Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

27 Jul 2008

Islam memerangi jenayah dalam amalan berekonomi

Al-Quran yang menjadi teras keutuhan pertumbuhan ekonomi negara, masyarakat dan sebagainya, tampil dengan laungan larangan yang keras terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan perlakuan negatif itu, justeru, Islam telah menggariskan beberapa tindakan berikut sebagai ancaman kepada kemajuan ekonomi:

1. Memakan/mengambil harta orang ramai dengan cara yang batil (tidak sah), kerana al-Quran menganggapnya sebagai satu perbuatan dosa dan mengeksploitasi harta/hak orang lain dengan cara paksa, ia adalah satu larangan dan jenayah yang mesti dijauhkan, firman Allah menerusi ayat 188, surah al-Baqarah maksudnya : "Dan janganlah  kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."

2. Mengambil dari wang riba, sesungguhnya Islam dengan jelas menyatakan bahawa tindakan itu adalah satu perbuatan yang mesti diperangi, kerana Allah SWT akan menimpakan siksaan yang keras kepada pelakunya, dan menganggapnya sebagai musuh Allah SWT, firman-Nya menerusi ayat 278-279 surah al-Baqarah, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

3. Satu bentuk tindakan yang dianggap jijik oleh Islam ialah monopli sesuatu barangan, kerana ia disifatkan Islam sebagai satu perbuatan kotor dengan tidak menampakkan daya usaha gigih sesorang, cukup dengan mengaut keuntungan hasil usaha orang lain, sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesiapa yang memonopli sesuatu barangan, maka dia telah melakukan satu kesalahan, dan orang yang berslah itu berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT."

4. Menurut ahli fiqh Islam, sesiapa yang melakukan perbuatan itu, hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT, kerana tindakannya itu adalah satu jenayah, iaitu dengan menyorok barang keperluan seperti inyak, gula, gandum, beras dan sebagainya untuk dijual pada satu tempoh tertentu bertujuan untuk menaikkan harganya hingga tidak dapat dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah atau sederhana, kekayaan hanya berkisar di kalangan mereka yang berada atau golongan kaya dan berada.

5.Jenayah rasuah berleluasa di kalangan segelintir individu yang berkepentingan, ia dianggap satu perbuatan yang boleh merosak dan merencatkan pertumbuhan ekonomi, rasuah juga adalah satu tindakan yang membawa kepada penganiayaan, penghakisan hak golongan berpendapatan rendah dan sederahana, malah yang lebih buruk lagi merosakkan nilai akhlak pelaku, sama ada yang memeberi ataupun yang menerima, sehubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Orang yang memberi dan menerima rasuah, kedua-duanya dalam api neraka."

6. Sektor perjudian dan penjualan arak juga adalah dianggap merosakkan sumber ekonomi sesebuah negara yang sudah pasti tidak akan diberkati Allah dalam segenap aktiviti yang berpunca daripada hasil kedua-duanya, kerana ia adalah punca sebenar yang dikenal pasti berpotensi membawa kepada permusuhan, hasad dengki dan sebagainya, akibatnya perancangan pertumbuhan ekonomi tidak mampu ditadbir dengan baik, firman Allah menerusi ayat 90-91 surah al-Maidah bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?".

7. Menipu juga disifatkan Islam sebagai punca kepada kemerosotan ekonomi negara, mengapa tidak? Jika seorang individu itu memanipulasi sistem kewangan atau pengeluaran barangan dengan tidak melakukan catatan hitam putih sebagai bahan bukti, maka akan berlaku penyelewengan yang merugikan produktiviti negara yang akan membawa kesan buruk terhadap orang ramai (rakyat), justeru, Islam memandang serius perbuatan itu dan pelakunya tidak dianggap sebagai sebahagian daripada umat Nabi Muhammad, sabda baginda yang bermaksud : "Sesiapa yang menipu bukan dari kalanganku."

8. Menyimpan barangan kemas/perhiasan tanpa dimanfaatkan atau menggunakannya, malah tidak mengeluarkan zakat daripadanya, dianggap sebagai satu perbuatan yang menghalang pemberian hak kepada yang memerlukan di kalangan asnaf yang lapan, Allah menegaskan dalam ayat 34-35 surah at-Taubah, maksudnya : "Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya (mengeluarkan zakat) pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab siksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."

9. Perniagaan pada barangan yang diharamkan Allah seperti arak, nombor ekor, dadah, candu yang membahaya kesihatan awam dan lain-lain juga adalah satu ketetapan jenayah yang mesti dibenteras segera oleh pihak berwajib, kerana ia adalah tindakan zalim terhadap orang lain.

10. Pelacuran yang melibatkan anak-anak gadis yang suci dengan menjual tubuh badan mereka kerana mahu mengaut keuntungan segera adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan, kerana ia tindakan licik sesetengah pihak yang akhirnya memperolehi hasil yang sama sekali tidak diberkati Allah SWT dan menucar-kacirkan institusi masyarakat umat Islam yang sepatutnya menjadi sebaik-baik umat contoh kepada yang lain, Allah menjelaskan dalam ayat 33 surah an-Nur, maksudnya : "Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

11. Hasil pandapatan dari pembinaan kafe-kafe maksiat, disko-disko, rumah-rumah urut yang bertujuan menyebar budaya songsang dan memberi perkhidmatan seks dipandang serius oleh Islam, kerana ia dianggap sebagai punca kemungkaran dan hilangnya keberkatan daripada Allah SWT, maka segala hasil daripadanya adalah haram, ia bertepatan dengan firman Allah 19, surah an-Nur, maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan buruk lagi keji di kalangan orang-orang yang beriman berlaku, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

12. Kegiatan mencuri juga adalah salah satu jenayah yang boleh merugikan banyak pihak terutama kepada hasil pendapatan negara, negara akan terdedah dengan bencana jika menerima hasil pendapatannya daripada wang atau sumber kecurian, ia juga akan memporak-perandakan masyarakat, justeru, bagi yang terlibat dengan kegiatan mencuri secara terang atau tersembunyi dengan saksi-saksi yang adil, maka mereka perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dipotong tangannya, itulah penyelesaian terbaik daripada Allah agar dapat mengurangkan penularan kegiatan tidak bermoral itu dalam masyarakat umat Islam, firman Allah SWT menerusi ayat 38 surah al-Maidah, maksudnya : "Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

13. Mengadakan projek-projek mega yang hanya menguntungkan pihak tertentu dengan menelan belanja mencecah berbilion ringgit, sesetengahnya terbengkalai tanpa alasan yang boleh diterima, projek pula dimonopoli oleh kroni-kroni, ini termasuk program-program yang melibatkan penggunaan aliran eletrik yang banyak yang hanya dinikmati oleh golongan pemerintah, pada waktu yang sama menasihati rakyat supaya berjimat cermat kononnya untuk berhemah dalam pengurusan ekonomi, mereka ini boleh disifatkan sebagai golongan yang melakukan pembaziran dan pandai berkata-kata tetapi tidak melakukannya, kepada mereka Allah berfirman menerusi ayat 27 surah al-Isra? maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." Dan firman-Nya lagi dalam ayat 2 surah as-Sof, maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"

Tiada ulasan: