Menjana Generasi al-Quran Terbilang Di Dunia dan Akhirat
Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022
Contoh Soalan KKQ Ting 1-5
MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5
MAKDIS
Fail Panitia Dan Buku KKQ
Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab
Kajian Tindakan PAI
2 Sep 2009
SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?
SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?
pada anda, manakah antara dua ini yang adil, dan mana yang zalim??
SEBAT PEMINUM ARAK : HUDUD ATAU TA’ZIR?
Apabila seseorang disabitkan kesalahan bahawa dia memang minum arak, maka hukuman yang dikenakan kepadanya adalah sebat.
Dalam hadis, didapati sebat terhadap pesalah minum arak ada dua keadaan, iaitu 40 kali sebatan dan 80 kali sebatan.
Memandangkan dalam dua keadaan ini, menyebabkan lahirnya tiga pendapat ulama tentang sebat terhadap pesalah arak.
Pertama :
hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 40 kali sebatan. Dibenarkan menaikkan bilangan sebatang sebanyak 80 kali sebagai ta’zir.
Golongan ini didokong oleh As-Syafie,, Imam Ahmad dan Abu Sur.
Kedua:
Hukuman pesalah arak adalah hudud, dengan 80 kali sebatan.
Golongan ini didokong oleh Abu Hanifah dan Imam Malik.
Ketiga:
Hukuman pesalah arak adalah ta’zir. Terpulang kepada kebijaksaan pihak kerajaan Islam menentukan hukuman pesalah arak.
Golongan ini didokong oleh satu riwayat dari Hanabilah dan satu pendapat dari mazhab As-Syafie.
DALIL
PERTAMA;
Dalil-dalil golongan yang mengatakan hukuman pesalah arak adalah hudud dengan 40 kali sebat adalah seperti berikut;
1- hadis;
Abu Said Al-Khudri menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengenakan hudud kepada pesalah arak dengan memukul sebanyak 40 kali dengan kasutnya.
2- hadis;
Anas bin malik meriwayatkan bahawa rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Lalu, baginda SAW memukulnya dengan 40 kali sebat dengan pelepah tamar. Anas bin Malik menyatakan, tindakan ini dilakukan juga oleh Abu Bakar.
ISTIDLAL
Dari kedua-dua hadis yang dikemukakan, terbukti bahawa hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ia merupakan hukum hudud. Hal ini merujuk kepada tindakan Nabi SAW dan Abu Bakar.
Adapun penambahan sebanyak 40 kali sebat sehingga menjadi 80 kali sebat seperti yang berlaku pada zaman Omar, itu merupakan ta’zir.
Justeru, kepada pemerintah Islam, hukuman yang hendaklah dikenakan kepada pesalah arak adalah 40 kali sebat. Ini adalah bilangan yang minimum. Pun begitu, jika mahu menambah 40 kali sebat lagi sehingga menjadi 80 kali sebat, maka itu dibenarkan kepada pihak kerajaan Islam, kerana ia merupakan ta’zir, sepertimana yang berlaku pada zaman Omar.
KEDUA;
Golongan kedua adalah golongan menyatakan hukuman pesalah arak adalah 80 kali sebat. Ia merupakan hudud.
Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;
1- hadis;
Sur bin Zaid Ad-Daili meriwayatkan bahawa Omar didatangkan seorang lelaki yang minum arak. Ali bin talib menyatakan, “aku berpandangan, orang yang minum arak dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Ini kerana, orang yang minum arak, adalah mabuk. Apabila dia mabuk, maka dia meracau. Apabila dia meracau, maka dia akan mengarut” makanya, Omar pun menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kepada peminum arak.
2- Hadis;
Dalam riwayat Abu Daud, dinyatakan bahawa Omar bertanya pandangan Abdur Rahman bin Auf tentang hukuman yang dikenakan kepada pesalah arak. Abdur Rahman bin Auf berkata, ”aku berpandangan bahawa dijadikan kepada pesalah arak seringan-ringannya sebanyak 80 kali sebat”
ISTIDLAL
Keputusan Omar itu dihadiri oleh sebilangan sahabat yang besar. Tindakan itu tidak ditentang oleh sahabat nabi yang lain. Justeru, ia merupakan ijmak.
KETIGA;
Golongan ketiga berpendapat, hukuman terhadap pesalah arak bukanlah hudud; iaitu tidak ditetapkan secara khusus hukuman yang dikenakan kepadanya. Malah, ia merupakan hukuman ta’zir; dibenarkan kepada pihak pemerintah islam untuk menentukan hukumannya.
Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;
1- Hadis;
Abdur Rahman bin Azhar R.A meriwatkan bahawa Rasulullah SAW didatangkan seorang lelaki yang melakukan kesalahan arak. Ketika itu, mereka berada di Hunain. Nabi SAW mengambil tanah dan melemparkan kepada wajah pesalah arak itu. Lalu Nabi SAW menyuruh para sahabat melakukan hukuman terhadapnya.
Ada dari kalangan sahabat yang memukulnya dengan kasut. Dan ada yang memukulnya dengan tongkat dan sebagainya.
ISTIDLAL
Dari hadis yang dikemukan ini, didapati bahawa Nabi SAW tidak menentukan bilangan khusus terhadap pesalah arak. Ada ketika, nabi SAW menyuruh sahabat memukul tanpa menentukan bilangan khusus.
Dalam hadis yang lain pula, didapati Nabi SAW dan Abu Bakar mengenakan hukuman terhadap pesalah arak sebanyak 40 kali. Dalam hadis lain pula, didapati Omar bin Al-Khattab menentukan bilangan sebat kepada pesalah arak sebanyak 80 kali.
Justeru, dapat difahami bahawa hukuman ini tidak ditetapkan bilangan khusus, menandakan ia merupakan ta’zir, bukan hudud. Ini kerana, hudud adalah satu ketetapan dari Allah dan rasul, tanpa ada pertikaian pun
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan