Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

14 Okt 2008

Jangan Banyak Marah

Jangan panjangkan marah, bahawasanya ia merosak iman.
bagai barang yang pahit merosak madu.

Kelebihan sesetengah manusia dengan sesetengah manusia
lain, baik di dunia mahu pun di akhirat adalah kelebihan akal.
Kesempurnaan bahagia bergantung kepada kesempurnaan akal.
Berhati-hatilah ketika berbantahan, kerana berbantahan itu saat
bodoh orang berilmu. Pada saat itu jugalah syaitan berusaha
menggelincirkan fikiran dan perasaan.

Sifat pemarah adalah beban bagi pemiliknya dan mereka yang
bergaul dengan pemilik itu.

Tidak ada di dunia ini yang paling merosak seseorang melainkan
marah dan dendam kepada orang lain.

Marah adalah kegilaan yang pendek. Di dalamnya terkandung iri
hati dan penghinaan, ketakutan dan kesedihan, kebanggaan dan
prejudis, terburu nafsu, kurang pertimbangan, kesenangan akan
kejahatan dan suatu hasrat bagi menjurus ke situ.

Jangan Kamu Marah!
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:" Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:" Jangan kamu marah.."

(al-Bukhari)
Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan." Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Tiada ulasan: