Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan warga SIM. Selamat berhari selasa, moga hari ini lebih baik daripada semalam.dan syukur kerana kita masih diberikan anugerah paling baik utk kita iaitu nafas utk meneruskan hidup.
Pagi ini saya teringat , saya belum membalas email daripada seorang sahabat SIM yg meminta pendapat tentang hubungan kasih yg terputus ditengah jalan. saya menjawab email tersebut di SIM kerana saya tidak mampu membalas setiap email peribadi. Jadi saya harapkan jawapan saya ini bukan saya dapat memberikan jawapan kepada pengirim email, tapi juga utk mereka yg mengalami nasib yang sama.
Bila seorang wanita mencintai seorang lelaki, kalau boleh semua yang ada padanya ingin diserahkan kepada lelaki tersebut. Rasanya kalau boleh dipetik bintang di langit pun, seorang wanita sanggup melakukannya demi kekasih yg dicintai. (Maaf, saya bukan berat sebelah, tetapi saya seorang wanita, saya lebih faham hati wanita.) Seorang wanita selalunya memberikan sesuatu kepada kekasihnya kerana dia menyayangi lelaki tersebut.bukan kerana dia ingin disayangi.
Setiap wanita pasti berharap agar dapat hidup bersama dengan lelaki yg dicintainya dari dunia hingga ke syurga. Walaupun syurga dan neraka itu bukan hak kita utk menentukannya. Kita cuma boleh berusaha utk ke syurga, tetapi yg akan menentukannya adalah Allah s.w.t. Tetapi andaikata, cinta kita putus di tengah jalan kerana tentangan org tua atau masalah2 lain....redhalah dengan keputusan Allah. redhalah dengan takhdir Allah. Kenapa perlu redha. kita kan dah berjanji dgn ALLAH ' Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Ta'ala."
Kita mencintai lelaki itu separuh mati pun...tapi kalau Allah tak izinkan kita menjadi hak dia, tak menjadi isteri dia, terimalah takhdir itu kerana setiap takhdir pasti ada hikmahNya. Cepat atau lambat kita akan dapat melihat apakah hikmah tersebut. Yakinlah, apa yang ALLAH berikan kepada kita itu adalah yg terbaik utk kita. Allah tidak akan memberikan apa yg kita mahu, tetapi Allah akan berikan apa yg kita perlukan.
Saya tak puas hati kalau menulis tanpa cerita sebenar. Jadi biar saya kongsi pengalaman saya sendiri..sebab saya lebih tahu perjalanan hidup sendiri bukan pengalaman hiduo org lain. Org yang mula2 saya suka dalam hidup saya ialah anak kepada sahabat ayah saya. waktu itu saya berumur 15 tahun. Dia banyk menolong saya ketika saya ingin mengambil SPM dan masa tu dia di MCKK tingkatan 6. Dia banyak memberikan nota2 utk saya tapi tidak ada ayat-ayat cinta apa pun selama berkawan dgn dia. Bila saya masuk ke Nilam Puri, Kelantan dia di UPM, Serdang. Masa itulah baru ada rasa cinta seorang remaja berusia 18 tahun dan 20 tahun. Tapi kami tak pernah berjumpa, kalau berjumpa pun hanya sewaktu menziarahi keluarga masing2.
1987 saya memasuki UM...dan di tahun akhir pengajian. Alhamdulillah masa tu memang dah dekat.sorang di lembah pantai dan sorang di Serdang. Tapi kami tetap tak pernah berjumpa. Hanya surat menjadi penghubung..(Bayangkanlah, masa tu tak ada handfon dan tak ada email, tak ada facebook, YM dan lain2). Waktu di UM, bukan tak ada yg ingin masuk meminang, tapi saya terus beritahu saya ada calon di UPM. Hujung tahun 88, kami merancang nak bertunang dan keluarga dia pun memang bersetuju sangat. Tapi di mana silapnya, ada ahli keluarganya yg memberitahu ayah saya bahawa dia adalah playboy di UPM.
Playboy macamana? Dia selalu bawa pelajar2 perempuan ke Port Dickson dgn motor besar dia. Dan ada sepupu perempuan di UPM juga turut menceritakan perkara yang sama kepada saya. Tapi saya tidak ada rasa nak marah pun, sebab saya tahu perkara itu mungkin boleh berlaku. Tapi arwah nenek sebelah saya betul2 marah bila dapat tahu dn katanya, "pilih antara tok atau dia." Ayah saya cuma menyampaikan kata dua dari nenek manakala arwah ibu tidak berkata apa-apa. Akhirnya saya memilih nenek saya, kerana sudah terlalu banyak kasih sayang nenek kepada saya, walaupun yg membesarkan saya adalah datuk dan nenek sebelah arwah ibu. Kenapa?
Sebab, ustaz2 saya di Nilam Puri selalu mengajar saya, "Keredhaan Allah hanya ada bersama keredhaan ibubapa." Bagi saya, datuk dan nenek adalah seperti ibubapa saya juga. Takkan tak sedih bila semua yg dirancang tiba2 terputus di tengah jalan dan alasan yg diberikan cuma "Kita tak ada jodoh." Hidup mesti diteruskan. (Saya paling menentang kawin lari)
dua tahun selepas itu saya bertemu dengan suami saya. kenal seminggu bertunang, bertunang sebulan terus nikah ketika saya berusia 23 thn dn dia 30 thn. Suami saya mungkin tidak terlalu memenuhi ciri-ciri suami yg saya inginkan, romantik, caring... Tapi suami saya adalah lelaki yang telah banyak berkorban utk kejayaan saya. Berpisah selama setahun ketika saya di univ.of London utk kursus sarjana undang2. dan berkorban cuti tanpa gaji selama 3 tahun ketika saya melanjutkan pelajaran ke peringkat phd di university of Birmingham.
Allah tidak memberikan apa yang saya inginkan, tetapi Allah memberikan apa yg saya perlukan. Tanpa pengorbanan suami saya, saya tidak akan sampai ke mana. Allah memberikan apa yg terbaik utk kita dengan syarat bila kita memilih bakal suami atau isteri, letakkan agama sebagai faktor nombr satu. bukan kecantikan atau kekayaan atau pangkatnya. suami saya berhak mengatakan tak boleh ke luar negara utk belajar. tapi dia berkorban kerana itu janji dia kepada saya ketika saya memilih dia sebagai suami. mungkin sebab kami sama-sama dari keluarga yg susah, maka dia tahu betapa pentingnya pelajaran dan ilmu utk masa depan.
maafkan saya kalau ada yg rasa, dr fauziah tak malu ke cerita pengalaman macam ni? Saya jenis manusia yg tidak suka hanya pandai berkata-kata tetapi tidak buat apa yg saya cakapkan atau nasihatkan. dan dari cerita ini saya dah buktikan saya telah lalui ujian cinta yg tidak kesampaian. saya telah teruskan hidup dan yakin bahawa segala ujian ALLAH adalah rahmat utk kita. dan saya cukup yakin bahawa redha Allah itu ada bersama redha ibubapa. jadi jikalau teman lelaki atau teman wanita anda terpaksa memtuskan hubungan sebab tentangan ibubapa, terima lah dengan redha.
Semoga sahabat SIM yg mengirimkan email peribadi kepada saya faham apa makna cerita saya ini. Belajarlah redha dengan takdir Allah, jgn berputus asa dengan rahmat ALLAH dan yakinlah apa yg Allah berikan kepada kita adalah yg terbaik utk kita.
Maafkan saya kalau ada kata2 yg menyakiti hati sesiapa.
"CINTA TAK SEMESTINYA BERSATU"
wassalam Dr Fauziah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan