1. Akhil HayyDulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas
2. Azmil Mustafa (Ali Setan)Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas
3. Mel (ex-Vocalist Wings)Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid
4. Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas.
5. Wilma (Model dan Pelakon)Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh
Ramai lagi kalau nak sebut mcm Noor Kumalasari, Wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik. Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok… tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita?
Berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita.
Wwalaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah. Nabi Muhammad saw selalu berdoa;
يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
"Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu" (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.
Kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah. . dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda.
Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita. وَلَا
تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ"
Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."Surah Al-Imran ayat: 139
Tiada ulasan:
Catat Ulasan