Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

30 Apr 2008

Teladan dpd kisah Mustapha Kamal Ataturk

Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara .
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang MenyeksakanDi saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

29 Apr 2008

SMKSA Bolot Bahagian Tilawah MTQ Daerah Hilir Perak


Wajah Juara baru




Siti Sarah Johan Tilawah Perempuan Daerah Hilir Perak










Gaya Seorang Juara











Mohd Amir Hakim Johan Tilawah Lelaki

28 Apr 2008

Berehat sebentar

Ah Beng bought a new mobile.He sent a message to everyone from his Phone Book & said,'My Mobile No. Has changed.Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'

Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

Ah Beng : If I die, will u remarry? Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

Ah Beng : People consider me as a 'GOD'Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,Oh GOD! U have come again.

Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing,except the TV in my house.'
Police: 'How the thief did not take TV?
'Ah Beng : 'I was watching TV news...'

Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.

'How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.

Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.So the man asked him why he did so.
He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it wouldbe hot.

Ah Beng in a bar and his cellular phone rings.
He picks it up and Says 'Hello, how did you know I was here?'

Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?

Teacher: 'I killed a person' convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'

Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'Servant: 'It's already raining.
'Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'

A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and notin the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM

26 Apr 2008

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama denganTamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenistamartersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapatsebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".[Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikankamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuciterlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorangMalaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetikuntuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini keranadiatelah tidur dalam keadaan bersuci'"[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescayaakan didampingi ?oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solatberjemaah.

Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri daripuaknya.'[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malamboleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalashasilperlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yangtidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, makaRasulullahS.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalamtelinganya"[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Mudari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".[Riwayat al Bukhari dan Muslim]Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan ataubetina.

Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangankanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telahEngkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini keatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatanorang-orangyang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukansihirdan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinyasentiasadi dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"[Riwayat al Bukhari.]

YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA ITUSENDIRI

24 Apr 2008

19 Jangan..........

1. Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangk uk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

11. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

12. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

13. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

14. Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

15. Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

16.Jangan biasakan berbohong
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

17. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

18. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

19. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Saya akan musnahkan Iran jika...

WASHINGTON: Hillary Clinton, yang sedang bersaing untuk menjadi calon parti Demokratik bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, mengancam akan 'memusnahkan' Iran jika ia melancarkan serangan nuklear ke atas Israel.

Beliau berkata demikian dalam interviu dengan stesen televisyen ABC News yang disiarkan semalam.
'Saya mahu rakyat Iran tahu bahawa jika saya menjadi presiden, kami akan menyerang Iran,' kata Hillary apabila ditanya apa yang akan beliau lakukan sebagai presiden Amerika jika Iran melancarkan serangan nuklear ke atas Israel.

'Dalam masa 10 tahun akan datang, apabila mereka mungkin dengan bodohnya menimbang untuk melancar serangan ke atas Israel, kami akan berupaya memusnahkan sepenuhnya mereka,' katanya lagi.

Kenyataan tegas Hillary itu dibuatnya menjelang undian pendahuluan di Pennsylvania, wilayah penting baginya dalam persaingan dengan Barrack Obama untuk menjadi calon presiden bagi Demokratik.

Hillary perlu meraih kemenangan besar di Pennsylvania untuk membantu beliau mengalahkan Obama, kata para pemerhati.

Kem Obama kelmarin menuduh Hillary cuba menakut-nakutkan pengundi dengan menjalankan kempen iklan menunjukkan imej pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, peristiwa di Pearl Habour, dan bencana taufan di New Orleans.

23 Apr 2008

Adab-adab Menuntut Ilmu

Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

1. Ikhlas kerana Allah.
Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :"Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat".( hari: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahwa saya ingin mendapatkan syahadah (MA atau Doktor, misalnya) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan yang tidak tertulis kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar. Niat ini - insya Allah - termasuk niat yang benar.

2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.
Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk meng-hilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.

Apakah disyaratkan untuk memberi manfaat pada orang lain itu kita duduk dimasjid dan mengadakan satu pengajian ataukah kita memberi manfa'at pada orang lain dengan ilmu itu pada setiap saat? Jawaban yang benar adalah yang kedua; karena Rasulullah bersabda :"Sampaikanlah dariku walupun cuma satu ayat (hari: Bukhari)Imam Ahmad berkata: Ilmu itu tidak ada bandingannya apabila niatnya benar. Para muridnya bertanya: Bagaimanakah yang demikian itu? Beliau menjawab: ia berniat menghilangkan kebodohan dari dirinya dan dari orang lain.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.
Sudah menjadi keharusan bagi para penuntut ilmu berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Penuntut ilmu harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntunan yang diajarkan Rasulullah. Hal ini tidak ada yang bisa melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Qor'an dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat.
Apabila ada perbedaan pendapat, hendaknya penuntut ilmu menerima perbedaan itu dengan lapang dada selama perbedaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalaan aqidah, karena persoalaan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbedaan pendapat di kalangan salaf. Berbeda dalam masalah ijtihad, perbedaan pendapat telah ada sejak zaman shahabat, bahkan pada masa Rasulullah masih hidup. Karena itu jangan sampai kita menghina atau menjelekkan orang lain yang kebetulan berbeda pandapat dengan kita.

5. Mengamalkan ilmu yang telah didapatkan.
Termasuk adab yang tepenting bagi para penuntut ilmu adalah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh, karena amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak maupun muamalah. Karena orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

6. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.
Penuntut ilmu harus selalu lapang dada dalam menerima perbedaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

7. Mencari kebenaran dan sabar
Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian ) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gasa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting karena sesungguhnya pembawa berita terkadang punya maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.Wallahu 'Alam.Dikutip dari " Kitabul ilmi" Syaikh Muhammad bin Shalih Al'Utsaimin (Abu Luthfi)

Gambar Matahari yang mengkagumkan












22 Apr 2008

Aurat Wanita

DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33).

Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.
Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

Pertama
Menutup aurat dengan sempurna.

Kedua
Menutup aurat tetapi tidak sempurna

Ketiga
Langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.
Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.
Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”( Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm:8 )
Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yang ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.
Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuan nya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah

18 Apr 2008

Nota buat Ayah yang sibuk. Ada Permintaan dari anak anda

A man came home from work late, tiredand irritated, to find his 5 year oldson waiting for him at the door."Daddy, may I ask you a question?""Yeah, sure, what is it?" replied theman."Daddy, how much money do you make an hour?""That's none of your business! Whatmakes you ask such a thing?" the man said angrily.

"I just want to know. Please tell me,how much do you make an hour?" pleadedthe little boy."If you must know, I make $20.00 anhour.""Oh, " the little boy replied, headbowed. Looking up, he said, "Daddy,may I borrow $10.00 please?"The father was furious. "If the only reason you want to know how much money

I make is just so you can borrow some to buy a silly toy or some othernonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed.Think about why you're being soselfish. I work long, hard hourseveryday and don't have time for suchchildish games."

The little boy quietly went to hisroom and shut the door. The man satdown and started to get even madderabout the little boy's questioning.How dare he ask such questions only toget some money.

After an hour or so ,the man had calmed down, and started to think he may have been a little hard on his son. May be there was something he really needed to buy withthat $10.00 and he really didn't ask for money very often.

The man went to the door of the little boy's room and opened the door. "Are you asleep son?"he asked."No daddy, I'm awake," replied the boy."I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier," said the man. "It's been a long day and I took my aggravation out on you. Here's that$10.00 you asked for."The little boy sat straight up, beaming. "Oh, thank you daddy!" heyelled.

Then, reaching under his pillow, he pulled out some morecrumpled up bills. The man, seeing that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, then looked up at the man."Why did you want more money if youalready had some?" the father grumbled."Because I didn't have enough, but nowI do," the little boy replied. "Daddy,I have $20.00 now... Can I buy an hour of your time?

Nombor Plat Lebih Penting Dari Nasib Umat Islam?


Hari ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia ruangan Rencana muka surat 20, menyebutkan tentang kegilaan ahli korporat termasuk jutawan Islam membeli nombor plat kereta sehinggakan mencecah jutaan ringgit.Di dalam rencana itu antaranya menyebutkan jutawan muda Arab, Saeed Al Khouri, 25, muncul sebagai pemilik nombor plat kenderaan termahal di dunia setelah membeli nombor plat 1 dengan harga kira-kira RM45.8 juta pada satu lelongan awam di Abu Dhabi, Dubai.

Secara perbandingannya, bayaran untuk sekeping plat nombor 1 yang akan digunakan di bumper kereta kepunyaan Saeed itu mampu digunakan untuk membeli lebih 400 buah model Perdana V6 Enhanced 3 keluaran Proton Holdings Berhad.

Sebelum itu, sepupu Saeed, Talal Ali Mohammad Khouri membayar lebih RM22 juta untuk memiliki nombor plat 5 yang menyamai harga untuk 200 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria keluaran Kumpulan Naza.ALlahu..ALlah, lihatlah pembaziran yang tidak bermanfaat, betapa borosnya jutawan-jutawan Islam ini.

Alangkah baiknya jika duit yang dilaburkan hanya untuk membeli kepingan besi itu digunakan untuk kepentingan umat Islam seluruh dunia. Tentu banyak perut-perut yang akan terisi, tentulah ramai pelajar yang miskin akan dapat bersekolah, tentulah ramai balu-balu palestin serta pejuang Islam mendapat manfaat.

Alangkah bagusnya jika wang tersebut dalam digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan sains, pendidikan, sosial yang dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sedarlah, umat Islam kini hanya berperanan sebagai pengguna dan bukan pengeluar. Apabila terdapat krisis makanan dan sebagainya, kita terlalu bergantung harap kepada negara dan pengeluar bukan Islam.

ALlah telah berfirman di dalam surah Al Isra' ayat 26 dan 27 yang bererti :Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (26) Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (27)

Bagaimana pula kisahnya dengan pergerakan missionari kristian di Asia, yang berlaku juga di kawasan pedalaman orang asli di Malaysia, di Sabah, Indonesia, Iraq, Palestin dan sebagainya?. Adakah mereka yang berbangga dengan nombor-nombor itu memerhatikan nasib umat ini?Anda boleh melawati laman ini untuk mengetahui apa yang berlaku di dunia Islam kini : http://satuumat.%20blogspot.%20com/

Realitinya, kita merasa senang menghamburkan duit di jalan yang dapat memuaskan keinginan melebihi keperluan. Yang sanggup pergi menunaikan haji dan umrah berkali-kali setiap tahun, mengundi AF, membuat majlis perkahwinan gilang gemilang.... Di manakah sebenarnya keutamaan?

Sungguh kami merindukan akan adanya sahabat rasuluLlah seperti Abdul Rahman bin Auf, Saidina Abu Bakar as Siddiq, ahli perniagaan seperti Imam Abu Hanifah yang tidak meletakkan keduniaan di dalam hatinya sebagai keutamaan melebihi akhirat. Kekayaan dunia hanya di hujung-hujung jari mereka dan bukan di dalam genggaman.Wahai umat Islam - marilah kita memikirkan soal kualiti dari kuantiti

Halal Inn jadi kelab pertama bebas pengaruh alkohol di BritainLONDON

'Halal Inn' adalah pub pertama untuk orang Islam di Britain.Persekitarannya sama seperti pub biasa dengan ada snek, meja snuker danmuzik dimainkan sebagai latar belakang, tetapi yang berbeza ialah ia tidakmenghidangkan bir atau sebarang alkohol lain.

Malah, Halal Inn dibukahanya untuk pengunjung yang tidak menggemari minuman beralkohol. Ia dibukaDisember lalu di Oldham dan walaupun perniagaannya tidak begitu laris, ia tetap mendapat sambutan.

Di belakang bar ada minuman ringan dan jus buah-buahan. Sebagai tambahankepada teh dan kopi, pelbagai snek Asia juga tersedia, manakala lagubercorak Islam dimainkan menerusi pembesar suara.

Pengunjung masih bolehbermain snuker, membaling damak atau karom, permainan papan India yanghampir sama dengan permainan billiard. Malah kuiz bertemakan Islam turut dianjurkan.

Pemilik pub yang unik itu, Azizur Rahman dan rakan perniagaannya, MuzahidKhan melihat potensi di tapak bekas kelab malam Westwood Inn itu yangterbiar kosong di pinggir pusat bandar."Penduduk Islam adalah antara kumpulan pengguna terbesar dan merekamemerlukan tempat berehat dan bersosial seperti juga orang lain.

Namun,kehadiran alkohol bermakna kelab malam biasa tidak akan dikunjungi olehmereka yang mengikut ajaran Islam, jadi ini adalah tempat yang sesuaiuntuk mereka."Semakin banyak kelab malam ditutup di seluruh negara dan kami percayamenukar ia kepada kelab malam berunsurkan Islam akan berjaya di mana sajayang mempunyai komuniti Islam yang besar," kata Muzahid.

Walaupun kelab malam itu, seperti banyak versi tradisional Britain lain,jelas dikuasai lelaki, tiada larangan untuk pengunjung wanita. Pelayanbar, Ali Yaris, 44, berkata: "Penduduk tempatan menyokong penubuhan kelabini, walaupun kadangkala ia menyebabkan kekeliruan. Sebagai contoh,seorang lelaki datang pada satu malam dan terus memesan alkohol."Kemudian dia menyedari di sini tidak akan mesin mengepam bir malah botolalkohol pun tidak ada. Kami cuma ketawa.

Saya pasti dia akan ke kelab malam lain."Kelab itu turut memiliki liga snuker sendiri dengan kira-kira 20 pesertamenetapkan matlamat menjadi juara pertama. Seorang pekerja pejabat,Mohammed Ali, 27, berkata beliau menikmati permainan yang menyenangkanselepas kerja."Selalunya ia adalah gabungan ramai orang, tidak semuanya Islam.

Ia memang tempat yang begitu sosial. Ia berbeza dengan kelab malam biasa kerana anda tidak mabuk dan tidak bertindak liar. Saya berasa ia idea yang bijak,"katanya.Seorang pelanggan tetap kelab itu, Abdus Shahid, 29, berkata ia sepertikelab malam lain cuma tidak menjual alkohol.

"Kami ke sini untuk berehat, bermain snuker dan bertemu dengan rakan selepas seharian bekerja. Saya rasa tujuan utama mengunjungi kelab malambiasa ialah untuk minum, tetapi di sini cuma untuk bertemu rakan danberehat," katanya.

16 Apr 2008

Teka Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Orang tua
'Murid 2 = ' Guru
'Murid 3 = ' Teman
'Murid 4 = ' Kaum kerabat
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Negeri Cina
'Murid 2 = ' Bulan
'Murid 3 = ' Matahari
'Murid 4 = ' Bintang 2
'Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?
'Murid 1 = ' Gunung
'Murid 2 = ' Matahari
'Murid 3 = ' Bumi
'Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

'Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Kapas
'Murid 2 = ' Angin
'Murid 3 = ' Debu
'Murid 4 = ' Daun-daun
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

'IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ?
'Murid 1 = ' Baja
'Murid 2 = ' Besi
'Murid 3 = ' Gajah
'Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?
'Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

''sampaikanlah walau satu ayat'

www.iLuvislam.comoleh: nieta_84

Lelaki yang ditarik Perempuan ke dalam Neraka

Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati

Sumber www.iLuvislam.com

12 Apr 2008

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satupermainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangankanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkatkayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kitaumat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kitabegitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yanghaq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pada mulanya agak sukar bagikita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kitatidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa."Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburanyang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikitmenerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanyaGuru kepada anak muridnya.

Check the Manufacturing Quality of your Cell phone - 7th and 8th digit of your IMEI number]

Would you like to know if your mobile is original or not ?????
Press the following on your mobile *#06# and the International MobileEquipment Identity (IMEI) number appears.

Then check the 7th and 8thnumbers:1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no.xxxxxx??xxxxxxx

IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 2 or 2 , 0 this means your cellphone was assembled in Emirates which is very Bad quality

IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 8 or 8 , 0 this means your cellphone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 1 or 1 , 0 this means your cellphone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 0 , 0 this means your cell phone wasmanufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 1 , 3 this means your cell phone wasassembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous foryour health

Keputusan Pertandingan MTQ Daerah Hilir Perak 2008

Berikut Keputusan Sekolah Menengah :

TILAWAH LELAKI- SMK SULTAN ABDULLAH CHENDERONG BALAI
TILAWAH PEREMPUAN - SMK SULTAN ABDULLAH CHENDERONG BALAI

HAFAZAN LELAKI- SMK SERI SETIA BAGAN DATOH
HAFAZAN PEREMPUAN- SM SAINS TELUK INTAN

SYARAHAN AGAMA LELAKI - SMK ABD RAHMAN TALIB
SYARAHAN AGAMA PEREMPUAN-SM SAINS TELUK INTAN

TULISAN KHAT LELAKI- SMK RUNGKUP
TULISAN KHAT PEREMPUAN - SM SAINS TELUK INTAN

KUIZ AGAMA- SM SAINS TELUK INTAN


Berikut Keputusan Sekolah Rendah :

TILAWAH LELAKI- SK BAGAN DATOH
TILAWAH PEREMPUAN - SK DATO' YAHYA SUBBAN CHENDERONG BALAI

HAFAZAN LELAKI- SK SERI LANGKAP
HAFAZAN PEREMPUAN- SK TG BAYAN

BERCERITA KISAH AL-QURAN LELAKI - SK SUNGAI BALAI
BERCERITA KISAH AL-QURAN PEREMPUAN-SK BAGAN DATOH

KOMPANG SELAWAT- SK SUNGAI BALAI

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DI PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI

10 Apr 2008

Selamat berjuang kepada peserta MTQ SMKSA 2008

Pertandingan MTQ peringkat daerah Hilir Perak akan diadakan pada 12 April 2008
( sabtu). Pertandingan ini diadakan di SMK Khir Johari Sg Sumun pada jam 8 pagi. Ia melibatkan 6 sekolah bagi setiap kategori.

Pasukan MTQ SMKSA akan bertanding di dalam semua acara yang dipertandingkan kecuali Syarahan Agama Lelaki dan Khat wanita yang telah tersingkir di peringkat zon baru-baru.

Pasukan MTQ SMKSA meletakkan sandaran kepada Peserta Tilawah lelaki yang merupakan Johan 4 tahun berturut-turut peringkat Daerah bagi mengekalkan kejuaraannya. Di samping itu harapan juga diletakkan kepada Peserta Tilawah Perempuan yang merupakan naib johan Negeri Perak tahun lagi bagi kategori sekolah rendah.

Berikut adalah penyertaan SMKSA bagi MTQ Peringkat Daerah Hilir Perak
Tilawah Lelaki
Tilawah Perempuan
Tahfiz Lelaki
Tahfiz Perempuan
Syarahan Perempuan
Tulisan Khat Lelaki
Kuiz Agama Islam
Semoga pasukan MTQ SMKSA dapat memberikan Persembahan yang terbaik sebagaimana tahun-tahun yang lalu.

9 Apr 2008

Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal

Penilaian Kecergasan (Biomarker)

Penilaian kecergasan yang berupa senaman-senaman atau gerakan tertentu yang secara kasarnya dapat mengukur tahap kecergasan anda. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, jika anda cergas, otot anda kuat dan lebih banyak senaman dan gerakan yang mampu anda lakukan. Begitu juga sebaliknya. Ia terbahagi kepada beberapa ujian berikut.

1) Ketulan otot dan kekuatan otot
Diuji dengan cara melakukan sit-up atau senaman mengangkat badan dengan menggunakan otot perut tanpa bantuan tangan atau lain-lain anggota. Dalam keadaan baring terlentang, dan tangan di sisi, angkat badan anda supaya berada dalam posisi duduk. Kemudian baring dan ulang semula. Bilang jumlah situ-up yang mampu anda lakukan dalam masa seminit.

Keputusan kecergasan otot anda adalah seperti berikut:
Bagi lelaki : 40 kali seminit-Cemerlang, 30 kali seminit-Baik, 20 kali seminit-Buruk
Bagi Wanita : 33 kali seminit-Cemerlang, 23 kali seminit-Baik, 13 kali seminit-Buruk

2) Kandungan lemak dalam badan
Ujian ini dilakukan dengsan cara mencubit bahagian pinggang atau perut dan bahagian dalam lengan atas. Cubitan dilakukan dengan dua jari dalam keadaan berdiri tegak.
Keputusannya: Jika anda mampu untuk menarik cubitan anda sebanyak 1 inci atau lebih tisu (lemak) di kawasan yang disebutkan, maka terdapat kelebihan lmak di dalam badan anda. Jika kurang dari satu inci maka kandungan lemak dalam badan anda adalah optimum. Secara kasarnya, setiap satu perempat (1/4) inci lebhan dari 1 inci yang disebutkan di atas mewakili lebihan lemak dalam badan anda sebanyak 10 pound atau 4.3kg.

Contohnya, sekiranya anda berjaya mencubit sebanyak 1 ½ inci maka lebihan lemak di badan anda secara kasarnya adalah 2 x 4.3kg iaitu 8.6kg
Seperti yang disebutkan sebelumnya, semakin cergas seseorang itu, semakin kurang peratusan lemak di dalam badannya, maka jika terdapa lebihan lemak dalam ujian ini, kecergasan anda juga adalah amat berkemungkinan berada pada tahap yang rendah.

3) Efisiensi peparu
Ketahan sistem jantung dan berdaran darah mampu meningkatkan fungsi peparu anda. Oleh itu ujian ini menilai sejauh mana peparu anda boleh diletakkan dalam kategori yang cergas
Anda dikehendaki menahan nafas dan mengira tempoh masa ada mampu menahan nafas. Keputusannya, jika anda mampu menahan nafas selama 45 saat atau lebih lama dari itu, maka fungsi peparu anda berada pada tahap yang efisien. Jika kurang maka anda perlu meningkatkan kecergasan anda.

4) Kelenturan tubuh
Kelenturan tubuh dan anggota memastikan otot anda sentiasa bersedia untuk bergerak cergas dan mapu dilentukkan tanpa kecederaan dan sebagainya.
Ujian ini dilakukan dengan cara duduk berlunjur kaki dan cuba menjulurkan hujung jari tangan anda sejauh yang mungkin ke depan melakaui batas tapak kaki anda. Semakin jauh anda mampu menjulurkan hujung jari anda, tahap kelenturan anda semakin baik.
Keputusan uhian kelenturan ini adalah dengan menjadikan tumit anda sebagai batas 0 inci:
Bagi Lelaki : >2 ½ inci-cemerlang, >1 ¼ inci-baik, <-2 inci-buruk
Bagi Wanita : >3 ¼ inci-cemerlang, >2 inci-baik, <-1 ½ inci-buruk
Wanita adalah diketahui mempunyai kelenturan yang lebih tinggi berbanding lelaki, sebab itu bacaan bagi wanita adalah lebih tinggi.

5) Denyutan nadi
Denyutan nadi seorang yang cergas adalah kurang dari seorang yang tidak. Sebab utamanya ialah kerana pengepaman jantungnya yang lebih efisen. Bayangkan, sewaktu anda dalam keadaan rehat, jantung anda akan mengepam puratanya 5.5 liter darah seminit (lebih kurang 4 botol spritzer yang besar-1.5liter) ke seluruh badan dan sewaktu berada dalam keadaan yang aktif melakuakn aktiviti berat, jantung anda akan mengepam 15-25 liter darah seminit (lebih kurang 14 botol spritzer) ke seluruh badan. Tetapi bagi seorang atlit, jantungnya akan mampu untuk mengepam 30-40 liter darah seminit sewaktu melakukan aktiviti yang sama. Jadi anda dapat memikirkan, siapakan yang akan penat dahulu, tercungap-cungap sementara siapa yang akan dapat meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah.

Purata denyutan nadi manusia sewaktu rehat adalah 70 kali seminit. Semakin cergas jantung anda semakin kuranglah denyutan nadinya sewaktu rehat. Cuba kira denytan nadi anda semasa rehat melalui nadi di pergelangan tangan anda dan dikira selama 1 minit.

Tragedi hidup Sufiah

LONDON 30 Mac – Sufiah Yusof, seorang kanak-kanak pintar matematik yang pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, tidak putus-putus ditimpa nasib malang.

Selepas bapanya, Yusof Farooq dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya, Sufiah pula kini dilaporkan menjadi pekerja seks.

Tragedi yang melanda kanak-kanak genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya sejak beberapa tahun lalu.

Entah di mana silapnya, gadis dengan senyuman menawan itu yang kehebatannya sepatutnya menjadikan dia wanita kaya, terpaksa memilih jalan itu untuk terus hidup.
Menurut akhbar itu, Sufiah dilaporkan mengiklankan ‘khidmatnya’ melalui Internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Dengan memakai nama samaran Shilpa Lee, dia antara lain menggambarkan dirinya sebagai ‘pelajar bijak dan seksi’ yang menyediakan perkhidmatan setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

Dalam iklannya, menurut tabloid tersebut, Sufiah juga menyatakan dia lebih gemarkan ‘lelaki tua yang budiman’. Seorang bekas rakannya menyifatkan tindak-tanduk gadis itu sebagai:

‘‘Sesuatu yang sungguh menyedihkan.’’
“Dengan otak luar biasa yang dimilikinya, dia tidak mempunyai masalah untuk mendapat wang, sebaliknya hidup dia musnah dan menjadi tidak terkawal,” kata bekas rakannya lagi.

Selepas tiga tahun belajar di Universiti Oxford, pada usia semuda 15 tahun, Sufiah mencetuskan kegemparan apabila menghilangkan diri.

Dalam e-mel kepada keluarganya, dia menyifatkan hidup dengan bapanya ‘umpama dalam neraka’.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah hanya ditemui dua minggu kemudian di sebuah kafe Internet di Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah jagaan sebuah badan sosial sebelum kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjana.

Dia berkahwin pada 2004 ketika berusia 19 tahun dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tetapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama.

Nama baru bagi Khinzir - RENNET

Untuk bekukan cheese tu,ia memerlukan bahan dari perut khinzir atau lembu. Mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir] .


Berhati-hati ketika membeli cheese

7 Apr 2008

Dosa Datang Dalam 4 Peringkat

Dosa Peringkat Pertama
Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua
Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga
Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat
Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab, "Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya." "Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

KALAM HIKMAH :

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq )



" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -I mam Umar bin Abdul Aziz

6 Apr 2008

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri.

Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.

Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

10) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

2 Apr 2008

Upahku.....ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yangsedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertasyang bertulis sesuatu. Si ibu segeramengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyummemandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibumencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan keranabimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelahmembaca apa yang dituliskan oleh siibu.Si anak menatap wajah ibu, memeluknyadan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang sama ditulisnya.

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

P enduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi Illal Liqaq

1 Apr 2008

Penghinaan Lagi Terhadap Rasulullah: Di mana peranan kita?

Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Rentetan akibat kes tersebut ialah:
Kurt Westergaard telah dikatakan diburu oleh para ekstrimis berbangsa Tunisia dan Maghribi di Denmark.
Kerajaan Iran telah memanggil kedutaan Denmark mengadap untuk menyatakan bantahan rasmi Iran terhadap penyiaran gambar itu.
Demostrasi besar-besaran seluruh dunia dan di Patani selatan Thailand juga tidak ketinggalan.
Ramai yang berpendapat bahawa isu penentang penyiaran gambar itu bukan isu utama umat Islam, sebaliknya perlu menumpukan isu ekonomi, pendidikan dan isu peperangan umat Islam semata-mata. Tindakbalas umat terhadap penyiaran itu dianggap hanya bersifat titik bengek dan bukan keutamaan kita. Ada juga berpendapat tindakan melukis wajah nabi juga pernah berlaku sejak zaman empayar Islam lagi oleh golongan anti-khalifah, ajaran sesat dan ekstrimis agama.
Walaupun ada dikalangan umat Islam yang ‘over acting’ membakar kedutaan Denmark dan sebagainya, namun begitu demostrasi yang pernah dijalankan di negara kita adalah terkawal. Demostrasi umat Islam terhadap isu ini hanya untuk ekspresi sikap bukannya tindakan yang melampau.
SPAQ berpendapat mempertahankan agama adalah perlu dalam setiap segi sama ada ketenteraan, politik, pendidikan, ekonomi mahupun syiar dan maruah agama. Jumhur ulama’ telah mengharamkan menggambarkan wajah Rasulullah s.a.w. kerana mengelakkan pelbagai intepretasi yang pelbagai, dan songsang terhadap wajah dan tubuh Rasulullah s.a.w. yang mencerminkan interpretasi sunnah yang mulia.
Perjuangan hak bersuara dan kebebasan media perlu diletakkan pada tempat yang betul. Mengapa perlu mengguris hati majoriti umat Islam hanya atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan penyiaran media? Bukankah banyak isu sosial, politik dan marhaen yang perlu dibebaskan dan disuarakan secara meluas? Bukankah umat Islam tidak pernah melukis atau menggambarkan mana-mana tuhan agama lain? Jika ada sila ambil tindakan kepada pihak berkenaan sahaja.
Ahli sejarah kanan British David Irving pernah ‘bersuara bebas’ menyatakan bahawa peristiwa Holocaust di barat tidak pernah berlaku. Akibatnya beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Austria. Mengapa di barat yang mementingkan kebebasan bersuara tidak pula berjuang dalam hak berkenaan sebaliknya dihalakan hanya untuk merendahkan martabat agama Islam? Usaha yang berterusan oleh kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. adalah amat perlu.
Ayuh, isu ini perlu dicanang kembali!

Kelebihan Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Lepas ni rajin-rajin le mandi

Peringatan Kepada Wanita


BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

Bersama kita berjihad menentang musuh Islam yang menghina Kitabullah.
Sumber http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/main.php