Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

29 Mei 2008

ANDA PEROKOK..? ATAU KENALAN ANDA MEROKOK...? HUKUMNYA MEROKOK..?

Merokok tidak membantu seseorang mencapai kecemerlangan diri kerana ianya amat memudaratkan bagi kesihatan manusia. Berhubung dengan ini Nabi telah bersabda, “Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Di dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap
bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Rokok mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia yang toksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antaranya ialah, aseton (bahan untuk menanggalkan pengilat kuku), asid asetik (cuka), ammonia (bahan pencuci tandas), arsenik (racun), butana (cecair alat pemetik api), kadmium (bateri), karbon monoksida (asap dari ekzos kereta), DDT / dieldrin (alat pembunuh pepijat), etanol (arak), formaldehid (bahan pengawet katak mati), hexamine (alat pemetik api untuk majlis jamuan), hidrogen sianida (racun), naftalena (ubat gegat), nikotin (bahan pembunuh serangga), asid stearik (lilin) dan toluena (bahan pelarut di industri).

Rokok juga mengandungi sejenis dadah berbahaya. Ia bernama nikotin. BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain.

Apabila seseorang menghisap rokok, dadah nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila amalan ini berterusan, KETAGIHAN menguasai dirinya Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan Diri Merokok melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan maruah agama. Tambahan daripada itu mereka yang merokok seolah-olahnya telah membunuh diri mereka sendiri.

Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” (an-Nisa ayat 29) Dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Rokok Memudaratkan Orang Lain Asap rokok mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain.

Nabi bersabda: “DILAKNAT seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin dan menipunya.” (Riwayat Tirmizi)

Rokok Membawa Kepada Pembaziran. Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok dan ini adalah satu pembaziran. Pembaziran ditegah oleh agama.

Allah berfirman: “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Isra ayat 27)

Merokok Menguntungkan Musuh Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam dari usaha-usaha dakwah dan jihad di jalan Allah. Di samping itu pembelian rokok membantu untuk menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh menggunakan wang itu untuk menindas umat Islam.

Allah telah berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah ayat 2) Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya Rokok mengandungi nikotin dan nikotin sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Segala yang memabukkan, termasuk dadah berbahaya, diharamkan oleh agama.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah., beliau berkata: “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud) Justeru, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah HARAM menurut pandangan Islam.

Tiada ulasan: