Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

6 Jan 2010

Kalam Terakhir





Cerita dari The Star Online, mengenai seorang perompak yang mati tercucuk besi setelah dikejar mangsa. Dulu mungkin kita pernah terbaca seorang tua berumur 70 tahun mati di sisi pondan, orang pencen mati di samping pelacur, peragut mati terlanggar divider, penagih mati overdose dan accident di dalam keadaan mabuk. Banyak lagi berita insiden buruk seperti ini.

Betapa ruginya manusia seperti ini yang perbuatan terakhirnya di mukabumi ini adalah perbuatan jahat. Tak sempat mengucap. Biasanya orang yang selalu melakukan kejahatan juga susah jugak untuk mengucap sebab tak biasa. Keluarga yang ditinggalkan juga malu berpanjangan. Mati di dalam keadaan jahat adalah amat celaka sekali untuk diri sendiri dan kerabat yang ditinggalkan. Sudah tentu kita tak mahu keadaan ini.

Memang kita tak tahu bila, mana dan bagaimana kita akan menghembus nafas terakhir kita. Ia telah tertulis dalam Luh Mahfuz dan kita tidak dapat download untuk membacanya melalui internet. Cuma yang ada ialah ringkasan dan indikasi dalam Al-Quran bahawa Baik di Balas Baik dan Jahat di Balas Jahat.

Tapi selagi kita masih hidup, kita di-izinkan untuk memilih dan mengharap untuk mati dalam kebaikan. Jika itu yang kita mahu.

Siapa yang memilih dan ingin untuk mati dalam kebaikan, selalunya memilih amalan yang berikut:
1. Menjaga Solat 5 Waktu
2. Berpuasa Fardhu dan Sunat
3. Selalu menunaikan Solat Sunat
4. Suka membaca Al-Qoran
5. Suka berzikir dengan Nama Allah
6. Suka bersedekah dan berzakat
7. Suka membantu kerana Allah
8. Suka mendengar nasihat
9. Menjauhi larangan Allah, Bid'ah dan Syubhat

Kalau taqdirnya setelah memilih untuk mati dalam kebaikan, kita mati dalam kebaikan Alhamdulillah, kita selamat. Jika tidak mati dalam suasana kebaikanpun, Alhamdulillah kita redha. Kita hanya perlu menanti Timbangan Mizan untuk mengukur kebaikan dan menarik Syafaat Rasul untuk keselamatan. Sebabnya, kita dah lakukan apa yang diperintah.

Kebarangkalian Tetap Ada
Kebarangkalian untuk mati dalam kebaikan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka kepada kebaikan.

Dan kebarangkalian untuk mati dalam kejahatan lebih tinggi lagi untuk orang yang suka melakukan kejahatan.

Allah Maha Adil ... kita semuapun tahu samada ambil tahu atau buat tak tahu. Takkanlah jahat dibalas baik dan baik dibalas jahat ..kan.

Dan Allah Maha Mengetahui .... dalam soal keikhlasan kita melakukan kebaikan. Niat Ikhlas dan Nilai Ikhlas kita itu adalah Rahsia di antara kita dengan Allah. Ia hanya akan terbongkar di hadapan berbillion Anak Adam di Yaumil Mahsyar, apabila dibuat keputusan samada kita ke Syurga atau Neraka ( Jannah Walla Jahannam ).

Mengapa Ilmu Penting Untuk Mati Dalam Baik atau Buruk
Badan kita hanyalah badan tumpang. Ia akan dimamah cacing setelah ditimbus tanah. Yang menerima akibat baik dan buruk dari segala perbuatan kita adalah Ruh. Ruh akan menerima Badan Baru di Yaumil Mahsyar. Badan yang kekal dan sesuai untuk hidup selama-lamanya dalam Baik atau dalam Buruk.

Ada orang kata kita akan selamat jika kita beramal. Tetapi amalan ada standardnya, iaitu perlu mengikut tertib yang ditunjukkan Rasulullah. Malahan hidup kita perlu bertertib dan berakhlak. Jika tidak, amalan kita tidak diterima atas dasar kita ikut suka hati. Hanya dengan menuntut ilmu saja kita dapat mengenal baik, buruk, tertib dan akhlak sesama manusia.

Kenal tidak cukup kerana ia sekadar tahu tertib dan tahu akhlak. Kita perlu juga Faham Ilmu, supaya ilmu itu memberi kesan di dalam setiap amalan kita. Untuk Faham Ilmu, makanan dan tabiat kita perlu dijaga supaya tidak mengotorkan hati dan akal kita dengan kegelapan. Dari sinilah kita mulai menarik nikmat ikhlas sebagai hadiah dari Yang Maha Pengasih. Ikhlas adalah benih taqwa. Maka perlahan-lahan dalam kesabaran berputiklah bunga-bunga taqwa yang harum di dalam kehidupan yang penuh cubaan. Nescaya Akhir Kalam berkebarangkalian tinggi adalah perkataan dari mulut seorang mukmin.

Dunia Darul Asbab, di mana Hasil bermula dengan Pilihan.

Ringkasan
PILIH > HARAP > ILMU > AMAL > HALAL > FAHAM > IKHLAS > TAQWA > SABAR > MUKMIN

Buatlah pilihan yang bijak untuk Akhir Kalam yang diredhai Allah. Wawasan terbaik adalah mati sebagai seorang mukmin.



__._,_.___
 
 


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Tiada ulasan: