BAHAN PEPERIKSAAN KKQ 2014

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah 5 Ibnu Sina 2014

Kemahiran al-Quran

Soalan KKQ Ting 1- 5

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

Pendidikan Islam Ting1 & Ting 2

Latih Tubi Bahasa Arab

Kajian Tindakan PAI

Rancangan Tahunan PI & PSI

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Contoh Pamplet Hari Kebesaran Islam

Sistem borang Claim

Kamus Jawi

Sofware

Koleksi Ceramah MP3 (New)

16 Jun 2008

Kisah nabi Yusuf (Bahagian 5)

Yusuf dalam penjara

Yusuf di masukkan ke dalam penjara bukannya kerana ia telah melakukan kesalahan atau kejahatan, tetapi kerana sewenang-wenangnya penguasa yang memenjarakannya untuk menutupi dosanya sendiri dengan menempelkan dosa itu kepada orang yang dipenjarakan.

Akan tetapi bagi Nabi Yusuf, penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar. Bagi Yusuf hidup di dalam sebuah penjara yang gelap dan sempit, dimana gerak badannya dan pandangan matanya dibatasi, adalah lebih baik dan lebih disukai daripada hidup di alam bebas di mana jiwanya tertekan dan hatinya tidak merasa aman dan tenteram.

Di dalam penjara Yusuf dapat membulatkan fikirannya dan jiwanya beribadah dan menyembah kepada Allah s.w.t. Di samping itu ia dapat melakukan dakwah di dalam penjara, memberi bimbingan dan nasihat kepada pesalah, agar mereka yang telah berdosa melakukan kejahatan, bertaubat dan kembali menjadi orang-orang yang baik, sedang kepada tahanan yang tidak berdosa yang menjadi korban perbuatan penguasa yang sewenang-wenang dihiburkan agar mereka bersabar dan bertakwa, bertawakkal serta beriman memohon kepada Allah s.w.t.

Bersama dengan Yusuf, dipenjarakan pula dua orang pegawai istana Raja dengan tujuan hendak meracunkan Raja atas perintah dan dengan kerjasama dengan pihak musuh istana. Dua pemuda pegawai yang dipenjara itu, seorang penjaga gudang makan dan seorang sebagai pelayan meja istana. Pada suatu hari pagi datanglah kedua pemuda tahanan itu ke tempat Nabi Yusuf mengisahkan bahawa mereka telah mendapat mimpi. Si pelayan melihat ia seakan-akan berada di tengah sebuah kebun anggur memegang gelas, seperti gelas yang sering diguna minumkan oleh Raja, majikannya lalu diisinya gelas itu dengan perahan buah anggur.

Sedang pemuda penjaga gudang melihat dalam mimpinya seolah-olah mendukung di atas kepalanya sebuah bakul yang berisi roti, dimana disambar oleh sekelompok burung dan di bawanya terbang. Kedua pemuda tahanan itu mengharapkan dari Nabi Yusuf agar memberi tafsiran bagi mimpi mereka itu.

Nabi Yusuf yang telah dikurniai kenabian dan ditugaskan oleh Allah s.w.t. menyampaikan risalah-Nya kepada hambaNya memulai dakwahnya kepada kedua pemuda yang datang menanyakan tafsiran mimpinnya, mengajak mereka beriman kepada Allah Yang Maha Esa, meninggalkan persembahan kepada berhala-berhala yang mereka ada-adakan sendiri dengan memberi nama-nama kepada berhala-berhala itu sesuka hati mereka.

Untuk membuktikan kepada kedua pemuda itu bahawa ia adalah seorang Nabi dan pesuruh Allah s.w.t., berkata Nabi Yusuf: "Aku tahu dan dapat menerangkan kepada kamu, makanan apa yang akan kamu terima, apa jenisnya dan berapa banyaknya demikian pula jenisnya dan macam mana minuman yang akan kamu terima."Demikian pula dapat aku memberi tafsiran bagi mimpi seorang termasuk kedua mimpimu. Itu semua adalah ilmu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadaku. Aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. dan mengingkari adanya hari kiamat kelak. Aku telah mengikuti agama bapa-bapaku, Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub. Tidaklah sepatutnya kami menyekutukan sesuatu bagi Allah s.w.t. yang telah mengurniakan rahmat dan nikmat-Nya atas kami dan atas manusia seluruhnya tetapi kebanyakkan manusia tidak menghargai nikmat Allah s.w.t. itu dan tidak mensyukuri-Nya. Cubalah fikirkan wahai teman-temanku dalam penjara mana yang lebih baik dan lebih masuk akal, penyembahan kepada beberapa tuhan yang berbeda-beda atau penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Perkasa? Allah s.w.t. telah memerintahkan janganlah kamu menyembahkan selain daripada Dia. Itulah agama yang benar dan lurus, tetapi banyak orang tidak mengetahui dan tidak mahu mengerti."

"Adapun mengenai mimpimu", Nabi Yusuf melanjutkan ceritanya, Maka takbirnya bahawa engkau, wahai pemuda pelayan, segera akan dikeluarkan dari penjara dan akan bekerja kembali seperti sediakala, sedangkan engkau wahai pemuda penjaga gudang akan dihukum mati dengan disalib dan kepalamu akan menjadi makan burung-burung yang mematuknya. Demikianlah takbir mimpimu yang telah menjadi hukum Allah s.w.t. bagi kamu berdua." Berkata Nabi Yusuf selanjutnya kepada pemuda yang diramalkan akan keluar dari penjara: "Wahai temanku, pesanku kepadamu, bila engkau telah keluar dan kembali bekerja di istana sebutlah namaku dihadapan Raja, majikanmu. Katalah kepadanya bahawa aku dipenjarakan sewenang-wenangnya, tidak berdosa dan tidak bersalah. Aku hanya dipenjara untuk kepentingan menyelamatkan nama keluarga Ketua Polis Negara dan atas anjuran isterinya belaka. Janganlah engkau lupakan pesananku ini, wahai temanku yang baik."Kemudian, maka sesuai dengan takbir Nabi Yusuf, selang tidak lama keluarlah surat pengampunan Raja bagi pemuda pelayan dan hukuman salib bagi pemuda penjaga gudang dilaksanakan.

Akan tetapi pesanan Nabi Yusuf kepada pemuda pelayan, tidak disampaikan kepada Raja setelah ia diterima kembali bekerja di istana. Syaitan laknatullah telah menjadikannya lupa setelah ia menikmati kebebasan dari penjara dan dengan demikian tetaplah Nabi Yusuf berada di penjara beberapa tahun lamanya, penghibur para tahanan yang tidak berdosa dan mendidik serta berdakwah kepada tahanan yang telah bersalah melakukan kejahatan dan perbuatan-perbuatan yang buruk, agar mereka menjadi orang-orang yang baik dan bermanfaat bagi sesama manusia dan menjadi hamba-hamba Allah yang beriman dan bertauhid.

Isi cerita ini ada tersebut di dalam Al-Quran pada surah "Yusuf" ayat 36 sehingga ayat 42 :~

36. Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda. Berkatalah salah seorang di antara keduanya: "Sesungguhnya aku bermimpi, bahawa aku memerah anggur. " Dan yang lain berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku membawa roti di atas kepalaku dan sebahagiannya dimakan burung." Beritakan kepada kami takbirnya, sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai {menakbir mimpi}."
37. Yusuf berkata: "Sebelum sampai kepada kamu berdua makanan yang akan diberikan kepadamu melainkan aku telah dapat menerangkan jenis makanan itu sebelum makanan itu sampai kepadamu. Yang demikian itu adalah sebahagian dari apa yang diajarkan oleh Tuhanku kepadaku. Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian.
38. Dan aku mengikuti agama bapa-bapaku, iaitu Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub. Tiadalah patut bagi kami {para nabi} mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari kurniaan Allah kepada kami dan kepada manusia seluruhnya, tetapi kebanyakkan manusia itu tidak mensyukurinya.
39. Hai kedua temanku dalam penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?
40. Kamu tidak menyembah yang selain Allah melainkan hanya menyembah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu membuat-buatnya, Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.
41. Hai kedua temanku dalam penjara adapun salah seorang diantara kamu berdua akan memberi minum tuannya dengan arak adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib lalu burung memakan sebahagian dari kepalanya. Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menanyakannya {kepadaku}".
42. Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat di antara mereka berdua :"Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu". Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan {keadaan Yusuf} kepada tuannya. Kerana itu tetaplah dia {Yusuf} dalam penjara beberapa tahun lamanya."

Tiada ulasan:

Solat Hajat Perdana 2011/1432

Majlis Khatam Al-Quran 1432

Tahsin al-Quran 2008 1

Tahsin al-Quran 2008 2

Kenangan Tahsin Al-Quran 2008

Marhaban SMKSA 2008 (Bacaan Rawi)

Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak 2008

Interview Muhammad Ahmad Zahid

Naib Johan anti-Dadah Negeri Perak 2008

Nasyid Anti Dadah Kebangsaan 2008 - Perak (Soutul Imtiaz) [part1]

Jariah

Sekitar Kem Ibadah 2008 Bhgn 1

Kem ini telah diadakan pada hari Sabtu 19 Julai 2008 yang lalu. Bertujuan mendekatkan para pelajar kepada penghayatan Islam kepada Islam sebagai sebuah agama yang menjurus kepada ibadah.Bermula dari jam 7:30 sehingga 4:30 ptg. semoga pserta yang terlibat mendapat input yang baik dan memberi kesan kepada ibadah seharian mereka.

Sekitar Kem Ibadah 2008 Bhgn 2

Antara program yang dijalankan semasa Kem Ibadah ini adalah Celik al-Quran, klinik Solat,Ice Breaking dan Explore race.

Kelas Kemahiran al-Quran 2008

Sekitar gambar di MTQ Daerah Hilir Perak 2008

Sekitar Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Negeri 2008

Sekitar Marhaban DiASTRO 2008

Satu Pertandingan Marhaban telah diadakan di Pusat membeli belah Jusco Ipoh. Pasukan Marhaban SMKSA telah menyertai pertandingan tersebut. oleh kerana persaingan yang begitu sengit pasukan SMKSA hanya mampu menduduki tempat ketiga dari enam pasukan yang bertanding. tahniah buat mereka. Semoga mereka terus maju dan berkembang dengan lebih pesat di masa akan datang.

Marhaban SMKSA

Nasyid SMKSA Perempuan

Nasyid SMKSA Lelaki

Kursus Pengurusan Jenazah 2007

Abd Al Basit Abd As Samad

KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN SMKSA CHENDERONG BALAI