a 'jam (bukan Islam). (1/342) Berdasarkan kepada keterangan hadits-hadits di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukurnya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Peraturan Melarang BerjanggutAdapun peraturan atau arahan melarang orang Islam daripada berjanggut adalah peraturan itu tidak selaras dengan tuntutan syara', lebih-Iebih lagi mazhab jumhur selain daripada mazhab Syafi'e, lebih menguatkan perkara berjanggut itu. Had Memotong JanggutHad atau sukatan bagi memo tong janggut itu adalah bersandarkan kepada perbuatan Ibnu 'Vmar Radhiallahu 'anhuma semasa mengerjakan haji dan umrah, yang mana beliau telah menggenggam janggutnya dan yang lebih daripada genggamannya dipotongnya. وكان ابن عمر إذا حج أو اعتمر قبض على لحيته فما فضل أخذه(رواه البخاري)Maksudnya: Semasa Ibnu 'Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (daripada genggamannya) dia memotongnya.(Riwayat al-Bukhari)Tidak Mahu Memotong MisaiMengenai misai pula, menurut Imam an-Nawawi bahawa pendapat yang terpilih ialah tidak memotongnya habis, cukup memendekkannya setakat jelas kelihatan tepi bibir. Menyimpan Dan Menjaga Dengan Bersih Bulu KetiakAdapun membiarkan bulu ketiak itu panjang dengan niat untuk menyimpan dan menjaganya dengan bersih adalah menyalahi fitrah. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu: الفطرة خمس أو خمس من الفطرة : الختان وارتحداد ونتف الإبط وتقليم الأظفار وقص الشارب(رواه البخاري ومسلم والترمذي والنسائي وأبو داود وابن ماجه وأحمد ومالك)Maksudnya: Fitrah itu ada lima atau lima perkara daripada fitrah itu ialah berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik) Maksud daripada fitrah itu ialah sunnah para nabi 'Alaihimussalam yang disepakati oleh syara'. Jadi menurut sunnah, apa yang perlu dibuat untuk bulu ketiak itu ialah mencabutnya dan jangan membiarkannya tumbuh.والله أعلم بالصوابNegara asal : Brunei darussalamBadan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei DarussalamPenulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin JunidTarikh Diisu : 2004Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei