Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

27 Okt 2010

Penjagaan Kain Baju



--
 ( Gambar Hiasan )

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

* Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
* Campurkan dengan air.
* Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
* Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian
1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik
1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip
jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

* Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
* Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
* Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.__,_._,___

20 Okt 2010

Lelaki Nikahi Dua Perempuan dalam Waktu 24 Jam [3 Attachments]



http://www.banjarmasinpost.co.id/photo/2010/10/72c23df141e5a654cddc40f935671f1f.jpg

http://www.tribunnews.com/foto/berita/2010/10/18/article-0-0BA71534000005DC-905_468x374.jpg
Humaira Qasim (28), duduk di sebalah kanan bercadar, sedang bersiap-siap menyambut calon mempelai lelaki
http://www.tribunnews.com/foto/berita/2010/10/18/article-0-0BA7E643000005DC-147_233x380.jpg
Azhar Haidri sedang siap-siap menuju ke rumah calon mempelai wanita

Seorang lelaki dilema di antara dua hati. Dalam kurun waktu 24 jam, ia harus menikahi dua wanita. Alasannya, wanita pertama adalah yang ia cintai sementara wanita keduaadalah calon yang dipilihkan keluarga untuknya.

Lelaki asal Pakistan bernama Azhar Haidri dan berusia 23 tahun ini awalnya menolak menikahi Humaira Qasim (28), perempuan yang dijodohkan dengannya sejak ia masih kanak-kanak. Pasalnya, ia sudah jatuh cinta dengan Rumana Aslam, perempuan berusia 21 tahun.

Namun, keputusan menolak perjodohan boleh merusak hubungan keluarga terutama di Pakistan yang masih memberlakukan hal tersebut. "Saya memberikan tawaran untuk menikahi keduanya dan mereka sepakat," katanya.

Hari ini ia akan menikahi Qasim di Kota Multan dan esoknya ia akan menikahi Aslam. sejumlah television Pakistan meliput pesta pernikahan ini terutama setelah mendapat perhatian di negara itu. Kedua perempuan itu mengatakan berkompromi adalah jalan keluar dan akan hidup bersama seperti kakak dan teman. "Saya bahagia karena kami mencintai orang yang sama," jelas Aslam.

Pakistan memperbolehkan poligami yang didasarkan pada konsep Islam dan di negara itu membolehkan memiliki empat istri. Namun, biasanya sang lelaki yang ingin mengambil istri baru harus mendapatkan izin dari istri tua dan umumnya setelah pasangan itu menikah selama bertahun-tahun. Haidri yang berprofesion sebagai tabib ini mengaku merasa beruntung.



Sumber: Daily Mail

Penulis : widyabuana
Editor : widyabuana

__,_._,___

10 Okt 2010

JANGAN hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.



6 Okt 2010

Anak Lebih Cerdas Dibimbing Ayah



 


Belajar dengan Papa



Belajar dengan Papa

Sebuah kesimpulan hasil penelitian terbaru di Amerika menunjukkan bahwa sang anak yang dibimbing hingga dewasa oleh ayahnya, kecerdasannya akan sedikit lebih tinggi. Mereka akan memperoleh prestasi yang lebih baik di sekolah, dan lebih mudah berhasil di masyarakat.

Setelah ahli menelitinya berpendapat, bahwa ayah mempunyai karakter yang lebih keras dalam segi mendidik anak.

Dalam hal membina watak atau mutu pada anak, dan mengembangkan bakat-bakat dalam segi apa saja, dalam benak ayah umumnya mempunyai rencana. Harus bagaimana, dan prasyarat apa saja yang diperlukan, adalah lebih jelas dan terarah, sedangkan ibu agak kurang dalam segi-segi tersebut. Majoriti ibu mempunyai harapan yang agak tinggi terhadap anak, namun dalam pendidikan secara nyata, ibu acap kali menunjukkan rancangan yang semu.

Dilihat dari isi pendidikan, dalam penyampaian wawasan pengetahuan, dan dari segi wawasan pengetahuan umumnya pengetahuan seorang ayah lebih luas dibanding ibu, lagi pula dalam sejarah, ilmu bumi, dan filsafat, sang ayah selalu lebih luas  dibanding ibu.

Oleh sebab itu, yang semakin banyak diceritakan sang ayah pada anak adalah kisah tentang sejarah, adat istiadat berbagai daerah, tokoh pahlawan dan lain sebagainya. Sebaliknya seorang ibu, biasanya hanya menceritakan kisah dongeng pada si anak, dan mengenai cerita yang berkaitan tentang sejarah, ilmu bumi dan filsafat agak kurang diceritakan, dan ini dalam membuka medan penglihatan maupun pengetahuan secara luas pada anak akan kurang baik.

Dalam membimbing kebiasaan hidup sehari-hari, ayah mendidik anak harus mandiri dan tegas, memiliki mental yang berani dan jiwa petualangan. Mereka (sang ayah) menyuruh si anak turut serta memperbaiki peralatan elektronik rumah yang simple,dan menyuruh si anak agar berani belajar naik basikal, membawa mereka mendaki gunung, lomba lari.

Sedangkan ibu selalu hanya berfikir melindungi si anak, dan ketika si anak mengikuti beberapa program yang mengandung risiko serta suatu hal yang rumit, mereka (sang ibu) selalu merasa cemas atau khawatir si anak tidak hati-hati akan mengalami kemalangan, atau kepenatan.

Disimak dari pola pendidikan, umumnya ayah akan mendorong semangat si anak untuk berpfkir dan mengerjakannya sendiri, sedangkan ibu lebih suka membantu si anak mengerjakan hal yang dapat mereka kerjakan sendiri. Tuntutan irasional yang dikemukakan ayah terhadap si anak, umumnya lebih keras dalam bersikap, sedangkan ibu acap kali lemah lembut.

Apabila ayah membawa si anak berjalan-jalan, benda seperti makanan kecil jarang dilihat, sebaliknya kalau sang ibu membawa si anak jalan-jalan, yang sering dilihat makanan itu. (Erabaru/eb)

__._,_.___

__,_._,___