Ketika ini, petanda besar yang masih belum tiba kalau ikut turutan masa kasar yang saya telah kumpul daripada hadith-hadith: 1. Dajjal muncul dari sempadan Iraq dan Syria serta menarik tersangat ramai pengikut. 2. Imam Mahdi di Damascus ( Dimashq ) 3. Mansur mengambil alih Jerusalem dari Yahudi 4. Nabi Isa turun di Damascus ( Dimashq ) 5. Nabi Isa pulang ke kampungnya di Ma'lula, memecah salib, membunuh babi dan musuh Islam yang degil di situ. 6. Dajjal tiba di sempadan Madinah 7. Berlaku 3 gempabumi di Madinah 8. Nabi Isa bunuh Dajjal di Bab Lud, Palestin 9. Hanya Muslim sahaja tinggal di dunia dan sedikit sangat jumlahnya 10. Nabi Isa bawa semua Umat Islam ke puncak suatu Gunung setelah mendapat wahyu/ilham dari Tuhan. 11. Ya'juj dan Ma'juj ( keturunan Asyar bin Yafith bin Nabi Nuh ) beramai-ramai turun dari kawasan pergunungan Caucasus serta menghabiskan binatang, tanaman dan air. 12. Yakjuj dan Ma'juj mati kena sakit dari sengatan serangga. Bau bangkai yang dahsyat. 13. Burung-burung besar membersihkan bangkai-bangkai dan Banjir Besar seluruh dunia hampir seperti zaman Nabi Nuh. 14. Khalifah Mulia di Madinah, bumi segar dengan tumbuhan, manusia mewah. 15. Manusia pelan-pelan jadi jahat balik sehingga berzina di tepi-tepi jalan 16. Dabbatul Ard ( binatang besar yang keluar dari Bukit Marwah ) menjelajah dunia. 17. Satu dunia di kelubungi asap 18. Semua orang yang ada iman (walaupun sedikit) mati kerana sakit kelenjar. 19. Hanya kafirin kulit hitam yang tinggal di dunia. Tiada muslim lagi di dunia. 20. Bumi terhenti pusingan, matahari terbit sebelah barat untuk satu hari dan kembali sediakala. 21. Gempa bumi serata dunia sehingga bergelombang muka bumi 22. Api besar keluar dari bumi Yemen 23. Batu-batu Kaabah dibongkar satu persatu oleh kaum Afrika berbetis kecil 24. Trumpet Israfil berbunyi. 25. Langit pecah berwarna merah 26. Binatang melarikan diri, bayi dipangkuan dilepaskan ibu, kanak-kanak beruban. ... |
Surf faster and smarter with Firefox 3!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan