Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

8 Sep 2008

Renungan Di bulan ramadhan

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di
pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang
berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah
kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk
melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut
melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu
dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke
tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari
kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan
menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak
kecil tadi : "Apa ni ? Siapa awak ? Dan apa ke jadahnya awak berada di sini
? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
buat ini semua?" jerit Executive tersebut.



Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf; "Saya meminta maaf
Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat", ia merayu. Saya melontar batu
kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil'.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari
situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan
tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong
saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. "

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut
dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
"Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan
sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang
menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan
hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk
tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita
tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang
melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .


Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa
kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan
kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah
kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Tiada ulasan: