Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

14 Jul 2009

Perginya Seorang Ulama: Shaikh Abdullah Ibn Jibrin Rahimahullah.


Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama' sehingga jika tidak ada lagi seorang `alim pun maka manusia akan mengangkat juhalaa' (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. [Sahih al-Bukhari: 100 dan Sahih Muslim: 2673]

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.

Seorang demi seoran ulama meninggalkan kita. Semalam, Isnin 13 Julai 2009, Shaikh Abdullah Bin Abdul Rahman Bin Jibrin telah meninggal dunia. Beliau merupakan seorang ulama pembela tauhid, penegak sunnah, penghancur syirik dan pemusnah bid'ah yang amat masyhur diseantereo dunia. Buku-buku beliau dibaca, diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Gambar di atas memaparkan sebuah buku kecil beliau yang amat popular di Malaysia dan Indonesia yang menerangkan secara ringkas tatacara Solat Jenazah.

Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepadaNya kita kembali. Ini adalah janji Allah buat kita semua. Buat pembaca INTIS Online, kesedihan kita di atas kematian Shaikh Ibn Jibrin rahimahullah hendaklah disertai dengan satu keazaman yang kuat. Apalah nilainya tangisan dan kesedihan kita seandainya kitab-kitab beliau yang di dalam Bahasa Arab dan yang sudah diterjemahkan tidak kita manfaatkan?

Sesungguhnya para ulama' yang telah kembali ke rahmatullah telah meninggalkan dunia ini. Mereka tidak meninggalkan dunia ini tanpa warisan. Para ulama' ini mewariskan kitab-kitab mereka, tulisan-tulisan mereka, fatwa-fatwa mereka untuk kita mengambil faedah daripadanya.

Persiapkanlah diri kita, telaahlah kitab-kitab ulama', supaya kita tidak menjadi insan yang hanya tahu menangis dan menitiskan air mata sahaja ketika satu demi satu ulama' pergi meninggalkan kita. Manfaatkanlah khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh para ulama' ini.

Tulisan-tulisan dan fatwa-fatwa Shaikh Ibn Jibrin boleh dibaca di laman sesawang beliau: http://ibn-jebreen. com/index. php

Tiada ulasan: