Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Fw: [sim] RENUNGAN : Utusan kematian



PETIKAN : Utusan kematian
 
 
Gambar hiasan

Dalam kitab Zahrir Riyadh, diceritakan bahawa Nabi Yaakub alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut. Suatu hari Yaakub dikunjungi Malaikat Maut. Dia bertanya kepada Malaikat Maut, "Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?"

Kata Malaikat Maut, "Untuk berziarah saja."

Kata Yaakub, "Aku ada permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu."

Jawab Malaikat Maut, "Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan."

Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub, "Adakah engkau datang utnuk berziarah atau mencabut nyawaku?"

"Aku datang untuk mencabut nyawamu!" balas Malaikat Maut.

Yaakub kehairanan dan bertanya, "Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?"

Malaikat Maut menjawab, "Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub."


.

__,_._,___


Feel safer online. Upgrade to the new, safer Internet Explorer 8 optimized for Yahoo! to put your mind at peace. It's free.
Get IE8 here!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini