SEMALAM TERIMA EMAIL YANG MENYENTUH HATI. MMG ITU REALITI SEJAK BERTAHUN-TAHUN MENYAMBUT HARI GURU
From: ummu_dijah To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com Sent: Tuesday, May 18, 2010 8:21 AMSubject: [sim] CORETAN : Erti sebuah hari guru. Kelmarin hari guru. Bertahun-tahun juga aku meraikan bersama mereka yang bertukar ganti setiap tahun. Hari guru padaku adalah hari mengajar pelajar menghargai guru mereka. Mendoakan pelajar menghindari hiprokrasi dan bersifat jujur dalam memberi dan menghargai. Kadangkala mereka menonjolkan sikap terlalu telus. Seorang kawan guruku telah ditegur pelajar terhadap akademiknya, guru tersebut diminta supaya cermin diri. Tersentap kawanku itu. Namun dalam nada bergurau sambil bercerita dengan kawan-kawan. Dia akan balik cermin diri.Minggu lepas aku melobi pelajarku supaya ikhlas dalam memberi. Berilah rm1 seorang supaya dapat beri hadiah kepada cikgu-cikgu yang mengajar kelas kamu. "Sebelas orang semuanya tidak termasuk saya" kataku. Penolong ketua kelasku yang rajin dan baik berusaha mengutip duit pelajar kelasku. Akhirnya dia berjaya mengutip rm19 walaupun ada 41 orang pelajar di dalam kelasku. "Takpe , itu dah cukup, awak beri rm10 kepada cikgu yang minta kepada setiap kelas dan selebihnya bagi saya. Saya akan beli apa-apa hadiah untuk cikgu-cikgu yang mengajar kelas kamu. Esok semasa hari guru kamu jumpa saya pagi-pagi dan serahkan hadiah tersebut pada cikgu-cikgu"Petang hari guru, aku ke kedai 2 ringgit untuk membeli 11 hadiah. Semuanya bernilai hampir rm50. Anak dan suami ketawakan aku kerana cikgu yang belikan hadiah hari guru. Aku kata takpelah, anak muridku adalah pelajar kelas yang ke 3 dari belakang. Kelasku ada ramai pelajar bermasalah disiplin, kaki ponteng kelas, ponteng sekolah dan merokok. Lagipun mereka bukan dari latarbelakang berduit. Ada yang anak yatim, ibu tiada, bapa tiada, bapa bercerai, bapa kawin lain, bapa tidak bekerja (berapa banyak bapa daa..) dan ada yang beritahuku tak tahu bapa pergi mana.Aku ingin supaya cikgu-cikgu yang mengajar kelasku mendoakan kejayaan anak didik mereka. Merasa mereka dihargai dan disayangi walaupun pelajar kelasku agak nakal.Hari ini apabila sekolah mengadakan sambutan hari guru, ramai pelajar yang tidak hadir. Guru mcm syok sendiri. Tiada ucapan selamat hari guru atau apa-apa tanda ingatan. Hanya ada beberapa persembahan pelajar dan jamuan yang diatur oleh kelab guru. Aku rasa kecewa sedikit. Tidak terlalu kecewa kerana telah lali dan bertahun-tahun hari guru diraikan sebegitu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan