Menjana Generasi al-Quran Terbilang Di Dunia dan Akhirat
Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022
Contoh Soalan KKQ Ting 1-5
MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5
MAKDIS
Fail Panitia Dan Buku KKQ
Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab
Kajian Tindakan PAI
19 Dis 2012
Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!
Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!
Untuk penjelasan sila lihat blog Ustaz Abu Haseef [JazahulLahu Khaira]...di bawah ini:-http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/hentikan-menyambut-tahun-baru-masihi.html?spref=blFatwa Ulama':Haram Meniru Orang Kafir Menyambut Tahun Baru Masihi.Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba' wa al-Nahy 'an al-Ibtida' di bawah tajuk 'Bid'ah sambutan Tahun Baru Masihi' – berkata:"Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api".Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati diri umat Islam.Lihat Penjelasan Detail di:http://mufakkir-islami.blogspot.com/2010/12/hentikan-menyambut-tahun-baru-masihi.html?spref=blSila lihat juga:
Abu Anas Madani: Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!
16 Dis 2012
Didikan untuk anak-anak
Renungan bersama...
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak...Sabda Rasulullah s.a.w."Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
"Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"
9 Nov 2012
Jangan
Jangan..Jangan..Jangan
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat~
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan, Nanti rezeki kita dikongsi syaitan~
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna~
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan,Takut-takut kita mati dalam perjalanan~
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, Makruh dan mewarisi kepapaan~
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan, Nanti hati kita gelap diselaputi dosa~
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa~
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah~
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia~
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita, Nanti Kita sombong apabila berjaya, Kalau gagal kecewa pula~
- JANGAN bakhil untuk bersedekah, Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita~
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
- dan JANGAN lupa untuk berkongsi, demi manfaat semua, insyaAllah~
p/s : wallahua'lam, wassalam~
Tidak suka · · Follow Post · pada 4hb November pukul 7.44 pagi
25 Okt 2012
Amalan aidiladha
Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban. ..
A. Cara Melaksanakan Solat Aidil Adha
1. Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka'at (imam / makmum) kerana Allah Ta'ala.
.
.
2. Pada rakaat pertama:
a. Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah(اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong..b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A'laa atau Al-Khafiruun..c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa...3. Rakaat ke-dua:a. Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong..b. Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas..c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua. ..
KHUTBAH AIDILADHA
Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji.Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ ) manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian...
TAKBIR
Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan 'Allahuakbar'. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar..Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga 'Allahuakbar'.Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah..
Takbir Raya
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ - × 5/3
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh...Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya. ..
Adab Solat Sunat Hari Raya
1. Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha.2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir sejak Subuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).3. Makmum yang 'masbuq' harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudiantambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.4. Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai. Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk.5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa.6. Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam.7. Bila hari raya bertepatan dengan hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya sehingga cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja.8. Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat.
.
.
HIKMAH AIDILADHA
Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
22 Okt 2012
Hukum Wanita Menari
Ulama syafie berpendapat asal kepada hukum menari adalah harus. Ini adalah berdasarkan hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah:
جاء حبشة يزفنون في يوم عيد في المسجد فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبه فجعلت أنظر إلي لعبهم حتى كنت أنا التي أنصرف عن النظر إليهم
"Orang-orang habsyah datang menari pada hari raya di Masjid. Aku pun mengajak baginda saw melihatnya bersama. Aku meletakkan kepala di bahunya sambil melihat permainan mereka sehingga aku berpaling dari melihat mereka." (Hr Muslim – sahih)
Ulama Syafie mensyaratka pengharusan menari bagi lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada pergerakan lemah gemalai. Kalau ada pergerakan sedemikian , maka hukumnya haram kepada lelaki kerana seperti perbuatan khunsa dan perempuan dikhalayak lelaki kerana boleh membawa fitnah.
Adapun bagi mazhab hanafi, maliki, hambali dan al-Qaffal, mereka mengatakan asal hukum menari adalah makruh. Ini kerana menari adalah perkara yang hina dan menjatuhkan maruah. Mereka menyatakan hadis tarian orang habsyah itu adalah maksudnya bermain senjata. Ini berdasarkan hadis berikut:
ويلعبون عند رسول الله بحرابهم
"Mereka bermain tombak di hadapan Rasulullah saw." (Hr Muslim – sahih)
Hukum makruh adalah sekiranya tidak disertai perkara yang haram seperti minum arak, buka aurat dan sebagainya. Jika ada maka semuanya mengatakan haram.
Bila kita melihat kembali kepada soalan dan kejadian yang berlaku, bagaimana wanita yang lengkap menutup aurat menari dikhayak ramai.
Berdasarkan mazhab Syafie jelas ianya haram kerana ia terdapat gerakan lemah gemalai dan menggerakkan anggota yang menimbulkan fitnah seperti punggung.
Bagi mazhab lain kita lihat pada hukum wanita menari penuh lemah gemalai mengerakkan seluruh anggotanya termasuklah pinggulnya dihadapan lelaki . Kita melihat dari beberapa sudut:
1. Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul. Ini jelas dari hadis berikut:
وأمر امرأتك أن تجعل تحته ثوبا لا يصفها
"Perintahkan isterimu (Dihyah al-Kalbi) memakai pakaian disebalik pakaian luar supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya. (Hr Abu Daud, al-Baihaqi dan al-Hakim)
Dan juga hadis Nabi saw:
مرها فلتجعل تحتها غلالة ، إني أخاف أن تصف حجم عظامها
"Suruh isterimu meletakkan pakaian disebalik pakaian luar, kerana aku takut ia menampakkan bentuk tubuhnya." (Hr Ahmad)
# Menampakkan bentuk tubuh disebalik pakaian pun haram, bagaimana pula menggerakkan bahagian dada dan pinggul dihadapan lelaki?
2. Islam menegah wanita melunakkan suara berdasarkan Firman Allah swt:
فلا تخضعن بالقول
"Janganlah wanita itu melunakkan suaranya." (32 : al-Ahzab)
Tegahan melunakkan suara adalah untuk mengelakkan dari wanita itu menimbulkan fitnah. Kalau kita bandingkan perempuan yang melunakkan suara dihadapan kita lelaki dan wanita yang menutup aurat melenggokkan dada dan pinggulnya. Mana yang lebih menimbulkan fitnah?
3. Islam telah menegah wanita menghentak kakinya dihadapan orang lelaki
Firman Allah swt:
ولا يضربن بأرجلهن
Imam Qurtubi mentafsir ayat ini "Jangalah wanita itu menhentak kakinya ketika berjalan untuk memperdengarkan bunyi gelang kakinya. Memperdengarkan bunyi perhiasan adalah seperti menunjukkan perhiasan (aurat) malah lebih dahsyat. Tujuannya adalah melindungi."
Imam az-Zujaj berkata "Mendengar bunyi perhiasan (gelang kaki) lebih menaikkan syahwat dari menunjukkan perhiasan"
# mana lebih yang lebih menaikkan syahwat? Perempuan yang mendengarkan bunyi perhiasannya atau yang melengang lenggok tubuh badannya dihadapan orang lelaki?
Kesimpulan: Jelas sekali wanita menari dengan lemah gemalai dan meliukkan tubuh badannya adalah perkara yang ditegah sama sekali. Menontonnya adalah dilarang berdasarkan Firman Allah:
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم
"Katakan kepada orang beriman hendaklah menjaga pandangan mereka." (30 : an-Nur)
Nabi saw bersabda:
والعينان زناهما النظر
"Dan zina dua mata adalah melihat perkara yang diharamkan."
(Hr Bukhari dan muslim)
Menganjurkan perkara yang haram juga dilarang. Mengupah wanita untuk menari sebegini juga dilarang. Pengarang kitab Mausu'ah Kuwaitiah berkata:
"Tidak ada khilaf dikalangan ulama mengatakan bahawa mengupah terhadap perkara yang haram adalah haram."
Adapun orang yang menghadirinya adalah hukumnya jelas dari apa yg disebut didalam kitab مغني المحتاج:
"Dan sekiranya kehadiran seseorang itu ke majlis tidak menghilangkan kemungkaran yang ada, diharamkan untuk dia datang kerana ianya seumpama reda dengan kemungkaran."
Anda mungkin juga meminati:
Tanaman Syurga
Ujub
Cerita Abu Qudamah (Kisah teladan)
Ibadat solat didik budaya hidup berdisiplin, hargai masa
10 GOLONGAN YG DILAKNAT KERANA ARAK
LinkWithin
Posted by Shibli at 5:16 PM
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Labels: Wanita
1 comment:
AnonymousDecember 2, 2011 12:35 PM
pada zaman sekarang bukan sahaja tarian yang lemah gemalai dipersembahkan tetapi tarian lain seperti hip hop. pergerakan tarian hip hop adalah sangat rancak dan ada sebahagian tidak melenggokkan badan. adakah ini haram ?
Reply
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Click Here to Subscribe
"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi
BLOGROLL / LINKS EXCHANGE
Shibli Vision
I Luv Islam
--------------------------------------------------
1. Perkataan yang cantik - ALLAH
2. Lagu yang merdu - AZAN
3. Novel yang menarik - AL QURAN
4. Senaman Yang Baik - SOLAT
5. Diet yang mujarab - PUASA
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".
--------------------------------------------------
LABELS
Al-Quran (8)
Alam Barzakh (13)
Dajjal (2)
Doa (3)
Emak (2)
Haji (1)
Hati (6)
Hukum (37)
Jumaat (2)
Kafir (3)
Kebesaran Allah (5)
Lelaki (4)
Malapetaka (3)
Masjid (1)
Muzik (1)
Perkahwinan (16)
Puasa (12)
Rasulullah (12)
Sembahyang (19)
Suami Isteri (10)
Sunnah (11)
Syahid (2)
Syaitan (7)
Tokoh (6)
Ujian Allah (7)
Uncategorized (7)
Video (1)
Wanita (18)
Zikir (1)
ARCHIVES
► 2012 (53)
► 2011 (138)
▼ 2010 (320)
► December (23)
► November (33)
► October (61)
► September (55)
▼ August (70)
Perempuan yang Dicerai dan Tidak Perlu Ber'iddah
MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT
ISBAL (MENURUNKAN / MEMANJANGKAN PAKAIAN HINGGA DI...
BERBISIK EMPAT MATA DAN MEMBIARKAN KAWAN KETIGA
LAKI-LAKI MEMAKAI PERHIASAN EMAS
RAMADHAN ADALAH SUATU PERSIMPANGAN
30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri
Mengadu Domba
Tuduhan zina terhadap perempuan yang suci
Perang Badar inspirasi umat Islam di bulan Ramadan...
Kesaksian Palsu (Dusta)
Surah Yang Elok Diamalkan Setiap Hari
Puasa Tetapi Tidak Solat
Merasa Arak Walau Setitis
Belanja
Zakat Fitrah
Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan
Merampas Tanah Milik Orang Lain
Dosa yang dianggap biasa : Menerima hadiah setelah...
Lelaki Kacak Peneman si Mati. Siapakah dia?
10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah
Mencuri
Berjualan setelah Azan kedua pada hari Jumaat
Perempuan Muslimah Menikah Dengan Lelaki Kafir (No...
DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENYEMBUNYIKAN AIB...
Pesan Seorang Ibu
Dosa Yang Dianggap Biasa : Makan Wang Riba
Ramadhan Bulan Taubat
Dosa yang dianggap biasa : Memandang Wanita dengan...
Beberapa Kesilapan Orang Yang Berpuasa
Dosa Yang Dianggap Biasa - Berjabat Tangan Dengan ...
Menonton Wayang yang Halal
Catatan Kuliah Subuh : Kematian
Berduaan Dengan Wanita Bukan Mahram
Ketika Dua Orang Muslim Saling Memancung
Kelebihan Berlapar~
Hukum wanita menari di khalayak ramai
ANTARA AMALAN SOLEH YANG DITUNTUT DI DALAM BULAN R...
DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : MENDAHULUI IMAM SE...
Makanan Ringan
DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : BANYAK MELAKUKAN G...
Perihal Zikir
Penggunaan alkohol dalam makanan, ubat-ubatan dan ...
Tidur-Tidur Yang Sunat Dikejutkan
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Hukum Melawak
Hukum orang kafir membaca Al-Quran
Panduan Singkat Berpuasa Ramadhan
Puasa Yang Makruh
Mencukur Bulu
Hukum menanam rambut (hair Transplant)
Solat sunat afdal dilakukan di rumah kecuali :
Hukum berkait dengan hubungan susuan
Sahkan Imam dan makmum sebegini?
Hukum wanita memakai purdah
Cara mandi dan berwuduk ketika ada pembalut luka p...
Posisi tidur menurut Islam dan Sains
Hukum Wanita Mewarna Rambut, Kening dan Tangan
Membela Anjing
Tunjuk perasaan atau demonstrasi menurut perpsekti...
Berkahwin Dengan Pelacur
Perihal Kedekut
Was-Was Dalam Akidah
Kasih Sayang
Feqhul Hadis: Dilarang menginginkan atau bercita-c...
Ketakutan Orang2 Soleh Tidak Diterima Amalan Merek...
Memakai Wangian
Hukum Hakam Masjid
Kedudukan Imam dan Makmum
Melakon dan melukis watak Nabi dan Sahabat
► July (53)
► June (25)
SINCE 11 JUNE 2010
-----------------------------------
Ketika ini ada sedang khusyuk membaca bersama anda.
-----------------------------------
UNIQUE VISITOR
Fusion theme by digitalnature | Modified By Shibli Under Shibli Vision
21 Okt 2012
Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah
Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Sabtu ini.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan antara fadhilat atau kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Sabda Rasullullah S.A.W lagi:"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.
15 Okt 2012
Ahli Politik Pembenci Masjid Yang Akhirnya Bersujud
Daniel Streich, ahli Parti Rakyat Swiss (SVP) menjadi seorang terkenal. Bukan saja awalnya dia sangat menentang keras pembinaan masjid di negaranya, melainkan dirinya secara mengejutkan berpindah haluan menjadi seorang Muslim.Laman islamicbulettin.com melaporkan Streich penganut kristen taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristian dan semasa kecil pernah bercita-cita menjadi paderi. Namun ketika remaja niatnya berubah. Ia mula gemar berpolitik dan tanpa ragu terjun langsung menjadi ahli parti ternama di Switzerland. SVP bukan parti sembarangan. Di dalamnya terdiri dari cendekia, saintis, pelajar, dan pegiat bukan dari kalangan Muslim. Parti ini menjadi penentang nombor wahid penyebaran Islam di Switzerland. Dan Streich adalah sosok yang paling vokal menyeru penutupan masjid di seluruh Negeri Cokelat ini.Streich mempropagandakan anti-Islam ke seluruh negara. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Switzerland. Ia merasa mimbar dan kubah masjid tidak sesuai dengan budaya negara itu. Ia juga menuding Islam sebagai agama pengganas, pembuat onar, dan kekerasan.Dalam usahanya menyingkirkan Islam dari Switzerland, lelaki ini malah mempelajari Al-Quran dan Islam. Ia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslimin. Yang berlaku, ia malah terpesona dengan ajaran rahmatan lil 'alamin ini.Semakin jauh Streich belajar Islam, semakin tenggelam dia dalam keindahan ad-Din samawi itu. "Banyak perbezaan saya dapatkan ketika mempelajari Islam. Ajaran Islam memberikan saya jawapan logik atas soalan hidup penting, dan tidak saya temui di agama saya, "katanya.Presiden Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Abdul Majid Aldai mengatakan, orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan besar mengetahui Islam dan hubungan antara Islam dengan keganasan, sama halnya dengan Streich.Dulu, Streich sering meluangkan masa membaca Alkitab dan pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia keluar dari SVP dan mengumumkan status Muslimnya. Streich bilang, dia telah menemui kebenaran hidup dalam Islam yang tidak dapat ia dapati dalam ajaran / keyakinan sebelumnya.
Jawapan kenapa manusia menyembah kaabah
Kita sebagai orang Islam tak semua tahu kenapa setiap kali kita solat atau sembahyang kena mengadap kaabah..Dialog di bawah akan menerangkan dengan jelas persoalan yang terbuku pada sesetengah fikiran umat Islam.. Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak...Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam...Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?Belum sempat pendakwah menjawab…Handphone N95 Missionary berbunyi…Missonary menjawab panggilan telefonnya… Pendakwah sabar menanti…Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah... Pendakwah tersenyum…Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ? Pendakwah : Erm…perlukah saya menjawab soalan awak ? Missionary : Awak tak ada jawapan ? Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman... Missionary : Mengapa awak caka begitu ? Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap "I love you mom"...Missionary : Saya bukan cakap seorang diri…Saya bercakap dengan emak saya… Dia yang telefon saya tadi... Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak… Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?... Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah…Pendakwah mengambi N95 tersebut…Pendakwah membelek-belek N95 tersebut...Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja…Lantas…Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai…bersepaiiiiiiiiii....Merah padam muka Missionary menahan marah.... Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum... Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun… Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone... Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju… Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ? Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum)…Begitu juga halnya dengan ALLAH S.W.T… Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....Begitu juga dengan awak dan telefon…Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95…ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu...Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse... Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya...
14 Okt 2012
22 Sep 2012
19 Sep 2012
18 Sep 2012
10 Amalan yg bertentangan dgn Islam berlaku di Malaysia
Pernahkah anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
1. Kenduri Tahlil. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kenduri Kahwin. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kita patut memberi sedekah dan kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Pakaian Cantik. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau majlis-majlis rasmi, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Adab Tetamu. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan dijamu makan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut tetamu harus banyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.
5. Solat Sunat. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak dan solat fardhu yang digalakkan berjemaah di masjid.
6. Bulan Puasa. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Ibadah Haji. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
8. Pendidikan Anak. Semua ibu bapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah anak ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau tak pandai hukum hakam agama, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM70.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM50.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau solat dari tidak lulus peperiksaan.
9. Mencari Rezeki. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.
10. Hiasan Isteri. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, pakai kain batik atau biasa-biasa saja. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Wallahualam.
17 Sep 2012
12 Ogo 2012
Tingggg
TINGG!Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya.TINGG!Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya."Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.-semoga menjadi iktibar-
9 Ogo 2012
Lailatul Qadar
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".Sebab turun surah al-QadrLailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebutMaksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."Kelebihan Menghayati Malam LailatulqadarKerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.Doa khusus di Malam LailatulqadarDoa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doaOrang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.Tanda Malam LailatulqadarPara alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat. - Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
3 Ogo 2012
30 Jul 2012
4 Jul 2012
Suami romantik menurut Islam
SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula, romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai
Malu memegang tangan isteri? Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu. Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah
Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW. Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian? Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan kasih sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika.
Bersikap romantik merupakan antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada! Pasti boleh!
10 Jun 2012
RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:
Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
3 Jun 2012
25 Mei 2012
ARTIKEL : Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] ARTIKEL : Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To:
CC:
Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati
Keadaan pada zahir cermin keadaan hati
Oleh: Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Petua orang tua-tua ada menyatakan: "Berhati-hatilah terhadap lelaki kerana matanya dan perempuan dengan gerak tubuhnya." Percaya atau tidak terpulang kepada pengalaman yang pernah dilalui setiap orang. Bolehkah kita menilai hati seseorang dengan tanda-tanda zahir yang terdedah? Tentunya mustahil menyelami hati budi manusia dengan cara itu. Persoalannya ialah Allah saja yang Maha Mengetahui setiap gerak hati manusia dan tajuk diatas bukan bertujuan untuk menilai orang lain tetapi mengajak kita untuk menilai diri sendiri. Menyelami rasa hati sendiri dan menerokai rahasia peribadi lewat tingkah laku.
Manusia mempunyai dua kategori yang layak menjadi sebutan bagi dirinya. Adakah ciri-ciri ini melekat pada diri kita, hanya kita sendiri yang boleh menjawapnya. Dan orang lain tidak berhak untuk menilai diri kita secara melulu. Kecuali demi kebaikan dan sekadar nasihat pencetus ide yang membina.
Seseorang yang menyimpan dendam terhadap orang lain akan tetapi manis mulutnya dan baik layanannya terhadap orang yang didendamnya, tentunya perbuatannya itu tidak menunjukkan keadaan sebenar hatinya. Orang seperti ini masuk dalam kategori munafik. Tidak ikhlas dan tidak jujur dengan hatinya sendiri. Tetapi sampai bila kebusukan hatinya itu dapat disimpan. Pasti akan terhidu juga segala yang ditutupi.
Kategori yang kedua adalah mereka yang suka berterus terang, benci katakan benci sayang katakan sayang. Antara hati dan perbuatan seiring sejalan. Kejujuran menjadi amalan yang meninggikan maruah diri, mengajar erti berani bertanggung jawap atas semua resiko yang akan dihadapi.
Tetapi benarkah ada kategori ketiga yang berpendapat bahawa ada orang yang hatinya baik walaupun perangai macam hantu. Contohnya orang yang beranggapan bahawa tak mengapa tinggal sembahyang asalkan hati kita baik dan tak berdendam dengan orang. Aurat tak ditutup tak apa asalkan jaga hati, untuk apa tutup aurat tapi hati berbisik-bisik mengata orang. Anggapan-anggapan seperti diatas tentu saja bertentangan dengan ajaran Islam. Kerana Allah SWT akan menilai seseorang berdasarkan amal perbuatan dan gerak hatinya. Kedua elemen ini penting untuk memastikan penghisaban di akhirat nanti akan berjaya. Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadisnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa parasmu tetapi hatimu dan amal perbuatanmu."
Jika hati saja yang menjadi penilaian sungguh amat berbahaya kerana manusia akan mengambil kesempatan untuk menghalalkan segala perbuatan kejinya asal hati baik. Bahkan agama kita mengajarkan bahawa segala perbuatan yang dizahirkan adalah cermin hati seseorang. Belum cukupkah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang keadaan hati apabila ia baik maka baiklah seluruh badan (amal perbuatan) dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.
Bagi kita yang sentiasa melakukan muhasabah diri eloklah teliti apa yang tersimpan di lubuk hati dan senaraikan amal perbuatan yang dilakukan setiap hari. Jika kurang beramal itu tandanya hati tak sihat. Jika tak beradab, tak bersopan santun tandanya hati berpenyakit. Begitu juga sebaliknya, jika banyak sembahyang dan beribadat tapi masih menyimpan bara api dendam pun tak sempurna diri. Kerana Allah menilai hati juga perbuatan. Inilah yang menjana konsep keikhlasan pada diri hamba-Nya.
Kisah seorang ulama besar Fudhail bin Iyadh yang pernah bertaubat dari segala kejahatannya dahulu (beliau diceritakan pernah menjadi perompak sebelum bertaubat), ketika mendengar ayat-ayat Allah dibaca memberi iktibar pada kita bahawa hati yang bertaubat perlu dibuktikan dengan amal perbuatan. Ayat tersebut berbunyi: "Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan tunduk kepada kebenaran yang telah diturunkan (kepada mereka) dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang terdahulu yang telah diturunkan al-Kitab kemudian berlalu masa yang panjang (sedangkan mereka masih belum insaf) lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (al-Hadiid: 16)
Menurut Imam al-Tirmizi, hati terbahagi kepada enam kategori.
1. Hati yang hidup iaitu yang penuh dengan iman.
2. Hati yang mati iaitu yang kufur kepada Allah dan segala nikmat-Nya.
3. Hati yang sihat sentiasa taat kepada Allah.
4. Hati yang sakit ialah yang melekat padanya maksiat.
5. Hati yang bangun (terjaga) yang selalu mengingati Allah.
6. Hati yang tidur selalu lalai kepada Allah.
Diantara hamba-hamba Allah ada yang memiliki ketiga-tiga kategori yang paling sempurna iaitu hati yang hidup, sihat dan bangun. Ada pula yang bercampur-campur antara keenam-enamnya mungkin semua ada dalam diri. Mungkin kita yang lemah ini seharusnya sentiasa menilai keadaan zahir melalui cermin hati. Kerana disitulah tempat yang paling jujur dan setia untuk mengetahui siapa sebenarnya kita.
14 Mei 2012
[Shared Post] Hukum Merayakan Hari Ibu
|
25 Apr 2012
Fwd: [sim] RENUNGAN : Perjalanan terakhir...
Sent from my Samsung Galaxy Tab
-------- Original message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Perjalanan terakhir...
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:
Perjalanan terakhir...
Assalamualaikum warahmatullah,
Sudah agak lama Laman-Seri tidak berkongsi tazkirah yang begitu terkesan di hati. Ðalam entry kali ini disediakan tazkirah dari favourite Laman-Seri, Ðr Azhar Hj Sarip. Mudah-mudahan mendapat walau sekelumit manfaat daripada entry kali ini.
Setiap daripada kita akan merasai apa yang sering mahu dihindarkan oleh manusia iaitu kematian. Biar di ceruk mana kita berada, biar di dasar laut mana kita sembunyi, kematian adalah satu hal yang pasti.
Segala perkara yang kita lakukan di dunia ini belum pasti jadinya, kecuali satu hal yakni kematian. Bezanya antara setiap manusia itu adalah waktunya. Adakah ia datang sebentar sahaja lagi atau mungkin setahun lagi atau boleh jadi lama lagi. Kita tidak tahu waktu yang pasti saatnya akan tiba.
Kita tidak perlu mengucapkan yang kita tidak mahu meninggal di awal usia kerana masih belum bersedia, kerana hakikatnya kita sering tidak bersedia. Mereka yang bersedia adalah mereka yang sering mengingati akan datangnya kematian.
Hidup ini penuh dengan ketidakpastian namun mati itu adalah sesuatu yang sudah pasti terjadi. Ðisebabkan terleka dengan kesibukan dunia, maka kita sering terlupa untuk menyediakan bekal kehidupan yang tidak berteman, tanpa saudara dan jauh pula dari harta.
Apa yang ada di samping kita, ketika itu hanyalah bekal yang kita siapkan, sama ada cukup atau tidak, itu bukan persoalan kerana kita juga tidak tahu apa yang dikatakan cukup itu. Apa yang pasti adalah, adanya bekalan. Bekalan yang perlu kita sediakan bukan hanya setiap hari, bahkan setiap saat. Saat datangnya kematian maka terbukalah segala hijab.
Jika kita sombong mengatakan yang kita bersedia, pada saat itu terjawablah segalanya. Kita mungkin memilih jalan yang salah. Kita mungkin terpesona dengan apa yang ada di sisi. Pesan seorang guru, sehebat mana kita di dunia, sedalam mana ilmu yang kita pelajari, ketahuilah bahawa di saat kematian menjelma, banyak perkara tidak terjangka boleh berlaku. Maka katanya lagi, jauhilah kesombongan dengan mengingati saat yang bakal datang itu.
Tersalah langkah ketika 'pulang'
Terdapat dua perkara yang membuatkan kita tersalah langkah dalam kembali pulang kepada-Nya. Pertama, sebab musabab yang datangnya daripada kita sendiri. Kita tidak menitikberatkan kedatangan malaikat maut.
Bagi kita, dalam usia yang muda, kebarangkalian untuk pergi dahulu itu lebih kecil. Tetapi kita mungkin terlupa yang malaikat maut tidak mengira tahap umur. Ðia akan datang mengikut jadual yang ditetapkan, tidak kurang walau sesaat dan tidak pula lebih walau sesaat.
Mungkin benar dikatakan bahawa umur adalah kadar nafas. Angka hanyalah satu simbol kematangan fikiran tetapi umur nyawa terletak pada rangkaian nafas. Apabila nafas terhenti, maka di situ titik nyawa.
Apabila kita dapat bernafas, maka panjanglah umur nyawa sedetik lagi. Memahami hakikat itu, maka kita perlu mensyukuri nikmat setiap saat, bukan hanya pada ketika kita gembira mendapatkan sesuatu.
Kedua, adalah sebab musabab dari mereka yang berada di sisi. Bagaimana yang dikatakan orang-orang di sekeliling kita menyebabkan kita tersalah jalan 'pulang'? Tahukah kita, secara tidak sedar, kita yang menghantar mereka dalam perjalanan terakhir ini sering merosakkan perjalanan mereka.
Mereka yang sudah berada dalam lorong perjalanan terakhir seakan tahu waktunya semakin hampir. Tetapi mereka mungkin juga tidak memikirkan akan hal perjalanan mereka kerana memikirkan mereka yang bakal ditinggalkan pergi.
Mereka mungkin memikirkan bagaimana kehidupan seseorang yang dikasihi itu apabila mereka tidak lagi berada di sisi. Fikiran mereka berada di lorong perjalanan terakhir tentang kehidupan mereka yang dikasihi ini menjadikan satu hijab tebal antara mereka dan Allah SWT.
Menyesali tingkah laku
Ketahuilah, mereka sudah nampak jalan untuk kembali tetapi dek sikap kita yang hidup ini menyebabkan mereka alpa untuk 'pulang'. Mereka risau tentang kehidupan orang yang dikasihi nanti, sedangkan orang yang dikasihi tidak pula memikirkan kelangsungan perjalanan terakhir ini dengan lancar.
Lancar bermaksud mereka pulang dalam husnul khatimah. Mereka pulang dalam keredhaan Allah SWT. Pernahkah kita terfikir yang kita juga bertanggungjawab dalam membantu perjalanan terakhir orang yang kita kasihi? Jika benarlah kita ingin mereka pulang dengan sempurna, maka janganlah kita jadikan diri kita ini hijab antara dia dan Tuhannya.
Jangan biarkan mereka risau tentang kehidupan yang mereka tinggalkan. Jangan biarkan mereka sedih dengan perlakuan kita hingga jalan yang tadinya terang kini kelam. Akhirnya mereka pulang dalam kecelaruan.
Adakah itu tanda kasih sayang kita yang hidup terhadap mereka yang pergi? Adakah setelah perjalanan terakhir sampai ke destinasi baru kini menyesali setiap tingkah laku yang menyebalkan mereka yang pergi hingga perginya tidak seindah yang diminta?
Bagi kita yang masih hidup, kita masih boleh memperbaiki diri tetapi bagi mereka yang sudah bertukar alam, apa sahaja bekalan itu sahajalah yang ada. Justeru, kita perlu menginsafi diri agar perjalanan terakhir kita berlaku dengan lancar dan kita tidak pula membuatkan perjalanan terakhir orang yang kita kasihi, kucar kacir.
Jika kita menjadi penyebabnya, maka mahukah kita apabila saat kita tiba nanti, orang lain menjadi penyebabnya hijab kita pula. Hidup ini cukup mudah tetapi kita yang menyukarkannya. Kita hanya perlu menjadi hamba Allah SWT yang taat dan kerja sebenar kita hanyalah beribadah kepada Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita menyusahkannya apabila kita mengecilkan skop ibadah itu hanya pada ibadah khusus serta ritual tertentu, sedangkan ibadah dan kehidupan itu seiring.
Semoga kita melengkapi perjalanan terakhir dengan sempurna dan kembali kepada-Nya dengan penuh kecintaan.
Sumber : Ðr Azhar Hj Sarip