Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

30 Jul 2008

Samakah Lelaki dan Wanita?




Firman Allah SWT di dalam kisah Mariam bermaksud : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan(sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki)", dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkan itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan. (Ali Imran-36)

WANITA dan LELAKI :

Dua nama yang berbeza. Bukan sahaja berbeza pada nama, bahkan dari pelbagai sudut, baik dari segi fizikal, mental, mahupun perasaan. Namun, para ulamak telah bersepakat menyatakan bahawa wanita menyamai lelaki dari sudut kewajipan, kemuliaan, dan tanggungjawab.

Justeru, jika diperhatikan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan, jelas perbezaan dapat dilihat walaupun tanda-tanda kewanitaan dan kelelakian masih tidak terserlah. Kanak-kanak perempuan lebih bersifat keibuan, sukakan anak patung, mempunyai kemahuan dan cenderung kepada perkara-perkara yang berkait dengan diri para wanita berbanding kanak-kanak lelaki.

Ahli-ahli psikologi terutama ahli psikologi kanak-kanak dan orang tua menyatakan bahawa wanita mempunyai keistimewaan-keistimewaan selain keistimewaan dari segi biologi di samping perbezaan yang jelas antara tubuh badan lelaki dan wanita.

Menurut kajian ahli perubatan, wanita adalah lebih rendah dari lelaki walau apa jenis sekalipun wanita tersebut dan purata antara ketinggian lelaki dan wanita selepas sempurna pertumbuhan adalah 10cm. Begitu juga dari sudut berat badan. Kerangka perempuan lebih ringan dari kerangka lelaki yang menjadikannya kurang keupayaan dalam pergerakan dan tindakan berbanding lelaki. Sendi-sendinya lebih lemah berbanding lelaki dengan kadar 1/3 akan tetapi melebihi lelaki dengan satu-satunya sel yang mempunyai banyak kandungan darah.

Begitu juga dengan otak. Otak lelaki 100gm lebih berat daripada otak perempuan dan nisbah berat otak lelaki kepada badannya ialah 1/40 serta perempuan ialah 1/44. Otak juga terbahagi kepada beberapa bahagian; bahagian 'kemahuan' dan 'kehendak' dalam otak wanita adalah paling kecil akan tetapi perasaan dan emosi melebihi kaum lelaki. Dada dan peparu wanita tak seluas dada lelaki tetapi pernafasan wanita lebih cepat berbanding lelaki. Jantung wanita juga lebih kecil tetapi denyutannya lebih cepat daripada denyutan jantung lelaki.

Oleh yang demikian, setelah mengetahui secara saintifik perbezaan antara lelaki dan perempuan, dapat dikonklusikan bahawa setiap daripada kita mempunyai kelemahan. Tak perlu dan tak berguna untuk kita bermegah-megah dengan kecantikan, ilmu, dan kemahiran kerana perkara-perkara tersebut tidak akan kekal dan tidak memberi apa-apa saham jika tidak diiringi dengan niat yang ikhlas dan berpakaian takwa. Perlu diketahui juga bahawa kita semua adalah pelengkap antara satu sama lain. Allah menjadikan perempuan itu lemah kerana di sampingnya ada lelaki yang kuat. Tidak sempurna hidup jika tiada sikap tolong menolong dan bantu membantu antara satu sama lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan." (Al-maidah-2)

Tiada ulasan: