Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

14 Nov 2008

Baja dari najis?

Buah-buahan dan tanaman merupakan antara nikmat rezeki yang dikurniakan olehAllah kepada hambanya, bukan sahaja manusia,binatang, serangga malahan kepada seluruh lain juga dapat menikmati faedah daripada tumbuhan ini.

Dalam masa yang sama, tumbuhaan juga tanda agung tentang kekuasaan ilahi dan dhaifnya kejadian manusia. Lihatlah daripada sebiji benih kontang yang kecil akhirnya bercambah,bertunas dan membesar hingga tinggi menongkat langit dan mencabar angin , namun lama kelamaan ia akan tumbang juga mengikut giliran kepada putaran sistem alam "yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti pula denga tanaman lain" begitu jugalah manusia "dari janim kelua sebagai seorang bayi,membesar gagah dan akhirnya mati berselimutkan tanah jua. Ya itulah tanda keesaan dan kekuasaan Allah , berkuasa menjadikansegala- galanya dan kepadanya jua kiata akan kembali.

Berkaitan dengan soalan saudara tersebut,para ulama` telah bersepakat mengatakan 'keharusan' menggunakan najis dalam pembajaan tanaman memamdangkan zat-zat galian dan unsur-unsur penyubur yang memang telah terbukti terkandung dalam bahan kumuhan haiwan tersebut dan ianya memang diketahui oleh petani itu sendiri. Nabi juga pernah bersabda (( Kamu lebih mengetahui dalam urusan keduniaan kamu )) maka hadis ini sebagai dalil keizinan untuk kita mempergunakan kepandaian dan pengalaman dalam urusan keduniaan kita selama mana tidak bercanggah dengan syariat.

Najis sebenarnya telah djsucikan apabila ia bertemu dengan tanah dan ianya telah diakui sendiri oleh para doktor yang mengatakan memang tanah adalah sebagai satu ejen penyah kuman yang amat berkesan &ldots; kerana itulah juga Nabi menyuruh kita menyucikan najis khinzir dengan tanah, begitu juga keadaannya dengan zat haiwan ini telah terlerai dan terurai didalam proses penyerapan makanan dan air dalam sistem tumbuh-tumbuhan ianya secara langsung tidak memberi kesan kepada kesucian buah-buahan tersebut kerana zatnya telah sebati dalam tanah. Ia juga berlaku secara tidak langsung antara zat galian dan pertumbesaran tanaman tersebut, maka ianya dibolehkan selama mana tidak mengubah rasa, warna dan bau buah-buahan tersebut kepada baunan najis. Jika ini terjadi maka ianya haram untuk dimakan.

Sebagai contohnya, kita dibenarkan memakan ayam kampung walaupun kita tahu ayam itu pernah makan najis dan kekotoran namun ianya diharuskan oleh fuqaha` selama mana ianya tidak memberi kesan kepada daging ayam tersebut kepada bau atau rasa najis, dan ini ada disebut di dalam kitab -kitab feqah. Jadi begitulah qias kita terhadap masalah buah-buahan tadi.

Persoalan juga bukan bererti hanya najis biasa sahaja yang boleh dimaafkan, malahan semua najis samada "najis mutawasitah" atau "najis mughallazah" juga termasuk di dalam perkiraan ini. Ianya telah diharuskan oleh para ulama` di dalam perbincangan hukumnya, persoalan tergamak,jijik atau kesannya kepada jiwa dan diri adala diluar perbahasan hukum tadi.Ianya tergolongan dalam bab adab,syubahat dan wara`. Wallahua`lam"

Tiada ulasan: