Lihatlah di sekeliling kita. Seorang wanita takkan terlepas 'ditangkap'
membawa barangan wajib mereka, iaitu handbag. Pernahkah anda terfikir,
mengapa wanita membawa handbag? Adakah tuntutan biologi menjadi jawapannya?
Atau, pernahkah anda terfikir ia sebenarnya berkait rapat dengan genetik
wanita atau mungkinkah ia cuma satu pilihan?
Handbag (beg tangan) telah menjadi salah satu keperluan hidup bagi setiap
wanita sejak sejarah berkenaannya direkodkan. Handbag adalah salah satu
item penting yang sangat rapat dengan kaum wanita dan barangan yang sering
ditemui dalam handbag adalah gunting jahit berhias (abad ke-17) sehinggalah
telefon bimbit, purse, tissue, ipod, ipad dan lain-lain lagi (abad ini).
Ya, handbag dan wanita sememangnya 'sahabat' sejak dulu lagi kerana ada
yang mengatakan wanita tidak boleh keluar rumah atau ke mana-mana tanpa
membawa handbag.
Mengapa kaum wanita sering membawa barang-barang ke sana sini, sedangkan
kaum lelaki cuma memerlukan dompet kecil yang boleh dimuatkan dalam poket
sahaja? Pernahkah anda meluangkan sedikit masa melakukan kajian tentang hal
ini?
Sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran kita selama ini,
keperluan untuk membawa sesuatu seperti barang-barang keperluan asas,
berakar umbi dalam biologi wanita. Ya, disebabkan kaum wanita telah menjadi
'caregiver of the family' atau penjaga utama keluarga sejak zaman
prasejarah lagi, maka wanita tidak dapat dipisahkan dengan handbag.
Ðisebabkan peranan tradisional inilah, kaum wanita berasa adalah satu
tanggungjawab mereka memastikan setiap ahli keluarganya mempunyai apa
sahaja yang mereka perlukan, pada bila-bila masa.
Ðari segi biologi, seorang wanita mengambil berat keperluan anak-anaknya
dan akan memastikan semua keperluan anak tidak tertinggal jika mereka tidak
berada di rumah. Saya percaya disebabkan inilah, kaum wanita akan membawa
handbag bagi memastikan setiap barangan yang diperlukan dibawa bersama, ini
termasuklah barangan keperluan sendiri dan juga barangan yang mungkin
diperlukan oleh ahli keluarganya yang lain.
Sebagai contoh, seorang ibu yang mempunyai anak kecil pula akan 'berkorban'
membawa handbag besar atau baby bag yang berisi barangan keperluan bayinya
seperti lampin pakai buang (diapers), tisu basah, tisu kering, krim rengsa,
tuala kecil, sabun, susu, botol susu, flask air panas, botol air masak,
teether, mainan kecil (soft toy), sepasang baju untuk tukaran, dan segala
barangan yang dirasakan perlu untuk seorang bayi. Naluri keibuan yang
dikurniakan Allah Taala akan membuatkan si ibu akan sentiasa memastikan
anaknya berada dalam keadaan selesa seperti berada di rumah!
Contoh yang lain pula, jika anda keluar dan katakan anda tiba-tiba
memerlukan sebatang pen dan kertas untuk menulis sesuatu atau sehelai tisu
umpamanya, adakah anda memintanya daripada pasangan anda (lelaki)? Tentu
tidak, bukan? Jika barangan yang anda perlukan ini tiada, anda tidak akan
bertanya kepada spesies yang lain, selain daripada yang sama dengan anda
juga.
Sememangnya, kaum wanita telah dilahirkan sebagai penjaga utama keluarga
(jika bukan penjaga dunia) dan telah berkurun lama dipercayai dapat
melakukan peranan ini dengan cukup sempurna sejak manusia turun ke bumi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan secara fizikal dan psikologi, kaum wanita
mahu memastikan kesempurnaan dan setiap suatu perkara di dunia ini teratur
mengikut kesempurnaan di matanya. Memanglah mustahil untuk mengendalikan
seluruh dunia ini dengan sempurna mengikut kehendak kita, tetapi
sekurang-kurangnya kaum wanita telah, sentiasa dan tetap akan melakukan
yang terbaik untuk diri sendiri dan orang-orang sekeliling yang dikasihi.
Naluri 'caregiving' kaum wanita adalah sesuatu yang semulajadi dan tidak
memudaratkan orang lain. Adalah sesuatu yang 'tidak betul' dan 'pelik' jika
ada kaum wanita yang melawan 'fitrah' ini. Jadi, janganlah rasa malu dan
segan hendak membawa handbag anda, tidak kiralah sekecil atau sebesar
manapun handbag anda.
Akhirkata, jemput cuci mata di LiTTLE-KiOSK ~ Handbag
idaman<http://little-kiosk.blogspot.com/search/label/Handbag> dan...
'enjoy carrying your handbag and know that you are making our global
community a better place for all!'
--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing
himself. – Leo Tolstoy
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih
tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga
kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya
seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul.
mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah
segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat
Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Tiada ulasan:
Catat Ulasan