Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

4 Ogo 2008

Hukum Mencabut/Mencukur/Menggunting Bulu

Ulama membahagikan 3 kategori didalam kes mencabut bulu rambut dari badan manusia :

a. Rambut/Bulu yang Islam melarang di cabut/cukur. contoh: bulu mata, janggut bagi lelaki.
b. Rambut/Bulu yang galakkan di cabut/cukur. contoh: bulu ketiak, bulu kemaluan, misai.
c. Rambut/Bulu yang didiamkan didalam Islam (tidak disebut larangan atau keharusannya).

Ulama’ berbeza pendapat didalam hukum membolehkan ianya dicukur/gunting atau tidak. Yang mengharamkannya berdalilkan firman Allah, dimana Allah menyebut bahawa Syaitan telah berkata :-

“….aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”[al-Nisa’ 4:119]

Sementara yang membenarkannya berhujah bahawa ini termasuk perkara yang di diamkan oleh Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w (tidak disebutkan samada dilarang atau dibenarkan) maka hukumnya harus. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w:


الحلال ما أحل الله في كتابه ، والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو مما عفا عنه


Sesuatu yang halal adalah apa yang Allah halalkan dalam Kitab-Nya, sedangkan yang haram adalah apa yang Allah haramkan dalam Kitab-Nya. Adapun yang tidak disebutkan merupakan sebuah kelapangan.
[Dikeluarkan at-Tirmizi - no: 1726 dan dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan at-Tirmizi]

Pandangan ini dipersetujui oleh kebanyakkan ulamak. Ulamak al-Lajnah al-Fataawa Arab Saudi dan Syaikh Ibn Utsaimin misalnya amat cenderung mengatakan harus mencukur/mengunting bulu2 didalam kategori ‘c’ tadi.



لا حرج على المرأة في إزالة شعر الشارب والفخذين والساقين والذراعين ، وليس هذا من التنمص المنهي عنه


“Tidak menjadi kesalahan bagi wanita jika dia ingin membuang rambut/bulu diatas bibir, peha, betis dan tangan. Ini bukanlah bahagian mencabut/tanammus yang dilarang” [Fatawa al-Lajnah al-Daa’imah, 5/194, 195].



وأما حلق شعر الجسد في حق الرجال فمباح عند المالكية , وقيل : سنة , والمراد بالجسد ما عدا الرأس


"Mengenai mencukur rambut di badan didalam kes lelaki ianya dibenarkan menurut mazhab Maliki, dan dikatakan sebagai sunnah, dan apa yang dimaksudkan dengan jasad/badan adalah semua anggota dan tidak termasuk kepala" [Mausu'ah al-Fiqhiyyah, 18/100].


يجوز للرجل أن يحلق شعر صدره عند عامة الفقهاء، وقال بعضهم فيه مخالفة للأدب.


"Di benarkan bagi lelaki mencukur bulu dadanya disisi pandangan umum para fuqaha', dan berkata beberapa ulama' bahawa ini bertentangan dengan adab" [Syubakah al-fataawa al-Syariiyah, Syeikh Dr Ahmad al-Haji al-Kurdi. URL : http://www.islamic-fatwa.net/viewtopic.php?TopicID=1927#4180 ]

Kesimpulannya, bulu dada, kaki dan sebagainya tidak termasuk dari kalangan bulu/rambut yang dilarang membuangnya.

Tiada ulasan: