Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Fwd: [sim] RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah



-------- Original Message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
From: BawangGoreng? <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:

 

Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah



Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang 'pendidik teragung'. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.

Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.

Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.

Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.

Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: "Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?"

zaidiadlin@yahoo.com.my atau zaidiadlin@gmail.com