Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Statistik Pelaksanaan hukum hudud

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?.
Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?
Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta'zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.

Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta'zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya.

Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam..
Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan KehormatanSebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain.Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita.

Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002.

Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut.

Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf

Negera Kes RogolTahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 24,350 33,465,300 727.62
Malaysia 1,431 27,730,000 51.60
Jerman 8,615 82,127,000 104.90
Arab Saudi 59 24,735,000 2.39
United Kingdom 13,395 61,186,000 218.92
Amerika 95,136 305,975,000 310.93
Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabendaHukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia.
Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku.
Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002.
Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
Negera Tahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 2,516,918 33,465,300 75,210
Jerman 6,507,394 82,127,000 79,236
Arab Saudi 84,599 24,735,000 3,420
United Kingdom 6,523,706 61,186,000 106,621
Amerika 11,877,218 305,975,000 38,818
Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara.

Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih majuApabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga.
Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri.Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual.
Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini