Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

29 Jun 2011

INFO : Khasiat pisang


Khasiat pisang


Pisang bantu elak morning sickness


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pokok pisang yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sememangnya ditanam untuk buahnya yang dijadikan makanan. Selain itu, pokok pisang juga ditanam untuk penghasilan serat untuk digunakan dalam industri tekstil dan juga tujuan hiasan.

Pada mulanya, pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam. Ði Malaysia, kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.

pokok pisang hijau


pokok pisang merah


Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna merah jambu. Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buahnya, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning.

Pisang daripada jenis 'apple' adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8 hingga 10 sentimeter. Buah jenis inilebih cepat matang dan ia berwarna kuning. Pisang daripada jenis 'baby' pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6 hingga 8 sentimeter. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis yang paling manis dalam keluarga pisang.

pisang hijau / kuning



pisang merah dari sumber irl-lis


pisang merah


Buah pisang yang berwarna kuning banyak dimakan oleh penggemar pisang. Ia adalah cantuman antara pokok pisang hijau dan merah daripada spesies Musa acuminate atau hibrid Musa x paradisiacal.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandunga serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisangn amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Pisang mampu buat anda gembira

Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Melegakan sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang , ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Arkib Ophthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36%) pembentukan kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMÐ) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan pada orang dewasa.

Menguatkan tulang

Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.

Mengurangkan risiko pembentukan penyakit

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.

Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.

Melegakan pedih ulu hati dan 'morning sickness'

Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah 'morning sickness'.

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.

Merangsang otak

Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

Penampilan menawan

Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah pisang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

__,_._,___

INFO : Belanda Akan Larang Penyembelihan Islami



Perlakuan terhadap hewan sebelum disebembelih menjadi isu sensitif di Belanda

Perlakuan terhadap haiwan sebelum disembelih menjadi isu sensitif di Belanda

Warga Muslim dan Yahudi di Belanda mungkin tidak akan boleh lagi bebas untuk menyembelih haiwan mengikuti aturan agama mereka jika undang-undang baru yang melarang ritual penyembelihan berdasarkan ajaran agama mereka diterima.

Berdasarkan undang-undang yang dinilai kontroversial oleh pemuka komuniti Muslim dan Yahudi, semua haiwan harus dipengsankan dahulu(stunned) sebelum disembelih untuk mengurangi rasa sakit.

Ketentuan ini bertolak belakang dengan konsep penyembelihan halal yang dianut banyak warga Muslim dan juga konsep kosher yang dipraktikkan umat Yahudi.

Setelah rancangan undang-undang itu diprotes oleh masyarakat Muslim dan Yahudi, suatu kompromi disepakati; mereka akan diperkenankan untuk mempertahankan ketentuan penyembelihan haiwan jika mereka boleh membuktikan bahwa cara yang mereka praktikan tidak mempeparah penderitaan haiwan.

Sebagaimana di banyak negara Barat, tukang potong haiwan di Belanda diharuskan untuk membuat pengsan haiwan sebelum penyembelihan.

Namun, selama ini tukang potong haiwan dari kalangan Muslim dan Yahudi mendapat perkecualian atas dasar kebebasan beragama.

Dengan demikian, mereka boleh menyembelih haiwan yang masih-masih benar sadar dengan memotong pembuluh arteri di leher mereka dengan pisau yang sangat tajam, seperti yang dipraktikkan di banyak negara Muslim.

Konsesi

Majoriti ahli politik parlimen Belanda kini sepakat bahwa kebebasan beragama tidak boleh menjadi alasan pembenar untuk membiarkan haiwan mengalami keadaan yang mereka pandang sebagai penderitaan tidak perlu.

Yahudi dan Muslim berkeyakinan bahwa cara penyembelihan mereka kurang menyakitkan daripada stunning.

Setelah berbulan-bulan debat, konsesi akhirnya diajukan.

Konsesi itu menyebutkan masyarakat kedua agama akan mendapat waktu untuk mengajukan bukti bahwa haiwan yang disembelih dengan cara tradisional tidak mengalami rasa sakit yang lebih parah daripada yang dibuat pengsan sebelum disembelih.

Namun, kubu pendukung dan penentang undang-undang baru sepakat bahawa menemukan bukti semacam itu hampir mustahil, dan tukang potong haiwan halal dan kosher akan dilarang.

Kalangan lembaga-lembaga Muslim menyatakan larangan baru ini menjadi pertanda baru toleransi yang menipis terhadap Islam di Eropah.

Untuk menangani undang undang baru tersebut, warga Muslim dan Yahudi telah berencana untuk mengimport daging halal dan kosher dari beberapa negara tetangga Belanda, termasuk Belgium dan Jerman.


__,_._,___

PENDAPAT : Kita berada di zaman orang baik dipimpin oleh orang jahat


Apabila orang jahat hendak memimpin orang baik.
  1. Malang sekali pada zaman ini berlaku orang jahat hendak memimpin atau mendidik orang baik.
  2. Orang yang jahat hendak memulih orang baik.
  3. Orang yang zalim hendak menumpaskan orang yang adil.
  4. Orang yang rosak akhlak hendak memperbaiki orang yang baik akhlak.
  5. Orang yang lemah akidah hendak memperbaiki orang yang sudah baik akidahnya.

Kalau sudah berlaku perkara macam ini apa akan terjadi?
  1. Maka akan terjadilah orang baik yang banyak teraniaya.
  2. Orang jujur di musuhi.
  3. Orang yang benar di persalahkan.
  4. Orang yang ikhlas di pandang serong.
  5. Orang yang jujur tidak di sukai.
  6. Orang yang berkorban akan terkorban.
  7. Orang yang hendak cari kedamaian di anggap orang yang hendak menggugat keselamatan (ISA?).
  8. Orang yang hendak bersatu di anggap pemecah belah.
  9. Orang yang berakhlak mulia di musuhi.
  10. Orang yang pemurah tidak di gemari.
  11. Orang yang memperjuangkan kebenaran di anggap perosak dan pengkhianat.
  12. Siapa yang bersih hidupnya akan tersisih dan di pinggir.

Di waktu itu lah orang orang jahat mendapat tempat.
  1. Orang orang jahatlah yang akan menjadi kaya.
  2. Orang orang jahat lah yang akan berkuasa.
  3. Orang orang jahatlah yang akan tertonjol.
  4. Orang orang jahat lah yang akan di muliakan.
  5. Orang orang jahatlah yang akan dapat anugerah dan gelaran.
  6. Orang orang jahatlah yang akan senang
  7. Orang orang jahatlah yang akan tadbir negara
  8. Orang orang jahatlah yang akan menguasai dunia
Akhirnya keturunan orang yang baik akan jadi jahat.Kerana terpengaruh dengan orang jahat.Kalau tidak berbuat demikian tidak boleh hidup senang dan ketinggalan.


__,_._,___

12 Jun 2011

INFO : Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

The White Phosphorus

falluja Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Bom fosforus putih dilepaskan ketika Amerika menyerang Fallujah

2nw3k35 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

pic.php  Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.

.

Bagaimana ia berfungsi?

Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara

4553478993 c40273310d z 300x195 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

ATT860434 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.

israeli phosphorus bomb victim Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

white phosphorusbone Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

37hidden civilians Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

white phosphorus Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

hvidfosfor3 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

phosphorus bomb victim1 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

phosphorous victims Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

ogrish dot com israel lebanon conflict victim3 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

gaza new weapon molten head Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

white phosphorus victim afghanistan Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

White Phosphorus victim Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

white phosphorus41 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Depleted Uranium

Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.

Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di"attach" sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.

a23b3823feffc0a0398224c49a50 medium Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

uk iraq depleted uranuim.n Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Depleted Uranium Mortar Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar

depleted uranium penetrator Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).

Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.

Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.

depleted uranium baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

Depleted Uranium Baby.2 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

baby with 2 faces Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

DEPLETED URANIUM AFGANISTAN CHILD SMALL WEB COMPRESSED Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

depleted uranium1Adobe Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

999prologic999 babyalienfromkidzworlddotcom Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

DUbaby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

news image.jhtml Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

du baby Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

DU baby 1000 Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

No Child Left Behind Senjata Paling Kejam Israel dan Amerika

No Child Left Behind???

Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?

Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?

Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?

sabda Nabi SAW yang bermaksud, "barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka"._,_._,___

Fw: [sim] TAZKIRAH : Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat

Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat




Amalan bersedekah adalah jalan bagi mukmin mendekatkan diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. Amalan sedekah membawa kepada keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan apa juga harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa juga yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan." (Surah al-Baqarah: 271)

Perlu ditekankan, amalan sedekah yang dilakukan jangan sampai menimbulkan riak kerana perbuatan menunjuk-nunjuk sedekah melambangkan hati yang tidak ikhlas kepada Allah. Ingatlah Allah Maha Mengetahui gerak hati kita.

Islam menegah umatnya berpeluk tubuh dan menjadi penonton terhadap penderitaan orang lain. Menjadi kewajipan orang kaya, pemimpin masyarakat dan negara atau sesiapa saja yang berkemampuan untuk membantu sesama mukmin yang dalam kesusahan.

Jangan sekali-kali mempertikaikan sedekah atau bantuan yang diberikan orang lain kerana sikap membandingkan sedekah yang banyak dengan sedikit adalah bertentangan sama sekali dengan kehendak agama. Perbuatan sebegini secara tidak langsung akan menghapuskan pahala sedekah, malah membawa kepada kemurkaan Allah. Sepatutnya, kita bangga melihat ada saudara kita yang mampu bersedekah dan menjadikan sikap murah hati itu sebagai motivasi untuk kita mengikuti jejak mereka.

Riak adalah pemusnah amal ibadah dan Rasulullah menyamakan riak sebagai syirik paling halus seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian Baginda ditanya mengenainya dan Baginda mengatakan, itulah riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, usahlah kita berkembang dada penuh bangga kerana paling banyak bersedekah dan membuat kebaikan.

Rasulullah SAW ada berwasiat yang antara lain katanya: "Benarlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemuliaan, ketinggian, kemenangan dan darjat di bumi. Maka sesiapa melakukan pekerjaan akhirat demi dunia, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Buatlah amal kebaikan dan bersama berlumba melakukannya serta menjaga keikhlasan hati supaya perasaan riak tidak dapat menyelinap masuk ke dalam hati.

Renung-renungkan....

Rujukan : Wan Mohd Ruzlan Wan Omar di BHarian 29/11/2010


Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
__,_._,___

INFO : Adab di masjid


Adab di masjid


Makmurkan masjid tanggungjawab orang beriman

Assalamualaikum warahmatullah,

Mungkin ramai yang tidak menyedari, terdapat adab ketika berada di masjid dan adab ini wajar kita praktikkan jika kita bercadang untuk ke masjid. Setiap Muslim perlulah memelihara adab yang disyariatkan berkaitan masjid. Apakah adab yang perlu diketahui oleh orang Islam dan bukan Islam mengenai masjid? Antara adab-adab masjid ialah :

1. Semasa berangkat ke masjid
  • Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala memasuki masjid. Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan. Bagi wanita tidak dibenarkan berlebih-lebihan dalam mengenakan wangi-wangian.
  • Sebelum ke masjid hendaklah membaca doa ke masjid seperti diajar Nabi SAW, antaranya: Allahummaj'al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam'i nuran, wa'an yamini nuran, wa'an syimali nuran, wa'an amami nuran, wa'an khalfi nuran, wafi 'ashabi nuran wafi lahmi nuran, wafi sya'ri nuran wafi basyari nuran (yang bermaksud: Wahai Tuhanku, jadikanlah cahaya pada hatiku, cahaya pada penglihatanku, cahaya pada pendengaranku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya di sebelah mukaku, cahaya di sebelah belakangku, cahaya pada uratku, cahaya pada dagingku, cahaya pada darahku, cahaya pada rambutku, dan cahaya pada kulitku.)
2. Ketika berada di kawasan masjid 
  • Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Masuk ke dalam masjid hendaklah mendahulukan kaki kanan dan keluar dengan mendahulukan kaki kiri.
  • Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa, "Ya Allah, bukakanlah untukku pintu Rahmat-Mu."
  • Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada orang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: "Selamat ke atas kami dan atas hamba Allah yang soleh."
  • Sebelum duduk, tunaikan solat dua rakaat solat tahiyyatul masjid apabila masuk masjid.
  • Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang ramai daripada memasuki masjid seperti di muka pintu.
  • Duduk dalam masjid dengan menghadap kiblat. Jangan bermundar-mandir dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di rumah Allah, maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk serta banyakkan berzikir dan bertasbih.
  • Berniat iktikaf selama duduk di dalamnya.
  • Memelihara kebersihan masjid dan tidak mengotorinya.
  • Jangan berbual dalam masjid mengenai hal keduniaan.
  • Jangan meninggikan suara dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-Quran. Tidak melakukan perkara tidak disukai syarak seperti bernyanyi, bertanyakan barang-barang yang hilang dan seumpamanya.
3. Ketika hendak meninggalkan masjid 
  • Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
  • Berniat untuk datang kembali.
  • Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk."
  • Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.
  • Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid diwakaf dan ia untuk kegunaan awam.

Demikianlah adab-adab di masjid yang perlu kita praktikkan. Kita lihat beberapa masjid yang besar, namun jemaahnya sangat menyedihkan. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 19 yang bermaksud: "Dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."

Ayat itu jelas menunjukkan bahawa usaha memakmurkan masjid mempunyai kedudukan di sisi Allah. Allah SWT dengan tegas menyatakan bahawa tugas memakmurkan masjid Allah hanya dilaksanakan oleh orang yang beriman. Maka orang yang tidak memakmurkan masjid bererti bukanlah orang yang benar-benar beriman.

Satu hadis yang menjelaskan mengenai keutamaan membangun masjid iaitu diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim daripada Usman, beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang membangun sebuah masjid untuk mencari keredaan Allah SWT, nescaya Allah SWT membangun untuknya sebuah rumah dalam syurga."

Bagi persoalan bagaimana cara untuk kita memakmurkan masjid? Antara cara yang dapat disenaraikan termasuk:
  • Mendirikan masjid di tempat dirasakan perlu untuk memudahkan umat Islam mendirikan jamaah. Hukum melaksanakan perkara ini adalah fardu kifayah.
  • Membantu dan menyokong masjid yang sudah didirikan.
  • Memuliakan masjid dengan tetap melakukan ibadat di dalamnya, menyebut Allah di dalamnya, sentiasa tetap didirikan solat berjemaah, mengadakan program ilmu seperti tazkirah, kuliah ilmu dan seumpamanya.
  • Menjaga adab dalam masjid seperti yang sudah diterangkan di atas.
Bagi mereka yang dilantik menguruskan masjid, hendaklah melakukan perkara yang memberi kebaikan kepada masjid seperti memperbaiki masjid, memastikan azan sentiasa dikumandangkan setiap kali masuk waktu solat, memastikan solat berjemaah sentiasa didirikan, 'mewangikan' masjid dan memasang lampu sekadar perlu lebih-lebih lagi setiap kali hari raya, menambah pendapatan wakaf masjid dengan berlaku jujur dan ikhlas dalam menjaga harta itu.

Pada masa sama, hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakas masjid, manakala pegawai masjid, imam, muazzin, tukang bersih dan seumpamanya hendaklah menjalankan tugas yang telah ditetapkan untuk mereka.


Dioleh-semula dari : Ustaz Zahazan Mohamed di BHarian 05/06/2011 
__,_._,___

2 Jun 2011

TAZKIRAH : Jangan ketawa berlebihan



 

Tazkirah: Larangan Ketawa Melampui Batas


Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. menyebut "Aku hairan orang yang tertawa dengan mulut yang terbuka penuh sementara ia tidak tahu apakah tuhan menyukai perbuatannya itu atau tidak".

Rasulullah sendiri tidak pernah ketawa berdekah-dekah, hanya tersenyum sahaja samada senyum kecil atau senyum lebar.

Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?"(Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).

"Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya".(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Rasulullah s.a.w. telah melihat dengan mata lendirnya sendiri Syurga dan Neraka semasa Mikraj. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja.

Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukan untuk seronok-seronok, main-main dan bukan untuk dapat wang atau harta. Penyampaian ceramah agama juga kenalah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah.

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah
 

__,_._,___