Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

22 Dis 2009

Kenapa sekejam ini?

 


Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam. – Gambar Ehsan pembaca Utusan


KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

"Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.



Adding more friends is quick and easy.
Invite your friends from Hotmail, Gmail to Yahoo! Messenger today!

16 Dis 2009

Sunnah & Bid'ah di bulan Muharam

 

.
 

SUNNAH DAN BID'AH DI BULAN MUHARAM

Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri
(Dengan sedikit tambahan dari sumber yang lain)
http://fiqh- sunnah.blogspot. com

SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ، قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

"Ketika Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa". (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))


كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ شَاءَ تَرَكَهُ

"Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa". (Muttafaq 'alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125))


عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

"Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka". (Hadis Muttafaq 'alaihi)


اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ، وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

"Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam". (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai'i dalam Al-Kubra (2/2905,2906) . Ahmad (2/303,329,342, 535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya'la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134))


سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ ؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

"Telah ditanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam". (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

"Bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:


لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Semasa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu'a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah wafat". (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam.

PENDAPAT IMAM SYAFIE

Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura tidak boleh dianggap sebagai menyerupai Yahudi, kerana orang-orang Quraisy telah berpuasa sejak zaman jahiliyah sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:


كَانَ يَوْمٌ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمَهُ قُرَيْشٌ فِى الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُهُ . فَلّمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ

"Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah berpuasa pada hari tersebut. Setelah baginda mendatangi Madinah, maka baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa". (Hadis Mutaffaq 'alaihi)

Adapun hadis di bawah ini adalah hadis lemah:

Imam Syafie rahimahullah telah menghukum sunnah berpuasa pada hari ke-9, ke-10 dan ke-11 Muharam. Imam syafie berpegang dengan hadis dari Ibnu Abbas:


صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ

"Berpuasalah kamu pada hari kesembilan, hari kesepuluh dan hari kesebelas (di bulan Muharam), janganlah kamu menyerupai Yahudi". (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)


صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا

"Berpuasalah pada hari Asyura dan janganlah kamu menyerupai Yahudi, berpuasalah pada hari sebelumnya atau sehari sesudahnya". (Hadis Riwayat Ahmad (1/241)). Dua hadis ini terdapat dalam kitab Al-Umm dan juga dalam kitab Al-Jami'us as-Saghir oleh Imam as-Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah melemahkan (mendhaifkan) kedudukan hadis ini. Oleh yang demikian maka tidak wajarlah beramal dengan dua hadis ini.

Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9 muharam, atau 10 Muharam sahaja. Wallahu a'lam.

AMALAN-AMALAN BID'AH (YANG DIREKA CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah) , iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramai-ramai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid'ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara'.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya) untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid'ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi'in, para tabi'ut at-tabi'in serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid'ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut:


عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

"Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun". (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu'at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu'))

AMALAN-AMALAN BID'AH DI HARI ASYURA (Hari Ke-10 Bulan Muharam)

Terdapat juga umat Islam yang menghidupkan malam Asyura dengan bersolat, berzikir dan doa-doa yang khusus. Perbuatan ini adalah berpandukan hadis palsu sebagimana hadis di bawah ini:


مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً ، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا مُسْتَقْبِلٍ ، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ مِنْبَرٍ مِنْ نُوْرٍ

"Barangsiapa menghidupkan malam Asyura, maka seakan-akan ia beribadah kepada Allah seperti ibadahnya para penghuni segala langit. Dan barangsiapa bersolat empat rakaat, pada setiap rakaat ia membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah mengampuni dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah lalu dan lima puluh tahun yang akan datang, dan dibina untuknya di Al-Mathalul- A'la (syurga) sebanyak lima juta mimbar dari cahaya". (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu'at. 11/122)

Adalah suatu amalan bid'ah bagi sesiapa yang berpuasa sejak awal Muharam sehingga kesembilan hari bulan Muharam. Mereka yang mengamalkan puasa ini adalah berpegang dengan hadis palsu:


مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى اللهُ لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا اَرْبَعَةُ اَبْوَابٍ

"Barangsiapa berpuasa sembilan hari sejak awal Muharam, maka Allah akan membina untuknya sebuah kubah di udara, luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu". (Hadis palsu). (Hadis Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm. 96)

Umat Islam yang merayakan hari Asyura, mendahulukan hari tersebut dengan bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya mereka tidak menyedari bahawa hadis yang mereka gunakan adalah hadis palsu:


مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ

"Barangsiapa mandi dan bersuci pada hari Asyura, maka dia tidak akan sakit pada sepanjang tahun itu, kecuali sakit mati". (Hadis palsu). (Lihat: Majmu' Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Al-Ibda'. Hlm. 269. Ali Mahfuz)


مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ اَبَدًا

"Barangsiapa bercelak mata dengan arang celak dihari Asyura, maka ia tidak akan sakit mata buat selama-lamanya" . (Hadis palsu). (Dinyatakan palsu oleh Ibnul-Jauzi dalam Al-Maudhu'at 11/203. Lihat: Majmu' Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah)

Selepas mandi dan bersuci dipagi Asyura, terdapat juga umat Islam yang menjadikan hari Asyura sebagai hari raya kaum Muslimin dengan menjadikannya hari kelepasan dan menyediakan makanan tertentu, (antaranya menyediakan bubur Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada perbuatan Nabi Nuh 'alaihi salam adalah suatu pembohongan yang keterlaluan. Setelah selamat dari taufan dan banjir besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh pengikutnya memakai celak dan menyediakan makanan berupa bubur Asyura yang dikutip dari sisa-sisa bijirin) Pent). Ini merupakan talbis (perangkap) syaitan kepada orang-orang awam sedangkan perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang-orang Yahudi di Khaibar. (Lihat: Al-Ibda'. Hlm. 269. Ali Mahfuz) Perkara ini telah diterangkan dalam hadis Muslim:


كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ وَشَارَتُهُمْ

"Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi) berpuasa pada hari Asyura, mereka menjadikannya sebagai Hari Raya dan mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian mereka yang cantik-cantik" . (Hadis Riwayat Muslim)

Berpuasa dihari Asyura adalah amalan sunnah, tetapi menambahnya dengan menjadikannya sebagai Hari Raya adalah perbuatan bid'ah kerana menyerupai amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan oleh hadis sahih di atas.

Terdapat juga umat Islam yang mengerjakan solat tertentu disiang hari Asyura atau dimalam harinya. Mereka melakukan perkara bid'ah ini lantaran berpandukan kepada hadis palsu sebagaimana di bawah ini:


مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا

"Barangsiapa bersolat padanya empat rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun". (Hadis palsu. Lihat: Al-Ibda' fi Madaril Ibtida'. Asy-Syeikh Ali Mahfuz)


فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ، وَفِيْهِ وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ لِمُوْسَى وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ ذَلِكَ يَوْمُ الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ وَسْتَوَتْ عَلَى الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا للهِ عِزَّ وَجَلَّ

"Pada hari Asyura Allah menerima Taubat Adam dan taubat penduduk kota Nabi Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh dan para sahabatnya dan binatang-binatang liar lalu berpuasa kerana bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla. Demikian juga binatang-binatang yang ada bersama-sama di atas bahtera itu turut sama berpuasa". (Hadis palsu). (Lihat: Tanzihus as-Syariah. 11/150)

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi:

"Tidak terdapat sebarang hadis sahih dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang mensunnahkan perkara-perkara ini; sama ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadis yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadis yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb} . Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadis palsu yang mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas dengan atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya.. ... kesemua ini adalah bid'ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa'd, tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa'i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......" (Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Jil. 5)

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/ diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi'ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: "Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan pun pada hari Asyura selain puasa Baginda..

Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid'ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada biji-bijian/ bijirin (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.''

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam.

Kepada pihak tertentu yang tetap mempertahankan kebatilan, jika benar ada doa-doa khusus di waktu awal/akhir tahun, silakan mengutarakan dalilnya, sumbernya, takhrij & sanad hadisnya, siapa yang meriwayatkannya, dan siapa ulama hadis yang mensahihkannya. Wallahu a'lam...

AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA HUJJAH/DALIL ADALAH BID'AH

Ingatlah! Tidak pernah ditemui hadis-hadis sahih yang membolehkan mengadakan apapun upacara majlis sempena menyambut awal tahun. Begitu juga tidak pernah diperintahkan supaya mengadakan majlis zikir atau majlis-majlis tertentu kerana mengucapkan selamat tinggal kepada tahun-tahun yang telah berlalu. Sesiapa yang melakukannya termasuk dalam golongan yang ditergur oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dalam sabdanya:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

"Barangsiapa mengamalkan/ melakukan satu amal yang bukan perintah kami, maka amal itu tertolak (bid'ah)". (Hadis Riwayat Muslim)


مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ

"Barangsiapa yang mencipta sesuatu perkara yang bukan dari perintah kami, maka ia tertolak". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوْ رَدٌّ

"Barangsiapa yang menambah/mengadakan yang baru dalam urusan kami ini, maka tambahan yang bukan dari kami itu tertolak". (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Tertolak kerana setiap tambahan itu adalah bid'ah sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:


اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ،
وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ

"Aku peringatkan kamu sekalian tentang perkara-perkara yang baru/yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu bid'ah, setiap yang bid'ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu di neraka". (Hadis Riwayat Muslim, An-Nasai'i dan Ahmad)



 

__,_._,___


Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! to put your mind at peace. It's free.
Get IE8 here!

13 Dis 2009

Fw: [sim] INFO : Mengantuk


Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah "MENGANTUK"..  Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika "MENGANTUK" yang menyerang melalui senjatanya "MENGUAP".

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap."
(Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

"Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) ."
(Hadis Riwayat Muslim)  

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap.
Seperti "Haaaaaah" Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

"Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi "Haaa" maka Syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.
 
Allahu a'lam. 
 
 
 

 

.

__,_._,___


Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!

Fw: [sim] INFO : Samiri Dan Patung Lembu Emas Sesembahan Bani Israil


 

Samiri adalah salah seorang umat Nabi Musa AS yang berasal dari suku Assamirah. Ulah dan perbuatan Samiri inilah yang menyebabkan umat Nabi Musa tersesat dan menyembah berhala (patung anak lembu). (SuaraMedia News)

Samiri adalah salah seorang umat Nabi Musa AS yang berasal dari suku Assamirah. Ulah dan perbuatan Samiri inilah yang menyebabkan umat Nabi Musa tersesat dan menyembah berhala (patung anak lembu). (SuaraMedia News)

Dalam Alquran, diceritakan bahwa setelah Nabi Musa AS bersama umatnya (Bani Israil) keluar dari Mesir dengan menyeberangi Laut Merah dari kejaran Firaun, Nabi Musa kemudian pergi ke sebuah bukit untuk bertemu dengan Allah SWT.

Umatnya yang ditinggalkan bersama dengan Nabi Harun AS lantas merasa kepergian Musa terlalu lama. Karena itu, mereka kemudian meminta Nabi Harun AS untuk membuat sesuatu sebagai sesembahan mereka. Nabi Harun AS menolak permintaan Bani Israil ini.

Namun, Nabi Harun tak kuasa melawan desakan kaumnya yang terus memaksakan diri untuk membuat sebuah patung sebagai sesembahan. Hingga akhirnya, melalui sebuah pengkhianatan salah seorang pengikutnya, yaitu Samiri, Bani Israil berhasil membuat sebuah patung berupa anak lembu (sapi). Patung anak lembu itu terbuat dari emas.

Ketika keluar dari Mesir, banyak kaum Bani Israil yang membawa perhiasan mereka. Perhiasan-perhiasan itu kemudian dibakar hingga meleleh, lalu oleh Samiri dibuat patung anak lembu.Ketika Musa kembali, dia sangat kaget melihat perilaku umatnya itu. Musa pun marah. Cerita ini selengkapnya dapat dilihat pada surah Thaha ayat 85-98 dan al-A'raf ayat 148-154.

Patung anak lembu

Samiri adalah salah seorang umat Nabi Musa AS yang berasal dari suku Assamirah. Ulah dan perbuatan Samiri inilah yang menyebabkan umat Nabi Musa tersesat dan menyembah berhala (patung anak lembu).

Ketika keluar dari Mesir, umat Nabi Musa membawa banyak perhiasan. Perhiasan yang dibawa itu diperintahkan Samiri untuk dilemparkan ke dalam api yang telah dinyalakan dalam sebuah lubang untuk dijadikan 'tuhan' dalam bentuk anak lembu.

Patung yang dibuat oleh Samiri ini konon bisa melenguh (bersuara) apabila angin masuk ke dalamnya. Menurut pendapat lain, patung anak lembu ini bisa bersuara karena genggaman tanah yang diambil Samiri dari jejak utusan (Jibril) sehingga membuatnya bisa melenguh.

Kendati perbuatan mereka ini sudah ditentang oleh Nabi Harun, Bani Israil tak memedulikannya. Mereka tetap ngotot dan memaksakan diri untuk membuat patung tersebut.Berbeda dengan penjelasan Alquran, dalam Perjanjian Lama, Nabi Harun AS justru menjadi penyebab Bani Israil membuat patung tersebut. Berikut kutipan dari Perjanjian Lama itu.

''Ketika bangsa itu melihat bahwa Musa mengundur-undurkan waktu untuk turun dari gunung itu, berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata padanya, ''Mari, buatkanlah untuk kami Allah yang akan berjalan di depan kami. Sebab, Musa ini adalah orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir. Kami tidak tahu apa yang telah terjadinya dengan dia.

'' Lalu, berkatalah Harun kepada mereka, ''Tanggalkanlah anting-anting emas yang ada pada telinga istrimu, anakmu laki-laki dan perempuan, dan bawalah semuanya kepadaku.'' Seluruh bangsa itu pun menanggalkan anting-anting emas yang ada pada telinga mereka dan membawanya kepada Harun. Harun menerimanya dari tangan mereka, lalu dibentuk dengan pahat, dan dibuatlah anak lembu tuangan. Kemudian, berkatalah mereka, ''Hai, Bani Israil, inilah Allahmu yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir.'' (Keluaran Pasal 32 ayat 1-4).

Menurut Sami bin Abdullah al-Maghluts dalam bukunya  Atlas Sejarah Nabi dan Rasul , pernyataan dalam Perjanjian Lama ini sangat jelas telah menuduh Nabi Harun AS terlibat dalam perbuatan sesat Bani Israil itu. Sebaliknya, dalam Alquran, justru Allah membebaskan Nabi Harun dari tuduhan tersebut.

Sementara itu, Dr Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar, dalam  Shahih Qashashin Nabawi atau  Ensklopedia Kisah Shahih Sepanjang Masa (terjemahan Izzudin Karimi, Lc, Pustaka Yassir, 2008: hlm 134-137), mengutip sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Hakim dalam Mustadrak dari Ali.

''Ketika Musa bersegera kepada Tuhannya, Samiri mengumpulkan perhiasan semampunya: perhiasan Bani Israil. Dia mencetaknya menjadi anak sapi, kemudian dia memasukkan segenggam (dari jejak rasul) ke dalam perutnya. Ternyata, ia menjadi anak sapi yang bersuara. Maka, Samiri berkata kepada mereka, "Ini adalah Tuhan kalian dan Tuhan Musa.

'' Harun berkata kepada mereka, ''Wahai kaum, bukankah Tuhan kalian telah memberi janji baik kepada kalian?'' Ketika Musa kembali kepada Bani Israil yang telah disesatkan oleh Samiri, Musa memegang kepala saudaranya. Maka, Harun berkata apa yang dikatakan Musa kepada Samiri, ''Apa yang membuatmu melakukan ini?'' Samiri menjawab, ''Aku mengambil segenggam dari jejak rasul, lalu aku melemparkannya. Demikianlah nafsuku membujukku.''

Lalu, Musa mendatangi anak sapi itu. Dia meletakkan serutan dan menyerutnya di tepi sungai. Maka, tidak seorang pun yang menyembah anak sapi meminum dari air itu, kecuali wajahnya akan menguning seperti emas. Mereka berkata kepada Musa, ''Bagaimana taubat kami?'' Musa menjawab, ''Sebagian dari kalian membunuh sebagian yang lain.'' Lalu, mereka mengambil pisau. Maka, mulailah seorang membunuh bapaknya dan saudaranya tanpa peduli hingga yang terbunuh berjumlah tujuh puluh ribu. Lalu, Allah memberi wahyu kepada Musa, ''Perintahkan mereka agar berhenti. Aku telah mengampuni yang terbunuh dan memaafkan yang hidup.''

Hingga saat ini, belum diketahui secara pasti di mana keberadaan patung anak lembu yang dibuat oleh Samiri tersebut. Namun, di sebuah bukit di Sinai (Mesir), terdapat sebuah patung berupa anak lembu yang dipahat. Patung anak lembu pahatan ini lokasinya berdekatan dengan bukit Musa. sya/berbagai sumber

Paganisme Mesir Kuno

Bani Israil sebenarnya adalah penganut agama monoteistik (satu Tuhan), yaitu Allah SWT. Mereka adalah keturunan dari Ibrahim, Ishak, Ya'kub, Yusuf, hingga zaman Musa dan Harun Alaihimussalam.

Menurut Harun Yahya dalam situsnya, perbuatan mereka (Bani Israil) yang menyimpang dari ajaran monoteistik ini karena terpengaruh oleh kaum pagan yang hidup bersama mereka. ''Bani Israil lalu meniru pola hidup, perilaku, dan perbuatan orang-orang yang hidup di sekitar mereka. Dan, mereka menggantikan agama yang dipilihkan bagi mereka oleh Allah dengan penyembahan berhala,'' tulis Harun Yahya.

Dalam catatan sejarah, sekte pagan yang memengaruhi Bani Israil terdapat di Mesir Kuno. Sebuah bukti penting yang mendukung kesimpulan ini adalah patung anak sapi emas yang disembah Bani Israil saat Musa berada di Gunung Sinai itu sebenarnya adalah tiruan dari berhala Mesir, yaitu Hathor dan Aphis.

Seorang penulis Kristen, Richard Rives, dalam bukunya  Too Long in the Sun , menulis, ''Hathor dan Aphis adalah dewa-dewa sapi betina dan jantan bangsa Mesir yang merupakan lambang dari penyembahan matahari. Penyembahan mereka hanyalah satu tahapan dalam sejarah pemujaan matahari oleh bangsa Mesir. Anak sapi emas di Gunung Sinai adalah bukti yang lebih dari cukup untuk mengetahui bahwa pesta yang dilakukan berhubungan dengan penyembahan matahari.'' (Richard Rives, Too Long in the Sun, Partakers Pub, 1996: 130-31).

Ditambahkan Harun Yahya, pengaruh agama pagan bangsa Mesir terhadap Bani Israil terjadi dalam banyak tahapan yang berbeda. Begitu mereka bertemu dengan kaum pagan, kecenderungan ke arah kepercayaan ini muncul.

Lihatlah ungkapan Bani Israil. Mereka berkata, ''Hai Musa, buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka memunyai beberapa tuhan (berhala).'' (QS Al-A'raaf: 138). ''Hai, Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan terang.'' (Albaqarah: 55).

Sikap mereka ini menunjukkan bahwa Bani Israil memiliki kecenderungan untuk menyembah benda nyata yang dapat mereka lihat, sebagaimana yang terdapat pada agama pagan bangsa Mesir. sya

Pengkhianatan Samiri

Sebagaimana diketahui, Samiri adalah salah seorang pengikut Nabi Musa AS yang akhirnya melakukan pengkhianatan. Pengkhianatan Samiri ini juga sekaligus sebagai ujian terhadap keimanan umat Nabi Musa AS.

Dalam surah Thaha ayat 85-91 dan 95-98, diceritakan secara lengkap tentang perbuatan yang dilakukan Samiri.''Maka, sesungguhnya, Kami telah menguji kaummu sesudah kamu tinggalkan dan mereka telah disesatkan oleh Samiri.''

Kemudian, Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Berkata Musa, "Hai, kaumku, bukankah Tuhanmu telah berjanji kepadamu suatu janji yang baik? Maka, apakah terasa lama masa yang berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki kemurkaan dari Tuhanmu menimpamu dan kamu melanggar perjanjianmu dengan aku?"

Mereka berkata, "Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dengan kemauan kami sendiri, tetapi kami disuruh membawa beban-beban dari perhiasan kaum itu. Maka, kami telah melemparkannya dan demikian pula Samiri melemparkannya."

Kemudian, Samiri mengeluarkan anak lembu yang bertubuh dan bersuara (dari lubang itu) untuk mereka. Maka, mereka berkata, "Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa, tetapi Musa telah lupa."Maka, apakah mereka tidak memerhatikan bahwa patung anak lembu itu tidak dapat memberi jawaban kepada mereka dan tidak dapat memberi kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan?

Sesungguhnya, Harun telah berkata kepada mereka sebelumnya, "Hai, kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cobaan dengan anak lembu itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) Yang Maha Pemurah. Maka, ikutilah aku dan taatilah perintahku."

Mereka menjawab, "Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini hingga Musa kembali kepada kami." (QS 20: 85-91).Lalu, pada ayat 95-98, dijelaskan tentang kemarahan Musa pada Samiri.Musa berkata, ''Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian), Samiri?''

Samiri menjawab, ''Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya. Maka, aku ambil segenggam dari jejak rasul, lalu aku melemparkannya. Demikianlah nafsuku membujukku.''Musa berkata, ''Pergilah kamu. Maka, sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat mengatakan, 'Janganlah menyentuh aku).'

Sesungguhnya, bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya, kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).''Sesungguhnya, Tuhanmu hanyalah Allah yang tidak ada tuhan selain Dia. Pengetahuan- Nya meliputi segala sesuatu.'' (QS 20: 95-98).(rpb) SuaraMedia.Com
__._,_.___
 
 
.
__,_._,___


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

7 Dis 2009

Anak ADHD



 

Sedikit info tentang ADHD :

ADHD biasanya 8~10% dikesan bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan.

Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.

Kelakuan yang diperlihatkan oleh kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif.

1. Kekurangan tumpuan perhatian

Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

2. Mengikut dorongan hati

Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan.

3. Berkelakuan terlalu aktif

Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana, katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka. Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan.

Punca ADHD

Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila mereka semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.

Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.

Bagaimana mengenali kanak-kanak ADHD?

Mereka sentiasa lasak, ke sana sini tidak menentu dan pergerakan sukar dikawal. Kanak-kanak terbabit juga didapati sukar untuk mendisiplinkan diri mereka kerana apabila diminta berbuat sesuatu, mereka sukar mematuhi arahan. Malah, jika dinasihatkan supaya berbuat sesuatu, mereka tidak mengendahkan arahan dan terus menunjukkan sikap aktif mereka. Apabila dihantar ke sekolah, kanak-kanak itu tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran kerana mereka kurang memberi tumpuan dan perhatian ketika guru mengajar. Kanak-kanak itu juga memperlihatkan pelbagai masalah seperti lambat bercakap, sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan berbahaya.

Berkelakukan Pelik

Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering berkelakuan pelik dan kelam kabut. Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia. ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD.

Ada beberapa pendapat pakar mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10% lebih kecil daripada otak normal. Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu.

Pelbagai kontroversi mempengaruhi jumlah sebenar kanak-kanak yang menghidapi ADHD. Diagnosis dan perangkaan membuktikan antara 3~5% kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun. ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik.

Apa yang membimbangkan 35% daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu 18% daripada mereka lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri. Kira-kira 25% lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit.

Walaupun ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh menyebabkan gangguan terhadap penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh menjejaskan prestasi di sekolah.

Bagaimana menangani masalah kanak-kanak ADHD?

Fungsi ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk menghadapi masalah seumpama itu. Lazimnya, pemeriksaan urat saraf di kalangan sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktif selalunya tidak menunjukkan sebarang gangguan.

Malah, di kalangan kanak-kanak yang dikatakan mengalami kerosakan otak, sebahagian besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktif. Proses penilaian kanak-kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi. Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan urat saraf atau tahap ciri elemen plumbun yang tinggi dalam darah. Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihatkan mereka tidak mengulangi perbuatan itu tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji.

Rawatan

ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya dengan bantuan ibu bapa dan orang sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Amat penting menetapkan rawatan terapi yang spesifik dan sesuai untuk kanak-kanak ini. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu kembali normal. Segala maklumat perkembangan mereka boleh didapati melalui ibu bapa, guru dan kanak-kanak itu sendiri.

Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD.

Kanak-kanak ini mungkin diberikan terapi tambahan bergantung kepada simptom dan apa yang diperlukan mereka. Ibu bapa perlu selalu berwaspada terhadap setiap tindakan yang boleh membahayakan diri kanak-kanak itu. Beritahu doktor jika ada sebarang perubahan yang berlaku.

Petua untuk mengawal anak-anak hyperaktif.

  1. Jaga pemakanan mereka; pastikan yang halal dan dari punca yang halal dan berkhasiat.
  2. Peluk di waktu pagi dan juga di waktu malam tiap hari.
  3. Tidurkan mereka dengan bacaan surah Maryam atau zikir nama tuhan atau asmaulhusna.
  4. Usap kepala mereka dan bacakan selawat shifa.
  5. Dikatakan memberi secawan teh markisa (yang diperbuat daripada daun markisa) atau dua gelas jus markisa dapat menenangkan kanak hiperaktif.
 

 

__._,_.___
 
.

__,_._,___


Open emails faster.
Yahoo! recommends that you upgrade your browser to the new Internet Explorer 8 optimized for Yahoo!.Get it here! (It's free)

Fw: [sim] INFO : Kehebatan Pasukan Berkuda Islam Dimasa Kejayaannya



Senjata pasukan berkuda (faris) Mamluk terdiri dari pedang, tombak, panah, perisai dan tongkat kebesaran. Tongkat kebesaran terbuat dari besi atau baja dengan ujungnya berbentuk kubus, diletakkan di bawah sanggurdi, sementara tombak di pegang dengan satu atau kedua tangan, bukan

Senjata pasukan berkuda (faris) Mamluk terdiri dari pedang, tombak, panah, perisai dan tongkat kebesaran. Tongkat kebesaran terbuat dari besi atau baja dengan ujungnya berbentuk kubus, diletakkan di bawah sanggurdi, sementara tombak di pegang dengan satu atau kedua tangan, bukan

Tentara Islam dikenal memiliki pasukan berkuda yang sangat hebat.  Di era kejayaan Islam,  kekuatan para prajurit Islam benar-benar tertumpu pada keahlian berkuda dan memanah.  Sejarah peradaban Islam mencatat, kehebatan pasukan berkuda Islam telah menjadi kunci kemenangan dalam berbagai pertempuran penting.

Pasukan berkuda biasa disebut kavaleri, yang berasal dari bahasa Latin caballus dan bahasa Prancis  chevalier yang berarti "pasukan berkuda".  Ahmad Y al-Hassan dan Donald R Hill dalam karyanya bertajuk  Islamic Technology: An Illustrated History, mengungkapkan, sebelum Islam berkembang, peradaban lain, seperti Bizantium telah memiliki pasukan kavaleri yang tangguh.

Menurut al-Hassan,  pada abad pertama Hijriah (ke-7 M) kavaleri telah menjadi kekuatan utama militer Bizantium.  Pasukan kavaleri yang tangguh juga telah dimiliki bangsa Persia, jauh sebelum Islam berkembang. Ksatria berkuda Iran,  Asawira , tutur al-Hassan,  merupakan pasukan yang mampu menurunkan kekuatan kavaleri yang lebih besar ke medan perang daripada bangsa Arab.

"Karena pada masa awal perkembangan Islam, jumlah pasukan berkuda dalam ketentaraan masih sedikit, khususnya sebelum penaklukan Makkah," papar al-Hassan dan Hill.  Tioe medan yang datar dan terbuka, ungkap al-Hassan, sangat cocok untuk kavaleri. Namun, bangsa-bangsa Arab, menghindari medan perang seperti itu.

Menurut al-Hassan, militer Islam mulai membentuk pasukan berkuda atau kavaleri pada zaman Khilafah Rasyidah. Adalah Khalifah Umar bin Khattab (berkuasa pada tahun 31-41 H) yang berupaya untuk mengumpulkan kuda bagi tujuan milter dari berbagai daerah.  "Hasilnya, terdapat sekitar 4.000 ekor kuda di Kufah. Setelah itu,  sedikit demi sedikit strategi kemiliteran Islam berubah, '' ungkap al-Hassan.

Pada awalnya, pasukan kavaleri Islam tak terlalu dominan. Berbekal tombak dan pedang, pasukan tentara berkuda Islam memaikan peranan penting untuk menyerang panggul dan pantat musuh. Perlahan namun pasti, kekuatan kavaleri yang dimiliki militer Muslim semakin bertambah besar dan kuat. Pasukan kavaleri tercatat menjadi kunci kemenangan tentara Islam dalam perang Yarmuk.

Pertempuran Yarmuk merupakan perang antara tentara Muslim dengan  Kekaisaran Romawi Timur pada  636 M. Sejumlah sejarawan menyatakan, Perang Yarmuk sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Arab, dan cepat masuknya Islam ke Palestina, Suriah, dan Mesopotamia yang rakyatnya menganut agama Kristen.

Pertempuran ini merupakan salah satu kemenangan Khalid bin Walid yang paling gemilang, dan memperkuat reputasinya sebagai salah satu komandan militer dan kavaleri paling brilian di zaman Pertengahan. Pertempuran ini terjadi pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, khilafah Rasyidah kedua. Pertempuran ini terjadi empat tahun setelah Nabi Muhammad meninggal pada 632.

Ketika 'Amr bin Al-'Ash menaklukan Mesir pada tahun 37-39 H/ 658-660 M, komposisi kekuatannya militer Islam telah berubah dari infanteri menjadi  pasukan berkuda. Kehebatan pasukan kavaleri Muslim, sekali lagi terbukti dalam Pertempuran Sungai Talas pada 751 M antara Kekhalifahan Rasyidah dengan Dinasti Tang dari Cina. Bermodalkan pasukan kavalery yang tangguh tentara Muslim berhasil meraih kemenangan.

Kemenangan itu membuat Islam menguasai wilayah Asia Tengah dan mulai menyebar luas di negeri Tirai Bambu itu. Pasukan kavaleri Islam juga kerap mendapat bantuan dri pasukan lain,  misalnya ketika pasukan berkuda Iran, Asawira bergabung dengan pasukan Islam dalam penaklukan Khuzistan di bawah pimpinan Abu Musa pada tahun 17-21 H/638-642 M.

"Ini hanya salah satu contoh dramatik penyatuan pasukan non-Arab ke dalam angkatan bersenjata Muslim," kata Al-Hassan dan Hill. Kala itu, pasukan Islam juga merekrut orang-orang Khurasan, Barbar dan Turki. Mereka tetap membawa gaya bertempur dan berkuda khas masing-masing. Sehingga tak bisa dipaparkan satu gaya khas kavaleri dalam satu pertempuran.

Kekuatan pasukan kavaleri Islam kian bertambah kuat pada era kekuasaan Dinasti Mamluk pada abad ke-6 H dan ke-7 H (ke-12 M dan ke-13 M), periode kritis dalam sejarah Islam. Mamluk atau Mameluk berarti tentara budak yang telah memeluk Islam. Mereka berdinas untuk kekhalifahan Islam dan Kesultanan Ayyubiyah pada abad pertengahan.

Mereka akhirnya menjadi tentara yang paling berkuasa dan juga pernah mendirikan Kesultanan Mamluk di Mesir. Pasukan Mamluk pertama dikerahkan pada zaman Abbasiyyah pada abad ke-9 M. Kala itu, Bani Abbasiyyah merekrut tentara-tentara ini dari kawasan Kaukasus dan Laut Hitam dan mereka ini pada mulanya bukanlah orang Islam.

Menurut al-Hassan, setelah memeluk Islam, seorang Mamluk akan dilatih berkuda. Mereka harus mematuhi Furisiyyah, sebuah aturan perilaku yang memasukkan nilai-nilai seperti keberanian dan kemurahan hati dan juga doktrin mengenai taktik perang berkuda, kemahiran menunggang kuda, kemahiran memanah dan juga kemahiran merawat luka dan cedera.

Saat itu, pasukan berkuda tersebut juga dilatih menggunakan sejumlah senjata. Senjata pasukan berkuda (faris) Mamluk terdiri dari pedang, tombak, panah, perisai dan tongkat kebesaran. Tongkat kebesaran terbuat dari besi atau baja dengan ujungnya berbentuk kubus, diletakkan di bawah sanggurdi, sementara tombak di pegang dengan satu atau kedua tangan, bukan "diluncurkan" atau direndahkan untuk menyerang seperti halnya di barat, tetapi digunakan untuk berkelahi di atas kuda," jelas Al-Hassan dan Hill.

Faris Mamluk ini melakukan latihan di Tiqab (tunggal:tabaqqa) , yakni nama yang diberikan untuk barak-barak di benteng Kairo yang dijadikan akademi militer. Pelatihan ini dimulai ketika pasukan Mamluk mencapai Puncak kejayaannya. Latihan dilakukan secara komprehensif dan dengan disiplin yang ketat. Bahkan, kala itu mereka tak takut mengeluarkan biaya pendidikan kemahiran berkuda hingga seorang prajurit mampu untuk menunggang kuda tanpa pelana maupun dengan pelana, lari meligas, mengderap dan mencongklang, mendatar ataupun melompat. "Dia (faris-red) juga harus mengetahui cara merawat kuda ketika sakit," kata Al-Hassan dan Hill.

Selain itu, pasukan berkuda yang mengikuti latihan berkuda, harus bisa menggunakan kuda sambil memanah dan menggunakan tombak. Saat itu, seorang faris harus mampu menyerang target dari berbagai sudut dan pada kecepatan berbeda-beda menggunakan kedua senjata itu. Pasukan Mamluk juga sangat terlatih untuk menggunakan pedang dengan cara yang sama. Metode-metode ini teruji keberhasilannya dengan kemenangan Mamluk atas pasukan Perang Salib dan mongol.

Kehebatan pasukan berkuda Islam juga terlihat saat pasukan Turki Usmani di bawah pimpinan Sultan Muhammad al-Fath merebut Konstatinopel pada abad 14 M. Mereka sebelumnya harus berenang mengarungi Selat Bospurus (karena laju kapal dihadang oleh armada Romawi Byzantium di sepanjang pantai), setelah itu naik kuda untuk mengobrak-abrik pasukan musuh dengan serangan panah bertubi-tubi. Begitulah, kisah kejayaan  pasukan berkuda tentara Muslim. 

 

Berkuda dalam Islam
alt
Dalam salah satu hadis riwayat Imam Bukhari RA, Nabi Muhammad SAW, menganjurkan para sahabatnya termasuk seluruh umat Islam yang mengikuti sunnahnya, agar mampu menguasai bidang-bidang olah raga, terutama berkuda, berenang, dan memanah. Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam menguasai olahraga berkuda, memanah, dan berenang, karena terinspirasi peperangan Romawi-Persia, yang notabene hanya mengandalkan kekuatan otot perorangan belaka.

Saat itu, Nabi Muhammad SAW berpikir lebih maju, ia berfikir bahwa peperangan Romawi-Persia kurang diimbangi kecerdasan otak yang membentuk kerja sama tim.  Ketiga olahraga  yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW ini mengandung aspek kesehatan, keterampilan, kecermatan, sportivitas, dan kompetisi. Olahraga ini memerlukan kekuatan fisik dan intelektualitas yang tinggi.

Dalam Alquran surat  Al-Aadiyaat ayat 1-4 juga tercantum  kisah tentang `heroisme' kuda-kuda yang berlari kencang dalam kecamuk peperangan.  "Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah. Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya). Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi. Maka, ia menerbangkan debu dan menyerbu ke tengah kumpulan musuh."


Pada zaman Nabi Muhammad SAW terjadi sejumlah perang besar melawan kaum musyrikin dan kafirin. Saat itu, terjadi adu kepandaian berkelahi orang per orang, baik menggunakan tangan kosong, maupun menggunakan senjata seperti pedang atau tombak. Misalnya Perang Badar dalam bahasa Arab disebut  ghazawat badr yang merupakan pertempuran besar pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Perang ini terjadi pada 17 Maret 624 Masehi atau 17 Ramadhan 2 Hijriyah.

Pasukan kecil kaum Muslim yang hanya berkekuatan sebanyak 313 orang ini, bertempur menghadapi pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1.000 orang. Mereka berhasil mengalahkan para musyrikin Quraisy. Kemenangan kaum Muslimin dalam perang Badar ini tercantum dalam Alquran, surat Al Anfal ayat 1-10.

Setelah perang Badar, kekuatan militer umat Islam mulai terorganisasi. Ada pasukan berkuda (kavaleri) dan pasukan pemanah (artileri), serta pasukan darat (infanteri). Kala itu, kondisi fisik mereka harus benar-benar terjaga, walaupun dalam keadaan aman mereka menjalankan profesi lain, seperti berdagang, mengajar, bertukang, dan sebagainya. Tapi ketika ada mobilisasi untuk menghadapi serangan atau harus menyerang, fisik dan mental mereka sangat siap.

Pasukan Islam mengalami prestasi gemilang dalam berperang sambil menjalankan ibadah puasa, selain perang Badar, adalah "Futuh Mekah". Penaklukan Kota Mekah pada tahun 8 Hijriyah sekitar tahun 630 M. Umat Islam yang sedang berpuasa saat itu, dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad saw, berhasil merebut Kota Mekah dari kekuasaan kafir Quraisy. Berkat kemenangan itulah, umat Islam yang dulu harus hijrah ke Madinah selama delapan tahun, dapat kembali ke tanah kelahirannya dengan penuh kebanggaan dan kegembiraan. (rpb) SuaraMedia.Com



Surf faster.
Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your favorite pages everytime you open your browser.Get IE8 here! (It's free)

1 Dis 2009

tip-tip iaitu ke arah Qiyamat.

 




Ketika ini, petanda besar yang masih belum tiba kalau ikut turutan masa kasar yang saya telah kumpul daripada hadith-hadith:
1. Dajjal muncul dari sempadan Iraq dan Syria serta menarik tersangat ramai pengikut.
2. Imam Mahdi di Damascus ( Dimashq )
3. Mansur mengambil alih Jerusalem dari Yahudi
4. Nabi Isa turun di Damascus ( Dimashq )
5. Nabi Isa pulang ke kampungnya di Ma'lula, memecah salib, membunuh babi dan musuh Islam yang degil di situ.
6. Dajjal tiba di sempadan Madinah
7. Berlaku 3 gempabumi di Madinah
8. Nabi Isa bunuh Dajjal di Bab Lud, Palestin
9. Hanya Muslim sahaja tinggal di dunia dan sedikit sangat jumlahnya
10. Nabi Isa bawa semua Umat Islam ke puncak suatu Gunung setelah mendapat wahyu/ilham dari Tuhan.
11. Ya'juj dan Ma'juj ( keturunan Asyar bin Yafith bin Nabi Nuh ) beramai-ramai turun dari kawasan pergunungan Caucasus serta menghabiskan binatang, tanaman dan air.
12. Yakjuj dan Ma'juj mati kena sakit dari sengatan serangga. Bau bangkai yang dahsyat.
13. Burung-burung besar membersihkan bangkai-bangkai dan Banjir Besar seluruh dunia hampir seperti zaman Nabi Nuh.
14. Khalifah Mulia di Madinah, bumi segar dengan tumbuhan, manusia mewah.
15. Manusia pelan-pelan jadi jahat balik sehingga berzina di tepi-tepi jalan
16. Dabbatul Ard ( binatang besar yang keluar dari Bukit Marwah ) menjelajah dunia.
17. Satu dunia di kelubungi asap
18. Semua orang yang ada iman (walaupun sedikit) mati kerana sakit kelenjar.
19. Hanya kafirin kulit hitam yang tinggal di dunia. Tiada muslim lagi di dunia.
20. Bumi terhenti pusingan, matahari terbit sebelah barat untuk satu hari dan kembali sediakala.
21. Gempa bumi serata dunia sehingga bergelombang muka bumi
22. Api besar keluar dari bumi Yemen
23. Batu-batu Kaabah dibongkar satu persatu oleh kaum Afrika berbetis kecil
24. Trumpet Israfil berbunyi.
25. Langit pecah berwarna merah
26. Binatang melarikan diri, bayi dipangkuan dilepaskan ibu, kanak-kanak beruban.
 ...

 




Surf faster and smarter with Firefox 3!

25 Nov 2009

Huru hara Ramadhan 2012 ?




 

  1Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Bersamaan dengan hadis nabi berkenaan huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam   pertengahan bulan ramadan iaitu  hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, ada satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.( NASA Amerika memaklumkan 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita   tengok  hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

 

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

  

 UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
  

 

 

 

 

 

 


__._,_.___


Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware Software. Download Yahoo! Toolbar now!