BAHAN PEPERIKSAAN KKQ 2014

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah 5 Ibnu Sina 2014

Kemahiran al-Quran

Soalan KKQ Ting 1- 5

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

Pendidikan Islam Ting1 & Ting 2

Latih Tubi Bahasa Arab

Kajian Tindakan PAI

Rancangan Tahunan PI & PSI

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Contoh Pamplet Hari Kebesaran Islam

Sistem borang Claim

Kamus Jawi

Sofware

Koleksi Ceramah MP3 (New)

6 Ogo 2010

RENUNGAN : Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS


Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS

Aduhaiiii... . Nampaknya MELAYU menjadi JUARA lagi dalam hal-hal negatif... Well done, Malays!


Menurut berita yang ditulis oleh Mohd. Rafie Azimi di UM 06/08/2010 :

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih dadah yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu.

Lebih menyedihkan katanya, daripada 9 kes HIV/AIDS yang dikesan, 6 daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata 3 kematian setiap hari.

"Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula dengan cuma empat kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan sehingga penghujung 2009. Sebanyak 71.8% atau 62,975 daripada kes itu terdiri daripada individu Melayu diikuti Cina (14.6%) dan India (8%). Ia menunjukkan betapa serius gejala itu di kalangan masyarakat Melayu negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 60% ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami.

"Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang membawa maut. Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah menjadi yatim piatu. Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa kesan sosial yang besar kepada anak itu. Ia secara tidak langsung turut merugikan negara," katanya.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

"Pencegahan merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada ubat dan vaksin yang mampu membunuh virus HIV. Apa yang ada hanyalah ubat untuk menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia memerlukan belanja yang besar sehingga mencecah ribuan ringgit setahun," ujarnya.

Rujuk : UM 06/08/2010








__,_._,___

Tiada ulasan:

Solat Hajat Perdana 2011/1432

Majlis Khatam Al-Quran 1432

Tahsin al-Quran 2008 1

Tahsin al-Quran 2008 2

Kenangan Tahsin Al-Quran 2008

Marhaban SMKSA 2008 (Bacaan Rawi)

Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak 2008

Interview Muhammad Ahmad Zahid

Naib Johan anti-Dadah Negeri Perak 2008

Nasyid Anti Dadah Kebangsaan 2008 - Perak (Soutul Imtiaz) [part1]

Jariah

Sekitar Kem Ibadah 2008 Bhgn 1

Kem ini telah diadakan pada hari Sabtu 19 Julai 2008 yang lalu. Bertujuan mendekatkan para pelajar kepada penghayatan Islam kepada Islam sebagai sebuah agama yang menjurus kepada ibadah.Bermula dari jam 7:30 sehingga 4:30 ptg. semoga pserta yang terlibat mendapat input yang baik dan memberi kesan kepada ibadah seharian mereka.

Sekitar Kem Ibadah 2008 Bhgn 2

Antara program yang dijalankan semasa Kem Ibadah ini adalah Celik al-Quran, klinik Solat,Ice Breaking dan Explore race.

Kelas Kemahiran al-Quran 2008

Sekitar gambar di MTQ Daerah Hilir Perak 2008

Sekitar Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri 2008

Sekitar Marhaban DiASTRO 2008

Satu Pertandingan Marhaban telah diadakan di Pusat membeli belah Jusco Ipoh. Pasukan Marhaban SMKSA telah menyertai pertandingan tersebut. oleh kerana persaingan yang begitu sengit pasukan SMKSA hanya mampu menduduki tempat ketiga dari enam pasukan yang bertanding. tahniah buat mereka. Semoga mereka terus maju dan berkembang dengan lebih pesat di masa akan datang.

Marhaban SMKSA

Nasyid SMKSA Perempuan

Nasyid SMKSA Lelaki

Kursus Pengurusan Jenazah 2007

Abd Al Basit Abd As Samad

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN SMKSA CHENDERONG BALAI