BAHAN PEPERIKSAAN KKQ 2014

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah 5 Ibnu Sina 2014

Kemahiran al-Quran

Soalan KKQ Ting 1- 5

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

Pendidikan Islam Ting1 & Ting 2

Latih Tubi Bahasa Arab

Kajian Tindakan PAI

Rancangan Tahunan PI & PSI

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Contoh Pamplet Hari Kebesaran Islam

Sistem borang Claim

Kamus Jawi

Sofware

Koleksi Ceramah MP3 (New)

2 Mac 2009

Kesibukan dunia bukan alasan remehkan ibadah


Umat Islam mesti utamakan suruhan Ilahi supaya tidak dibelenggu hawa nafsu
BISIKAN petunjuk yang melekat pada fikiran dan perasaan seseorang salih hasil usahanya yang bersungguh untuk membangun iman dan mewujudkan amal salih. Petunjuk Allah mengarah jiwa insan salih ke arah mencari keredaan-Nya. .

Daripada Abu Hurairah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman dalam hadis qudsi: “Barang siapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu padanya bahawa ia akan Kuperangi, Kumusuhi.. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekat pada-Ku dengan sesuatu yang amat Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa yang telah Kuwajibkan padanya. Dan tidaklah seorang hamba-Ku itu mendekatkan pada-Ku dan melakukan hal sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah sebagai telinganya yang ia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang ia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Andai kata ia meminta sesuatu pada-Ku, pastikan Kuberi dan andai kata memohonkan perlindungan pada-Ku, pasti Kulindungi.” (Hadis riwayat Bukhari)
Apabila anak Adam pada zaman ini melazimi ibadah wajib dan sunat seperti dituntut Allah serta ditunjukkan melalui kehidupan Rasulullah SAW, maka akan tumbuh iman dalam dirinya untuk hidup bahagia dan selamat.

Ramai orang meremehkan jalan hidup Rasulullah SAW disebabkan mereka terbelenggu dengan kesibukan. Bilangan manusia bertambah tetapi tidak ramai yang memahami tujuan hidup dan bagaimana menjalani hidup selamat serata bahagia. Masing-masing mengisi hidup dengan cara sendiri sesuai dengan hawa nafsu. Masyarakat tradisional suka dengan acara tradisi dan amalan yang diyakini membawa kepada kejayaan hidup di dunia serta akhirat.

Ada juga umat beragama membuat upacara ibadah dan amalan sendiri padahal ia bukan tuntutan Allah dan Rasul-Nya. Semua itu di hadapan Allah sebagai sia-sia.
Firman Allah yang bermaksud:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) daripada urusan agama itu, maka ikuti syariat itu dan jangan kamu ikuti hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.” (Surah al-Jasiyah:18)
Kesibukan mengharungi kehidupan dan jadual aktiviti dunia menyebabkan manusia sering bingung apakah perkara yang perlu diutamakan supaya dapat mencontohi Rasulullah SAW yang berjaya melaksanakan tugas keduniaan dan pada masa sama tidak melupakan tuntutan akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk Allah akan mengutamakan perkara yang mendekatkan diri kepada-Nya serta berusaha mencari keredaan-Nya.
Firman Allah yang bermaksud:
“Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetap atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwa kepada-Nya serta dirikanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang yang mempersekutukan Allah.” (Surah ar-Rum: 30-31)
Perlu disedari kehidupan di dunia dan akhirat adalah milik Allah semata. Apabila manusia mengutamakan kecintaan selain Allah, maka Allah dapat berbuat segala sesuatu kepada umat manusia di muka bumi. Firman Allah yang bermaksud:
“Jika penduduk negeri beriman dan bertakwa, Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. Apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka di malam hari pada waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri itu rasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka rasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga). Tiada yang rasa aman daripada azab Allah kecuali orang yang merugi.” (Surah al-A’raf: 96-99)
Ancaman Allah ini dijadikan orang beriman yang solih untuk lebih mengutamakan jadual Allah, daripada jadual lain. Mereka lebih mencintai Allah daripada yang lain. Kepentingan itu kemudian disebarkan kepada umat lain ke arah mencari kebahagiaan.

Tiada ulasan:

Solat Hajat Perdana 2011/1432

Majlis Khatam Al-Quran 1432

Tahsin al-Quran 2008 1

Tahsin al-Quran 2008 2

Kenangan Tahsin Al-Quran 2008

Marhaban SMKSA 2008 (Bacaan Rawi)

Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak 2008

Interview Muhammad Ahmad Zahid

Naib Johan anti-Dadah Negeri Perak 2008

Nasyid Anti Dadah Kebangsaan 2008 - Perak (Soutul Imtiaz) [part1]

Jariah

Sekitar Kem Ibadah 2008 Bhgn 1

Kem ini telah diadakan pada hari Sabtu 19 Julai 2008 yang lalu. Bertujuan mendekatkan para pelajar kepada penghayatan Islam kepada Islam sebagai sebuah agama yang menjurus kepada ibadah.Bermula dari jam 7:30 sehingga 4:30 ptg. semoga pserta yang terlibat mendapat input yang baik dan memberi kesan kepada ibadah seharian mereka.

Sekitar Kem Ibadah 2008 Bhgn 2

Antara program yang dijalankan semasa Kem Ibadah ini adalah Celik al-Quran, klinik Solat,Ice Breaking dan Explore race.

Kelas Kemahiran al-Quran 2008

Sekitar gambar di MTQ Daerah Hilir Perak 2008

Sekitar Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri 2008

Sekitar Marhaban DiASTRO 2008

Satu Pertandingan Marhaban telah diadakan di Pusat membeli belah Jusco Ipoh. Pasukan Marhaban SMKSA telah menyertai pertandingan tersebut. oleh kerana persaingan yang begitu sengit pasukan SMKSA hanya mampu menduduki tempat ketiga dari enam pasukan yang bertanding. tahniah buat mereka. Semoga mereka terus maju dan berkembang dengan lebih pesat di masa akan datang.

Marhaban SMKSA

Nasyid SMKSA Perempuan

Nasyid SMKSA Lelaki

Kursus Pengurusan Jenazah 2007

Abd Al Basit Abd As Samad

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN SMKSA CHENDERONG BALAI