Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

1 Apr 2008

Penghinaan Lagi Terhadap Rasulullah: Di mana peranan kita?

Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.
Rentetan akibat kes tersebut ialah:
Kurt Westergaard telah dikatakan diburu oleh para ekstrimis berbangsa Tunisia dan Maghribi di Denmark.
Kerajaan Iran telah memanggil kedutaan Denmark mengadap untuk menyatakan bantahan rasmi Iran terhadap penyiaran gambar itu.
Demostrasi besar-besaran seluruh dunia dan di Patani selatan Thailand juga tidak ketinggalan.
Ramai yang berpendapat bahawa isu penentang penyiaran gambar itu bukan isu utama umat Islam, sebaliknya perlu menumpukan isu ekonomi, pendidikan dan isu peperangan umat Islam semata-mata. Tindakbalas umat terhadap penyiaran itu dianggap hanya bersifat titik bengek dan bukan keutamaan kita. Ada juga berpendapat tindakan melukis wajah nabi juga pernah berlaku sejak zaman empayar Islam lagi oleh golongan anti-khalifah, ajaran sesat dan ekstrimis agama.
Walaupun ada dikalangan umat Islam yang ‘over acting’ membakar kedutaan Denmark dan sebagainya, namun begitu demostrasi yang pernah dijalankan di negara kita adalah terkawal. Demostrasi umat Islam terhadap isu ini hanya untuk ekspresi sikap bukannya tindakan yang melampau.
SPAQ berpendapat mempertahankan agama adalah perlu dalam setiap segi sama ada ketenteraan, politik, pendidikan, ekonomi mahupun syiar dan maruah agama. Jumhur ulama’ telah mengharamkan menggambarkan wajah Rasulullah s.a.w. kerana mengelakkan pelbagai intepretasi yang pelbagai, dan songsang terhadap wajah dan tubuh Rasulullah s.a.w. yang mencerminkan interpretasi sunnah yang mulia.
Perjuangan hak bersuara dan kebebasan media perlu diletakkan pada tempat yang betul. Mengapa perlu mengguris hati majoriti umat Islam hanya atas nama kebebasan bersuara dan kebebasan penyiaran media? Bukankah banyak isu sosial, politik dan marhaen yang perlu dibebaskan dan disuarakan secara meluas? Bukankah umat Islam tidak pernah melukis atau menggambarkan mana-mana tuhan agama lain? Jika ada sila ambil tindakan kepada pihak berkenaan sahaja.
Ahli sejarah kanan British David Irving pernah ‘bersuara bebas’ menyatakan bahawa peristiwa Holocaust di barat tidak pernah berlaku. Akibatnya beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Austria. Mengapa di barat yang mementingkan kebebasan bersuara tidak pula berjuang dalam hak berkenaan sebaliknya dihalakan hanya untuk merendahkan martabat agama Islam? Usaha yang berterusan oleh kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. adalah amat perlu.
Ayuh, isu ini perlu dicanang kembali!

Tiada ulasan: