Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

27 Ogo 2009

Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1

Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya. Iklan



Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.

Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).

Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.

Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.

Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Terapi solat, sembuh penyakit

Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.

�Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik,� akui Dr Fatimah lagi.

Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.

Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.

Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.

Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._

21 Ogo 2009

Menghidupkan Bulan Ramadhan Dengan Sunnah

"Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Berikut adalah beberapa sunnah atau amalan-amalan yang dianjurkan ketika melakukan puasa. Semoga bermanfaat.

[1] Melewatkan Sahur
Nabi kita shallallahu `alaihi wa sallam telah memerintahkan dan menganjurkan kepada orang yang hendak berpuasa agar makan sahur. Beliau shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

مَن�' أَرَادَ أَن�' يَصُومَ فَل�'يَتَسَح�`َر�' بِشَى�'ءٍ

"Barangsiapa ingin berpuasa, maka hendaklah dia bersahur." (HR. Ahmad. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani kerana memiliki banyak syawahid. Lihat Shohihul Jami')


Nabi kita shallallahu `alaihi wa sallam memerintahkan demikian kerana di dalam sahur terdapat keberkahan. Dari pembantu Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam �Anas bin Malik radhiyallahu `anhu- berkata bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

تَسَح�`َرُوا فَإِن�`َ فِى الس�`َحُورِ بَرَكَةً

"Makan sahurlah kerana sesungguhnya pada sahur itu terdapat berkah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Keberkahan yang dimaksudkan di sini di antaranya adalah dengan makan sahur seseorang akan menjadi kuat berpuasa mulai daripada terbit fajar hingga matahari tenggelam. (Lihat Syarh Riyadhus Sholihin, 3/451, Darul Kutub Al `Ilmiyah)


Barokah lain juga adalah sebagai pembeza antara puasa Yahudi-Nashrani (Ahlul Kitab) dengan umat ini. Dari Amr bin `Ash radhiyallahu `anhu, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

فَص�'لُ مَا بَي�'نَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَه�'لِ ال�'كِتَابِ أَك�'لَةُ الس�`َحَرِ

"Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dan puasa ahlul kitab terletak pada makan sahur." (HR. Muslim).

Orang ahli kitab ketika berpuasa, mereka makan sahur sebelum pertengahan malam dan mereka tidak makan sahur sama sekali. Kaum muslimin diberi keutamaan dalam berpuasa iaitu diberi kemudahan untuk makan sahur.


Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam juga melarang untuk meninggalkan sahur, di mana beliau shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

الس�`َحُورُ أَك�'لُهُ بَرَكَةٌ فَلاَ تَدَعُوهُ وَلَو�' أَن�' يَج�'رَعَ أَحَدُكُم�' جَر�'عَةً مِن�' مَاءٍ فَإِن�`َ الل�`َهَ عَز�`َ وَجَل�`َ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَل�`ُونَ عَلَى المُتَسَح�`ِرِينَ

"Sahur adalah makanan yang penuh berkah. Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat bershalawat kepada orang-orang yang makan sahur." (HR. Ahmad. Dikatakan hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami')


Dan sangat dianjurkan untuk mengakhirkan waktu sahur hingga menjelang fajar. Hal ini dapat dilihat dalam hadits Anas dari Zaid bin Tsabit bahawasanya beliau pernah makan sahur bersama Nabi shallallahu `alaihi wa sallam, kemudian beliau shallallahu `alaihi wa sallam berdiri untuk menunaikan shalat. Kemudian Anas berkata,"Berapa lama jarak antara azan dan sahur kalian?" Kemudian Zaid berkata,"Sekitar 50 ayat". (HR. al-Bukhari dan Muslim)

[2] Menyegerakan berbuka
Menyegerakan berbuka akan mendatangkan kebaikan. Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يَزَالُ الن�`َاسُ بِخَي�'رٍ مَا عَج�`َلُوا ال�'فِط�'رَ

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka." (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Menyegerakan berbuka juga bererti seseorang konsisten dalam menjalankan sunnah Nabinya shallallahu `alaihi wa sallam. Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

لَا تَزَالُ أُم�`َتِى عَلَى سُن�`َتِى مَا لَم�' تَن�'تَظِر�' بِفِط�'رِهَا النُجُو�'مَ

"Umatku akan sentiasa berada di atas sunnahku selama tidak menunggu munculnya bintang untuk berbuka puasa." (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Targib wa Tarhib).

Dan inilah yang ditiru oleh Syi'ah Rafidhah, mereka meniru Yahudi dan Nashrani dalam berbuka puasa iaitu baru berbuka ketika munculnya bintang. Semoga Allah melindungi kita dari kesesatan mereka. (Lihat Shifat Shoum Nabi, hal. 63)


Nabi kita shallallahu `alaihi wa sallam biasa berbuka puasa sebelum menunaikan shalat maghrib dan bukanlah menunggu hingga shalat maghrib selesai dikerjakan. Inilah contoh dan akhlaq dari suri tauladan kita shallallahu `alaihi wa sallam. Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu `anhu berkata,

كَانَ رَسُولُ الل�`َهِ -صلى الله عليه وسلم- يُف�'طِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَب�'لَ أَن�' يُصَل�`ِىَ فَإِن�' لَم�' تَكُن�' رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِن�' لَم�' تَكُن�' حَسَا حَسَوَاتٍ مِن�' مَاءٍ

"Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam biasanya berbuka dengan ruthob (kurma basah) sebelum menunaikan shalat. Jika tidak ada ruthob, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan meminum air putih." (HR. Abu Daud, dikatakan hasan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho'if Sunan Abu Daud). Hadits ini menunjukkan bahawa ketika berbuka dianjurkan berbuka dengan kurma (rothb atau tamr) sebagaimana yang beliau shallallahu `alaihi wa sallam lakukan.

[3] Berdo'a ketika berbuka

Perlu diketahui bersama bahawa do'a ketika berbuka adalah salah satu do'a yang mustajab dan tidak akan ditolak. Maka berdo'alah dengan penuh keyakinan bahawa do'amu akan dikabulkan. Nabi shallallahu `alaihi wa sallam bersabda,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَد�`ُ دَع�'وَتُهُمُ الإِمَامُ ال�'عَادِلُ وَالص�`َائِمُ حِينَ يُف�'طِرُ وَدَع�'وَةُ ال�'مَظ�'لُومِ

"Ada tiga orang yang do'anya tidak ditolak : [1] Pemimpin yang adil, [2] Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, [3] Do'a orang yang terdzolimi." (HR. at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Ibnu Majah. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho'if Sunan Tirmidzi)


Do'a ketika berbuka adalah sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar radhiyallahu `anhuma bahawa dulu Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam ketika berbuka beliau membaca :

ذَهَبَ الظ�`َمَأُ وَاب�'تَل�`َتِ ال�'عُرُوقُ وَثَبَتَ الأَج�'رُ إِن�' شَاءَ الل�`َهُ

"Dzahabadh dzoma'u wabtallatil `uruqu wa tsabatal ajru insya Allah (ertinya: Rasa haus telah hilang dan urat-urat telah basah, dan pahala telah ditetapkan insya Allah)" (HR. Abu Daud. Dikatakan hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho'if Sunan Abi Daud)

[4] Memberi makan orang berbuka
Para pembaca sekalian, beri makanlah kepada orang yang berpuasa kerana ini akan mendatangkan pahala dan kebaikan yang melimpah ruah. Lihatlah apa yang Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam sabdakan,

مَن�' فَط�`َرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِث�'لُ أَج�'رِهِ غَي�'رَ أَن�`َهُ لاَ يَن�'قُصُ مِن�' أَج�'رِ الص�`َائِمِ شَي�'ئًا

"Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga." (HR. at-Tirmidzi dan dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho'if Sunan Tirmidzi)

[5] Memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan
Di antara petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam adalah memperbanyak pelbagai macam ibadah di bulan Ramadhan. Jibril `alaihis sallam biasa membacakan Al Qur'an kepada beliau shallallahu `alaihi wa sallam di bulan Ramadhan. Dan apabila Jibril menemui Nabi shallallahu `alaihi wa sallam, terlihat bahawa beliau shallallahu `alaihi wa sallam adalah orang yang paling suka memberi bagaikan hembusan angin. Beliau shallallahu `alaihi wa sallam adalah sebaik-baik manusia yang paling banyak bersedekah, berbuat ihsan (kebaikan), membaca Al Qur'an, shalat, dzikir dan i'tikaf. (Zadul Ma'ad, II/29, Ibnul Qayyim, , Mawqi'ul Islam-Maktabah Syamilah)


Alhamdulillahilladz i bi ni'matihi tatimmush sholihaat, wa shallallahu `ala nabiyyina Muhammad wa `ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Terima Kasih 5 AsSyafie 2009


Terima Kasih semua

Semalam saya menerima hadiah sempena ulang tahun saya dari bekas pelajar saya. Kejutan kalian membuatkan saya terharu dan meras begitu dihargai. Apa pun kalian sememangnya anak didik yang terbaik pernah saya perolehi. Pesanan untuk kalian dari PAPA semoga kalian lebih cemerlang menempuh dunia realiti yang sebenar dan berjaya dalam SPM 2009. PAPA merindui kalian semua. Terima Kasih atas sumbangan hadiah itu. Wassalam

7 Ogo 2009

Sah babi punca H1N1



WASHINGTON 23 Mei – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.‘‘Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi,’’ katanya kepada pemberita melalui telefon.Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut.Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini.Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.‘‘Kami boleh mengenal pasti dari mana setiap gen itu berasal,’’ kata Cox.Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri.

3 Ogo 2009

Bacalah doa ini buat menghadapi H1N1

Bacalah doa ini



بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim


[Dengan nama Allah yang dengan namanya, tidaklah memudharatkan segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.( 3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya."

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim,