Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

10 Nov 2008

Fadzilat solat Dhuha

Kelebihan sembahyang Dhuha seperti yang termaktub di dalam kitab ‘An-Nurain’, sabda Rasullullah SAW bermaksud ‘Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.’ ‘Menarik’ rezeki itulah murah rezeki. Kalau berusaha mudah dapat ganjaran, dan menghilangkan kemiskinan..

Banyak lagi hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya, Rasul SAW bersabda, ‘Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) hal itu, dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Jadi, boleh bersedekah walaupun tak ada wang!

Dalam satu riwayat yang lain Rasulul SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.’ (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi) . Kesalahan kita akan diampunkan Tuhan melalui sembahyang Dhuha.

Dari Anas bin Malik RA berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas’ (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi). Itulah kekayaan yang kekal abadi, sebenarnya..

Dari Abu Hurairah katanya, ‘Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku 3 perkara aku tidak meninggalnya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan 2 rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa 3 hari dari tiap-tiap bulan’ (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).. Itulah 3 wasiat Nabi SAW.

Waktu Sholat Dhuha…
Ialah dari mulai naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir, tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara Menunaikannya…
Adalah sama seperti sembahyang-sembahya ng sunat yang lain iaitu 2 rakaat 1 salam. Boleh juga dikerjakan 4 rakaat, 6 rakaat dan 8 rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud, ‘Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha 4 rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya’. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda, ‘Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat, ditulis dia dari orang-orang yang tidak lalai mengingat Allah.. dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 4 rakaat, ditulis dia dari orang-orang yang suka beribadat.. dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak 6 rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut.. dan barangsiapa menunaikanya sebanyak 8 rakaat, Allah menulis baginya dari orang-orang yang selalu berbuat taat.. dan barang siapa yang menunaikannya sebanyak 12 rakaat, Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga... dan tidak ada 1 hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya. . dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang dari hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya.’ (Riwayat At-Thabarani)

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah As-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah Adh-Dhuha.

Niat solat Dhuha

Ertinya,
‘Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala’

Tiada ulasan: