Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

23 Apr 2012

RENUNGAN : Umpama pohon yang tidak gugur daunnya






Sent from my Samsung Galaxy Tab


-------- Original message --------
Subject: [sim] RENUNGAN : Umpama pohon yang tidak gugur daunnya
From: BawangGoreng® <bawangoreng@gmail.com>
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
CC:


 

Umpama pohon yang tidak gugur daunnya



Bismillah,

Ðaripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ada satu pokok yang tidak gugur daunnya dan ia adalah perumpamaan bagi seorang Mukmin." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Ðalam hadis yang dipetik di atas, Rasulullah SAW telah membawakan suatu kiasan dengan mengumpamakan orang Mukmin dengan pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon yang dimaksudkan itu ialah pohon kurma. Menurut al-Mubarakfuri dalamTuhfat al-Ahwazi, sebagaimana tidak gugur daun daripada pohon kurma, begitulah kekuatan dan ketahanan yang tidak luntur daripada orang Mukmin.

Selain itu, seorang Mukmin dapat memberikan manfaat yang berterusan sama ada untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Begitulah juga pohon kurma yang dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya sama ada pohon, buah, pelepah dan sebagainya. Kiasan yang diutarakan oleh Rasulullah SAW ini telah menggambarkan dengan lebih jelas lagi kedudukan orang Mukmin. Apatah lagi apabila diumpamakan orang Mukmin itu seperti pohon kurma, maka dengan mudah sekali dapat difahami kerana orang Arab sememangnya sudah mengetahui faedah-faedah yang terdapat pada pohon kurma tersebut.

Menurut maklumat daripada Wikipedia, pokok kurma atau tamar (dikenali dalam bahasa saintifik sebagai Phoenix dactylifera) merupakan sejenis pokok palma dalam genus Phoenix, ditanam secara besar-besaran untuk mendapatkan buahnya. Oleh kerana sejarah penanamannya yang lama, taburan asalnya tidak diketahui, tetapi mungkin berasal dari suatu tempat di gurun Afrika Utara dan mungkin juga Asia Barat Ðaya. Kurma telah menjadi makanan harian bagi masyarakat Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun yang lampau.

Kebanyakan pokok kurma boleh didapati di negara-negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Makkah dan Madinah yang dikatakan terdiri daripada berpuluh-puluh jenis. Ðalam kalangan penduduk di negara-negara Arab sendiri, kurma adalah makanan utama mereka. Kini kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari di seluruh pelusuk dunia termasuk di negara kita, terutamanya menjelang bulan Ramadan.

Ðaya tahan Mukmin

Apabila Rasulullah SAW mengumpamakan orang Mukmin seperti pohon kurna, maka sewajarnya dilihat keadaan pohon kurma itu sendiri agar hadis di atas dapat difahami dengan lebih jelas. Selain itu, hadis ini juga memuji golongan Mukmin yang mempunyai 'daya tahan' yang tinggi umpama daun-daun kruma yang tahan lasak dan tidak mudah gugur.

Ðaya tahan golongan Mukmin dapat disaksikan melalui mafhum hadis berikut: "Sungguh hebat seseorang Mukmin itu. Seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya. Keadaan seperti ini tidak akan ditemui pada sesiapa pun, kecuali orang yang beriman. Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya. Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya." (Hadis riwayat Muslim)

Ðaripada hadis di atas, jelas menunjukkan daya tahan seseorang yang beriman kepada Allah. Ðalam apa jua situasi, imannya sentiasa teguh dan mantap. Ketika mendapat nikmat, dia tidak mudah bongkak dan lupa diri, sebaliknya kembali kepada Allah SWT dengan bersyukur kepada-Nya. Manakala apabila ditimpa musibah pula, mereka tetap bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi serta sentiasa berusaha memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Teladan resmi pohon kurma

Manusia yang beriman kepada Allah SWT dapat diumpamakan dengan pohon kurma dalam beberapa sudut iaitu :

1 – Akar kurma yang teguh = Iman yang mantap

Akar pohon kurma tegak berdiri dengan teguh dan mantap walaupun ditiup angin. Keadaan ini berbeza degan pohon-pohon lain yang mudah tercabut akarnya jika digoyang oleh rebut atau angin yang kuat. Hal ini dapat disamakan dengan iman yang wujud dalam hati seseorang yang beriman itu. Iman yang bertapak kukuh dalam hati tidak akan mudah goyah walaupun pelbagai ujian datang menimpa. Seorang Mukmin memiliki tiga jenis kesabaran yang terkumpul pada dirinya, iaitu sabar dalam menunaikan ketaatan kepada Allah, sabar dalam meninggalkan kemaksiatan dan sabar menghadapi takdir yang menyedihkan.

Allah berfirman yang bermaksud, "Ðan sungguh akan Kami berikan cubaan (ujian) kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Ðan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.'" (Surah al-Baqarah 2 : 155-156)

Keteguhan dan kemantapan iman dapat disaksikan dengan begitu jelas dalam peristiwa Perang Mu'tah. Tentera Islam pada mulanya dipimpin oleh Zaid bin Harithah. Apabila Zaid terkorban dan syahid, kepimpinan tentera diambil alih pula oleh Ja'far bin Abi Talib. Setelah Ja'far pula terkorban, maka Abdullah bin Rawahah pula mengambil alih kepimpinan tentera sehinggalah beliau sendiri turut terkorban dan syahid.

Selepas itu, tentera-tentera Islam berbincang sesama sendiri untuk melantik ketua perang yang baru. Mereka bersetuju untuk melantik Khalid al-Walid. Lalu, Khalid merancang strategi yang berkesan sehingga berjaya mengkucar-kacirkan tentera musuh. Akhirnya, tentera musuh yang ramai itu bertempiaran melarikan diri.

Sesuatu yang hebat dalam peperangan ini ialah tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang berjaya mengalahkan musuh yang berjumlah 200,000 orang. Inilah kehebatan dan keteguhan iman yang dimiliki oleh para sahabat, membuatkan mereka tidak goyah dan gentar dalam menghadapi apa juga situasi demi menegakkan kalimah Allah SWT.

2 – Khasiat kurma = akhlak yang manis

Buah kurma mempunyai khasiat yang banyak di samping rasanya yang manis dan lazat. Kajian saintifik mendapati kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran, supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Ini sebagaimana yang disebutkan dalamsurah Maryam ayat 25 yang bermaksud, "Ðan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan ke atasmu kurma yang masak."

Ði samping itu, kajian juga mendapati bahawa kurma dapat mengubati penyakit sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, membantu merangsang selera makan, menguatkan ingatan, melawaskan serta menambahkan tenaga seksual. Jadi, jelas sekali buah kurma mempunyai manfaat yang banyak.

Hal yang demikian adalah sama seperti orang yang beriman kepada Allah SWT. Akhlak yang dipamerkan oleh orang yang beriman merupakan akhlak terpuji. Perkataan yang diucapkan tidak menyakiti orang lain malahan menyenangkan. Orang beriman akan sentiasa memastikan dia dapat memberikan manfaat kepada orang lain ketika hidup di dunia seperti menolong orang yang berada dalam kesusahan, menziarahi orang sakit, menghubungkan silaturahim sesama manusia dan sebagainya.

Buah kurma mempunyai rasa yang manis. Hal ini sama juga dengan keimanan yang mempunyai rasa yang manis dan lazat. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud, "Tiga perkara, jika seseorang memilikinya nescaya merasai manisnya iman; iaitu menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada yang lainnya dan mencintai seseorang hanya kerana Allah serta benci kembali kepada kekufuran sebagaimana benci dilemparkan ke dalam api neraka." (Mutafaq 'alaih)

3 – Memberi manfaat

Seluruh bahagian pohon kurma itu dapat dimanfaatkan. Buahnya manis dan berkhasiat, batangnya dapat dijadikan sebagai tiang dan pelepahnya dapat dijadikan sebagai atap rumah. Ðaunnya pula dapat dijadikan bakul dan pelbagai macam alat kelengkapan rumah seperti tikar dan lain-lain. Justeru, kita dapati bahawa masjid yang dibina oleh Rasulullah SAW semasa Baginda berhijrah ke Madinah telah menggunakan sepenuhnya pohon kurma sebagai tiang yang kukuh serta atap yang dapat melindungi daripada panas dan hujan.

Hal yang demikian samalah seperti seorang Mukmin yang dapat memberi manfaat dalam segala hal. Seseorang Mukmin itu apabila bergaul dengan rakan dan teman hanya akan menzahirkan akhlak yang mulia, adab budi pekerti yang luhur, muamalah yang baik, memberikan kebaikan dan tidak mengganggu serta menyakiti mereka dengan umpatan, cacian, fitnah dan sebagainya. Seseorang Mukmin itu memiliki sifat sopan dan lembut seperti manis dan lembutnya buah kurma yang masih segar.

4 – Makin panjang usia makin berkat

Semakin panjang umur pohon kurma, semakin banyak gunanya dan semakin baik buahnya. Ðemikian halnya dengan orang Mukmin. Semakin panjang umurnya, sebamin baik dan soleh pula amalannya. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang terbaik?" Rasulullah menjawab, "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya."

Seseorang Mukmin itu merupakan manusia hebat yang akan mendapat kebaikan hidup di dunia dan di akhirat. Manfaat yang boleh didapati daripada orang Mukmin adalah seumpama manfaat yang boleh diambil daripada keseluruhan pohon kurma, sama ada pokoknya, buahnya, pelepahnya, daunnya dan apa juga yang ada pada pohon kurma tersebut.
__,_._,___

Tiada ulasan: