Soalan KKQ Ting 1- 5

Kemahiran al-Quran

Pendidikan Syariah Islamiyyah Ting. 4 & 5

BAHAN PEPERIKSAAN KKQ

MODUL KKQ TING 3 & 5

Nota Kerja Pendidikan Syariah Islamiyyah

Pendidikan Al-Quran Sunnah

Kajian Tindakan PAI

Contoh Sasaran Kerja Tahunan SKT

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Fail MAKDIS (Majlis Kegiatan Dakwah Islam Sekolah)

Hadith Sahih tentang Kelebihan Berzikir



Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkan subhanallahi wabihamdihi dalam satu hari seratus kali,nescaya dihapuskan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih laut.”

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]


Dari Abu Hurairah r.a. ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsipa yang mengucapkan ‘laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodiir’ seratus kali dalam sehari, maka baginya sama dengan memerdekakan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus kesalahan serta dia mendapat penjagaan dari gangguan syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tidak ada seorang yang lebih utama darinya kecuali orang yang mengerjakan lebih banyak dari itu.*

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]

*Membaca lebih daripada 100X tidak pula dituntut menghitungnya.


Dari Saad bin Abi Waqqas,katanya:

“Kami pernah duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: “Lemahkah salah seorang kamu untuk mengerjakan setiap hari seribu kebaikan?” Maka bertanya seorang yang ada dalam majlis itu kepada baginda: “Bagaimanakah salah seorang dari kami mengerjakan seribu kebaikan?” Baginda bersabda: “Iaitu dia bertasbih (subhanallah) seratus kali tasbih nescaya akan ditulis baginya seribu kebaikan dan dihapuskan darinya seribu kesalahan.”

[H.R. Muslim]


Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.”

[H.R. Muslim]


Ada zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w tetapi kita tidak dituntut menghitungnya.Jadi,cukup membaca sekadar kemampuan.


Dari Abu Hurairah r.a.,katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Dua kalimat yang ringan diucapkan akan tetapi berat pada timbangan, iaitu: subhanallahi wa bihamdih,subhanallahil ‘adziim.”

[H.R. Bukhari dan Muslim]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini