Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

14 Nov 2013

Hukum Mengenai Janggut


Beberapa Hukum Mengenai Janggut
Soalan:Adakah memanjangkan janggut dan mencukur misai itu sunnah? Apakah hukumnya jika mencukur habis janggut apabila menerima arahan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab peraturan? Adakah had atau sukatan bagi memotong janggut tersebut? Apakah hukum bagi seseorang yang tidak mahu mencabut atau memotong misai, janggut dan bulu ketiak malah in gin pula menyimpan dan menjaganya dengan bersih? Jawapan:الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان 'لى يوم الدين ، وبعدBerjanggut dan berjambang merupakan sunnah Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam, amalan para sahabat Baginda dan nabi 'Alaihimussalam. Di antara nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh aI-Qur'an ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa 'Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa. Firman Allah Ta'ala:قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى(سورة طه : 94)Tafsirnya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. " (Surah Thaha: 94)Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi. Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:أعفوا اللحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى(رواه أحمد)Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani. (Hadits riwayat Ahmad)روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه ، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ، ما هذا ؟ قال : هذا ديننا ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية(رواه ابن ابي شيبة)Maksudnya: Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. " (Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah) Menurut kata al-Imam al-bukhari:كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض الجلدMaksudnya: Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. (Fath al-Bari: 11/524) Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Hukum Berjanggut Dan Mencukur MisaiAdapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadits-hadits Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, antaranya: عن ابن عمر رضي الله عنهما ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ، أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى(رواه البخاري ومسلم)Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhialla 'anhuma katanya:"Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam:"Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu." (Hadits riwayat al-Bukhariعن ابن عمر رضى الله عنهما ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ، خافوا المشركين وفروا اللحى وأحفوا الشوارب(رواه البخاري ومسلم)Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu 'Umar Radhiallah 'anhuma, katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaih wasallam: "Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik, iaitu, kamu peliharalah janggut dan cukurlah misai. " (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim) Pendapat Mazhab Syafi'e Tentang Janggut Menurut Imam an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahawa janggut itu tidak dicukur, katanya: والمختار ترك اللحية على حالها وأن لا يتعرض لها بتقصير شيء أصلا ، والمختار في الشارب ترك الاستئصال والاقتصار على ما يبدو به طرف الشفه.Ertinya: Bahawa pendapat yang terpilih, ialah membiarkan janggut mengikut keadaan semula jadinya, tanpa memendekkannya sedikitpun pada hukum asalnya, dan pendapat yang terpilih pada misai pula ialah tidak mencabut atau mencukurnya habis, memadai (memendekkannya) setakat kelihatan tepi bibir. Menurut kitab al-Majmu' karangan aI-Imam an-Nawawi, kata al-Khithabi dan ulama-ulama selainnya: "Janggut itu disimpan, dibiarkan dengan tidak digunting. Mengguntingnya adalah makruh seperti perbuatan orang-orang a 'jam (bukan Islam). (1/342) Berdasarkan kepada keterangan hadits-hadits di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukurnya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Peraturan Melarang BerjanggutAdapun peraturan atau arahan melarang orang Islam daripada berjanggut adalah peraturan itu tidak selaras dengan tuntutan syara', lebih-Iebih lagi mazhab jumhur selain daripada mazhab Syafi'e, lebih menguatkan perkara berjanggut itu. Had Memotong JanggutHad atau sukatan bagi memo tong janggut itu adalah bersandarkan kepada perbuatan Ibnu 'Vmar Radhiallahu 'anhuma semasa mengerjakan haji dan umrah, yang mana beliau telah menggenggam janggutnya dan yang lebih daripada genggamannya dipotongnya. وكان ابن عمر إذا حج أو اعتمر قبض على لحيته فما فضل أخذه(رواه البخاري)Maksudnya: Semasa Ibnu 'Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (daripada genggamannya) dia memotongnya.(Riwayat al-Bukhari)Tidak Mahu Memotong MisaiMengenai misai pula, menurut Imam an-Nawawi bahawa pendapat yang terpilih ialah tidak memotongnya habis, cukup memendekkannya setakat jelas kelihatan tepi bibir. Menyimpan Dan Menjaga Dengan Bersih Bulu KetiakAdapun membiarkan bulu ketiak itu panjang dengan niat untuk menyimpan dan menjaganya dengan bersih adalah menyalahi fitrah. Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu: الفطرة خمس أو خمس من الفطرة : الختان وارتحداد ونتف الإبط وتقليم الأظفار وقص الشارب(رواه البخاري ومسلم والترمذي والنسائي وأبو داود وابن ماجه وأحمد ومالك)Maksudnya: Fitrah itu ada lima atau lima perkara daripada fitrah itu ialah berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik) Maksud daripada fitrah itu ialah sunnah para nabi 'Alaihimussalam yang disepakati oleh syara'. Jadi menurut sunnah, apa yang perlu dibuat untuk bulu ketiak itu ialah mencabutnya dan jangan membiarkannya tumbuh.والله أعلم بالصوابNegara asal : Brunei darussalamBadan yang mengisu fatwa : Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei DarussalamPenulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin JunidTarikh Diisu : 2004Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei

12 Sep 2013

Mohd Zaidi Sabari sent you an video file!

---
---
Sent by WhatsApp

Fwd: [zaharuddin] Naik Harga Ketetapan Allah, kena pasrah sahaja?



-------- Original Message --------
Subject: [zaharuddin] Naik Harga Ketetapan Allah, kena pasrah sahaja?
From: zaharuddin arahman <zaharuddin@yahoo.com>
To: zaharuddin@yahoogroups.com
CC:

 

Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba. Begitu juga haramnya BAI' AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال 
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi'en seperti Imam Sa'id Musayyab, Yahya Sa'id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas'ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas'ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas'ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi'r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013

__._,_.___
Reply via web post

9 Sep 2013

Fwd: [zaharuddin] Naik Harga Ketetapan Allah, kena pasrah sahaja?



-------- Original Message --------
Subject: [zaharuddin] Naik Harga Ketetapan Allah, kena pasrah sahaja?
From: zaharuddin arahman <zaharuddin@yahoo.com>
To: zaharuddin@yahoogroups.com
CC:

 

Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba. Begitu juga haramnya BAI' AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan 'harga adalah ketetapan Allah' beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceiling' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu 'alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال 
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi'en seperti Imam Sa'id Musayyab, Yahya Sa'id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas'ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas'ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas'ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi'r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013

__._,_.___
Reply via web post

9 Jul 2013

Fwd: [sim] ARTIKEL : Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati



-------- Original Message --------
Subject: [sim] ARTIKEL : Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To:
CC:

 

Keadaan Pada Zahir Cermin Keadaan Hati

Keadaan pada zahir cermin keadaan hati

Oleh: Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Petua orang tua-tua ada menyatakan: "Berhati-hatilah terhadap lelaki kerana matanya dan perempuan dengan gerak tubuhnya." Percaya atau tidak terpulang kepada pengalaman yang pernah dilalui setiap orang. Bolehkah kita menilai hati seseorang dengan tanda-tanda zahir yang terdedah? Tentunya mustahil menyelami hati budi manusia dengan cara itu. Persoalannya ialah Allah saja yang Maha Mengetahui setiap gerak hati manusia dan tajuk diatas bukan bertujuan untuk menilai orang lain tetapi mengajak kita untuk menilai diri sendiri. Menyelami rasa hati sendiri dan menerokai rahasia peribadi lewat tingkah laku.

Manusia mempunyai dua kategori yang layak menjadi sebutan bagi dirinya. Adakah ciri-ciri ini melekat pada diri kita, hanya kita sendiri yang boleh menjawapnya. Dan orang lain tidak berhak untuk menilai diri kita secara melulu. Kecuali demi kebaikan dan sekadar nasihat pencetus ide yang membina.
Seseorang yang menyimpan dendam terhadap orang lain akan tetapi manis mulutnya dan baik layanannya terhadap orang yang didendamnya, tentunya perbuatannya itu tidak menunjukkan keadaan sebenar hatinya. Orang seperti ini masuk dalam kategori munafik. Tidak ikhlas dan tidak jujur dengan hatinya sendiri. Tetapi sampai bila kebusukan hatinya itu dapat disimpan. Pasti akan terhidu juga segala yang ditutupi.

Kategori yang kedua adalah mereka yang suka berterus terang, benci katakan benci sayang katakan sayang. Antara hati dan perbuatan seiring sejalan. Kejujuran menjadi amalan yang meninggikan maruah diri, mengajar erti berani bertanggung jawap atas semua resiko yang akan dihadapi.

Tetapi benarkah ada kategori ketiga yang berpendapat bahawa ada orang yang hatinya baik walaupun perangai macam hantu. Contohnya orang yang beranggapan bahawa tak mengapa tinggal sembahyang asalkan hati kita baik dan tak berdendam dengan orang. Aurat tak ditutup tak apa asalkan jaga hati, untuk apa tutup aurat tapi hati berbisik-bisik mengata orang. Anggapan-anggapan seperti diatas tentu saja bertentangan dengan ajaran Islam. Kerana Allah SWT akan menilai seseorang berdasarkan amal perbuatan dan gerak hatinya. Kedua elemen ini penting untuk memastikan penghisaban di akhirat nanti akan berjaya. Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadisnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa parasmu tetapi hatimu dan amal perbuatanmu."

Jika hati saja yang menjadi penilaian sungguh amat berbahaya kerana manusia akan mengambil k

Fwd: [sim] RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah



-------- Original Message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah
From: BawangGoreng? <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:

 

Rasulullah tunjukkan contoh cara menegur secara berhemah



Ðalam menyampaikan dakwah kepada sahabat dan umat manusia, Rasulullah SAW diiktiraf sebagai seorang 'pendidik teragung'. Ini kerana melalui sirah, kita pasti akan menemui begitu banyak pedagogi atau kaedah pengajaran diguna-pakai oleh Baginda dalam usaha memberi didikan secara berkesan.

Ðalam dunia pendidikan moden, kita disuapkan dengan pelbagai teori dan aplikasi berkenaan kaedah pengajaran. Sebenarnya pada diri Rasulullah SAW, jika kita kaji secara berhemah dan penuh cermat, sudah tentu tersurat dan tersirat pendekatan pengajaran yang indah sehingga memberi impak positif kepada sahabat pada masa itu.

Kaedah pertama yang begitu banyak digunakan dan diamalkan Baginda ialah membuat teguran, tetapi tidak memalukan si pelaku kesalahan. Inilah satu karakter hebat dipamerkan Baginda. Hal ini dapat kita kutip melalui satu kisah yang mengatakan pada suatu hari Rasulullah SAW ada menegur seorang sahabat Baginda, Ibnu al-Lutbiyah yang dilantik sebagai amil.

Ðikatakan Rasulullah SAW menegurnya apabila dia pulang daripada mengutip zakat lalu diserahkan sebahagiannya kepada Baginda dan sebahagian lagi dikatakan sebagai hadiah yang diserahkan kepadanya ketika mengutip zakat berkenaan.

Baginda SAW menegur beliau dengan cara Baginda bangun dan berucap di atas mimbar lalu memuji Allah dan berkata: "Apakah seorang amil yang aku lantik untuk memungut zakat selepas dia pulang dia berkata ini untuk engkau dan ini dihadiahkan kepadaku, sedangkan kalaulah orang itu berada di rumah, apakah dia akan diberikan hadiah seperti itu?"

4 Apr 2013

Doa pemusnah kanser


DOA2 UNTUK MEMUSNAHKAN SEL2 KANSER.

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER. Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 1. Istighfar 10x. 2. Salawat Nabi 10x. 3. Al-Fatihah 1x. Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.
DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

1 Apr 2013

Dimana Alquran kita

Pentingnya membaca Al-Quran

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sekrang ni pun handphone boleh install app Al-Quran tapi tak ramai juga install , sebab nya tak reti nak baca . Tak pun ada je tapi tidak pernah bukak nya .

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

13 Mac 2013

9 Mimpi Rasul


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

selepas baca SILAKAN SHARE.....

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Suka ·  · Kongsi · 2 jam yang lalu melalui mudah alih ·

24 Feb 2013

RM 1 &RM 100

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

1 Feb 2013

Statistik Pelaksanaan hukum hudud

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?.
Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?
Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta'zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.

Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta'zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya.

Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam..
Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan KehormatanSebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain.Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita.

Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002.

Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut.

Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf

Negera Kes RogolTahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 24,350 33,465,300 727.62
Malaysia 1,431 27,730,000 51.60
Jerman 8,615 82,127,000 104.90
Arab Saudi 59 24,735,000 2.39
United Kingdom 13,395 61,186,000 218.92
Amerika 95,136 305,975,000 310.93
Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabendaHukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia.
Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku.
Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002.
Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
Negera Tahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 2,516,918 33,465,300 75,210
Jerman 6,507,394 82,127,000 79,236
Arab Saudi 84,599 24,735,000 3,420
United Kingdom 6,523,706 61,186,000 106,621
Amerika 11,877,218 305,975,000 38,818
Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara.

Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih majuApabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga.
Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri.Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual.
Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur .

3 Jan 2013

Ahli Politik Pembenci Masjid Yang Akhirnya Bersujud

Ahli Politik Pembenci Masjid Yang Akhirnya Bersujud

Daniel Streich, ahli Parti Rakyat Swiss (SVP) menjadi seorang terkenal. Bukan saja awalnya dia sangat menentang keras pembinaan masjid di negaranya, melainkan dirinya secara mengejutkan berpindah haluan menjadi seorang Muslim.Laman islamicbulettin.com melaporkan Streich penganut kristen taat. Dia dibesarkan dengan ajaran Kristian dan semasa kecil pernah bercita-cita menjadi paderi. Namun ketika remaja niatnya berubah. Ia mula gemar berpolitik dan tanpa ragu terjun langsung menjadi ahli parti ternama di Switzerland.     SVP bukan parti sembarangan. Di dalamnya terdiri dari cendekia, saintis, pelajar, dan pegiat bukan dari kalangan Muslim. Parti ini menjadi penentang nombor wahid penyebaran Islam di Switzerland. Dan Streich adalah sosok yang paling vokal menyeru penutupan masjid di seluruh Negeri Cokelat ini.Streich mempropagandakan anti-Islam ke seluruh negara. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Switzerland. Ia merasa mimbar dan kubah masjid tidak sesuai dengan budaya negara itu. Ia juga menuding Islam sebagai agama pengganas, pembuat onar, dan kekerasan.Dalam usahanya menyingkirkan Islam dari Switzerland, lelaki ini malah mempelajari Al-Quran dan Islam. Ia berharap dengan memahami ajaran Nabi Muhammad itu, dia mampu meruntuhkan iman kaum Muslimin. Yang berlaku, ia malah terpesona dengan ajaran rahmatan lil 'alamin ini.Semakin jauh Streich belajar Islam, semakin tenggelam dia dalam keindahan ad-Din samawi itu. "Banyak perbezaan saya dapatkan ketika mempelajari Islam. Ajaran Islam memberikan saya jawapan logik atas soalan hidup penting, dan tidak saya temui di agama saya, "katanya.Presiden Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Abdul Majid Aldai mengatakan, orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan besar mengetahui Islam dan hubungan antara Islam dengan keganasan, sama halnya dengan Streich.Dulu, Streich sering meluangkan masa membaca Alkitab dan pergi ke gereja, tapi sekarang ia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia keluar dari SVP dan mengumumkan status Muslimnya. Streich bilang, dia telah menemui kebenaran hidup dalam Islam yang tidak dapat ia dapati dalam ajaran / keyakinan sebelumnya.

laporan postmortem

ds

Doa elakkan fitnah dajjal

Doa Elak Fitnah

"Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada Mu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepada Mu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian, dan berlindung kepada Mu dari al-masih Dajjal"

Hadis riwayat Anas bin Malik RA (dalam kitab Sahih Muslim, No. 4878), ia berkata: Rasulullah SAW biasa berdoa: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian". 

'Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal' (HR. Muslim no. 809)

"Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal." Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, "Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal." (HR. Muslim)