Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

6 Ogo 2008

AKHLAK REMAJA ISLAM


Remaja Islam Penjana Negara Gemilang

Akhlak yang mulia adalah idaman setiap remaja. Dengan berakhlak mulia, seseorang remaja akan jelas hala tuju hidupnya, mampu menjadi pendakwah yang matang dan cemerlang, berupaya mencetuskan dimensi baru dalam memberi makna khalifah dan menjadi harapan negara.

Namun begitu, bagaimanakah pula keadaan remaja pada zaman Rasulullah saw ? Apakah yang mereka lakukan ketika mereka seusia dengan zaman remaja hari ini ? Apakah kegemaran mereka ? Apakah mereka juga sukakan hiburan, keseronokan atau mentelaah pelajaran ? Apakah bezanya mereka dengan kita ? Bagaimanakah hasil didikan Rasulullah saw terhadap generasi remaja ketika itu ? Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri bagaimanakah hasil didikan Rasulullah saw terhadap generasi remaja ketika itu yang sentiasa disirami dengan kata-kata semangat, pengalaman yang praktikal dan dibimbing oleh wahyu Allah swt ?

Apabila kita memerhati perkembangan generasi remaja pada ini, kita akan dapati suatu rakaman kisah hidup remaja pada zaman yang penuh mencabar tetapi sangat mengagumkan. Terlalu ramai contoh yang boleh diambil dan dijadikan teladan. Salah seorang daripada mereka ialah S.Ali. Beliau adalah kanak-kanak yang paling awal memeluk Islam. Wajahnya tidak pernah sujud kepada berhala dan sangat berani melakukan tugasan yang diamanahkan oleh Rasulullah saw. Ketika usia remaja, S. Ali pernah ditugaskan untuk tidur di katil baginda saw pada malam hijrah. Tugas ini merupakan satu amanah yang sangat besar dan akan menentukan jatuh dan bangunnya dakwah Islam ketika itu. Dengan berani dan tidak banyak soal, beliau menerima tugas tersebut. Akhirnya beliau ditangkap, diseksa dan diminta untuk membocorkan rahsia ke arah mana Rasulullah saw bergerak. Watak beliau yang tegas, memegang amanah dan teguh pendirian, beliau tetap tidak mebocorkan rahsia walaupun diancam untuk dipukul. Inilah contoh jati diri remaja yang kental dan penuh dengan disiplin diri terhadap perjuangan Islam.

Ketika peperangan Badar, sekali lagi beliau memperlihatkan keberaniannya untuk berperang apabila mewakili tentera Islam berlawan satu lawan satu. Di pihak tentera Islam, tiga orang wakil telah dipilih dan salah seorang daripadanya ialah S. Ali. Tentera kafir Quraisy turut menghantar tiga orang panglima perang handalan mereka. Keberanian remaja bernama S. Ali ini sangat hebat sehingga mampu menumpaskan lawan-lawannya satu demi satu.

Beliau yang juga merupakan sepupu Rasulullah saw turut terkenal sebagai seorang remaja yang alim dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sentiasa melazimi diri dengan baginda saw sejak kecil, banyak ilmu dunia dan akhirat yang telah diperolehinya dan mematangkan kehidupan remaja beliau. Rasulullah saw pernah menghantarnya ke Yaman sebagai wakil kerajaan di sana serta menyampaikan ilmu pengetahuan yang dimiliki kepada masayarakat Yaman ketika itu.

Setelah meningkat dewasa, beliau menjadi menantu Rasulullah saw dengan mengahwini S. Fatimah. Beliau turut menjadi khalifah Islam ke empat dengan mewarisi bakat, ketokohan dan ilmuan yang melayakkannya menjadi pemimpin umat islam.

S. Ali adalah satu contoh seorang remaja yang lahir daripada didikan Rasulullah sejak awal dakwah Islam lagi. Beliau telah menggunakan usia remajanya bagi mendalami ilmu-ilmu Islam dan bersama-sama dengan Rasulullah saw dalam banyak peperangan. Remaja Islam pada hari ini boleh merenung dan menggali pengalaman tokoh-tokoh remaja masa silam yang begitu ramai dan terkenal di kemudian hari. Mencontohi pengalaman mereka dari aspek kegigihan, disiplin diri, keberanian dan memberi sumbangan terhadap perkembangan dakwah Islam dan pertumbuhan generasi dan tamadun dunia yang lebih cemerlang. Melalui pengalaman-pengalaman berguna yang dapat dimanfaatkan untuk masa depan, remaja Islam hari ini akan terhindar daripada terus hanyut dalam lautan nafsu yang sentiasa mendorong kepada keseronokan yang bersifat sementara.

Tiada ulasan: