Menjana Generasi al-Quran Terbilang Di Dunia dan Akhirat
Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022
Contoh Soalan KKQ Ting 1-5
MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5
MAKDIS
Fail Panitia Dan Buku KKQ
Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab
Kajian Tindakan PAI
24 Sep 2008
Sambut Aidilfitri cara Islam bukan ikut jahiliah
Abdul Ghani Shamsudin
Mon | Oct 23, 06 | 2:51:48 pm MYT
Setiap umat dan agama mempunyai hari besar atau hari perayaan mereka yang tersendiri. Ini berdasarkan rujukan dan dalil tertinggi yang mereka yakini . Umat Islam rujukan tertinggi mereka ialah Allah dan Rasul.
Mereka menyerahkan diri mereka kepada aturan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah dalam al Quran dan hadis. Mereka tidak mahu memandai-mandai membuat sesuatu tanpa merujuk kepada agama suci yang mereka anuti.
Sebab itu perayaan jahiliah dengan cara dan budaya yang mereka amalkan sebelum ini dilupuskan dan dihapuskan demi memberi laluan kepada bentuk hari raya baru yang ditetapkan oleh Allah dengan kaifiat dan ibadat yang tertentu.
Apa yang ditentukan oleh Allah diyakini jauh lebih baik dari apa yang dilakukan oleh ninik moyang silam yang berbuat berdasarkan pemikiran dan adat yang belum tentu baik dan absah.
Hari mengagungkan keturunan , kebangsaan, simbol-simbol jahiliah sudah berlalu. Begitu juga hari di mana manusia dengan berleluasa merekacipta hari raya bikinan mereka sendiri yang menghabiskan wang, masa dan sumber tenaga serta membazirkan wang ringgit rakyat sepatutnya ditamatkan. Umat Islam hidup dalam suasana baru iaitu suasana Islam , fitrah dan syari?ah demi meraih keberkahan dan rahmat Allah SWT.
Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah sampai ke Madinah ; ketika itu pendudukanya lumrah merayakan dua hari raya jahiliah. Mereka biasanya (menghabiskan masa) dengan bersukan (dan bersukaria).
Baginda kemudiannya berkata : (Ketahuilah) Bahawa Allah SWT telah menggantikan dua hari raya jahiliah itu dengan dua hariraya lain yang lebih baik lagi iaitu Hari raya Fitrah dan Hari raya Kurban. (hadis Sahih riwayat Ahmad, Abu Daud, Termizi dan Nasaaii)
Menjelang hari raya; khasnya pada malam satu Syawal atau malam Aidil Adha disunatkan bertakbir berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah 185: ?...Agar kalian mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) di samping kalian mengagongkan Allah kerana mendapat petunjuk (daripada)Nya ,? mudah-mudahan - kalian (semua) bersyukur.
Ketika itu kita disunatkan melafaz dan melaungkan takbir , di rumah, di masjid, di jalan-jalan , lorong dan di mana sahaja yang sesuai. Malam hari raya wajar dipenuhi dengan zikir, bacaan quran, tasbih, tahmid , takbir , doa , tazkirah dan sebagainya.
Takbir berlanjutan sampai lepas subuh sehinggalah imam naik ke atas mimbar. Takbir Aidil Adha pula terus boleh dikemundangkan lepas solat fardhu sampai lepas asar hari tasyriq yang ketiga.
Inilah amalan dan budaya yang perlu dikembangkan serta diperkasa dalam masyarakat kita pada malam hari raya atau dalam period dan masa raya. Selepas solat dan mendengar khutbah kita di galakkan berkunjungan dan menziarahi sanak saudara. Pulang pula sunat melalui jalan lain kalau boleh.
Walaupun Islam menggalakkan amalan ibadah ketika berhari raya namun ia tidak pula melarang anak anak muda atau orang ramai bersukaria. Mereka boleh bersukaria dengan menyanyikan nasyid yang sopan dan memuji Allah dan kegiatan santai yang halal dan menjaga batas larangan agama seperti yang ditegaskan oleh hadis riwayat Hisham Bin Urwah dari bapanya dari ?aisyah bahawa (pada suatu ketika ) Abu Bakar datang dan beliau bersama Rasulullah pada hari raya Fitrah atau Adha. Ketika itu ada dua orang gadis (amah) sedang menyanyi sambil memukul gendang . Abu Bakar menegur perbuatan kedua gadis itu. Tapi dijawab oleh Rasulullah: Biarkanlah kami ( mendengar lagu mereka) , sebab setiap kaum ada harirayanya dan hari ini adalah hariraya kita. (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita mesti bertindak bijak untuk menimbulkan kesedaran yang positif dikalangan saudara mara kita dengan menampilkan sesuatu amalan sunnah yang boleh menarik mereka dari terus terhenyak di kerusi empuk menonton perkara lagha yang dipaparkan oleh media perdana kita. Amalan membentuk kumpulan bertakbir melintasi rumah ke rumah mungkin suatu yang boleh mengelakkan mereka terus leka dan membuang masa.
Siaran Radio atau TV tidak akan berubah dengan para pemimpin yang memang sukakan program lagha dan hiburan dan tidak mahu kembali kepada ajaran Islam yang hakiki.
Mari kita menyingsing lengan segera untuk membuat perubahan ini pada masa-masa yang akan datang. Allah Akbar , Allah Akbar , Allah Akbar walillahhilhamd. Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua para pembaca sekelian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan