Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

26 Apr 2008

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama denganTamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenistamartersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapatsebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".[Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikankamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuciterlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorangMalaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetikuntuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini keranadiatelah tidur dalam keadaan bersuci'"[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescayaakan didampingi ?oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solatberjemaah.

Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri daripuaknya.'[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malamboleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalashasilperlakuan syaitan tersebut.Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yangtidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, makaRasulullahS.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalamtelinganya"[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Mudari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".[Riwayat al Bukhari dan Muslim]Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan ataubetina.

Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangankanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telahEngkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini keatasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatanorang-orangyang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukansihirdan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinyasentiasadi dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"[Riwayat al Bukhari.]

YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA ITUSENDIRI

Tiada ulasan: