Menjana Generasi al-Quran Terbilang Di Dunia dan Akhirat
Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022
Contoh Soalan KKQ Ting 1-5
MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5
MAKDIS
Fail Panitia Dan Buku KKQ
Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab
Kajian Tindakan PAI
26 Sep 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA SEKELUARGA.
BLOG AKAN BERCUTI REHAT SEHINGGA 6 OKTOBER 2008
25 Sep 2008
INILAH YG PATUT DIBANGGAKAN OLEH BANGSA MELAYU
Album Adik Muhammad Ahmad Zahid
Muhammad Ahmad Zahid mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin. Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.
Adik Muhammad Ahmad Zahid hanyalah salah seorang anak muda yang lahir dalam sistem pendidikan sekular Malaysia yang hanya mengutamakan 'pembacaan' al-Quran. Inilah contoh sepatutnya yg harus rakyat Malaysia, bangsa Melayu yg beragama Islam patut sanjung dan banggakan. Beliau harus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia iaitu anak remaja Melayu Antara Bacaan Terbaik Dengan Umat Yang Terbaik.Bukan dibanggakan menyertai program2 realiti seperti AF yg siap dengan kesal dan nangis2 lagi bila gagal jadi penyanyi.
Wallahualam.
BUKTI KESYUKURAN
BAHARUDIN AYUDIN
Bulan syawal adalah bulan yang sungguh istimewa. Kedatangannya menyusul selepas kaum muslimin menempuh ibadat yang besar – ibadat puasa. Tempoh sebulan menjalani tarbiyah intensive menerusi madrasah Ramadan dengan solat, puasa, qiyam, sedeqah dan tilawah al-Quran bertujuan melahirkan insan muttaqin , apa kesannya ? tergambarkah selepas itu cirri cirri manusia muttaqin pada perinadi setiap muslim ? Apakah hubungan seharian dengan Allah semakin bertambah kukuh ? apakah hubungan harian sesama manusia terjalin erat dalam rangka mentaati Allah dan mencari keredaannya ? sesungguhnya segala gambaran penghayatan Islam selepas Ramadan adalah bukti kenyukuran seseorang hamba atas segala nikmat kurnian Allah, inilah yang dapat dirumuskan dari perintah Allah:
و لتكبرواالله على ما هداكم و لعلكم تشكرون – البقرة 185
Maksudnya: dan hendaklah kamu membesarkan Allah atas pertunjuk Nya yang diberikan kepada kamu mudahan2an kamu bersyukur.
Golongan yang tekun beribadah di sepanjang Ramadan dan menghayatinya dengan “iman” dan “ihtisab” dapat memahami dan merasai betapa besarnya makna hidayah dan betapa agungnya nikmat iman dan Islam. Justeru itu, kedatang syawal disambut dengan laungan takbir dan tahmid – laungan mengagung dan membesarkan Allah yang terbit dari hati yang bersih الله أكبر...الله أكبر.....الله أكبر و لله الحمد atau laungan yang tercetus dari hati yang suci, hati yang menginsafi betapa besarnya anugerah Allah kepadanya. Takbir, tahnid dan istaghfar adalah ungkapan ranbbaniy, ia adalah lafaz yang bergetar dari jiwa yang bersyukur, jiwa yang dapat merasai kemanisan iman dan menikmati kelazatan taat kepada Allah, firman Alah:
والذين اهتدوا زادهم هدى و ءاتاهم تقواهم – محمد 17
Maksudnya: Dan orang-orang yang mendapat pertunjuk , Allah menambah pertunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya.
Manakala golongan yag kecundang dan gagal dalam latihannya, gagal membebaskan diri dari pengaruh nafsu yang menguasai diri, maka ia ikut serta menzahirkan rasa gembiranya, tetapi menerusi gambaran yang pelik dan berlawanan sama sekali, ia menyambut dengan berbagai bentuk pesta hiburan, muzik dan nyanyian. Ia beroleh kepuasan dengan segala macam aktiviti membazir yang didalangi syaitan.Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w :
صوتان ملعونان في الدنيا ز الاخرة: مزمار عند نعمة و رنة عند مصيتة
Maksudnya: dua suara yang dilaknat di dunia dan akhirat: bunyi muzik ketika beroleh nikmat dan suara meratap ketika ditimpa musibah.
( Riwayat Al-Bazzar. Lihat sohih al-jami’ as-sighar wa ziyadatih (3801) Kata al-Albaniy: Hadith Hasan.

24 Sep 2008
Sambut Aidilfitri cara Islam bukan ikut jahiliah
Abdul Ghani Shamsudin
Mon | Oct 23, 06 | 2:51:48 pm MYT
Setiap umat dan agama mempunyai hari besar atau hari perayaan mereka yang tersendiri. Ini berdasarkan rujukan dan dalil tertinggi yang mereka yakini . Umat Islam rujukan tertinggi mereka ialah Allah dan Rasul.
Mereka menyerahkan diri mereka kepada aturan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah dalam al Quran dan hadis. Mereka tidak mahu memandai-mandai membuat sesuatu tanpa merujuk kepada agama suci yang mereka anuti.
Sebab itu perayaan jahiliah dengan cara dan budaya yang mereka amalkan sebelum ini dilupuskan dan dihapuskan demi memberi laluan kepada bentuk hari raya baru yang ditetapkan oleh Allah dengan kaifiat dan ibadat yang tertentu.
Apa yang ditentukan oleh Allah diyakini jauh lebih baik dari apa yang dilakukan oleh ninik moyang silam yang berbuat berdasarkan pemikiran dan adat yang belum tentu baik dan absah.
Hari mengagungkan keturunan , kebangsaan, simbol-simbol jahiliah sudah berlalu. Begitu juga hari di mana manusia dengan berleluasa merekacipta hari raya bikinan mereka sendiri yang menghabiskan wang, masa dan sumber tenaga serta membazirkan wang ringgit rakyat sepatutnya ditamatkan. Umat Islam hidup dalam suasana baru iaitu suasana Islam , fitrah dan syari?ah demi meraih keberkahan dan rahmat Allah SWT.
Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah sampai ke Madinah ; ketika itu pendudukanya lumrah merayakan dua hari raya jahiliah. Mereka biasanya (menghabiskan masa) dengan bersukan (dan bersukaria).
Baginda kemudiannya berkata : (Ketahuilah) Bahawa Allah SWT telah menggantikan dua hari raya jahiliah itu dengan dua hariraya lain yang lebih baik lagi iaitu Hari raya Fitrah dan Hari raya Kurban. (hadis Sahih riwayat Ahmad, Abu Daud, Termizi dan Nasaaii)
Menjelang hari raya; khasnya pada malam satu Syawal atau malam Aidil Adha disunatkan bertakbir berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah 185: ?...Agar kalian mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) di samping kalian mengagongkan Allah kerana mendapat petunjuk (daripada)Nya ,? mudah-mudahan - kalian (semua) bersyukur.
Ketika itu kita disunatkan melafaz dan melaungkan takbir , di rumah, di masjid, di jalan-jalan , lorong dan di mana sahaja yang sesuai. Malam hari raya wajar dipenuhi dengan zikir, bacaan quran, tasbih, tahmid , takbir , doa , tazkirah dan sebagainya.
Takbir berlanjutan sampai lepas subuh sehinggalah imam naik ke atas mimbar. Takbir Aidil Adha pula terus boleh dikemundangkan lepas solat fardhu sampai lepas asar hari tasyriq yang ketiga.
Inilah amalan dan budaya yang perlu dikembangkan serta diperkasa dalam masyarakat kita pada malam hari raya atau dalam period dan masa raya. Selepas solat dan mendengar khutbah kita di galakkan berkunjungan dan menziarahi sanak saudara. Pulang pula sunat melalui jalan lain kalau boleh.
Walaupun Islam menggalakkan amalan ibadah ketika berhari raya namun ia tidak pula melarang anak anak muda atau orang ramai bersukaria. Mereka boleh bersukaria dengan menyanyikan nasyid yang sopan dan memuji Allah dan kegiatan santai yang halal dan menjaga batas larangan agama seperti yang ditegaskan oleh hadis riwayat Hisham Bin Urwah dari bapanya dari ?aisyah bahawa (pada suatu ketika ) Abu Bakar datang dan beliau bersama Rasulullah pada hari raya Fitrah atau Adha. Ketika itu ada dua orang gadis (amah) sedang menyanyi sambil memukul gendang . Abu Bakar menegur perbuatan kedua gadis itu. Tapi dijawab oleh Rasulullah: Biarkanlah kami ( mendengar lagu mereka) , sebab setiap kaum ada harirayanya dan hari ini adalah hariraya kita. (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita mesti bertindak bijak untuk menimbulkan kesedaran yang positif dikalangan saudara mara kita dengan menampilkan sesuatu amalan sunnah yang boleh menarik mereka dari terus terhenyak di kerusi empuk menonton perkara lagha yang dipaparkan oleh media perdana kita. Amalan membentuk kumpulan bertakbir melintasi rumah ke rumah mungkin suatu yang boleh mengelakkan mereka terus leka dan membuang masa.
Siaran Radio atau TV tidak akan berubah dengan para pemimpin yang memang sukakan program lagha dan hiburan dan tidak mahu kembali kepada ajaran Islam yang hakiki.
Mari kita menyingsing lengan segera untuk membuat perubahan ini pada masa-masa yang akan datang. Allah Akbar , Allah Akbar , Allah Akbar walillahhilhamd. Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua para pembaca sekelian.
21 Sep 2008
Lailatulqadar: Anugerah Kualiti Puasa
Oleh Ghafani Awang Teh
-JAKIM
BAGI umat Islam yang beriman, kedatangan bulan Ramadan amat dinantikan kerana Ramadan menyediakan ganjaran pahala yang besar di mana ia muncul sekali dalam setahun.
Oleh yang demikian, peluang keemasan yang terbuka luas perlu direbut atau diburu kerana riwayat hidup atau jangka hayat kita pada tahun berikutnya tidak pasti sama ada kita berpeluang lagi menghayati dan menikmati rahmat Ramadan yang berkat itu.
Walaupun puasa Ramadan itu sendiri menyediakan pahala yang besar tetapi Allah memperuntukan satu lagi rahmat yang amat hebat di salah satu malam Ramadan iaitu anugerah rahmat Lailatulqadar. Rahmat Lailatulqadar menjanjikan berita baik masa depan riwayat atau jangka hayat seseorang umat Islam yang berpeluang menikmatinya.
Luh Mahfuz dan salasilah Lailatulqadar:
Tidak banyak diketahui tentang Luh Mahfuz. Ulama jarang menghuraikannya kerana barangkali ia adalah urusan alam ghaib atau urusan rahsia Allah. Dalam al-Quran pun, Luh Mahfuz di sebut secara sepintas lalu sahaja tanpa penjelasan lanjut. Sebagai contohnya dalam satu peristiwa yang amat bersejarah ahli tafsir menyatakan Luh Mahfuz disebut berkaitan dengan nuzul al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) secara sekali gus yang berlaku dalam bulan Ramadan. Allah berfirman (bermaksud) al-Quran itu telah tersimpan di Luh Mahfuz (Al-Buruj: 22).
Menurut Ibn Abbas dan A;-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan terdapat kesepakatan ulama bahawa nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah berlaku secara sekali gus pada malam Lailatulqadar dalam bulan Ramadan. Tempoh lama al-Quran tersimpan di Luh Mahfuz dan berada di Baitul Izzah tidak diketahui kerana ulama tidak memberi huraian lanjut, mungkin hal ini sebagai persoalan ghaib atau rahsia Allah. Dengan demikian malam Lailatul Qadar yang diburu oleh kebanyakan umat Islam yang solih pada sepuluh malam terakhir Ramadan adalah berkaitan Nuzul Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan bukannya permulaan nuzul Quran dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril juga berlaku pada 17 Ramadan yang berlaku 13 tahun sebelum Hijrah.
Lailatul Qadar adalah merujuk kepada suatu malam kemuliaan atau malam yang agong yang penuh dengan keberkatan, malam yang lebih baik daripada seribu bulan bahkan kemungkinan malam anugerah rahmat yang paling besar dalam sejarah hidup setiap orang. Persoalan yang timbul ialah apakah perkaitan peristiwa nuzul Quran di Luh Mahfuz itu dengan malam Lailatulqadar.
Al-Quran merupakan kitab suci umat islam yang di dalamnya mengandungi panduan syumul kehidupan manusia tentang ilmu politik, ekonomi, sosial, akidah dan sebagainya. ajaran-ajaran rasul dan nabi-nabi yang terdahulu turut diserapkan dalam al-Quran. Dengan kehebatan dan keagongan al-Quran itulah maka Allah mengabadikan nuzul Quran sebagai malam Lailatulqadar yang ditentukan berlaku dalam bulan Ramadan.
Allah berfirman maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatulqadar (Al Qadar:1). Seterusnya dalam ayat yang lain Allah berfirman (maksudnya): Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan (Al Qadar: 3). Manakala dalam satu hadis sahih Rasulullah bersabda yang bermaksud: ''Barang siapa yang beribadat pada malam lailatul Qadar kerana didorong keimanan dan keikhlasan, nescaya di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (riwayat: Bukhari, Muzlim, Nasai dan Ahmad).''
Menurut Qurtubi kemuliaan atau anugerah yang dijanjikan dalam rahmat Lailatulqadar ialah pada malam itu Allah menentukan atau mentaqdirkan jangka hayat dan rezeki setiap orang untuk tahun itu sehingga muncul Lailatulqadar pada bulan Ramadan yang akan datang. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan para malaikat turun beramai-ramai secara besar-besaran turun ke dunia untuk turut memuliakan dan meraikan umat Islam yang menerima anugerah rahmat Lailatulqadar itu.
Terdapat pelbagai riwayat mengenai tarikh berlaku anugerah Lailatulqadar. Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah bersabda: ''Berjagalah pada malam Lailatulqadar iaitu malam-malam sepuluh terakhir Ramadan (Riwayat: Bukhari, Ahmad, Muslim, Tirmizi dan Aisyah). Berdasarkan hadis ini, maka kebanyakan ulama berpendapat malam Lailatulqadar terjadi pada malam sepuluh hari terakhir Ramadan. Namun demikian terdapat juga ulama berpendapat malam Lailatulqadar berlaku pada salah satu malam bulan Ramadan, dan ada pula menyatakan pada malam 27 Ramadan.
Perbezaan pendapat ulama dalam menentukan malam anugerah Lailatulqadar sebenarnya memberi rahmat yang besar kepada umat Islam. Dengan demikian, umat Islam tidak boleh memburu rahmat anugerah lailatul Qadar secara teka teki, serkap jarang atau dengan tangkap muat sahaja dalam usaha mencari untung nasib rahmat Lailatulqadar. Wal hasilnya malam anugerah Lailatulqadar adalah milik orang salih atau ahli-ahli ibadat yang secara maraton dan konsisten melakukan ibadat dan mengabadikan diri kepada Allah pada sepanjang masa.
Dalam ibadat sembahyang, Allah memberi jaminan kepada umat Islam, firmannya (bermaksud) ''Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusu' dalam sembahyangnya'' (Al Mu'minuum: 1). Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda (bermaksud) ''Ramai orang yang mendirikan sembahyang tetapi hasilnya ialah penat dan lelah sahaja''. (Riwayat: Ibn Majah). Manakala dalam ibadat puasa pula, Rasulullah telah memberi peringatan sabdanya (bermaksud) ''Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah lapar dan dahaga sahajalah''. (Riwayat: Ibn Majah dan Nasai). Berdasarkan keterangan ayat al-Quran dan hadis, ternyata suruhan Allah dan gesaan Rasulullah meminta umat Islam melaksanakan ibadat kepada allah hendaklah dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan atau dengan kata lain amal ibadat yang mempunyai kualiti tinggi.
Kualiti diertikan sebagai bermutu atau bernilai. Maka dalam kontek ini puasa yang berkualiti adalah merujuk kepada amalan puasa bermutu tinggi yang memenuhi kehendak Allah di manan memberi pulangan pahala yang maksima atau ibadat puasa yang dibuat secara ikhlas dan penuh keimanan. Persoalan yang timbul ialah apakah faktor seseorang itu mempunyai kualiti puasa yang rendah atau dhaif. Keadaan ini berlaku kerana:
* Tidak memahami matlamat beribadat kepada Allah;
* Berpuasa sebagai mengambil kesempatan menjaga kesihatan semata-mata;
* Tidak berpegang teguh dengan disiplin puasa kerana ibadat-ibadat yang lain pun dibuat sebagai melepas batuk di tangga sahaja; dan
* Mempunyai iman yang lemah kerana menganggap diri mereka sebagai orang awam sahaja.
Imam Ghazali pada zamannya telah membuat pemerhatian dan penyelidikan mengkaji tahap atau mertabat puasa yang diamalkan oleh umat Islam. Beliau menyatakan tahap itu terbahagi kepada tiga:
* Puasa umum;
* Puasa khusus; dan
* Puasa istimewa.
Puasa umum adalah merujuk darihal puasa yang dibuat semata-mata menahan makan, minum dan menjauhi perhubungan kelamin pada siang hari. Dengan kata lain, mereka kelihatan berpuasa tetapi tidak memperolehi pahala kerana mereka tidak memelihara adab-adab berpuasa. Apa yang mereka perolehi ialah semata-mata lapar dan dahaga sahaja. Imam Ghazali menamakan puasa umum kerana puasa kelas ini mungkin kebanyakan dilakukan oleh umat Islam yang daif iman.
Manakala puasa khusus, adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan hubungan kelamin pada siang hari tetapi mereka juga menjaga adab tertib berpuasa dan menahan seluruh anggota pancaindera daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan atau merosakkan amalan puasa. Puasa khusus adalah amalan puasa orang-orang salih samada mereka itu orang awam atau alim ulama. Secara lebih luas sifat puasa khusus ialah:
* Menahan penglihatan atau mengelakkan pandangan yang boleh mengganggu dan melalaikan hati mengingati Allah dan merosakkan keimanan;
* Mengawal lidah daripada membicarakan perkara-perkara keji dan sia-sia;
* Menjauhkan diri daripada mendengar perkara keji dan sia-sia;
* Menjauhi makanan syubahat dan haram ketika berbuka puasa;
* Mengelakkan banyak makan ketika berbuka supaya rezeki yang diperolehi itu tidak membazir; dan
* Malu kepada Allah kerana bimbangkan amalan puasa yang tidak dapat memenuhi harapan Allah atau tidak diterima Allah.
Puasa yang istimewa pula adalah merujuk darihal puasa yang bukan sahaja menahan lapar, perhubungan kelamin pada siang hari dan segala pancaindera melakukan perkara haram malah mengarahkan hati, fikiran, perasaan dan tingkah laku berpuasa untuk allah semata-mata tanpa sedikit pun memikirkan hal-hal keduniaan. Puasa istimewa ini adalah menjadi amalan para rasul dan nabi-nabi dan merupakan martabat puasa paling tinggi di sisi Allah.
Program bulan Ramadan merupakan agenda tahunan Allah untuk membersihkan jiwa dan melatih umat Islam dengan harapan pengajaran puasa akan menjadi budaya atau cara hidup yang mampu meningkatkan gaya hidup sihat bukan sahaja dalam bulan puasa tetapi juga dalam kehidupan seharian pada sepanjang tahun. Terdapat sebahagian umat Islam yang mengkelaskan mereka sebagai orang awam, maka mereka hanya mampu berpuasa pada martabat puasa umum.
Walaupun sebagai orang awam tidak termasuk dalam golongan ulama, tetapi mereka juga orang Islam yang menjadi kewajipan untuk berusaha menjadi umat islam yang beriman atau salih. Umat Islam tidak boleh terus kekal dalam keadaan yang kotor, daif dan melencung dari fitrah kerana Allah menganggap orang bersifat demikian sebagai seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di atas muka bumi. Allah berfirman (bermaksud) ''Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan (makhluk) yang hidup melata di sisi Allah ialah orang kafir kerana mereka tidak mahu beriman (al-Anfal: 55).
IBADAT puasa jika diamalkan secara ikhlas dan penuh keimanan secara bersepadu dengan ibadat-ibadat khusus yang lain, maka sudah pasti kedudukan keimanan orang awam akan bertambah baik dan boleh mencapai tahap orang-orang yang salih. Dan inilah matlamat utama ibadat Islam sebagai usaha mengekalkan kesinambungan fitrah akhlak mulia manusia yang pada asalnya suci dan bersih. Kita yakin dan percaya bahawa berdasarkan pemerhatian, terdapat perkaitan yang kuat, mereka yang ikhlas mengamalkan puasa atau tinggi kualitinya serta terus kekal dalam keadaan fitrah maka mereka juga mempunyai kualiti yang tinggi dalam mengerjakan ibadat-ibadat yang lain.
Gaya hidup orang salih dalam bulan Ramadan melambangkan atau memberi gambaran bahawa kehidupan mereka di bulan yang lain pun sama juga seperti gaya hidup di bulan Ramadan. Pengajaran yang diperolehi dari pengalaman Ramadan itu, mereka terjemahkan dan menghayatnya dalam kehidupan seharian. Kesungguhan mereka beribadat kepada Allah adalah semata-mata untuk memenuhi seruan Allah. Allah berfirman (maksudnya): ''Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku (Azzariyat: 56). Manakala dalam ayat yang lain pula Allah berfirman (bermaksud): ''Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu ikut langkah syaitan.'' (Al-Baqarah: 208).
Isu utama yang dinyatakan dalam ayat-ayat tersebut ialah Allah mencipta manusia untuk menjadi khalifah Allah yang suci jiwanya dengan tujuan memakmurkan dunia mengikut syariat Allah sepenuhnya. Allah tidak mahu hanya dalam bulan Ramadan sahaja kelihatan umat Islam berduyun-duyun mengamalkan puasa dan taat mematuhi perintah allah, tetapi gaya hidup mereka di bulan-bulan yang lain pula, kembali mengikut jejak langkah perangai syaitan. Gaya hidup secara talam dua muka atau dua alam ini amat bercanggah dengan matlamat program Ramadan yang mahu umat Islam kekal dalam keadaan fitrah.
Anugerah Lailatulqadar yang dijanjikan Allah dalam bulan Ramadan merupakan satu peluang keemasan bagi orang salih memburu dan melipat gandakan amalan ibadat puasa walaupun ibadat khusus yang lain telah pun kuat. Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah bersabda: (bermaksud) ''Barang siapa mengerjakan ibadat sembahyang pada malam Lailatulqadar kerana keimanan dan keikhlasan, di ampun baginya dosa-dosa yang telah lalu (Riwayat: Bukhari, Muzlim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Abu Daud). Bagi orang salih, walaupun bilangan rakaat sembahyang Terawih menjadi khilaf ulama, ada yang memilih lapan rakaat atau dua puluh rakaat tetapi mereka berpegang kepada pendapat Khalifah Umar bahawa bilangan rakaat sembahyang sunat Terawih adalah dua puluh rakaat kerana pendapat ini adalah kukuh dan dipegang oleh sebahagian besar ulama. Tambahan pula ia selari dengan semangat Ramadan yang menghendaki amalan puasa dan malam Ramadan perlu dipenuhi dengan beribadat kepada Allah.
Satu lagi amalan orang salih dalam bulan Ramadan ialah memperhebatkan iktikaf di masjid atau di surau-surau yang dibenarkan mendirikan sembahyang fardu Jumaat. Nabi Muhammad sendiri pada sepuluh malam terakhir Ramadan telah melipatgandakan iktikaf dan amalan-amalan sunat yang lain seperti membaca al-Quran, berzikir, tarawih, bertahajud dan sebagainya dalam usaha memburu Anugerah Lailatulqadar, walau pun Rasulullah sendiri adalah istimewa di sisi Allah.
Setiap umat Islam yang berusaha keras mencari dan memburu mendapatkan rahmat Lailatulqadar mempunyai peluang baik memperolehinya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: ''Barang siapa menghidupkan Lailatulqadar, lalu mendapatkannya'' Riwayat: Muslim). Dari penjelasan hadis ini menunjukkan anugerah Lailatulqadar bukan untuk orang tertentu tetapi untuk mereka yang mengamalkan ibadat puasa dan malam Ramadan dengan penuh taat seperti membaca al-Quran,, berzikir, berdoa, bersedekah, qiyamullail dan seumpamanya. Terdapat pelbagai pandangan diberi tentang tanda-tanda penemuan malam Lailatulqadar. Ada yang menyatakan matahari yang muncul pada waktu pagi keesokannya seperti suasana bulan purnama penuh, cahaya berseri dan tidak panas. Manakala pada waktu malam Lailatulqadar pula keadaannya suasana malam adalah hening dan tenang.
Kita yakin dan percaya berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis bahawa terdapat perkaitan yang kuat anugerah rahmat lailatul Qadar adalah untuk umat Islam yang berjaya membersihkan diri sepenuhnya dimana mereka mempunyai kualiti puasa yang tinggi. Untuk mengekalkan prestasi kualiti puasa yang tinggi selama 29 atau 30 hari bukanlah perkara yang mudah. Bagi orang Islam yang dhaif iman agak sukar untuk mengekalkann prestasi kualiti puasa selama 29 atau 30 hari kerana bukan tabiatnya berbuat demikian. Walhasilnya mereka yang berpeluang besar akan mendapat izin Allah mempereoleh rahmat anugerah Lailatulqadar ialah orang-orang salih yang bukan sahaja cemerlang dalam mengekalkan kualiti puasa tetapi mereka juga hebat dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang lain.
sumber:http://www.islam. gov.my/portal/ lihat.php? jakim=3434

19 Sep 2008
Petua Al Ghazali Mencari Lailatul Qadar
PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.
PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;
IV) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 21 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 hb Oktober 2008.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam Qadar ialah:
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Perihal Lailatul Qadr Dan Tanda-Tandanya. .
Malam Al-Qadr ialah sebuah malam mulia yang berlaku dalam bulan Ramadhan dan padanyalah diturunkan Al-Qur’an dan ianya merupakan sebuah malam yang agung dan waktu yang berkah dan penuh rahmah.
“Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Qur’an pada malam al-Qadr..” (Al-Qadr :1)
“Tahukah kamu apakah itu malam Al-Qadr. ?” (Al-Qadr : 2)
“Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan.” (Al-Qadr : 3).
“Turun para malaikat dan ruh (jibrail) pada malam itu dengan izin tuhan mereka untuk mengatur tiap-tiap urusan.” (Al-Qadr : 4)
“Selamatlah malam itu hingga terbitnya fajar.” (Al-Qadr : 5)
Pada malam tersebut yang berlaku dalam bulan Ramadhan merupakan malam mulia yang lebih mulia dari seribu bulan dan juga padanya berkah dan keselamatan dan kebaikan serta turunnya para malaikat dengan izin Allah untuk menunaikan doa-doa mereka yang memohon dan beribadah kepada Allah swt dengan ikhlas dan mengampuni dosa dan menjalankan perintah Allah swt.
Waktu Malam Al-Qadr
Disebut dalam pelbagai riwayat bahawa waktunya secara berbilang-bilang dan tidak tetap dan berbeza-beza dari tahun ke tahun. Namun apa yang sahih dari rasulullah maka waktunya ialah pada malam 21, malam ke 23 , malam ke 25 malam ke 27 dan malam ke 29 dalam bulan Ramadhan. Pastinya waktu Lailatul Qadr ini ialah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan seperti yang disebut oleh pelbagai riwayat dan juga dalam hal ini telah terdapat satu risalah khas yang ditulis oleh Imam Hafidz Al-Iraqi r.a berkenaan malam ini jadi bolehlah dirujuk.
Terletaknya Lailatul Qadr pada sepuluh malam yang terakhir ialah berdasarkan riwayat dari Ummul Mukminah Asiyah ra yang berkata :
“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam apabila berdekatan dengan sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan berpesan :
“ Bersungguhlah (dalam ibadah) atau berwaspadalah kerana malam Al Qadr itu pada sepuluh malam yang terakhir dari Ramadhan.” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 1169).
Sekiranya seseorang itu dilemahkan oleh sesuatu atau tidak mampu juga berusaha gigih pada sepuluh malam itu keseluruhannya maka hendaklah menumpukan usaha ibadahnya pada malam 23 dan ke atas ini disebabkan dari riwayat Ibn Umar ra bahawa bersabda baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “ Hendaklah kamu bersungguh mendapatkannya malam Al Qadr pada sepuluh malam terakhir dan sekiranya kamu dilemahkan atau menjadi letih maka janganlah kamu ditewaskan pada tujuh hari yang baki.” (Hhadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 1165).
Secara umum diperhatikan pada dalil-dalil di atas maka para ulama menyimpulkan bahawa malam yang paling khas dan kemungkinan berlakunya Malam Al Qadr ialah pada malam 23, 25 dan 27 serta 29 secara berselang-seli dan berbeza-beza atau mungkin bersamaan pada setiap tahun. Bagaimana mengetahui bahawa malam itu ialah malam Al Qadr ?
Pertanda sesuatu malam itu ialah malam Al Qadr dapat diketahui melalui riwayat sahih yang disebutkan pertandanya dalam riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda :
“ Paginya malam Al Qadr itu ialah apabila mataharinya muncul dengan lemah cahaya dan kurang panasnya seolah ianya redup sehingga meninggi.” (Hadith sahih riwayat Muslim : 762).
Manakala menurut riwayat Ibn Abbas ra berkata telah bersabda baginda Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam :
“Malam Al Qadr itu malam rahmah berkah dan bercahaya (berseri-seri indah) , tidak panas dan tidak pula sejuk dan pada paginya matahari menjadi lemah (cahaya dan panasnya) kemerah-merahan.” (hadith hasan riwayat Thiyalisi no.349 dan Ibn Khuzaimah dan Bazzar).
Kebiasaannya sekiranya hujan pada waktu siang maka malamnya akan menjadi sebuah malam yang sederhana suhunya dan tidak panas serta tidak sejuk dan keesokkan harinya menjadi redup menurut fenomena kebiasaan.
Walaubagaimanapun hanya Allah jualah yang mengetahui secara tepat dan hendaklah umat islam berusaha beribadah setiap malam dan waktu kerana Allah dan mengharap redha-Nya.
Tetapi fenomena malam Al Qadr itu disusuli hujan dapat dibuktikan melalui hadis bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Al Qadr, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang ertinya): “Sesungguhnya malam Al Qadr itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Baginda melihatnya dan baginda sujud di waktu subuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam terbuat dari anjang-anjang. Baginda menjalankan solat subuh bersama para sahabatnya kemudian baginda sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari sohabat Abu Sa’id Al-Khudri).
Juga hadis dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda “Sesungguhnya alamat malam Al Qadr adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqah)
Faedah malam Al Qadr sesungguhnya disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Barangsiapa yang mendirikan malam Al Qadr dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan baginya segala dosa yang telah berlalu” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim no. 759).
Telah sahih dari Ummul Mukminah Aisyah ra yang telah bertanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam apakah yang perlu dibaca pada malam Al Qadr jika beliau menjumpainya maka dijawab oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan bersabda :
“Katakanlah: Allahumma sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang menyukai mengampunkan hamba-Mu maka ampunilah aku.” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 3760 dan Ibn majah no. 3850).
Berikut adalah doanya:
اللَّهُمَّ اِنَكَ عَفُوٌّ تُحِبُ اَلفْوَ فَاعْفُ عَنِّيِ
Sesungguhnya pada malam Al-Qadr ini segala doa dimakbulkan dan hendaklah seseorang itu berdoa dengan kebijaksanaan dan untuk kebaikan dan bukanlah untuk keburukkan.
" Dan berdoalah kamu kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) akan makbulkan." (Surah Al-Ghafir : 60).
Ketahuilah hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya , cukuplah kita memohon kebaikan dari Allah dan meminta Allah yang menentukan apa yang baik untuk kita bukan sebaliknya kita yang memandai-mandai meminta yang bukan-bukan tanpa kita mengetahui apakah ianya baik untuk kita atau sebaliknya.
Manusia selalunya tidak tahu apa yang harus diminta dan tidak tahu apa yang dimintanya kepada Allah swt. Mereka memarahi Allah kerana tidak memakbulkan doanya sedangkan apa yang dimintanya itu sebenarnya buruk bagi mereka.
Jauhilah mendoakan sesuatu yang khusus yang boleh mempengaruhi hidup orang lain kerana hal itu jika dimakbulkan boleh menyebaban penderitaan kepada orang lain. Tidak mustahil doa ini dimakbulkan Allah namun apakah ini merupakan kebaikan baginya ?
" Dan ketika hamba-Ku berdoa kepada Aku , sesungguhnya aku amat dekat kepada mereka dan aku akan menyahut setiap doa dari orang yang berdoa." (Al-Baqarah : 186).
Kerana itulah disebut dalam hadith riwayat Jabir ibn Abdillah ra yang berkata “Sesungguhnya Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam mengajar kami melakukan istikharah (solat) dalam setiap urusan keseluruhannya seperti seolah baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran dan baginda bersabda ;
“ Jika ada sesiapa di antara kamu yang mengalami masalah dalam sesuatu urusan maka solatlah dua rakaat sunat kemudian berdoalah ; Allahumma (wahai tuhan), aku memohon pertunjuk dari-Mu dengan ilmu yang Engkau miliki, dan memohon kekuatan dari-Mu, dengan kekuatan yang Engkau miliki, dan memohon dari-Mu sesuatu dari kebesaran dan kemurahan-Mu yang agung.
Sesungguhnya Engkau mentaqdirkan sesuatu dan aku tiadalah kuasa dalam hal itu, dan Engkau mengetahui dan aku tidaklah mengetahui dan bahkan Engkau adalah Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Allahumma (wahai tuhan), sesungguhnya jika bagi-Mu bahawa perkara ini adalah baik bagiku dan bagi agamaku serta kehidupanku dan membawa hasil yang elok maka taqdirkanlah ianya untuk aku dan permudahkanlah aku dengannya serta berkatilah aku padanya.
Wahai tuhan, jika urusan ini buruk bagi aku dan bagi agama aku serta buruk bagi kehidupan dan memudharatkan aku maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya. Taqdirkanlah bagi aku sesuatu yang lebih baik darinya dan berkatilah aku padanya.” (Hadith sahih, riwayat Bukhari m/s 126 dalam Fathul Bari Jilid 7).
Wallahu a'lam.
18 Sep 2008
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita....
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal dan cara yang halal
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
wallahua'lam. ....

17 Sep 2008
WANITA JAHILIYYAH TIDAK BERTUDUNG
Perihal keadaan wanita Jahilyyah disebut sifat mereka di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Aby Hurairah dimana Rasulullah SAW bersada:
"Dua golongan penghuni neraka yang tidak aku nampak: (1) manusia yang mengibaskan tali cemeti seperti ekor kerbau pada mereka dan mereka akan memukul manusia yang lain (pemerintah yang zalim); (2) perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong (pada kejahatan) dan menarik orang lain condong kepadanya. Kepala mereka akan jadi seperti bonggol unta ‘bukhtun' yang condong kepada suatu arah. Mereka tidak akan masuk Syurga dan mereka tidak akan cium bau Syurga sedangkan bau Syurga itu boleh dihidu daripada jarak-jarak yang tertentu" (Riwayat Muslim, Sohih).
Wanita-wanita JAHILIYAH dikatakan memakai pakaian tetapi masih berbogel kerana mereka memakai baju tetapi tidak menutup aurat kerana baju tersebut adalah nipis (boleh ditembusi pandangan) dan mendedahkan tubuh mereka; seperti banyaknya pakaian wanita hari ini. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qardawi)
‘Bukhtun' di dalam hadith di atas adalah sejenis unta yang mempunyai bonggol yang besar. Rambut wanita menyerupai bonggol unta tersebut apabila diikat dan disanggul di atas kepala.
KRISTIAN HANYA BERTUDUNG TATKALA SEMBAHYANG
Walaubagaimanapun, realitinya, tunjukkan berapa ramai Kristian dan Yahudi yang memakai ‘tudung' secara terbuka? Anda patut sedar bahawa sifat tudung kristian adalah Berebza DIMANA MEREKA HANYA UNTUK menutup kepalanya hanya setiap kali mereka ingin bersembahyang, sama ada di gereja atau di rumah. Ini bermakna jika dia tidak bersembahyang di rumah, kepalanya akan terdedah di kalangan tetamu lelaki yang tidak ada kaitan keluarga dengannya; atau jika dia bersembahyang di rumah, kepalanya ditutup walau kepada suaminya dan keluarganya sendiri.

16 Sep 2008
Perkauman dan Realiti
Andai Allah itu m'ciptakan melayu,cina, india,kadazan dan iban tanpa m'mikirkan ciri-ciri rupa keturunan,adakah bangsa malaysia akan m'bangkitkan isu seperti yg dibncangkan sekarang???
Seperti yang sering disebut, kita ini datang dari keturunan yang sama. Sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Siam, kita dari Adam yang satu.
bg sya bangsa sesuatu kaum tidak m'bezakan kedudukan seseorng.walhal yang membezakan seseorng manusia itu adalah AGAMA nya.ini kerana dengan agama akan timbul pribadi yg mulia yg merujuk kepada orng tersebut.
Mustahil Allah SWT yang bersifat Maha Bijaksana; mencipta manusia dan agama yang diredaiNya dalam sistem hidup Islam yang lengkap tetapi tiba-tiba pula boleh membawa bahaya dan memecah belahkan perpaduan kaum?
Contoh unggul yang boleh dirujuk dari sejarah Islam ada terpahat melalui kelahiran tiga tokoh besar generasi sahabi yang bernama Salman Al-Farisi(Farsi) , Bilal Al-Habashi (Habshah) dan Suhil ibn Rumi (Rom) yang boleh hidup penuh rukun bersama seluruh umat Islam di zaman Nabi. Jika dalam konteks terkini di Malaysia, mereka mungkin boleh di samakan dengan kaum Melayu, Cina, India dan Benggali.
Nabi s.a.w sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
di sini,bkan sya menyeru rakan-rakan yg ada untuk tidak mempedulikan identiti kaum,adat dan budaya yang kita ada,tetapi adalah lebih baik kemulian seseorng itu dapat dilihat melaui prinsip-prinsip islam.
Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri.
Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhanraya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka.
ingin saya tegaskan,masa depan orang melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah
Seperti orang arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah

Selamat Menyambut Nuzul Qur'an
Muslim dan al-Qur'an
Sesungguhnya dengan turunnya al-Qur'an pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri
Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.
Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Qur'an yang akhirnya memeluk Islam.
Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Qur'an daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.
Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan, sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.
Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Qur'an?
Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Qur'an pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Jadi istilah Nuzul al-Qur'an boleh diertikan sebagai penurunan al-Qur'an ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.
Waktu turunnya al-Qur'an?
Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam yang dikenali sebagai "Lailatul Qadr", pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Qur'an mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.
Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.
12 Sep 2008
Nilai Sepuluh Ringgit
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”
“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;
“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan berkata;
“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”
Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur.
“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.
“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.
“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.
Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.
Moral
Kadangkala kita terlampau sibuk sehingga mengabaikan insan tersayang yang dahagakan kasih sayang dan perhatian kita. Oleh itu, luangkan sedikit waktu untuk bersama mereka.
10 Sep 2008
Budaya makan di bulan puasa
"Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadhan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat Malaysia sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa.
Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, namun apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka membeli juadah bukan lagi mengikut keperluan, tetapi mengikut nafsu!. Mereka seolah-olahnya ingin meng'qada' sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang yang ditinggalkan ketika berpuasa, lalu berlakulah pembaziran yang banyak. Terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Masyarakat seolah-olah berusaha untuk mengubah bulan puasa kepada 'bulan makan'! Sikap yang lebih pentingkan pesta menjamu selera pada bulan ini menyebabkan kesucian Ramadan sebagai bulan ibadat itu tidak dapat dihayati dengan sempurna.
Sebenarnya ajaran Islam tidak pernah melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma ajaran Islam mengajar kita supaya berbelanja secara bersederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar dan pasar Ramadan secara yang berlebihan.
Sesuatu yang perlu disedari bahawa tabiat pembaziran yang berlaku dalam bulan Ramadhan menyebabkan puasa yang dilakukan menjadi sia-sia kerana tidak mencapai ketakwaan sebagaimana yang diharapkan. Masyarakat Islam di Malaysia perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak hingga mencapai tahap takwa kepada Allah. Antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan. Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menghindari amalan menjadikan Ramadan bulan untuk berpesta makan dan membeli-belah secara berlebihan.
Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27). Sayyid Qutb di dalam tafsirnya 'Fi Zilal al-Quran' menjelaskan bahawa Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah). Oleh itu, berbelanja secara berlebihan ketika membeli makanan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir. Oleh yang demikian, apakah kita sanggup menjadi ‘saudara’ kepada syaitan dengan melakukan pembaziran di bulan Ramadhan yang mulia ini??!
Islam Mengajar Mengajar Cara Menjaga Kesihatan
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan
badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah
menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg
tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang
berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam
ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahaw a enzime
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam
air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam)

9 Sep 2008
Qiamulail
Apakah kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir??? sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh, sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata..."Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang.
Saranan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam
Dari Abu Hurairah r.a "....Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku tidak tidur sebelum solat witir." (HR Bukhari)
Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya;"Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;
" Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu." (Muttafaqun 'alaih)
Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Beliau sollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)
Dari Ibnu Mas'ud r.a katanya;" Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sollallahu 'alaihi wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke pagi - yakni tidak bangun untuk bersolat malam, lalu beliau sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;" orang itu sudah dikencingi syaitan dalam kedua-dua telinganya" atau beliau sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"di telinganya." (Muttafaqun 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya; "Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi;" Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!" Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas." (Muttafaqun 'alaih).
Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya; "Solat yang paling dicintai Allah ialah solatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun solat yang sepertiganya dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Muttafaqun 'alaih)
Dari A'isyah r.a pula bahawasanya Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu tidur di permulaan malam dan bangun pada akhir malam lalu bersolat." (Muttafaqun 'alaih)
Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu
"Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud)." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam ; "Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah ta'ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam." (HR Muslim)
Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua raka'at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya." (HR Adam bin Abu Iyas)
Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).
Dari Abu HUrairah r.a., Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang. Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)
Ibadah Ahli Syurga
Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
"Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan." [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam ; "Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu." (HR Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." (HR Tirmidzi).
Keteladanan Salafussoleh
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,"jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat."
Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah RA ia menceritakan, "Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa'. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini?" Jabir berkata, "Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, 'Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah'. Nabi Muhammad SAW berpesan Jagalah kami di mulut lorong ini. Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
"Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, `Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?' Sahabat Muhajirin menjawab;"Jagalah kami di awal malam, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan shalat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabah Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, 'Duduklah karena aku telah dilukai.' Jabir berkata, "Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sadar bahwa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, 'Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?' Sahabat Anshar.menjawab, Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku' dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan karena takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat."'
Bagaimana mudah utk bangun solat malam???
Petua dari Imam Al-Ghazali...
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.
8 Sep 2008
Berapa kali malaikat maut ziarah kita?
Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,
bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut
memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang
sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan
aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa"
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat
maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini
tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana
mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya
dengan malaikat maut.
1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita
=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT
Renungan Di bulan ramadhan
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di
pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang
berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah
kereta yang diletakkan di tepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk
melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut
melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu
dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke
tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari
kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan
menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi anak
kecil tadi : "Apa ni ? Siapa awak ? Dan apa ke jadahnya awak berada di sini
? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
buat ini semua?" jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf; "Saya meminta maaf
Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat", ia merayu. Saya melontar batu
kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil'.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari
situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan
tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong
saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. "
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut
dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
"Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat."
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan
sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang
menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan
hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk
tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita
tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang
melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa
kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan
kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah
kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

2 Sep 2008
Kisah Penjual Tempe
sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allah swt..amin
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah
mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila
sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,
pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga:Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan...
Oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.
Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat( ",) ....
1 Sep 2008
Adakah sama ramadhan ini dan Lepas?
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak dari penulis kepada semua umat Islam yang berwarga Negara Malaysia.
Ramadan merupakan bulan kurnia dan bonus oleh Allah SWT kepada umat Islam. Semestinya semua mengambil peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Peluang yang datang ini belum tentu akan dicapai kembali pada tahun mendatang.
Apabila menceritakan tentang kelebihan ramadhan ini, kebiasaanya semua orang cukup teruja dan saling merebut untuk menyahut saranan ini.
Dengan sebab itu, ketika hari pertama ramadhan masing-masing sibuk untuk membaca al-Quran sebanyak mungkin. Bersolat dhuha, membaca Ma’thurat Kubra, berqiamullai, bersolat jemaah dan sebagainya.
TETAPI amalan ini berkemungkinan bertahan seminggu. Apabila masuk minggu ke 2 segala amalan yang pernah dibuat berkurangan, minggu ketiga Jarang-jarang, minggu ke 4 tidak buat langsung.
Sudah menjadi tabiat manusia yang tidak boleh menerima perubahan yang mengejut. Berkemungkinan dari perubahan akan menyebabkan mereka kembali kepada perangai asal sebelum ramadhan.
Nabi telah mengajar umat Islam supaya melaksanakan sesuatu amalan secara berterusan walaupun sedikit. Apa salahnya kita memulakan amalan di bulan ini secara runcit-runcitan? . Mungkin minggu pertama ini kita sekadar berqiamullai sekali seminggu atau dua kali.
Nabi SAW memperhebat amalan ketika 10 malam terakhir. Jadi apa salahnya kita memperhebatkan qiamullai, solat dhuha dan sebagainya pada 10 hari terakhir. Ini lebih baik dari kita perhebat amalan pada awal ramadhan tetapi kosong pada 10 hari terakhir.
Semoga ramadhan kali akan menjadi satu titik perubahan untuk umat Islam maju ke depan

Langgan:
Catatan (Atom)